Aktiviti Minggu Sains

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

guna bahan terpakai seperti kotak kasut, botol air, dan sebagainya. Terpulang kepada kreativiti Cikgu.

. Sebab kita nak sediakan bahan-bahan ni kepada murid-murid dalam kuantiti yang banyak, jadi kena cari bahan yang menjimatkan kos Tak perlu fancy-fancy sangat, yg penting asal dah nampak rupa

kereta (ada body kereta, ada 4 tayar) sudah mencukupi. Ok, untuk membuat tayar kereta pula, boleh gunakan polysteryne. Potong polysteryne tu bentuk tayar. Untuk membenarkan kereta tu bergerak, maka perlu sambung 2 tayar bahagian depan bersama-sama. Boleh gunakan lidi. Begitu juga 2 tayar di bahagian belakang. Berkenaan dgn menggerakkan kereta dgn menggunakan magnet, ia berkaitan dengan prinsip Magnet yg sama kutub akan menarik, dan magnet yang berlainan kutub akan menolak satu sama lain. Dalam aktiviti 'MENCIPTA MODEL KERETA YG DIGERAKKAN OLEH MAGNET' ini, murid-murid memerlukan 2 buah magnet. Satu untuk diletakkan di bahagian belakang kereta model, dan satu lagi untuk dipegang sendiri oleh murid. Sbgai contoh, satu magnet dilekatkan di bahagian belakang kereta. Katalah kutub magnet di kereta itu adalah kutub selatan, maka murid perlu menghalakan kutub utara magnet yg dipegangnya ke arah magnet yg terlekat di belakang kereta tu, maka baru la kereta modelnya boleh digerakkan. Secara tak langsung, mereka dah boleh aplikasikan pengetahuan sedia ada mereka tentang topik Magnet. Untuk menambahkan keseronokan, Cikgu boleh wujudkan pertandingan lumba kereta-kereta model tu (macam lumba kereta F1 ada garisan permulaan, dan garisan penamat). Syaratnya adalah murid hanya boleh menggunakan magnet untuk menggerakkan kereta.

You might also like