Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

PENCERNAAN MAKANAN

Sel badan kita memerlukan makanan untuk menjalani proses metabolisme. Makanan yang biasa digunakan untuk respirasi sel ialah gula ringkas seperti glukosa. Molekul besar tidak dapat diserap oleh usus kecil kerana epitelium usus bersifat separa telap. Oleh itu, sebatian kompleks dalam makanan kita perlu diuraikan kepada bentuk sebatian ringkas yang bermolekul kecil. Contoh: kanji diurai kepada glukosa. Protein diurai kepada asid amino.

Proses penguraian molekul makanan yang besar dan kompleks menjadi molekul yang kecil dan ringkas dikenal sebagai pencernaan.

Sistem pencernaan manusia


Terdiri daripada salur alimentari dan kelenjar pencernaan

Proses pencernaan karbohidrat, protein, dan lipid dalam manusia


Di dalam rongga mulut 1. Melibatkan pencernaan fizikal dan pencernaan kimiaberlaku di dalam mulut. Pencernaan fizikal berlaku apabila makanan dikunyahmenjadi cebisan-cebisan yang kecil oleh gigi. Pencernaan kimia berlaku apabila amilase liur dalam air liur (dirembeskan oleh kelenjar liur)mempercepatkan penguraian kanji kepada maltosa. Air liur mengandungi mukus yang melembutkan zarahzarah makanan untuk menbentuk gumpalan yang dipanggil bolus. Bolus ditelan ke dalam esofagus

Tindakan peristalsis

esofagus
Dinding berotot pada esofagus mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan bergelombang yang dipanggil peristalsis. Peristalsis menolak bolus dari esofagus ke dalam perut dan menyebabkan bolus pecah kepada zarah-zarah yang lebih kecil

Perut
Dinding perut merembeskan jus gaster (gastric juice) yang mengandungi asid hidroklorik, pepsin dan enzim renin Fungsi asid hidroklorik: i. Membunuh bakteria yang mungkin hadir di dalam makanan ii. Meyediakan medium yang berasid untuk tindakan pepsin iii. Menghentikan tindakan amilase liur. Pepsin memangkinkan penguraian protein kepada polipeptida atau pepton. Enzim renin mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen (protein susu yang larut) menjadi kasein (protein susu yang tidk larut) Makanan separa pepejal dalam perut dipanggil kim.

Usus kecil
Terdiri daripada tiga bahagian iaitu Duodenum Jejunum Ileum

Duodenum
Bahagian pertama pada usus kecil. Kim bercampur dengan hempedu dan jus pankreas. Hempedu ialah cecair kehijauan yang dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu dan disalurkan ke dalam duodenum melalui duktus hempedu. Fungsi hempedu: Menyediakan medium yang beralkali untuk tindakan enzim dalam hati Membaurkan lemak kepada titisan yang halus supaya luas permukaan minyak lebih besar untuk tindakan enzim.

Kedudukan duodenum, hati dan pankreas

Jus pankreas juga bersifat alkali dan dihasilkan oleh pankreas. Ia mengandungi Amilase, Protease Lipase Fungsi enzim dalam jus pankreas; Amilase- menguraikan kanji kepada maltosa Lipase- menguraikan lemak kepada asid lemak dan gliserol. Protease-menguraikan protein kepada polipeptida

Jejunum dan ileum


Bahagian bawah usus kecil Jus usus yang beralkali dirembeskan oleh ileum Jus usus mengandungi enzim untuk melengkapkan pencernaan karbohidrat, protien dan lemak Fungsi enzim dalam jus usus; Protease- polipeptida kepada asid amino Lipase lemak kepada asid lemak dan gliserol Maltase-maltosa kepada glukosa Sukrase-sukrosa kepada fruktosa dan glukosa Laktase-laktosa kepada galaktosa dan glukosa

Glukosa, fruktosa, galaktosa, asid amino, asid lemak dan gliserol merupakan bentuk makanan yang paling ringkas yang dapat diguna terus oleh badan kita. Selulosa tidak tercerna di dalam badan kita kerana kita tidak menghasilkan enzim selulase

Produk terakhir bagi pencernaan


Glukosa dari karbohidrat Asid amino dari protein Asid lemak dan gliserol dari lemak

Penyerapan makanan tercerna


Hasil pencernaan, vitamin dan mineral diserap ke dalam alir darah melalui dinding usus kecil melalui resapan. Terdapat vilus, unjuran halus pada dalaman usus kecil. Vilus mempercepatkan penyerapan makanan tercerna kerana ia; i) Menambahkan luas permukaan penyerapan ii) Mempunyai dinding epitelium setebal satu sel sahaja iii) Terdapat banyak kapilari darah

Penyerapan semula air dan penyahtinjaan


Makanan yang tidak tercerna seperti pelawas dibawa dari usus kecil ke usus besar melalui peristalsis. Dalam usus besar, penyerapan semula air berlaku. Air dan mineral terlarut daripada makanan yang tidak tercerna meresap melalui dinding usus besar.

Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan sebagai air kencing dan peluh atau dihembus sebagai wap air Makanan tidak tercerna mengeras menjadi sisa separa pepejal yang dipanggil tinja dan disimpan sementara di dalam rektum Apabila rektum penuh, tinja disingkirkan melalui dubur melalui proses penyahtinjaan

Jika sesorang mengalami kesukaran untuk membuang air besar, dia dikatakan menghidap sembelit. Sembelit berlaku disebabkan oleh kekurangan air dan pelawas di gizi pemakanan.

You might also like