Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama Kelas Subjek Tajuk

: Raynold Freddy : 3 MU 1 : BMK : Ucapan Hari Guru 1994

Guru Inovatif dan Kreatif menjayakan Wawasan

Salam perpaduan dan salam sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dihormati sekalian. Pertama sekali sebelum saya meneruskan perbicaraan saya eloklah terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke majlis Hari Guru yang bertemakan Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan. Kita semua sedia maklum bahawa pada 16 mei 1972 merupakan julung julung kali diadakan sambutan Hari Guru. Ia bertujuan untuk meraikan semua pendidik yang telah membuat pengorbanan yang besar kepada generasi muda yang bakal memacu negara ke peringkat yang lebih tinggi. Jutaan terima kasih saya tujukan kepada semua warga pendidik yang tidak pernah patah semangat untuk mencurahkan ilmu dan menabur bakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sungguhpun terpaksa melalui denai yang berliku liku namun, berbekalkan dengan semangat ingin menabur bakti. Maka, terhasillah generasi yang berketerampilan mulia sesuai dengan hasrat kerajaan dan seterusnya, generasi ini akan dapat meningkatkan kredibiliti negara. Tema pada kali ini ialah Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan. Ia membawa maksud kepada menyahut cabaran yang amat Berhormat Perdana Menteri kita yang menyahut kita semua untuk sama sama menuju ke arah wawasan 2020. Salah satu cara untuk mencapai wawasan tersebut ialah dengan memantapkan sistem pendidikan negara agar usaha yang murni ini dapat direalisasikan. Sehubungan dengan itu juga, dengan termeterainya tema ini maka ia membawa maksud tanggungjawab yang lebih berat akan dipikul oleh warga pendidik kita demi untuk mencapai matlamat negara. Namun antara objektif hari guru ialah menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan. Oleh yang demikian, guru yang inovatif dan kreatif akan menjayakan wawasan yang kita idam idamkan selama ini. Inovatif dan kreatif di sini membawa maksud seorang guru itu perlu untuk berfikiran secara kreatif dan melakukan inovasi terhadap cara beliau untuk berkongsi ilmu, misalnya. Hal ini akan memberi impak yang mendalam terhadap proses pembelajaran anak muridnya. Seterusnya, ia akan membawa kepada suatu perubahan yang postif dalam arena pendidikan negara. Begitu juga dengan adanya pemikiran yang kreatif, ia dapat membentuk suatu daya pemikiran yang cemerlang dan pembentukan mental para pelajar juga dapat dilaksanakan dalam masa yang sama. Pemikiran yang kreatif juga akan dapat menjadikan kondisi pembelajaran menjadi lebih kondusif dan efektif. Justeru, tema ini menyeru agar semua guru menyahut cabaran ini dan memegang slogan ini sebagai pembakar semangat mereka semasa menjalankan tanggunjawab. Suhubungan dengan itu juga, guru seharusnya menyahut baik cabaran Perdana Menteri kita. Hal ini demikian kerana, sahutan Perdana Menteri bukan untuk kebaikan negara semata semata tetapi juga, untuk kebaikan kita semua. Wahai warga pendidik, kamu semua merupakan aset negara yang penting dan kehilangan salah seorang daripada kamu akan menjejaskan matlamat negara untuk mencapai wawasan 2020. Oleh yang demikian, perasaan dan pemikiran yang negatif perlu dielakkan. Jika tidak, ia akan mengundang kepada pelbagai kesulitan yang akan menjejaskan proses pendidikan di negara kita. Seterusnya ia akan membantutkan matlamat negara dan perkara ini seharusnya diambil perhatian yang sewajarnya. Jelaslah disini bahawa, pemikiran yang negatif hendaklah dielakkan dan sebaik baiknya sebagai seorang pendidik hendaklah kamu sekalian menapis dahulu segala maklumat yang kamu perolehi sebelum membuat sebarang tindakan yang melulu.

Akhir kata, warga pendidik sekalian hendaklah kamu penuhi ilmu di dada dan tingkatkanlah kemahiran yang ada pada diri kamu. Dalam masa yang sama juga, kualiti yang ada pada diri seorang pendidik hendaklah kamu pelihara dan jangan biarkan ia pudar. Ketepikan segala perkara yang tidak mendatangkan faedah kerana warga pendidik merupakan golongan yang mempunyai tahap intergriti diri yang tinggi. Hal ini juga demikian kerana, anda merupakan saluran ilmu kepada generasi yang akan datang dan anda adalah pemangkin kepada kemajuan negara. Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari saya untuk memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap.

Sekian daripada saya, terima kasih dan selamat hari guru.

You might also like