Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ANGKASAWAN NEGARA PERTAMA

DATUK DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL MASRIE BIN SHEIKH MUSTAPHA

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1972 di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Setelah menamatkan persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara Muar, beliau melanjutkan pelajarannya di India dalam bidang perubatan. Beliau menjadi doktor Ortopedik dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat di beberapa hospital lain seperti Hospital Selayang. Pada 25 September 2007, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar menjadi Angkasawan Pertama Negara yang akan ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi tepat jam 12 tengahari. Beliau berlepas bersama Komander dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan dari tapak pelancaran Rusia pada pukul 9.21 malam waktu Malaysia.

You might also like