Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH( KPLI-SR)KURSUS DALAM CUTI (KDC) PENDIDIKAN KHASAMBILAN NOVEMBER 2010 PENDIDIKAN

MUZIK KONSEP-KONSEP MUZIK NAMA PENYARAH: WAN HASZELILI BT WAN HASSAN N A M A : S I T I A M I Z A B T M D R E S A D I KUMPULAN : KPLI GSTT AMBILAN NOV 2010OPSYEN : PENDIDIKAN KHASNO MATRIK : IPGKB: A37B - 1011 - 0691N O I C : 8 5 1 2 1 9 - 0 7 - 5 5 8 0

ISI KANDUNGAN B I L I T E M M U K A SURAT1 P e n g e n a l a n k e p a d a K o n s e p M u z i k 2 2 Konsep 1 : Irama 1 . 1 D e t ik 1. 2 Me t e r 1.3 Tekanan1. 4 T e m p o 1.5 Nilai not dan tanda rehat 33 Konsep 2: Melodi 2.1 Pic2.2 Skel2.3 Frasa 74 Konsep 3: Harmoni 3.1 Lagu Pusingan3.2 Lagu berkembar 105 K o n s e p 4 : W a r n a T o n 1 1 6 K o n s e p 5 : T e k s t u r 1 2 7 Konsep 6: Bentuk 6.1 Bentuk Binari AB6.2 Bentuk Tenari ABA 138 Konsep 7:Ekspresi 7.1 Mud7.2 Dinamik

KONSEP- KONSEP MUZIK PENGENALAN Muzik adalah diakui sebagai satu seni yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atauinstrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengan satu cara yangdianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran da n emosi manusia yangmencerminkan ketinggian dan ketamadunan sesuatu budaya bangsa tertentuSeni muzik merupakan satu seni hasil daripada luahan manusia yangmenggambarkan identiti dan kemajuan sesuatu bangsa. Malaysia turut mempunyai senimuzik mereka yang tersendiri dan unik memandangkan negara Malaysia yang terdiri daripelbagai bangsa, etnik, kaum, agama dan kepercayaan. KONSEP MUZIK Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualititersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi 7 elemen iaitu irama, melodi,harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

Konsep 1: IRAMA Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkannot irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan iramayang berbeza.Irama merangkumi detik, meter, tekanan, tempo dan nilai not dan tanda rehat. 1.1 DETIK Detik bermaksud bit konsisten atau denyutan. Denyutan yang berulang danberterusan merupakan elemen yang fundamental yang penting dalammuzik .Dalam muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang bolehditepuk sepanjang muzik tersebut. Jangka masa satu etik ke detik yang lain diukur dengan nilai not muzik.

1.2 METER Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia dikumpulakan dalam kumpulan2,3,4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanyajumla h detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter. Ia dinyatakan dalamskor lagu dalam bentuk tanda masa. Jadual berikut menunjukan contoh kiraanmeter dalam muzik. 23423433 44422288

Nilai angka di atas mewakili bilangan detik dalam satu bar atau unitmanakala nilai angka di bawah mewakili jenis detik/not yang digunakan samada not krocet (4), minim (2), Kuaver (8) dan sebagainya. Meter boleh dikelaskan kepada meter lazim dan meter tidak lazim. i) Meter Lazim Meter 2 , 3 , dan 4 dikenali sebagai meter lazim. Dalam 4 4 4 lazim duaan 2 , setiap bar mengandungi dua 4 detik krocet (). Setiap detik krocet bersamaan dengan 2 nilai kuaver ( = )

meter

Contoh 1 nilai : 2 4

Huraian:

2 mewakili detik dalam setiap bar, 4 mewakili jenis not yang digunakan ( krocet)

ii) Meter tak lazim Meter 6 8 merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai nilai

yang sama dengan nilai masa 3 kuaver (). Dalam suatu bar terdapat dua detik yang ditulis sebagai . . dimana setiap krocet bertitik ..mewakili 3 kuaver ()

Contoh 2 nilai 6 8

Huraian:

6 mewakili detik dalam setiap bar, 8 mewakili jenis not yang digunakan (kuaver)

1.3 TEKANAN Tekanan bermaksud detik yang dirasai lebih kuat dan diberikan penegasan.Semasa menyan yi sesuatu corak irama seringkali dapat didengar detik yangdirasakan lebih kuat atau diberikan penegasan daripada detik-detik yang lain.Penegasan atau menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberitekanan.Terdapat detik yang dibunyikan kuat dan ada yang dibunyikan kurang.

Detik yang kuat dikenali sebangai tekanan dan disimbolkan sebagai tanda > atau ^

Contoh tekanan:

1.4 TEMPO Tempo biasanya merujuk kepada kelajuan detik sesuatu lagu atau corak iramamuzik. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza samada cepat, sederhana ataulambat.

Antara jenis-jenis tempo ialah: ALLEGRO (Rancak, Cepat) AN DAN TE (Sederhana Cepat) ALLA MARCIA (March, Patriotik) DAL CAPO (D.C) Irama diulang

Tempo juga boleh dinyatakan dalam unit digit iaitu = 114

atau

= 60

1.5 NILAI NOT DAN TANDA REHAT Panjang atau pendek sesuatu bunyi dilambangkan dalam bentuk not. Nilai sesuatunot dapat dipnjangkan dengan meletakan satu titik di tepi not tersebut. Titik tersebut mewakili separuh daripada not asal. Contohnya minim bertitik. Berikutadalah bentuk-bentuk not yang terdapat di dalam seni muzik.:

Bentuk-bentuk not dan tanda rehat Konsep 2: MELODI Melodi bermaksud susunan seni kata berirama yang disusun mengikut turutan picyang sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiridaripada bunyi panjang atau pendek yang membenuk irama melodi yangberkontur. Melodi berubah apabila pic dan not berubah. Ia biasanya merujuk kepada irama sesuatu lagu. Contoh melodi : lagu Lenggang Kangkung

Elemen yg terdapat dalam melodi: pic, skel dan frasa.

2.1 Pic Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi samada bunyi tinggi atau bunyirendah. Setiap aras pic mempunyai bunyi yang berbeza. Pic aras tinggi berbunyinyaring manakala pic aras rendah berbunyi besar.

Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satukumpulan atau rangkaian pic. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. Pic boleh disusun secara berurutan. Pic-pic yang berkaitanantara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Pic bergerak secara bertangga, melompat dan mendatar.

Pergerakan bertangga

Peregrakan melompat

Pergerakan mendatar

2.2 SKEL Skel bermaksud pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeatertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonalti. Tangga nada seperti nada skel major dan nada skel minor.

Skel major menaik

Skel minor menaik

2.3 FRASA Frasa bermaksud sekumpulan not yang membentuk satu penyataan muzik yangsignifikan atau satu keratan lagu. Frasa disimbolkan dengan:

Contoh

KONSEP 3: HARMONI Adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yangdibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini membenuk kord yangdigunakan untuk mengiringi melodi.Kord mempunyai tiga not yang dikenali sebagaitriad. Not yang digunakan untuk membentuk triad ialah not asas (not tonik), notketiga dan not kelima dari satu skel. Contoh:

Nyanyian secara harmoni merujuk kepada 2 lagu iaitu: - Lagu pusingan - Lagu berkembar

3.1 LAGU PUSINGAN

Maksud: Lagu pusingan merujuk kepada lagu yang dinyanyikan secara berkumpulan dan bergilirgilir. Contoh lagu : Rasa Sayang - kumpulan pertama menyanyikan lagu pada bar yang pertama ra-sa sa-yangeh - Kumpulan kedua mula menyanyi dari mula hingga akhir apabila kumpulan 1sampai ke bar yang ke 3. ra-sa sa-yang sa-yang eh - Kumpulan ketiga pula mula menyanyi dari mula hingag akhir apabilakumpulan 1 sampai ke bar yang ke 6 11

Kesemua kumpulan tidak akan berhenti serentak kecuali diarahkan untuk berhentipada tempat yang sesuai. Sebelum menyanyikan lagu, murid harus mengetahui pic, ritma dan tempo lagutersebut. Contoh lagu yang dinyanyikan secara berpusingan ialah: Muzik is Fun ( KateBaxter), A Thousand hairy Savages ( Ken Lee/ Spike Miligan) dan SomethingInside Me ( Kenneth Simpson)3.2

3.2 LAGU BERKEMBAR Lagu berkembar bermaksud dua lagu yang berbeza tetapi dinyanyikan serentak.Kedua-dua lagu ini mempunyai kord yang sama dan harmoninya tidak bercanggah antara satu sama lain. Contoh lagu berkembar ialah Baa Baa Black Sheep dan Are You Sleping. Kedua-dua lagu ini dinyanyikan serentak dalam tempoh yang sama.

KONSEP 4: WARNA TON Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatualat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : Dram bes - bunyi berat Kastanet - bunyi ringan

Vocal merujuk kepada suara manusia Perkusi merujuk kepada alatan muzik yang dimainkan secara diketuk, dipukulatau dipalu. Perkusi badan merujuk kepada bunyi yang dihasilkan melalui pergerakanbahagian badan manusia seperti tepukan, hentakan dan sebagainya. Contoh dapadilihat melalui bunyi hentakan kaki, tepukan tangan, petik jari dan sebagainya. Perkusi vocal merujuk kepada bunyi perkusi tiruan yang dihasilkan melalui mulutseperti bunyi CingDum Tak

KONSEP 5: TEKSTUR Definisi: tekstur bermaksud jalinan antara lapisan-lapisan suara yang terdapatdalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepadabilangan lapisan suara atau bunyi yang yang terdapat dalam sesebuah gubahan. Tekstur terbahagu kepada 4 iaitu Monofoni, Homofoni, Haterofoni dan Polifoni.

a) Monofoni bermaksud satu baris melodi atau muzik satu suara yangdimainkan tanpa sebarang iringan muzik. Contohnya apabila kitamenyanyi sebuah lagu tanpa iringan,kita sebenarnya sedang menyanyisecara monifoni.

b) Hemofoni bermaksud sistem interpretasi yang berharmoni dalam sirimuzik polifoni. Ia mempunyai satu bars melodi yang dinyanyi ataudimainkan dengan iringan kord. Contohnya apabila seorang penyanyimenyanyikan sebuah lagu dan mengiringi nyanyiannya dengan petikangitar. Tumpuan utama apabila kita mendengarnya ialah kepada melodinyayang disokong dan diwarnai oleh bunyi-bunyi iringan kord oleh alatanmuzik atau suara nyanyian.

c) Heterofoni bermaksud berbilang suara

d) Polifoni bermaksud gaya improvisasi dalam muzik polifoni. Ia membawamaksud dua atau lebih lapis muzik yang dinyanyikan bersama. Setiaplapisan bunyi mempunyai cirri dan kepentingannya yang tersendiri tetapimenyokong antara satu sama lain dan memperkayakan ekspresi muzik tersebut.

KONSEP6: BENTUK Bentuk dalam bahasa muzik merujuk kepada susunan idea atau satu corak melodiyang mempunyai cirri-ciri yang kjusus. Bentuk sesebuah karya ditentukan olehgabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripadamotif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini biasanya diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik. Sesebuah lagu biasanya mempunyai intro, rangkai dan korus. Bahagian akhir lagu dinamakan coda.Dalam muzik, seksyen ini biasanya ditulis sebagai A B Cdan seterusnya. Antara bentuk yang terkenal ialah Bentuk AB ( Binari) dan Bentuk Tenari (ABA).Terdapa juga bentukbentuk lain seperti Ronda, Perlude dan Fugue.

6.1 Bentuk AB ( Binari) Bentuk binari merujuk kepada muzik yang hanya mempunyai 2 bahagianyang utama. Setiap bahagian dilebelkan sebagai A dan B. Bentuk binaribiasanya berunsurkan soal jawab dimana bahagian A marujuk kepadaunsur menyoal manakala bahagian B merujuk kepada unsur menjawab. Terdapat juga bentuk Binari AB yang mempunyai bahagian- kecil di dalamnya.

Contoh lagu yang berbentuk Binari ialah: Can Mali Can Bahagian A : Dimana dia anak kambing saya, Anak kambing saya ada di tepi sawah, Dimana dia adik comel saya,

Adik comel saya yang pakai baju merah, Bahagian B: Can mali can, can mali can Can mali can ketipung payung, Can mali can, can mali can, Can mali can ketipung payung,

6.2 Bentuk Teneri (ABA) Teneri membawa maksud tiga, ini bermakna lagu-lagu yang berbentuk Teneriatau ABA mempunyai bentuk yang utama dimana bahagian pertama dilebelkansebagai A, bahagian yang kedua dilebelkan sebagai B , manakala yang ketigadilebelkan sebagai A kerana bahagian ini adalah ulangan daripada bahagian yangpertama. Bahagian B dicipta bagi memberi sedikit kelainan atau variasi dari sedi corak irama dan melodi lagu tersebut. Bahagian ini dikenali sebagai bridge Antara lagu yang menggunakan bentuk Teneri ABA ini ialah lagu kanak-kanak Lagu Jong Jong Inai

Bahagian A :Jong jong inai mak ipong waja wali,

Bahagian B : Jong jong inai mak ipong waja wali Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki Semangkuk jerluk sepinggan dagang Tak cukup pulut tambah nasi dagang

Bahagian A: Jong jong inai Mak ipong waja wali

KONSEP 7: EKSPRESI Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yangditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Ia merupakan cirri muzikalyang mempengaruhi sesuatu persembahan vocal atau instrumental. Gabunganaplikasi ciri muzikal boleh menghasilakan interpretasi tersendiri. Pernyataanperasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabilamuzik diperdengarkan.

7 . 1 Mud Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selaludilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkansamada riang, bersemangat, sedih dan sebagainya.

7.2 Dinamik Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( > ) dan beransur kuat ( < ).

You might also like