This One Help Me Print Page 8-10 Only

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

EXCEL 2 : 2008 SULIT*

JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH STPM 900/2 JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH PENGAJIAN AM JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH KERTAS 2 JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH ( Tiga jam) JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

JABATAN PELAJARAN SABAH

SKEMA JAWAPAN EXCEL 2

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

2 SKEMA JAWAPAN :

BAHAGIAN A 1. Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan. Pendahuluan : Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.

Isi : A) Kepentingan Pembangunan Modal Insan

1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti. Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menghasilkan sumber tenaga berkualiti. Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA. Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi sudah pasti akan menghasilkan sumber tenaga yang berkualiti. Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumi semua sekolah, pembinaan makmal komputer dan penjanaan solar di sekolah pedalaman.

2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi. Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi. Sebagai contoh, pelancaran Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC) dan Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak (SCORE) akan menwujudkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dalam ekonomi. Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Para pelabur akan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini akan meningkatkan budaya kerja yang tinggi. Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan penguasaan bahasa asing boleh menghasilkan masyarakat yang berdaya saing. Hal ini akan meningkatkan produktiviti negara. Sebagai contoh, penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. [Lihat sebelah SULIT*

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

3. Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan. Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan menghasilkan pelajar berkualiti yang akan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan. Penubuhan Institut Integriti Nasional (PIN) juga boleh menghasilkan pemimpin yang telus.

4. Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya. Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya. Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan akan melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang tinggi. Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.

5. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin. Pelaksanaan PLKN akan melahirkan belia yang berdisiplin. Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan juga akan menghasilkan pelajar yang patuh kepada peraturan dan menghormati norma-norma masyarakat. Langkah Untuk Membangunkan Modal Insan :

B)

6. Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan. Memperkasakan sekolah rendah dan menengah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Memberi peluang pendidikan percuma untuk semua melalui pemansuhan yuran peperiksaan, memperluaskan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pemberian sepasang pakaian seragam kepada pelajar yang miskin. 60 buah Sekolah Kluster telah diwujudkan tahun 2008 untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara.

7. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa. Pada 27 Ogos 2007 Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan. Kerajaan telah memperuntukkan RM12 billion untuk melaksanakan pelbagai projek untuk membangunkan universiti bertaraf antarabangsa. Sebagai contoh, kewujudan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Darul Iman Malaysia.

8. Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran. Mewujudkan sumber tenaga kerja dan berdaya saing. Sebanyak RM 2 billion diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan. 900/2 [Lihat sebelah *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

RM 480 juta pula telah diperuntukkan untuk Pusat Giat MARA, ILP dan IKBN.

9. Mempergiatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengkormesilan. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 230 juta kepada Dana Sains, RM 300 juta Dana Tekno dan RM 546 juta bagi program R&D institusi penyelidikan. Program Aeroangkasa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengkormesilkan penyelidikan bertaraf dunia.

10. Melaksanakan program sosial. PLKN dan program Rakan Muda diwujudkan untuk membangunkan warga muda ke arah berdisiplin, berdaya tahan dan berdaya kepimpinan. Melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat. Sebagai contoh, pihak PETRONAS telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan membina sebuah hospital yang dinamakan Hospital PETRONAS.

11. Mempertingkatkan program kerohanian. Program Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang. Sebagai contoh, menaikkan elaun AJK masjid, menaiktarafkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui pengambilalihan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta mempertingkatkan program Rakan Masjid.

12. Mewujudkan program ekonomi. Melancarkan wilayah pembangunan ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah dan Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak. Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan melahirkan peluang pekerjaan dan pada masa yang sama mengurangkan masalah pengangguran dan jenayah.

Penutup : Modal insan kelas pertama penting bagi menjayakan Wawasan 2020.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 2 + 2 2. Isi Pertama : wajib ( Penambahbaikan Sistem Pendidikan) 3. Sekiranya tiada isi pertama : Skema diterima = 2 + 1

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

2. Kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara drastik akhir-akhir ini menuntut kebijaksanaan pengguna dalam berbelanja. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang berkesan agar hak pengguna sentiasa terpelihara. Jelaskan. Pendahuluan : Isi : A) Sikap Pengguna Bijak : Sejak akhir-akhir ini, isu kenaikan harga barangan hangat diperkatakan.

1. Bijak berbelanja. Melaksanakan perbelanjaan berhemat. Pengguna yang berbelanja kepada barangan yang perlu sahaja. Pengguna sepatutnya menyenaraikan barangan yang diperlukan sebelum membeli. Mengutamakan pembelian semasa promosi jualan. Menyediakan belanjawan keluarga pada setiap bulan untuk mengelakkan pembaziran serta sebagai langkah berjimat cermat.

2. Membandingkan harga. Pengguna perlu membandingkan harga antara kedai-kedai sebelum membeli barangan Membeli di kedai yang menawarkan harga berpatutan dan kualiti yang baik Menghindarkan anggapan bahawa harga yang tinggi melambangkan mutu yang tinggi

3. Tidak terpedaya dengan iklan. Bijak dan tidak terpengaruh dengan iklan atau jurujual yang pandai memujuk rayu. Langkah ini diambil untuk mengelakkan daripada terpedaya membeli barangan yang tidak diperlukan. Pengguna membuat penelitian saksama dan rasional sebelum membeli atau menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

4. Membeli barangan yang diakui mutunya. Membeli barangan yang tidak berbahaya kepada manusia atau alam sekitar seperti barangan permainan kanak-kanak. Merujuk kepada isi kandungan, label dan tarikh luput sebelum membuat keputusan membeli barangan tersebut. [Lihat sebelah SULIT*

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

Mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak boleh digunakan agar pembaziran tidak akan berlaku. Langkah-langkah Kerajaan Untuk Melindungi Pengguna :

B)

5. Penguatkuasakan undang-undang. Undang-undang meliputi semua aspek sama ada dari peringkat pra pembelian, semasa pembelian dan selepas pembelian. Peraturan juga meliputi berkaitan dengan kontrak, sewa beli, kredit dan sebagainya seperti Akta Timbang dan Sukat, Akta Perihal Dagangan dan Akta Jualan Murah. Undang-undang yang digubal mestilah dilaksanakan dengan tegas dan konsisten tanpa mengira latar belakang. Pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan terhadap kenaikan dan juga para peniaga. Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa membuat pemantauan terhadap kenaikan harga barangan.

6. Mengawal bekalan barang. Kawalan meliputi penawaran beberapa jenis barangan keperluan harian dan harganya. Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menetapkan beberapa jenis barangan keperluan harian seperti tepung, garam, beras dan minyak masak. Mengawal bekalan 21 jenis barangan seperti tepung gandum dan gula perlu sepanjang tahun dan tambahan 25 jenis lagi (gula, daging dan ayam) semasa musim perayaan.

7. Meningkatkan program pendidikan kepenggunaan. Program pendidikan kepenggunaan dijalankan agar para pengguna dan peniaga tahu akan hak dan tanggungjawab mereka. Langkah ini dijalankan oleh persatuan para pengguna seperti Persatuan Gabungan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Persatuan Pulau Pinang (CAP) dan Persatuan Pengguna Sabah (CASH). Menyebarluaskan maklumat dari semasa ke semasa melalui media massa. Penekanan juga diberikan kepada para peniaga agar mereka mempunyai nilai moral dalam menjalankan urusan perniagaan.

8. Peletakan tanda harga. Pihak berkuasa mewajibkan para peniaga runcit meletakkan tanda harga pada barangan mereka Pengguna akan dapat membuat perbandingan harga 900/2 [Lihat sebelah *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT * 9. Maklumat pada bungkusan barangan.

Pihak berkuasa mewajibkan maklumat tertentu ditandakan pada bungkusan barang-barang seperti kuantiti, berat, butiran pengilang, isi kandungan dan tarikh luput.

10. Memberi pengiktirafan. Syarikat atau organisasi tertentu diberi pengiktirafan ISO 9000 dan Standard Piawaian Makanan pada barangan dan perkhidmatan yang diakui bermutu. Memberi pengiktirafan kepada kedai harga patut

Penutup : Halangan-halangan kepenggunaan semakin mencabar. Hal ini kerana situasi ekonomi negara tidak dapat dielakkan daripada bertembung dengan pengaruh ekonomi global.

Nota : Pendekatan Menjawab = 2 + 2

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT * BAHAGIAN B

3. Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan sektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut. Pendahuluan : Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amat penting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia.

Isi : A) Kepentingan Akuakultur :

1. Membekalkan sumber protein. Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telah menyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara. Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi. Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara. Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan sepanjang tahun. Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli.

2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan. Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.

3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin. Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau dan siakap. Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untuk mengelakkan fenomena kepupusan.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

4. Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem. Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu dan memusnahkan habitat. Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akan memusnahkan batu karang. Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan sangkar dan tong.

B)

Langkah-langkah Memajukan Bidang Akuakultur :

5. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur. Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti kerapu tikus, siakap dan udang harimau. Kajian tentang kaedah penternakan yang mesra alam. Sebagai contoh, penternakan ikan keli yang dijalankan di Kelantan dengan menggunakan tong. Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakanan berasaskan akuakultur.

6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur. Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan Sekolah Biologi Marin yang memberikan penumpuan terhadap kepentingan akuakultur. Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan bidang Sains Pemakanan. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekanan terhadap cara dan kaedah-kaedah baru dalam penternakan ikan. Latihan kepakaran di negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman.

7. Penggunaan teknologi terkini. Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur. Sebagai contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM untuk memajukan kaedah pembiakbakaan di Malaysia. Teknologi pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkan bahan akuakultur yang bernilai tinggi dan komersil.

8. Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur. Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yang tahan lama dan boleh dieksport. Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapu. 900/2 [Lihat sebelah *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

10

Penghasilan makanan berasaskan hidupan marin seperti bebola ikan, keropok udang dan sos tiram.

Penutup : Sektor akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab : 2 + 2 2. Isi satu wajib diberi, jika tiada = 1 + 2.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

11

4. Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan. Pendahuluan : Isi : A) Kepentingan Biodiversiti : Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.

1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang. Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam. Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di Institusi Pengajian Tinggi.

2. Membekalkan makanan. Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan. Rantaian makanan akan terpelihara.

3. Sebagai sumber perubatan. Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif. Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu. Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.

4. Mengekalkan habitat. Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi. Tempat perlindungan hidupan liar. Tempat pembiakan semulajadi.

5. Sebagai penstabil cuaca. Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis. Menstabilkan kitaran hidrologi. Memberikan keseimbangan suhu. Mengurangkan kesan rumah hijau. 900/2 [Lihat sebelah *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT * B)

12

Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :

7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi. Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti. Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu. Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.

8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit. Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala sisanya pula diproses menjadi kertas.

9. Pembangunan lestari. Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam). Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS)

10. Pendidikan sains dan biologi Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti. Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).

11. Program kitar semula. Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam. Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca. Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.

12. Penggunaan teknologi mesra alam. Menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan biogas kelapa sawit. Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan.

Penutup : Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Nota : Pendekatan Menjawab = 2 + 2 900/2 *Skema jawapan ini SULIT [Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT * BAHAGIAN C

13

5 (a) Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan portal khas jawatan kosong untuk orang kurang upaya (OKU) bagi memudahkan golongan tersebut mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan kemahiran mereka.Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad menyeru pihak-pihak berkenaan khususnya sektor swasta tampil membantu kerajaan dalam memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan ini. ( Dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Malaysia 17 Mei 2008) i. Apakah kepentingan portal khas jawatan kosong Orang Kurang Upaya (OKU) diwujudkan? Kewujudan portal jawatan kosong Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk memudahkan golongan tersebut mencari pekerjaan.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah langkah yang boleh dijalankan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan sosioekonomi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). 1. 2. 3. 4. 5. Menyediakan peluang pendidikan. Memberikan pelbagai program kemahiran. Memberikan peluang atau kuota kepada OKU dalam sektor pekerjaan. Memberikan elaun kepada OKU. Penyediaan pelbagai kemudahan prasarana kepada golongan OKU.

(b) Sambutan Citrawarna Malaysia 2007 selama sebulan yang berakhir pada 22 Jun 2007 menawarkan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan pelbagai kaum-kaum di Malaysia. Di setiap negeri, pelbagai persembahan kebudayaan dijalankan untuk menarik kedatangan pelancong dan menimbulkan semangat kebanggaan dan patriotik dalam kalangan masyarakat tentang kekayaan budaya bangsa. (Dipetik daripada Berita Harian, 15 Jun 2007)

i.

Mengapakah sambutan Citrawarna Malaysia 2007 diadakan? Untuk menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan sambutan Citrawarna Malaysia kepada negara. 1. Meningkatkan pendapatan negara melalui kedatangan para pelancong. 900/2 [Lihat sebelah *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT * 2. 3. 4. 5.

14

Mewujudkan semangat patriotik kepada rakyat. Mewujudkan perpaduan. Memberikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor perkhidmatan. Menaikkan imej negara di mata dunia.

6 (a) Jualan makanan organik sedang mengalami peningkatan, terutama untuk memenuhi keperluan kumpulan pengguna yang mengutamakan makanan untuk kesihatan, cintakan alam sekitar dan kebajikan hidupan semulajadi. Insiden merebaknya penyakit berbahaya seperti penyakit kuku dan mulut dan mad cow, pencemaran di dalam penggunaan racun makhluk perosak serta penghasilan makanan menggunakan organisma terubahalih (GMO) menyebabkan pengguna memberi perhatian kepada makanan yang dihasilkan secara semulajadi. (Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan FAMA 2006 ) i. Mengapakah makanan organik semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat? Makanan organik semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana kesedaran pengguna tentang penjagaan kesihatan dan alam sekitar.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kebaikan makanan organik. 1. 2. 3. 4. Penjagaan kesihatan. Sebagai makanan tambahan (supleman). Bebas daripada bahan kimia. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

(b) Biasanya, pengurangan sumber dan pengurusan persekitaran ialah pendekatan terbaik yang dapat menyelesaikan masalah nyamuk untuk jangka masa panjang. Untuk mengawal vektor demam denggi atau demam denggi berdarah, penghapusan bekas-bekas yang dapat membiakkan Aedes didapati berkesan. Walau bagaimanapun, kerjasama orang ramai pada peringkat bukan epidemik biasanya kurang memuaskan. (http://www.penerbit.usm.my) i. Apakah kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah pembiakan nyamuk Aedes? Kaedah untuk mengatasi masalah pembiakan nyamuk Aedes ialah melalui pengurusan persekitaran yang berkesan.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

15

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan punca-punca merebaknya penyakit demam denggi. 1. 2. 3. 4. 5. Gigitan nyamuk Aedes Pembuangan sampah yang tidak sistematik. Sistem saliran yang tersumbat. Persekitaran rumah yang kotor (semak samun). Pendidikan kesihatan tidak didedahkan secara menyeluruh.

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja. 2. Pilih mana-mana idea untuk menjawab soalan (ii). Skema pemarkahan : (i) (ii) =2m I = 2m H = 4m B = 2m _______ 10 M _______

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

16

Jawapan Soalan 7 Jadual persediaan :Malaysia : Perbandingan Jumlah Guna Tenaga Mengikut Sektor Pada Tahun 2005 dan Anggaran 2010. SEKTOR TAHUN 2005 Jumlah % (ribu orang) 1405.7 3132.1 759.8 1927.2 12.90 28.75 6.97 17.69 TAHUN 2010 (ANGGARAN) Jumlah % Sudut (ribu orang) 1323.8 3594.7 1501.3 2171.0 8.84 24 10.02 14.50 32 86 36 52

Sudut

Sektor pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan. Sektor pembuatan Sektor pembinaan Sektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran. Sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi. Sektor kewangan, insuran, hartanah dan perniagaan. Sektor perkhidmatan kerajaan. Sektor-sektor lain Jumlah

46 104 25 64

631.2 732.3 1052.8 1253.7 10894.80

5.80 6.72 9.66 11.50 100

21 24 35 41 360

701.5 826.8 1152.8 3704.1 14 976.0

4.68 5.25 7.69 24.73 100

17 20 28 89 360

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, RMK9 2006-2010, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) Nisbah Jejari = 1 : 1.17 atau 1 : 1.2 Nota : 1. Jika tiada perkataan anggaran pada untuk tahun 2010 = 4,2,1,1 (08 markah) 2. Tiada jumlah besar, markah maksima = 1, 1,1,1 (06 markah) 3. Kedudukan carta pai terbalik, markah maksima = 4,3,4,2 (13 markah) 4. Carta pai bertindan = 3,3,3,2 (11 markah) 5. Media lain salah media = 01 markah

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

17

Jawapan Soalan 7 : Carta Pai

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

18

Jawapan Soalan 8 Jadual persediaan :Malaysia : Perubahan Indeks-Indeks Utama di Papan Pertama Bursa Malaysia bagi Tempoh Tahun 1999 hingga 2004. Indeks Utama Indeks komposit Indeks emas Indeks perindustrian Indeks kewangan Indeks harta Indeks perladangan Tahun dan Mata 2001 2002 1250 1297 306 1401 2545 2100 2670 343 1647 2845 2640 3100

1999 900 241 1216 2100 1600 2200

2000 970 261 1282 2180 1945 2345

2003 956 257 1482 2700 2460 2965

2004 890 245 1516 2605 2550 2765

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005) Skala : 1 cm = 300 mata Nota: 1. Tahun sebagai petunjuk = 1, 1, 1, 1 (04 markah) 2. Graf garis komponen = 1, 1, 1, 1 (04 markah) 3. Grafgraf lain salah media = 01 markah

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

19

Jawapan Soalan 8 : Graf Garis Kompaun

SULIT*

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT * Skema Soalan 9

20

9. Berdasarkan jadual di bawah, nyatakan keadaan KDNK Malaysia dari tahun 2004 hingga 2007. Jelaskan mengapa wujudnya keadaan sedemikian. Bil 01. Idea Semua sektor mempunyai pertumbuhan KDNK yang tidak konsisten Huraian Contoh: Pertanian : 2004 - 5.0% 2005 - 2.6% 2006 - -0.4% 2007 - 1.6% Pembuatan: 2004 - 3.9% 2005 - 4.6% 2006 - 4.5% 2007 - 1.3% Perlombongan: 2004 - 9.8% 2005 - -5.4% 2006 - 1.8% 2007 5.2% Pembinaan: 2004 - -1.5% 2005 - -0.4% 2006 - 3.6% 2007 - 4.2% Perkhidmatan 2004 6.8% 2005- 5.7% 2006- 3.8 % 2007- 8.7 % Alasan: 1. Harga bahan mentah tidak stabil di pasaran dunia memberi kesan kepada pertumbuhan KDNK negara. 2. Kesan kegawatan ekonomi yang berlaku di negara kita. (Contoh : mana-mana sektor) Contoh: Pembuatan: 2004 3.9% 2005 4.6% 2006 4.5% 2007 1.3% Alasan: [Lihat sebelah SULIT*

02.

Sektor yang mengalami pertumbuhan KDNK yang sentiasa positif

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

21 1. Peningkatan taraf hidup menyebabkan permintaan terhadap barangan pembuatan meningkat. 2. Kejayaan kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Perkhidmatan: 2004 6.8% 2005 5.7% 2006 3.8% 2007 8.7% Alasan: 1. Peningkatan taraf hidup menyebabkan permintaan perkhidmatan bertambah 2. Kewujudan sektor perkhidmatan baru di pasaran.

03.

Sektor yang pernah mengalami pertumbuhan KDNK yang negatif

Contoh: Pertanian: 2006 ( -0.4%) Alasan: 1. Harga komoditi yang tidak menentu di pasaran dunia. 2. Ancaman penyakit 3. Iklim yang tidak menentu 4. Persaingan dengan negara pengeluar Perlombongan :2005 (-5.4%) Alasan: 1. Stok penimbal harga menurun di pasaran dunia. 2. langkah berjimat cermat untuk mengelakkan kepupusan sumber alam. Pembinaan: 2004 (-1.5%) 2005 (-0.4%) Alasan: 1. Peningkatan harga bahan-bahan pembinaan 2. Kegawatan ekonomi menyebabkan permintaan hartanah menurun.

04.

Pertumbuhan KDNK antara sektor mengikut tahun

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

Tahun 2004: Perlombongan tertinggi (9.8%) Alasan: 1. Penggunaan teknologi terkini untuk [Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

22 mengesan lokasi galian. 2. Pembukaan lombong/ telaga minyak baru Pembinaan terendah (-1.5%) Alasan: 1. Peningkatan kos bahan-bahan pembinaan. 2. Projek tergendala kesukaran memperoleh bahan mentah. Tahun 2005 Perkhidmatan tertinggi (5.7%) Alasan: 1. Kewujudan perkhidmatan baru berkaitan dengan ICT. Perlombongan terendah ( -5.4%) Alasan: 1. Langkah penjimatan untuk mengelakkan kehausan sumber. 2. Penutupan lombong-lombong seperti timah dan tembaga Tahun 2006 Pembuatan tertinggi (4.5%) Alasan: 1. Galakan kerajaan mengembangkan dasar pembuatan. 2. Kejayaan Pelan Induk Perindustrian Pertanian terendah (-0.4%) Alasan: 1. Kurang penekanan. Kerajaan lebih menjurus kepada menjadi sebuah Negara Perindustrian Baru menjelang 2020. 2. Kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian Tahun 2007 Perkhidmatan tertinggi ( 8.7%) Alasan: 1. Taraf hidup meningkat permintaan terhadap perkhidmatan bertambah. Pembuatan terendah (1.3%)

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

23 Alasan: 1. Kegawatan ekonomi. 2. kurang pelaburan asing

NOTA : Huraian data MESTI sebut keempat-empat tahun. Pemarkahan: Idea Huraian data Huraian sebab Bahasa Rumusan Jumlah : 4 ( 1X4) : 4 (1 X4) : 4 (1X4) : 1 : 2 _____ 15 _____

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT * Skema Soalan 10

24

Pengenalan : Buruh asing terbahagi kepada buruh yang datang dengan izin, iaitu dengan menggunakan dokumen yang sah dan buruh asing yang datang ke negara ini tanpa izin iaitu tanpa dokumen yang sah. Faktor- Faktor
A. Tarikan 1. Kemakmuran negara ekonomi

Huraian
Kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang positif setiap tahun. Banyak pelabur asing membuat pelaburan dalam pelbagai bidang, misalnya perindustrian. Banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Kadar upah yang tinggi berbanding negara asal. Tenaga buruh mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang seperti perladangan,pembinaan dan perkhidmatan. Mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang tersebut. Pekerja tempatan kurang berminat terutama dalam sektor perladangan. Latar belakang sejarah, budaya,agama dan bahasa yang hampir sama. Mereka berasa selesa kerana seolah-olah berada di negara sendiri. Bahasa yang hampir sama memudahkan proses komunikasi. Kedudukan perairan yang panjang sukar dikawal, memudahkan mereka lolos ke negara ini. Negara-negara bersempadan seperti Kalimantan dengan Sabah dan Sarawak mewujudkan jalan tikus. Jarak perjalanan yang dekat di antara Kepulauan Sumatera dan Pulau Tarakan dengan Tawau menggalakkan kedatangan mereka.

2. Keperluan buruh negara

3. Persamaan budaya

4. Geografi

B. Faktor Tolakan 5. Masalah ekonomi

Kekurangan peluang pekerjaan di negara asal,menyebabkan rakyat menganggur. Rakyat hidup dalam kemiskinan. Kadar upah yang rendah di negara asal berbanding Malaysia. Kemarau menyebabkan kemusnahan bahan makanan, rakyat mengalami kebuluran. Tsunami dan banjir menyebabkan kerosakan harta benda serta kehilangan nyawa. Bencana menyebabkan merebaknya penyakit. Menggalakkan mereka meninggalkan kampung halaman.

6. Bencana alam

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *


7. Keadaan Anarki

25
Pertelingkahan di antara parti pemerintah dan parti pembangkang menyebabkan keadaan huru-hara, rusuhan, pengeboman menyebabkan kematian orang awam. Sebagai contoh krisis Selatan Thailand dan Mindanao Filipina.

Kesimpulan : Masalah kedatangan buruh asing dapat diatasi jika masyarakat negara ini tidak memilih pekerjaan. NOTA: Carta aliran terikat. Pendekatan Menjawab : 2+2 - Pelajar MESTI menulis faktor tarikan dan faktor tolakan dalam setiap faktor untuk mendapat markah penuh. - Jika tiada menulis faktor tarikan dan faktor tolakan markah maksima = 01 markah ( Markah Bahasa Sahaja) Pemarkahan : Idea Huraian Bahasa Rumusan = = = = 4 ( 1X4) 8 ( 2 X 4) 1 2 _____ 15 M ______

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2008 SULIT *

26

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

[Lihat sebelah SULIT*

You might also like