Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Taman Etnobotani ialah khazanah alam yang terdapat di Kelantan selatan

Taman Etnobotani

Taman Etnobotani, Gua Musang dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan dan rekreasi bertujuan bagi memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya khususnya produk herba. Ia terletak berhampiran bandar Gua Musang iaitu di Jalan Gua Musang-K. Lipis dengan kawasan seluas 35 hektar.

Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan. Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan, titian kanopi dan menikmati keindahan gua.

Pada masa kini sebahagian daripada kawasan Taman Etnobotani sedang digunakan untuk pusat latihan belia dibawah program Pusat Latihan Khidmat Negara. Isu utama yang dikenalpasti ialah taman ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, pengunjung dan pelancong.

Kolam Air Panas Sungai Mering dan Sungai Ber Gua Musang

Pada masa kini, terdapat dua rangkaian kolam air panas, iaitu kolam air panas Sungai Ber dan Sungai Mering. Kedua-dua kolam air panas tersebut terletak di kawasan pedalaman iaitu dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Berok.

Kedua-dua kolam air panas tersebut berpotensi sebagai kawasan tarikan geo- pelancongan. Kolam air panas Sungai Ber merupakan kolam air yang terpanas di Kelantan (72 0C). Manakala kolam air panas Sungai Mering merupakan aliran air panas berbentuk air terjun bertingkat yang amat cantik bentuknya.

Kolam Air Panas Sungai Mering dan Sungai Ber Gua Musang

Tasik Ketitir - Gua Musang

Lokasi Tasik Ketitir terletak di dalam Bandar Baru Gua Musang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Tarikan Tasik Ketitir merupakan sebuah tasik bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu. Kini ia telah dijadikan satu kawasan rekreasi dalam bandar di Gua Musang. Namanya diperolehi daripada spesis burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini. Menjadi tumpuan kepada orang ramai untuk bersiar-siar, berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.

Tasik Ketitir - Gua Musang

TAMAN NEGARA KUALA KOH

Taman Negara ditubuhkan pada tahun 1939 dan merangkumi tiga Semenanjung Malaysia Pahang, Kelantan dan Terengganu, adalah taman terulung di Malaysia dan yang terbesar di negara ini. Ia meliputi kawasan kira-kira 4343 km persegi. hutan hujan tropika utama dianggarkan lebih 130 juta tahun. Taman ini dahulunya dikenali sebagai King George V National Park untuk memperingati jubli perak raja British tetapi selepas kemerdekaan pada tahun 1957, nama itu ditukar kepada Taman Negara. Taman Negara Pahang, yang membentuk bahagian terbesar taman, meliputi kawasan seluas 2477 km persegi (57%), diikuti oleh Taman Negara Kelantan dengan 1.013 km persegi (24%) dan Taman Negara Terengganu dengan 853 km persegi ( 19%).

Taman Negara Kuala Koh

Taman Santuari Tasik Pergau

Pengenalan Taman Santuari, Tasik Pergau Jeli terletak di Batu 16 Jalan Raya Timur Barat. Ia merupakan taman yang terletak di sebuah pulau di Tasik Pergau yang dahulu dikenali sebagai Pulau D.O. Pulau ini telah dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 2003 dan mula dibuka kepada pelawat pada awal tahun 2004 dan dikenali sebagai Pulau Santuari. Di sekitar Pulau Santuari ini terdapat beberapa pulau-pulau kecil. Panorama alam dan kehidupan flora dan fauna di sekitar hutan dan perairan di Tasik Pergau dapat dinikmati sepenuhnya oleh pengunjung yang mengunjungi Pulau Santuari ini. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di pulau ini seperti chalet terapung, dewan, musalla, tapak perkhemahan, bot dan kayak untuk disewa dan pelbagai kemudahan lain untuk keselesaan pengunjung yang mengunjungi pulau ini.

Taman Santuari Tasik Pergau

PERANAN KESEDAR DARI ASPEK KEBAJIKAN


Kemudahan-Kemudahan Program kemudahan-kemudahan menyediakan peruntukan bagi melaksanakan projek-projek kecil yang tidak disenaraikan dalam bajet semasa bernilai tidak melebihi RM20,000.00. Antara jenis-jenis projek yang dilaksanakan di bawah program ini adalah pembaikian kecil kemudahan asas dan infrastruktur, bantuan warga emas, majlis sambutan hari-hari perayaan, bantuan bencana dan majlis kemasyarakatan. Pertimbangan terhadap permohonan daripada pertubuhan atau penduduk akan dibuat dengan mengambil kira keperluan mendesak dan impak kepada penduduk setempat. Untuk tahun 2009 program ini telah diluluskan peruntukan berjumlah RM150,000.00.

Pencapaian Berakhir 31 Disember 2009, perbelanjaan sebanyak RM150,000.00 (100%) telah dibuat melibatkan 24 projek dan memberi faedah kepada 4,000 orang penduduk. Pelaksanaan aktivitiaktiviti kemasyarakatan dan pembaikan kemudahan asas di bawah program ini memberi impak segera kepada pihak yang terlibat.

Pembangunan Prasarana yang dicapai


Rancangan Kemajuan Tanah

Program ini bermatlamat meningkatkan kualiti hidup peneroka di sembilan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR melalui penyediaan prasarana awam. Peningkatan prasarana awam diharap memberi impak kepada sosioekonomi peneroka RKT KESEDAR.

Untuk tahun 2009, peruntukan sebanyak RM6,983,202.00 diluluskan bagi membiayai tiga projek iaitu Bekalan Air Zon Paloh (RM5,586,202.00), Jalan kampung RKT (RM917,000.00) dan Kemudahan Awam (RM480,000.00).

Keistimewaan KESEDAR
Kemudahan Pengurusan Program ini membantu khidmat operasi sokongan melalui kemudahan-kemudahan pengurusan bagi mempastikan kelancaran pelaksanaan program-program pembangunan. Pada tahun 2009, sejumlah RM930,000.00 telah diluluskan bagi pelaksanaan empat projek di bawah program ini iaitu Kenderaan (RM33,000.00), Rekreasi dan Keceriaan (RM80,000.00) dan Bina dan Ubahsuai Pejabat (RM700,000.00).

Kemajuan yang dicapai oleh KESEDAR


Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan Program ini bertujuan mempercepatkan pembangunan bandar dan pusat pertumbuhan yang berpotensi di Kelantan Selatan. Penyediaan kemudahan awam dan sosial yang bersesuaian dilaksanakan bagi mencapai tujuan ini terutamanya di Bandar Gua Musang. Pada tahun 2009, program ini telah diluluskan peruntukan RM735,000.00 bagi melaksanakan tiga projek utama iaitu Kompleks Sukan Gua Musang (RM500,000.00), Tembok Penahan Jalan 1-1 (RM186,000.00) dan Tapak Bandar Gua Musang (RM49,000.00).

RUMUSAN
Dengan membuat kerja kursus Sejarah ini, banyak faedah seperti unsur patriotism yang diperoleh daripada kajian ini contohnya mencintai alam sekitar Negara terutamanya di negeri cik siti wan kembang ini kaya dengan khazanah-khazanah semula jadi. Dengan membuat kerja kursus sejarah ini juga kita dapat mempelajari Geografi. Hal ini menjadi faktor perdana kerana, seseorang itu akan lebih bersyukur malah mempunyai semangat cinta akan Negara daripada di cerobohi musuh. Kita seharusnya mencintai hutan kita oleh sebab bumi kita semakin uzur sejak akhir-akhir ini. Seterusnya, ramai rakyat kita sudah melupai khazanah yang diberi oleh Tuhan.Hal ini demikian kerana, rakyat sudah ingin menggunakan teknologi canggih sempena zaman atom ini. Hutan semakin dilupakan dengan membina hidroelekrik, jalan raya dan banyak lagi yang boleh memupuskan hutan. Selain itu, KESEDAR juga memainkan peranan penting untuk memajukan rakyat miskin di Negara dengan memajukan pertanian dengan menanam kelapa sawit[MPOB], menanam pokok tumbuhan seperti mangga, manggis, rambutan dan banyak lagi. Tambahan pula, selain KESEDAR, KETENGAH dan DARA juga mempunyai matlamat sama dan FELDA turut bersama untuk memajukan rakyat miskin daripada duduk dengan tidak bekerja di rumah. Banyak faedah bila berada di sini supaya tidak duduk bersahaja di rumah. Akhir sekali, Dengan membuat kerja kursus ini, saya mendapat banyak faedah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan Negara.

LAMPIRAN
Projek Infrastruktur Kesedar Beri Manfaat

Main Bola Sepak Berpelikat

Saya berterima kasih kepada http://www.kesedar.gov.my dan banyak lagi pihak yang membantu saya seperti http://www.google.com.my, http://www.felda.net.my/feldav3/.

You might also like