Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tugasan 1 Pengenalan Setiap kanak - kanak belajar mempelajari sesuatu dengan kaedah kaedah dan gaya yang berbeda

a beda antara satu sama lain. Oleh itu pelbagai usaha dan kajian yang dilaksanakan untuk mengkaji dan menyingkap kaedah agar dapat memahami dan seterusnya dapat menyediakan teknik teknik pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Oleh itu lahirlah tokoh tokoh dalam bidang teknik pengajaran dan pembelajaran seperti bruner dan piaget yang mana dari kajian kajian yang di lakukan timbulah teori teori yang mana di guna pakai hingga sekarang dalam proses pembelajaran dan pengajaran oleh guru guru. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid. Sebagaimana yang di kehendaki dalam menyempurnakan tugasan ini, saya telah menemubual seorang guru yang mengajar matapelajaran sains di sekolah rendah. Beliau mempunyai pengalaman yang luas sementelah itulah saya telah memilih beliau sebagai sumber rujukan di dalam temubual ini. Beliau mempunyai pengalaman mengajar matapelajaran sains sekolah rendah selama 15 tahun iaitu satu tempoh masa yang agak lama dan menjadikan beliau adalah opsyen yang tepat dalam tugasan yang di berikan ini. Nama beliau ialah Puan Asmawati yang mengajar di Sekolah kebangsaan kuala Slim. Beliau sekarang memegang posisi sebagai Guru Data dan Guru Ketua Panatia

Sains di sekolah ini. Berikut ialah teks temubual yang telah diadakan dengan kerjasama beliau yang bertempat di makmal komputer SKKS pada pukul 10.30 pagi, 25.07.2011. Kemudian saya telah menemuramah beliau sekali lagi bagi melengkapkan tugasan ini. Alhamdulillah beliau telah banyak memberi informasi informasi yang berguna serta kerjasam beliau adalah amat di hargai.

Berikut adalah temubual yang telah diadakan antara saya dan puan Asmawati.

Ali

Assalammualaikum, dan saya minta maaf kerana mengganggu Kak Asma. Saya ingin menemubual Kak Asma mengenai bagaimana kanak kanak mempelajari sains. Saya harap Kak Asma dapat memberikan serba sedikit pandangan Kak Asma mengenai topik tersebut berdasarkan pengalaman Kak Asma sebagai guru.

Asmawati : Ali : Asmawati :

Waalaikummussalam, boleh apa salahnya. Apa tajuknya tadi? Bagaimana kanak kanak mempelajari sains. Ohsebentar ya..bagi saya fikir sekejap. Bagaiamana kanak kanak mempelajari sains yer. Berdasarkan aspek yang mana?

Ali

Berdasarkan pengalaman Kak Asma yang telah mengajar selama 15 Tahun matapelajaran sains sekolah rendah ni. Pada pandangan Kak Asma sebagai guru, bagaimana murid murid ni belajar matapelajaran sains ni. Teknik teknik dan kaedah kaedah yang kak Asma guna pakai dalam mengajar sains?

Asmawati : Ali :

Ohteknik..yang biasa biasa jer. Yang biasa biasa jer tu yang bagaimana ? Kak Asma guna teori piaget ker Bruner ker, ker yang macammana?

Asmawati :

Yer la, kita buat persiapan awal iaitu buat ringkasan mengajar sediakan bahan apa yang patut dan kemudiannya praktikan di dalam kelas itu jer.

Ali

Maksud saya bila masa Kak Asma mengajar tu, apa yang Kak Asma dapati iaitu macamana akak dapati murid yang akak ajar tu belajar konsep konsep sains ,apa yang menarik minat mereka dan bagaimana mereka dapat menguasai topik yang di ajar?

Asmawati :

Ohpada pandangan saya murid murid ni, minat nak tahu sesuatu topik atau konsep sains tu kalau ianya dalam bentuk maujud atau praktikal. Iaitu bahan bantu mengajar yang maujud seperti model apa semua. Eksperimen pun sangat menarik la pada budak budak tu. Kalau kita asyik terang jer pun, budak tak minat.Tapi kalau eksperimen tu mereka suka! Tapi kena observe la.

Ali

: Induksi penting tak Kak Asma? uiiishhpenting..kalau kita bawa sesuatu ker buat buat lakonan ker, mereka minat la nak tahu..penting tu? Lagi satu, latihan. Latih tubi tu mesti nak ada.

Asmawati :

Ali

Selain benda maujud ni apa lagi yang boleh buat murid kita ni berlajar sains dengan lebih berkesan? Warna, bila kita beri hand out tu, kita buat ada warna sikit sikit, bukan apa,manusia kan memang suka pada warna warna ni!

Asmawati :

Ali

pada pandangan kak Asma, apa yang patut ada di dalam bilik darjah yang boleh membantu dalam kita menyampaikan ilmu pada murid murid ni?

Asmawati : HmmmSelain dari alat tulis dan whiteboard(papan putih), kita perlu ada poster poster atau fakta fakta sains dalam kelas. Selain itu, haabudak sukakan teknologi ni seperti bahan audio visual, komputer semua , jadi bahan bahan seperti laptop(komputer riba) dan software (perisian) kita perlu bina yang mana ini akan dapat menarik minat serta membantu murid dalam sesi pembelajarannya. Ali : Oh..masa rehat pun dah habis ni, saya minta diri dulu lah yer kak, dan terima kasih banyak banyak sebab sudi luangkan masa berkongsi pengalaman Kak Asma dengan saya terima kasih ya! Asmawati : Sama sama.

Inilah teks temubual hasil dari temubual saya dengan guru ketua panitia sains SKKS yang berlangsung di makmal komputer SKKS pada pukul 10.30 pagi. Kemudian saya telah menemubual beliau buat kali ke dua untuk melengkapkan tugasan ini.Yang mana berikut adalah transkrip tersebut.

Ali

Assalammualaikum, dan saya minta maaf kerana mengganggu Kak Asma buat kali kedua ya.Saya ingin menemubual Kak Asma mengenai bagaimana kanak kanak mempelajari sains. Tetapi kali ini ia akan lebih menjurus kepada pengaplikasian teori teori pembelajaran seperti konstruktivisme boleh kak?

Asmawati : Ali :

Waalaikummussalam, ohhteori pembelajaran ya? Ya bagaimana kita boleh menggunakan teori teori pembelajaran ini semasa proses P&P kita di dalam kelas.

Asmawati :

Banyak teori pembelajaran ni..hmmm..sebenarnya pada pandangan saya kita sebenarnya banyak mengaplikasi teori teori pembelajaran ni cuma antara sedar atau tidak sahaja! Kak, jenis jenis pengalaman sains yang perlu kita wujudkan semasa P&P pula bagaimana? Jenis jenis pengalaman sains ni kita wujudkan banyak dengan kaedah eksperimen ini kerana dari situ murid akan belajar kaedah serta kemahiran proses sains dengan lebih bermakna dan mudah contohnya ingin tahu, meramal dan sikap sikap keselamatan di dalam makmal.

Ali

Asmawati :

Ali

bagaimana pula dengan konstruk? Iaitu bagaimana kita ingin mewujudkan konstruk tadi yang mana mengikut konsep pembelajaran konstruk, kita perlu mewujudkan persekitaran yang membolehkan murid mampu mendapatkan idea nya sendiri , kita cuma sebagai fasilitator sahaja?

Asmawati :

Yer la, kita buat persiapan awal iaitu buat ringkasan mengajar yang mana kita buat satu satu eksperimen itu dengan langkah langkah sahaja kita beri pada murid kemudian murid laksankan eksperimen dan dapatkan hasilnya sendiri kemudian baru kita guide mereka mengenai topik yang kita nak ajar tu.Dari situ kita dah bagi mereka idea serta konsep yang mereka nak belajar tu.

. Ali : Maksud akak kita hanya sebagai penyelia sahaja dan murid yang mencari sendiri konsep yang hendak di ajar tu ya? Asmawati : haa macam tu la..sebab bila murid tahu sendiri ia akan lebih bermakna dan murid lebih faham akan konsep yang hendak di ajar tu. Ali : contoh kak? contohnya kita buat satu eksperimen konsep cahaya bergerak lurus ok. Kita beri murid lampu dan kad. Kemudian kita beri langkah langkah bagaimana nak laksanakan kemudian murid lakukan langkah langkah yang kita beri tu lepas tu kita minta mereka buat laporan mengenai eksperimen tersebut dan apakah hasilnya ekperimen tersebut! So murid sendiri yang dapat hasilnya lepas tu baru la kita terang kan pada murid yang kurang faham. Ali : Oh.saya ada kelas lepas ni, saya minta diri dulu lah yer kak, dan terima kasih banyak banyak sebab sudi luangkan masa untuk temubual ini ya Kak Asma dengan saya terima kasih ya! Asmawati : Sama sama.

Asmawati :

You might also like