Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja 1.9.10
Kertas Kerja 1.9.10
Kertas Kerja 1.9.10
2010
KERTAS KERJA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN SERI GOMBAK DENGAN KERJASAMA PROGRAM KHIDMAT SISWA PISMP IPG ILMU KHAS 2010
TARIKH : 4 - 8 OKTOBER 2010 TEMPAT : PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN SERI GOMBAK
2010
1.1
SEJARAH PENUBUHAN
Idea penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Sri Gombak telah dicetuskan oleh Puan Zaharah iaitu seorang ibu kepada kanak-kanak berkeperluan khas pada bulan Mac 2007. Apabila beliau dikurniakan dengan seorang anak istimewa, beliau mulai berfikir tentang nasib dan hala tuju kanakkanak sebegini terutamanya yang tinggal di kawasan kejiranan beliau yang tidak dapat dihantar ke sekolah. Bertitik tolak dari itu, beliau telah menemui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengutarakan hasrat beliau untuk menubuhkan sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di kawasan Taman Sri Gombak dan idea beliau itu telah diterima baik oleh pihak JKM. Di awal penubuhannya, pusat ini hanya bergiat di Masjid Al-Ittifaqiyah dengan bilangan pelatih seramai 18 orang dan 4 orang guru. Sumber kewangan juga terhad iaitu diperoleh dari komuniti setempat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti fisioterapi serta bagi tujuan membeli peralatan seperti bola dan alat tulis manakala perabot seperti kerusi dan meja diperolehi dari sumbangan orang ramai. Pada Oktober 2007, pusat ini telah menerima geran bagi menjalankan operasinya dan mengalami pertumbuhan yang lebih positif apabila menerima sebuah rumah di Taman Sri Gombak untuk menjalankan aktiviti dengan lebih selesa.
2010
1.2
TIMBALAN PENGERUSI TUAN HAJI ABD RAHMAN BIN MOHD ABD JABAL AJK TN. HJ AHMAD RADZI BIN SAAD SETIAUSAHA TUAN HAJI M AJK RAZALI B ISMAIL
EN.KU.AZLAN B. HJ. KU BAHADUN
AJK TN. HJ. ALIAS B. MUTALIB BENDAHARI TUAN HAJI ROSELI B. HUSSEIN AJK SALASIAH BT. ALI
AJK PN. FARIDAH BT. CEK ROS PENYELIA ZAHARAH BINTI ALI AJK EN. MOHD NIZAM BIN NGADIMU
2010
PDK ini dipengerusikan oleh Tuan Hj Yuszahari bin Hj Mohd Yusoff dengan seorang penyelia iaitu Puan Zaharah dan 3 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada ibu-ibu pelatih di sini.
2010
1.3 PERANAN
(i) Memberi maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa mengira peringkat umur untuk meningkatkan keupayaan mereka.
(iii) Memupuk sikap prihatin, berdisiplin dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya.
1.4 PENDEKATAN
2.0 TUJUAN Program Khidmat Siswa merupakan satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2008 bagi kursus Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan. Program ini dijalankan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang telah terpilih dan pelajar yang terlibat perlu menjalankan beberapa aktiviti di pusat terbabit. Program ini bertujuan untuk
2010
memberikan pendedahan dan pengalaman kepada semua pelajar berkenaan cara pengurusan sesebuah PDK.
3.0 OBJEKTIF
(i) Mendekatkan diri dengan warga Orang Kurang Upaya (OKU) dan memahami
kebolehan OKU. (iv) Membantu tenaga pengajar di PDK Taman Seri Gombak bagi meningkatkan kemahiran mereka melalui aktiviti ilmiah dan bengkel yang disediakan
4.0 MATLAMAT (i) Memberi pendedahan kepada guru pelatih berkenaan OKU
(ii) Memberi pendedahan kepada ibu bapa yang memerlukan bantuan dan
menguruskan sesebuah program dan aktiviti yang melibatkan masyarakat sekeliling 5.0 TEMPAT Pusat Pemulihan Dalam Komuniti No. 60, Jalan SG 9/6, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves,
2010
2010
N. Pengerusi : Mohd Amiruddin Amin Bin Md Shah Setiausaha : Wan Nor Diyana Binti W. Ahmad Bendahari : Nor Afiza Binti Ahmad Rabuan
2010
N. Pengerusi : Afandi Arief B. Amru Setiausaha Bendahari : Harliyana Binti Halim : Kamarul Syukri B. Kamaruzaman
6.2 KUMPULAN SASARAN Golongan yang disasarkan ; (i) Ahli Jawatankuasa PDK Taman Seri Gombak (ii) Ahli Jawatankuasa Program Khidmat Siswa PISMP-IPG KAMPUS ILMU KHAS (iii) Ibu bapa kanak-kanak khas PDK Taman Seri Gombak (iv) Ahli Komuniti Taman Seri Gombak
2010
Subjek ini wajib diambil oleh guru pelatih Pendidikan Khas semester 6 bagi kursus (PKU3112), dan wajib diambil oleh semua guru pelatih bagi melengkapkan sesi pengajian. 8.0 TENTATIF PROGRAM
MASA HARI ISNIN 4/10/2010 SELASA 5/10/2010 RABU 6/10/2010 BENGKEL KEMAHIRAN (MEMASAK) 8.00 9.00 10.00 11.00 11.00 12.00 GOTONG-ROYONG 12.00 1.00 1.00 2.00 -
2.00 -
3.00 -
LAWATAN ZOO NEGARA BENGKEL SLOT KREATIVITI (SENI) MASALAH REMAJA OKU
10
2010
8.1 SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN 8.1.1 HARI ISNIN (i) Ice- Breaking Aktiviti ini merupakan sesi memperkenalkan diri diantara guru pelatih bersamasama dengan tenaga pengajar dan warga PDK Taman Seri Gombak. Melalui aktiviti ini, hubungan yang lebih mesra diantara warga PDK dengan guru pelatih dapat diwujudkan sebelum bermulanya aktiviti-aktiviti lain. (ii) Gotong-royong Aktiviti gotong-royong ini melibatkan kerjasama semua warga PDK Taman Seri Gombak dan guru pelatih. Aktiviti ini melibatkan pembersihan kawasan di dalam dan luar PDK itu sendiri seperti membersihkan longkang, membuang bahanbahan yang tidak diperlukan serta membersihkan kawasan disekeliling PDK tersebut. (iii) Keceriaan Dalaman dan Luaran Bermula dengan bahagian dalam bangunan PDK. Kecerian ini melibatkan dua fasa dan fasa pertama ini melibatkan aktiviti mengecat bahagian dalam dan menghias bangunan PDK. Keceriaan luar pula ialah menghias taman. 8.1.2 HARI SELASA (i) Lawatan ke Zoo Negara Bertujuan memberikan pendedahan kepada warga OKU di PDK Taman Seri Gombak mengenai dunia luar supaya mereka lebih terdedah dengan kehidupan sebenar. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan di zoo, antaranya ialah : Senam pagi Treasure Hunt Jelajah Zoo dengan keretapi
11
2010
(ii) Keceriaan Melibatkan fasa kedua keceriaan. Aktiviti mengemas taman, menghias semula, mengecat tiang tapak semaian, menanam pokok serta memasang penapis cahaya matahari pada tapak semaian. 8.1.3 HARI RABU (i) Bengkel Kemahiran (Memasak) Warga OKU disini akan didedahkan dengan langkah-langkah untuk membuat sandwich dengan betul dan diakhir aktiviti terdapat pertandingan membuat sandwich. Pemenang dinilai berdasarkan kreativiti hiasan dan juga rasa. (ii) Bengkel Kreativiti (Seni membuat Gelang Manik) Warga OKU disini akan diberi peluang untuk mempelajari teknik membuat gelang tangan yang dihasilkan dari manik. Melalui aktiviti ini, warga OKU berpeluang untuk menunjukkan bakat masing-masing dan boleh dijadikan sebagai pengalaman untuk mereka bagi mencari pendapatan sampingan. (iii) Slot Remaja Bermasalah ( Seksualiti) Slot ini berkenaan dengan isu yang dialami oleh warga OKU di PDK Taman Seri Gombak diatas permintaan penyeliaanya iaitu Pn.Zaharah. Mereka mempunyai konflik berkenaan seksualiti mereka dan slot masalah remaja ini akan mengupas dengan lebih lanjut lagi bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut oleh pensyarah dari IPG Kampus Ilmu Khas. (iv) Ceramah Ini merupakan aktiviti kemuncak bagi program PDK 2010 yang dijalankan. Ceramah ini akan melibatkan seluruh komuniti Taman Seri Gombak, ibubapa OKU itu sendiri, tenaga pengajar , para pensyarah dan juga guru pelatih. Aktiviti
12
2010
yang diadakan adalah seperti ceramah oleh pakar motivasi berkenaan tajuk Peranan Komuniti dan Ibubapa Terhadap OKU, tayangan video OKU, dan juga jamuan makan malam. 8.1.4 HARI KHAMIS (i) Home-Based Lawatan dari rumah ke rumah. Seorang pakar fisiologi akan turut serta dan dibawakan khas oleh kami untuk sesi terapi ini yang mana sebelum ini hanya dilakukan oleh tenaga pengajar di PDK terbabit sahaja. 8.1.5 HARI JUMAAT (i) Senaman Pagi Melibatkan aktiviti senam-robik, tarian dan permainan kecil. Ia bertujuan untuk menguatkan motor kasar dan motor halus warga OKU. (ii) Tayangan Video Melibatkan tayangan video aktiviti sepanjang seminggu guru pelatih menjalankan program Khidmat Siswa di PDK ini. (iii) Majlis Penutup dan Jamuan Hari Raya Majlis perasmian penutupan Program Khidmat Siswa dan penyampaian cenderahati kepada warga PDK Taman Seri Gombak dan diakhiri dengan jamuan Hari Raya yang dianjurkan khas oleh guru pelatih IPGM Ilmu Khas untuk warga PDK.
13
2010
JUMLAH KESELURUHAN:
RM 438.00
14
2010
9.0.2
AKTIVITI HOME-BASED
BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA (RM/UNIT)
JUMLAH (RM)
1. 2. 3. 4. 5.
4 4 4 20 1
JUMLAH KESELURUHAN
5 6 200 10 100
9.0.3
AKTIVITI AKADEMIK
BIL 1 2 3 4 5 6 7
PERKARA Khemah Saguhati penceramah Jamuan Lawatan ke Zoo Hamper Pengangkutan Lain-lain
KUANTITI 2 2 200 80 13 2 1
JUMLAH KESELURUHAN
9.1
15
2010
Bil
Aktiviti
1.
Keceriaan
RM 438.00
2.
Akademik
RM 3830.00
3.
Home-based
RM 1144.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 5412.00
(i) Setiap ahli kumpulan dikehendaki mencari sumbangan untuk meraih sumber kewangan. (ii) Sumbangan akan dihulurkan kepada keluarga warga OKU sebagai tanda kenangan dan cenderahati.
16
2010
Semoga dengan izin Allah S.W.T, segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Diharap program ini dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai selok-belok mengendalikan projek serta dapat memberi peluang kepada pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti untuk memperolehi pengetahuan dalam melaksanakan segala latihan yang diperlukan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sekaligus memberikan peluang kepada komuniti setempat khasnya dikawasan Taman Seri Gombak untuk memperolehi pengetahuan berkenaan OKU.
Disediakan Oleh : ................................ (NOR AFIZA BINTI AHMAD RABUAN) Setiausaha Program Khidmat Siswa IPG Kampus Ilmu Khas
Disemak Oleh : ................................. (HAFNI BIN ABU BAKAR) Pengerusi Program Khidmat Siswa IPG Kampus Ilmu Khas
Disahkan Oleh : ............................. (PUAN ALIJAH BINTI UJANG) Pensyarah Penasihat IPG Kampus Ilmu Khas
17
2010
LAMPIRAN
18
2010
19
2010
20