Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP

Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperelok foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer. Kemudahan Photoshop Toolbox Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahankemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.

Rajah 1: Alat Toolbox Palettes Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu: Layers Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.

Rajah 2: Layers History History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.

Rajah 3: History Kegunaan Photoshop Terlalu banyak kegunaan adobe photoshop untuk ditunjukkan di sini. Secara umumnya anda boleh melakukan apa saja ke atas imej anda menggunakan Photoshop seperti membersihkan kotoran pada foto lama, memotong (crop) bahagian-bahagian tertentu, mengecilkan saiz gambar, menghasilkan efek tertentu dan pelbagai kegunaan lain.

Foto lama diperbaharui

Menambah rambut

Membotakkan kepala

Dan banyak lagi kegunaan untuk disenaraikan di sini. Kelebihan Photoshop Kelebihan Adobe Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filter yang sedia ada untuk menghasilkan efek-efek tertentu pada imej dan gambar. Anda boleh memasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun perisian lain. Sebaik sahaja dipasang, filter baru akan dipaparkan di bahagian menu Filter bersama-sama dengan filter sedia ada. Jika anda berminat untuk menghasilkan modul plug-in sendiri, anda boleh lakukannya dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support. Selain filter, kemudahan layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti membentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer.

You might also like