Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

2 SULIT* Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini. Anda dinasihati supaya menggunakan masa selama 60 minit yang pertama bagi menjawab bahagian ini.

1.

Yang manakah di antara berikut yang bukan matlamat makroekonomi?

A Mencapai keupayaan pengeluaran optimum dalam ekonomi B Memastikan kadar penggunaan tenaga buruh adalah 100% C Mengawal supaya harga berada dalam keadaan yang stabil D Memastikan jumlah nilai eksport melebihi jumlah nilai import

2. Antara yang berikut, yang manakah akan dimasukkan ke dalam penghitungan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia, tetapi tidak dimasukkan dalam Keluaran Negara Kasar Malaysia? A Keuntungan pelaburan yang diperoleh oleh rakyat Singapura di Malaysia B Upah yang dibayar kepada jurutera warga Malaysia oleh syarikat milikan warga Singapura C Dividen yang dibayar atas saham syarikat milikan warga Singapura kepada rakyat Malaysia D Sewa hartanah yang dibayar oleh rakyat Singapura kepada rakyat Malaysia

3 Keluaran Negara Bersih mengikut harga pasaran bersamaan dengan pendapatan negara jika A susut nilai adalah sifar B nilai eksport sama dengan nilai import C pendapatan faktor bersih dari luar negara adalah sifar D tidak wujud perbezaan di antara cukai tak langsung dengan subsidi

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

3 SULIT*

4. Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Negara Kasar (KNK) nominal dan indeks harga pengguna bagi sebuah negara. Tahun 2006 2007 2008 2009 2010 KNK nominal (RM juta) 80 90 115 130 160 Indeks Harga Pengguna 100 95 125 120 130

Pada tahun berapakah jumlah KNK benar lebih besar daripada KNK nominal? A 2007 B 2008 C 2009 D 2010

5 Pendapatan persendirian tidak meliputi A gaji dan upah B bayaran pindahan C untung syarikat dibahagikan D caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

4 SULIT*

6. Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi. Butiran Gaji & upah Sewa Bunga kasar Bunga atas pinjaman kerajaan Bunga atas pinjaman pengguna Bayaran pindahan Keuntungan syarikat sebelum cukai Dividen Untung syarikat yang tidak dibahagikan Cukai keuntungan syarikat Cukai pendapatan persendirian Berapakah pendapatan negara bagi ekonomi tersebut? A RM17 900 juta B RM19 100 juta C RM21 000 juta D RM27 000 juta RM juta 8000 2000 5000 1000 500 400 6000 3000 1000 2000 2000

7 Antara yang berikut, yang manakah tidak menjadi penghalang semasa menghitung pendapatan negara? A Pengiraan dua kali B Pengumpulan data C Penentuan nilai inventori D penghitungan nilai barang haram

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

5 SULIT* 8. Data Keluaran Dalam Negara Kasar Benar lebih sesuai sebagai alat pengukur A susut nilai keluaran B tingkat kebajikan rakyat C pertumbuhan ekonomi D pembangunan ekonomi

9. Fungsi penggunaan sebuah ekonomi telah berubah daripada C = 100 + 0.7Yd kepada C = 200 + 0.7Yd bukan disebabkan oleh A agihan pendapatan yang setara B kejatuhan kadar bunga tabungan C kenaikan kadar cukai pendapatan D kenaikan tingkat pendapatan isi rumah

10. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk tabungan dalam sebuah ekonomi. S S

0 Y0

Apakah nilai kecenderungan mengguna purata pada tingkat pendapatan negara Y0? A - 0.5 B - 1.0 C 0 D 1

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

6 SULIT*

11.

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan penggunaan bagi sebuah

ekonomi. Pendapatan (RM juta) 2800 2900 3000 3100 Penggunaan (RM juta) 2000 2060 2120 2180

Berapakah nilai pengganda bagi ekonomi tersebut? A 1.66 B 2 C 2.5 D 3

12. Yang manakah di antara berikut akan mengecilkan saiz bocoran dalam ekonomi tiga sektor? A Penurunan tabungan B Penurunan import C Kenaikan kadar cukai D Pertambahan pelaburan

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

7 SULIT* 13. Pertambahan perbelanjaan kerajaan akan memberi kesan lebih besar kepada pertambahan pendapatan negara jika A nilai kecenderungan mengguna sut semakin kecil B nilai kecenderungan mengguna purata semakin kecil C nilai kecenderungan menabung sut semakin kecil D nilai kecenderungan menabung purata semakin kecil

14. Andaikan dalam sebuah ekonomi terbuka, fungsi tabungan ialah S = - 200 + 0.25Yd, pelaburan (I) ialah RM150 juta, fungsi cukai ialah T = 0.2Y dan fungsi eksport bersih ialah 20 + 0.2Y. Berapakah nilai eksport bersih pada tingkat keseimbangan pendapatan negara? A RM185 juta B RM390 juta C RM825 juta D RM1850 juta

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

8 SULIT* 15. Yang mana satukah gambar rajah di bawah menunjukkan kesan peningkatan upah pekerja? A Harga AS1 AD P1 P0 AS

0 B Harga

Y1 Y0

Keluaran negara benar

AS P0 P1 AD AD1 0 C Harga AS AS1 P0 P1 AD 0 D Harga AS P1 P0 AD AD1 Y0 Y1 Keluaran negara benar Y1 Y0 Keluaran negara benar

Y0 Y1

Keluaran negara benar

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

9 SULIT*

16. Menurut Keynes, sebarang penambahan mempengaruhi kadar bunga jika A tingkat harga umum adalah malar B ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh

dalam

penawaran

wang

tidak

akan

C keluk permintaan wang yang mempunyai keanjalan infiniti D halaju edaran wang semakin kecil

17. Permintaan wang untuk spekulasi berlaku bagi A mendapatkan keuntungan daripada perubahan harga bon dan jangkaan perubahan kadar bunga B mengatasi sebarang ketidakpastian dalam harga barang dan perkhidmatan C membeli barang-barang dan perkhidmatan yang tidak pasti D mengelakkan risiko kejatuhan nilai wang

18. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pertambahan penawaran wang mengikut analisis Keynes? A kenaikan harga, pertambahan pelaburan dan pertambahan output B kenaikan harga, kenaikan keuntungan , pertambahan pelaburan dan pertambahan output C penurunan kadar bunga, pertambahan pelaburan, peningkatan harga dan pertambahan output D penurunan kadar bunga, pertambahan pelaburan, peningkatan permintaan dan pertambahan output

19. Mengikut teori kuantiti wang, jika jumlah urusniaga adalah 300 unit, halaju wang adalah 4 dan penawaran wang berkurangan daripada RM200 kepada RM150, maka tingkat harga akan berubah daripada A RM2.00 kepada RM1.50 B RM1.50 kepada RM2.00 C RM2.00 kepada RM2.67 D RM2.67 kepada RM2.00

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 0

20 Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan fungsi wang yang utama? A alat perantaraan pertukaran B mengatasi kehendak serentak C alat untuk urus niaga dan awasan D alat bayaran tertunda dan spekulasi

21. Jika jurang di antara Keluaran Negara Kasar sebenar dengan Keluaran Negara Kasar potensi ialah RM20 juta dan kecenderungan mengguna sut ialah 0.75. Ekonomi ini masih boleh mencapai semula tingkat guna tenaga penuh jika terdapat A pengurangan ke atas cukai tak langsung sebayak RM5 juta B kenaikan dalam bayaran pindahan sebanyak RM5 juta C kenaikan dalam perbelanjaan kerajaan sebanyak RM5 juta D pengurangan ke atas cukai pendapatan perseorangan sebanyak RM5 juta

22. Antara yang beriku, yang manakah cara penghitungan yang betul untuk menghitung kadar pengangguran?

jumlah penganggur X 100 jumlah guna tenaga

jumlah penganggur X 100 jumlah tenaga buruh

C jumlah penganggur X 100 jumlah penduduk

jumlah penganggur Kadar penyertaan tenaga buruh

X 100

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT* 23. Dasar fiskal ialah dasar kerajaan untuk

1 1

A menaikkan taraf hidup melalui perbelanjaan awam B mengagihkan semula pendapatan melalui pertumbuhan ekonomi C meningkatkan kuasa beli penduduk melalui peningkatan penawaran wang D mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui perubahan cukai dan perbelanjaan awam

24. Prinsip faedah berbanding menyatakan bahawa jumlah output dapat dimaksimumkan apabila setiap barang yang dikeluarkan oleh negara mempunyai A kos lepas yang lebih rendah B kos lepas yang lebih tinggi C kos berbanding yang lebih baik D kos pengeluaran yang lebih rendah

25. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran barang X dan barang Y oleh negara A dan negara B apabila kedua-dua negara tersebut menggunakan semua faktor pengeluarannya.

Barang Sebelum pengkhususan X Y Selepas pengkhususan X Y

Negara A 40 70 140

Negara B 60 40 120 -

Berapakah pertambahan output akibat pengkhususan? A 20 barang X dan 30 barang Y B 20 barang X dan 70 barang Y C 60 barang X dan 30 barang Y D 60 barang X dan 70 barang Y

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 2

26. Yang manakah di antara yang berikut tidak termasuk dalam akaun semasa imbangan pembayaran? A bayaran faedah hutang luar negeri B eksport barang-barang C pelaburan asing D perbelanjaan pelancong daripada luar negeri

27. Negara-negara seperti Malaysia mungkin perlu melindungi perusahaan-perusahaan muda daripada persaingan luar. Satu cara yang berkesan ialah dengan mengenakan A. cukai eksport B. cukai perbadanan C. cukai kepala D. cukai kastam

28. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika Syarikat yang ditawarkan pada beberapa tingkat kadar pertukaran. Kadar pertukaran US$1 = RM2.80 US$1 = RM2.60 US$1 = RM2.40 US$1 = RM2.20 US$1 = RM2.00 Kuantiti Ringgit ditawarkan untuk Dolar (juta) 2000 2250 2500 2750 3000 Kuantiti Dolar ditawarkan untuk Ringgit (juta) 1650 1750 1500 1250 1000

Kadar pertukaran keseimbangan ialah A US$1 = RM2.80 B US$1 = RM2.60 C US$1 = RM2.40 D US$1 = RM2.20

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 3

29. Jadual di bawah menunjukkan data bagi beberapa jenis import pada tahun 2009 dan tahun 2010. Tahun Jenis import Minyak galian Bahan kimia Barang perkilangan Jentera dan pengangkutan kelengkapan 2009 (RM juta) 3554.4 2022.4 3849.2 9105.3 18531.3 2010 (RM juta) 4214.1 7724.8 16009.7 54352.8 82301.4

Jumlah import

Apakah jenis import yang turun peratusan sumbangannya kepada jumlah import? A minyak galian B minyak galian dan bahan kimia C minyak galian, bahan kimia dan barang perkilangan D barang perkilangan serta jentera dan kelengkapan pengangkutan

30. Antara yang berikut, faktor yang manakah merupakan pendorong dan penghalang pertumbuhan ekonomi? A pertambahan tabungan B pertambahan jumlah penduduk C peningkatan tingkat teknologi D peningkatan pelaburan langsung asing

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 4 Bahagian B [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menggunakan masa selama 50 minit bagi menjawab bahagian ini. 1. (a) Adakah Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga faktor bersamaan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar benar? Jelaskan jawapan anda. [2] (b) Bermula daripada Keluaran Negara Bersih pada kos faktor, tunjukkan bagaimana pendapatan persendirian dihitung berdasarkan satu contoh berangka. [4]

2. Jelaskan bagaimana data pendapatan negara dapat berfungsi sebagai: (a) alat pengukur taraf hidup penduduk (b) alat pengukur sumbangan sektor-sektor ekonomi (c) alat pengukur sumbangan komponen perbelanjaan agregat dalam ekonomi [2] [2] [2]

3. (a) Apakah maksud fungsi penggunaan dan kecenderungan mengguna sut?

[2]

(b) Peningkatan kecenderungan mengguna sut akan mempengaruhi fungsi penggunaan. Jelaskan pernyataan ini dengan bantuan gambar rajah. [4]

4. Berdasarkan kepada gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana kejutan penawaran yang berlaku akibat pengurangan subsidi akan memberi kesan ke atas harga umum dan pendapatan negara benar. [6]

5. Dengan memberikan contoh berangka yang sesuai, terangkan bagaimana nilai wang dihitung. [6] 6. Terangkan perbezaan antara jurang deflasi dengan jurang inflasi? [6]

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kadar pertukaran boleh ubah?

Dengan [6]

menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana sistem tersebut menentukan kadar pertukaran sesuatu mata wang berbanding dengan mata wang asing.

8. Jelaskan tiga kesan positif globalisasi.

[6]

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 5

Bahagian C [20 markah] Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa selama 35 minit bagi menjawab bahagian ini.

9. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pendapatan negara?

[2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), jelaskan kesan penurunan cukai berkadar dan import autonomi terhadap pendapatan negara dan guna tenaga. [8]

10. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan bagaimana kadar bunga pasaran berubah apabila berlakunya (a) kenaikan kadar rizab tunai minimum (b) penurunan pendapatan nominal masyarakat [4] [4]

11. (a) Apakah maksud belanjawan defisit?

[1]

(b) Bolehkah kerajaan mengamalkan dasar belanjawan defisit secara berterusan? Jelaskan. [9]

12. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran asing?

[2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan sesuatu mata wang dikatakan terlebih nilai atau terkurang nilai? [8]

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 6 Bahagian D [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menggunakan masa selama 35 minit bagi menjawab bahagian ini.

13. Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh, jumlah guna tenaga dan keluaran dalam negeri kasar Malaysia pada harga pasaran (KDNKhp) dari tahun 2007 hingga tahun 2009. Butiran Tenaga buruh (000 orang) Guna tenaga (000 orang) KDNK mengikut harga benar pada tahun 2000 (RM juta) 2007 11 775.1 11 398.0 506 341 2008 11 967.5 11 576.5 530 181 2009 12 061.1 11 620.5 521 095

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2009/2010) (a) Apakah maksud tenaga buruh dan guna tenaga? (b) Hitung kadar pengangguran dari tahun 2007 hingga tahun 2009. mencapai tingkat guna tenaga penuh? Jelaskan jawapan anda. (c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dari tahun 2007 hingga 2009 (d) Berdasarkan kepada jawapan anda dalam (b) dan (c), (i) nyatakan hubungan yang wujud di antara kadar pengangguran dengan kadar pertumbuhan ekonomi. (ii) jelaskan sebab wujudnya keadaan sedemikian berdasarkan data yang diberi. [1] [2] [2] Adakah Malaysia telah [3] [2]

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 7

14. Jadual di bawah menunjukkan data komponen bekalan wang, Keluaran Negara Kasar Nominal, dan indeks harga pengguna bagi tempoh 2005 hingga 2009.

Tahun

Wang dalam edaran (RM juta) 6 500 7 400 8 300 9 200 10 200

Deposit semasa (RM juta) 7 300 8 300 9 600 12 000 15 000

KNK nominal (RM juta) 70 000 75 000 86 000 96 000 110 000

Indeks harga pengguna 120 125 130 140 150

2005 2006 2007 2008 2009

(a) Hitung bekalan wang M1 dari tahun 2006 hingga 2009. (b) Hitung halaju pusingan wang dari tahun 2006 hingga 2009. (c) Hitung KNK benar dari tahun 2006 hingga 2009. (c) Hitung kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2009.

[2] [2] [2] [2]

(d) Adakah maklumat di atas selaras dengan kritikan Keynes terhadap Teori Kuantiti Wang? Jelaskan. [2]

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 8

15 Jadual di bawah menunjukkan belanjawan kerajaan persekutuan Malaysia antara tahun 2008 hingga 2010.

Butiran

2008 (RM juta)

2009 (RM juta) 62 637 25 226 32 762 105 374 35 814

2010 (RM juta) 70 116 25 678 39 021 112 986 44 510

Cukai langsung Cukai tak langsung Hasil bukan cukai Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan

53 543 27 051 25 710 97 744 30 534

(a) Apakah maksud cukai langsung dan cukai tak langsung? Beri satu contoh bagi setiap jenis cukai berkenaan [2]

(b) Hitungkan : (i) hasil kerajaan Malaysia bagi tahun 2008 hingga tahun 2010. [2]

(ii) kadar pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan dari tahun 2008 hingga tahun 2010. [2]

(c) Terangkan arah aliran belanjawan Kerajaan Persekutuan Malaysia pada tahun 2008 hingga tahun 2010. [4]

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

1 9

16. Negara A dan B masing-masing menggunakan dua orang buruh yang sama cekap dalam menghasilkan pakaian dan kereta. Setiap buruh dapat menghasilkan:

Negara

Pakaian ( unit)

Kereta ( unit)

A B

500 400

1 500 400

(a) Apakah harga relatif bagi pengeluaran pakaian dan kereta di kedua-dua buah negara? [2] (b) Negara yang manakah yang menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian? [1] (c) Nyatakan jumlah pengeluaran pakaian dan kereta di kedua-dua negara A dan B masing-masing selepas pengkhususan dijalankan. [2] (d) Andaikan kadar pertukaran yang ditetapkan ialah 1 pakaian = 2 kereta dan jumlah pakaian yang dikehendaki oleh negara A ialah 500 unit. Berapakah penggunaan dan pengeluaran negara A dan B setelah perdagangan antarabangsa dijalankan? [2] (e) Lukis gambar rajah yang menunjukkan kedudukan negara B sebelum dan selepas

pengkhususan dan perdagangan. [3]

944/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

You might also like