Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1 BETA~PUAN ANIS MURSHIDIN~SMKDOB~ NURINA AMIRAH BINTI MAHADZER NUR NASIRAH BINTI ABDUL NAZIER IDAYU AFIEZA BINTI

ZAHARI

Sekolah ialah tempat tumpuan para pelajar untuk menimba ilmu dan kemahiran. Berbagai-bagai kemudahan asas yang berguna telah disediakan kepada pelajar. Antara kemudahan yang disediakan ialah komputer, kerusi, meja, telefon, dan lain-lain. Semua kemudahan ini bertujuan menyediakan suasana yang selesa, susun atur yang menarik, dan menarik minat pelajar untuk belajar.

Setiap pelajar hendaklah sentiasa memelihara dan menjaga harta sekolah dengan baik. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pelajar dalam usaha ini termasuklah: Menggunakan segala peralatan yang disediakan dengan cermat; Melaporkan segala kerosakan peralatan kepada guru untuk segera dibaiki; Menyayangi harta sekolah sebagaimana harta sendiri; dan Bergotong-royong membersihkan dan memperbaiki segala kerosakan yang berlaku.

Kita juga hendaklah memelihara keindahan persekitaran sekolah kerana persekitaran ini juga penting dalam menyediakan suasana pembelajaran yang menarik kepada pelajar. Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghargai keindahan persekitaran sekolah dengan cara menjaga kebersihan. Kebersihan dan keceriaan kelas serta persekitaran sekolah boleh menambah minat murid untuk belajar.

Pelajar yang bertanggungjawab sentiasa memastikan penggunaan peralatan sekolah dengan baik. Antara kebaikan menjaga harta sekolah ialah:-

Kita dapat belajar dalam suasana yang selesa; Dapat menggunakan peralatan sekolah untuk menjalankan uji kaji yang diperlukan dengan baik; Keindahan dan susun atur kelas terpelihara; Pelajar akan disayangi oleh guru; Pelajar dapat memanfaatkan segala kemudahan untuk tujuan yang berguna; dan Mengelakkan masalah yang boleh mengganggu proses pembelajaran di sekolah.

Setiap pelajar hendaklah bersikap bertanggungjawab dan berdisiplin semasa berada di sekolah dan di luar sekolah. Sebagai pelajar yang baik kita hendaklah sentiasa mengajak dan memupuk sikap sayang akan harta sekolah supaya kita dapat belajar dengan baik dan generasi yang akan datang juga berpeluang memanfaatkan segala peralatan yang ada di sekolah. Setiap pelajar hendaklah memainkan peranan membanteras atau menjauhi perbuatan khianat, seperti merosakkan peralatan sekolah.

Antara perbuatan pelajar yang merosakkan peralatan sekolah termasuklah: Merosakkan kerusi dan bangku; Menconteng dinding atau peralatan sekolah dengan berbagai-bagai tulisan; Menggunakan peralatan yang berbahaya tanpa pengawasan dan kebenaran daripada guru; Membuang sampah merata-rata; dan Tidak mengembalikan peralatan yang digunakan di tempat yang sepatutnya. Sikap ini akan merugikan diri pelajar itu sendiri dan akan menyebabkan suasana pembelajaran tidak Berjalan lancar.

Sekiranya setiap pelajar tidak bertanggungjawab terhadap peralatan sekolah, pelajar akan belajar dalam keadaan yang tidak selesa. Antara kesan buruk yang akan dihadapi oleh pelajar yang tidak menjaga harta sekolah ialah: Tidak dapat belajar dengan selesa kerana kekurangan kerusi dan meja; Berasa tidak selamat kerana peralatan yang rosak boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar; Tidak dapat menjalankan uji kaji dan penyelidikan kerana kemudahan yang disediakan telah rosak; dan Pelajar akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

Menanam sikap menyayangi harta khususnya harta sekolah dalam diri setiap pelajar. Melatih setiap pelajar dangan sifat-sifat mahmudah seperti sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Menyedarkan pelajar tentang betapa pentingnya menjaga harta sekolah. Hal ini demikian kerana harta sekolah disediakan untuk kemudahan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Mengambil tindakan yang tegas atau menghukum pelajar yang bertindak merosakkan harta sekolah. Memastikan segala peralatan yang ada di sekolah dipelihara dan dipulihara demi kepentingan warga sekolah khususnya pelajar.

Kesimpulannya, kita wajarlah memelihara dan memulihara peralatan dan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Peralatan dan kemudahan yang disediakan di


sekolah adalah bertujuan untuk menyediakan suasana yang selesa, susun atur yang kemas, dan menarik minat pelajar untuk belajar.

You might also like