Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERATUS Pengenalan 1.

Tajuk peratus perlu diperkenalkan selepas murid memahami pecahan dan perpuluhan serta mempunyai pengetahuan mengenai nisbah dan kadar. 2. Murid memerlukan pelbagai pengalaman dengan konsep asas peratus, melalui penggunaan model konkrit dan berkaitan dengan kehidupan seharian.

Aktiviti pengajaran menggunakan model peratus 1. Bina model yang mempunyai 100 bahagian yang sama 2. Cari perwakilan bagi setiap unit peratus dengan menggunakan model. Contoh, 50 peratus adalah bersamaan dengan 50 daripada bahagian yang dipilih. 3. Minta murid melihat semula model secara keseluruhan dan nyatakan semua peratus yang menunjukkan jumlah yang sama seperti 50 peratus. Contoh : 50 peratus : 50 % 50/100 5/10

4. Ulang semula aktiviti dengan menggunakan nilai 20 peratus Contoh : 20 peratus : 20 % 2/10 1/5 20/100

5. Bandingkan perwakilan bagi 50 % dan 20 % bagi setiap model. Apakah nilai yang lebih besar, 50 % atau 20 % Nyatakan bahagian pecahan yang mewakili 20 %

APLIKASI PERATUS 1. Murid perlu menyelesaikan soalan penyelesaian yang melibatkan peratus dengan berhati-hati dan elakkan penggunaan simbol pada peringkat awal.

2. Persamaan : Peratus x jumlah = Bahagian

50%=50/100 (50% berwarna hijau)

You might also like