Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Biografi Tun Dr.

Mahathir Mohamad Bapa Pemodenan Malaysia

Nama : Noor Aaidaa Binti Azhar Kelas : 2 Perdana

Pengenalan
Beliau amat popular dengan gelaran Dr. M atau nama pena beliau Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Yang Ke-4. Ketika penggal Kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega dan zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Center (KLCC) , Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC). Beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia Sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat pernghormatan yang tertinggi di Malaysia. Beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun , yang merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
2

Biodata Tun dr. mahathir mohamad


Nama : Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Lahir : 20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah Pendidikan : Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS - 1953

Kerjaya : 1945 - Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO 1954 - Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis 1957 - Membuka klinik sendiri di Alor Setar 1964 - Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan 1973 - Dilantik Pengerusi FIMA. 1975 - Naib Presiden UMNO 1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri. 1981 - Perdana Menteri Malaysia Keempat
3

pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran.
Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH)

Semasa Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol diikuti dengan kedai kopi dan seterusnya gerai buah-buahan di Pekan Rabu,Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital

Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Tun Mahathir ketika menuntut di KSAH

perkahwinan
Perkenalan dengan seorang gadis yang bernama Siti Hasmah Binti Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII College of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini dikurniakan tujuh cahayamata iaitu : Marina

(kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mokhzani) , Mukhriz (kini Datuk Mukhriz) , Maizura, Mazhar.
Tun Dr. Mahatir dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Keluarga Tun DR. Mahathir 5

kesihatan
Pada 24 Januari 1989, Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat. Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang. Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di (IJN) selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka Tan Sri Dr. Yahya Awang , Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand , Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2. Pada 15 Setember 2007, sekali lagi beliua dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun. Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia , Tun Dr. Mahathir telah dimasukkan ke hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke Hospital tersebut disahkan oleh pegawai khasnya Sufi Yusof. Dr. Mahathir pergi ke Melbourne bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne. 6

kerjaya
o Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan , Dr Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan , Klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keprihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rancana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena C.H.E Det antara tahun 1946-1950. Penulisan Merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah , Dr. Mahathir telah menjadi peyunting Darul Aman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai peyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan jenis penerbitan termasuklah buku Dilema Melayu yang diterbitkan dalam tahun 1970. o Selain daripada menulis,, Dr Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang taguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Gread Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Klinik MAHA

Buku Dilema Melayu 7

Kerjaya politik
Dr. Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negari Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr. Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. Pada Pilihan Raya Ketiga, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar setelah menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan Cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr. Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas mengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 september 1969, Dr. Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Sambungan

Semasa di luar parti, Tun Dr. Mahathir mengarang buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik selepas Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir masuk semula dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Tun Hussien Selepas pilihan raya, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Onn bersalaman dengan Tun Dr. Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau Mahathir memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussien Onn melantik Dr. Mahathir sebagai timbalannya sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu, Dr. Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Hussien Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr. Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai 1981, Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri yang keempat dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003, Dr. Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr. Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr. Mahathir kembali menyertai UMNO. Nombor ahli 0000001 dikekalkan. 9

Pencapaian & sumbangan


Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr. Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penanaman beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesis, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetari Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya nagara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu mengikat diri kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Exucutive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah 10 sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan Sambungan

Memandangkan komoditi tidak lagi dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantara Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain ialah peningkatan pembangunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara 11 tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara Sambungan

Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formular One dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) . Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun dan dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fiziklal, mental dan sosial. Kejayaan Malaysia 12 sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di

rujukan
http://ms.wikipedia.org/wi ki/Mahathir_bin_Mohamad

http://ifinika.tripod.com/bio.htm

http://sejarahmalaysia.pnm.my/porta lBM/detail.php?section=sm02&spesifik _id=101&ttl_5


13

You might also like