Definisi Morfologi

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

- Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. - Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan. - Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh : berpeluh 2 morfem : ber+peluh berkakikan 3 morfem : ber+kaki+kan saya 1 morfem : saya Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh : - Morfem bebas saya - Morfem terikat ber dan kan, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti berkakikan Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.

You might also like