Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

AKTIVITI YANG DIMINATI TETAPI TIDAK DIIKUTI Sepanjang saya menjalani latihan industri di Akademi Binaan Malaysia Wilayah

Utara (u), saya sangat berminat untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan di ABM seperti kursus Landscape, Building Operation Maintainance (BOM) , Drafting, Building Wiring Installation (BWI),Welding, Wetskill dan Plumbing. Sebenarnya, bukan pelajar UPSI sahaja yang membuat latihan industri di ABM malah pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menempatkan 18 orang pelajar mereka untuk menjalani latihan industri di sini tetapi dalam bentuk yang berbeza. Pelajar UPSI diletakkan di bahagian pejabat dan bertugas sebagai Operator Telefon, bertugas di bahagian pemasaran serta berada di bahagian kewangan. Pelajar daripada UUM pula menghabiskan 4 bulan tempoh latihan industri mereka dengan menyertai setiap kelas bagi kursus- kursus yang ditawarkan di ABM. Mereka perlu berada selama seminggu di dalam setiap kursus. Hal ini adalah kerana pihak UUM ingin melahirkan siswazah yang bukan hanya pandai pada teori tetapi juga dari segi praktikal. Selain itu, saya juga sangat berminat untuk menyertai promosi yang diadakan di luar kawasan ABM. Unit Pemasaran sering mengadakan promosi di Pulau Pinang dan Perak. Tumpuan diberikan di kawasan pedalaman dan kampung tetapi kawasan bandar juga tidak dilupakan. Saya pernah mengikuti satu promosi yang berlangsung di Kuala Kangsar dan saya sangat teruja dengan hasil yang kami peroleh. Sepanjang 2 bulan menjalankan latihan industri di ABM, saya hanya berkesempatan untuk mengikut satu promosi sahaja.

You might also like