Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Komponen Rancangan Pengajaran Harian

DEFINISI RPI
Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi.
Bender W.N ( 1995 ), RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid berkeperluan khas. Westwood (1983), RPI adalah satu proses yang memerlukan perundingan dan kolaborasi antara guru kelas, guru Pemulihan Khas, ibu bapa, guru besar dan para pakar perubatan dengan mengambil kira beberapa perkara seperti :- kekuatan dan kelemahan murid - matlamat jangka panjang dan objektif jangka pendek - jangka masa yang ditetapkan bagi murid capai objektif pengajaran - tanggungjawab setiap indivu dalam melakasanakan RPI

PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI


RUJUK PIHAK TERLIBAT PENGUMPULAN DATA MESYUARAT

PENILAIAN

PELAKSANAAN

PENYEDIAAN/

PENULISAN RPI

1) Rujuk Pihak Terlibat


Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan : - antara guru - antara ibu bapa dan sekolah - antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan

2) Pengumpulan Data Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan keperluan murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat dikumpul melalui : borang biodata murid sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan borang kaji selidik akademik ujian diagnostik pemerhatian ke atas murid

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ini ialah : cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat sejauhmana penglibatan murid sejauhmana penglibatan ibu bapa sejauhmana penglibatan khidmat sokongan
Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis, dirumus dan dicatat dalam borang rumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat ahli jawatankuasa RPI.

3) Mesyuarat Mesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama, iaitu : a) Aspek Tugasan berkongsi maklumat menyediakan matlamat dan objektif menyenaraikan strategi pengajaran membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran menyediakan kriteria penilaian menetapkan tarikh penilaian / semakan semula

b)Tanggungjawab pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan Dalam peringkat ini, perkara-perkara berikut perlu dilakukan : Wujudkan jawatankuasa Mengedar maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang terlibat Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau salah seorang dari Guru Penolong Kanan di sekolah.

4) Penyediaan RPI Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus diikut. Penulisan RPI perlu mempunyai komponenkomponen berikut : Objektif yang khusus untuk murid Strategi pengajaran yang terperinci Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan. Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif. Prosedur penilaian yang terperinci.

5) Pelaksanaan Dalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah : penyelarasan penggunaannya. mengenalpasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan penyelarasan program bantuan dan sokongan kepada guru. pemantauan dan penilaian program.

6) Penilaian - Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli. -Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu dibentang oleh guru. Segala maklumat ini perlu dibincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan pemantauan. -Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif yang dirancang. -Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan yang seterusnya perlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

Penulisan RPI Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut : 1. Jawatankuasa - guru besar - guru khas - ibu bapa - para profesional dll.

2. Matlamat - jangka panjang - jangka pendek

3. Pencapaian Murid - jangka masa untuk mencapai objektif - pilih bidang-bidang yang penting sahaja - tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa. 4. Objektif - objektif merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan - objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat - objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.

5. Prosedur dan Kriteria Penilaian - kriteria Penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif
6. Strategi Pengajaran - bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif pengajaran - perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.

7. Resos - guru perlu memastikan resos ini tersedia pada waktunya. RPI juga perlu menyatakan dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan. 8.Orang yang Bertanggungjawab - menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.

9. Inklusif - harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa murid-murid berkenaan diinklusif ke kelas biasa

10. Catatan - digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang berkaitan - digunakan sebagai rekod - digunakan untuk mencatat penggunaan resos - ditulis selepas penilaian dijalankan

CONTOH FORMAT PENULISAN RPH Mata Pelajaran Tahun Bil.murid Tajuk Sub tajuk Tarikh Masa Objektif Pengetahuan sedia ada Hasil Pembelajaran : : : : : : : : : : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :Kemahiran bahasa : Sistem bahasa : Pengisian ilmu : Bahan sumber pengajaran pembelajaran :

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Apakah yang dihasrat dapat dicapai oleh murid di akhir pelajaran. Jika pengajaran dilakukan secara kumpulan, hasil pembelajaran perlu dilakukan secara kumpulan. Dalam bentuk tingkah laku, boleh diukur dan spesifik Contoh : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat; i. membina sekurang-kurangnya dua perkataan daripada suku kata yang dipelajari.

Penanda wacana bagi tingkah laku - membaca, menulis, menceritakan, membezakan, dsb.

You might also like