Professional Documents
Culture Documents
Sistem Dan Struktur Pendidikan Semasa Penjajahan British
Sistem Dan Struktur Pendidikan Semasa Penjajahan British
PENGENALAN
Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah Melayu dikelola, dikendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah inggeris tanpa mempunyai suatu falsafah yang konkrit ataupun dasar pendidikan kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Semenanjung Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu pecah dan perintah serta dasar terbuka dan tiada campur tangan berkenaan pendidikan vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah adalah semata-mata bagi memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan keperluan tenaga dan ekonomi. Pendidikan pada peringkat ini berjalan secara ad boc tanpa dibatasi oleh suatu garis panduan ataupun batasan-batasan yang konkrit. Ini kerana pemerintahan Inggeris tidak menganggap pendidikan sebagai suatu pelaburan di peripherynya bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar pendidikan benevolen (benevolent welfare policy). Jadi, objektif pemerintahan Inggeris bukan hendak mengubah ataupun memajukan struktur sosial, tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efesein sahaja. Akibat dasar Inggeris ini wujudlah sistem pendidikan plural (Plural Educational System), sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk. Terdapat pendidikan dalam lima aliran bahasa yang berasingan dengan tujuan, matlamat dan kandungan kurikulum yang berlainan. Sistem pendidikan plural ini dikendalikan dalam lima aliran bahasa iaitu Inggeris dan sekolahsekolah vernakular dalam bahasa Melayu, cina, Tamil, dan Arab. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan di kalangan penduduk yang berbilang kaum. sebahagian mereka memenuhi
Setiap jenis sekolah ini mempunyai orientasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta organisasi yang berbeza-beza.
PENDIDIKAN AWAL
CIRI-CIRI SISTEM PENDIDIKAN
Ciri-ciri utama sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua adalah: 1) Wujudnya sistem pendidikan plural iaitu sekolah-sekolah yang khusus untuk sesuatu kaum tertentu. Oleh sebab setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu sama lain menurut kedudukan geografi dan taburan penduduk. Misalnya sekolah-sekolah Melayu didirikan di desa, sekolah-sekolah Cina di bandar dan kawasan-kawasan perlombongan, sekolah-sekolah Tamil di ladangladang getah dan sekolah-sekolah Inggeris di bandar. Dengan sendirinya kanak-kanak Melayu, Cina dan India sukar bergaul diantara satu sama lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin wujud daripada sistem aneka corak ini.
Reaksi orang Melayu terhadap sekolah-sekolah Melayu ini pada peringkat awal amatlah tidak menggalakkan. Ibu bapa telah menyuarakan pendapat di mana mereka merasa bimbang kerana tidak ada pengajaran agama menyebabkan beberapa langkah telah diambil oleh Skinner selaku Nazir sekolah-sekolah atau Inspector of School yang pernah menjadi pemangku mejistret di Seberang Perai. Antara langkah-langkah Skinner pada tahun 1872 untuk memulihkan keyakinan dan kepuasan orang Melayu. Antaranya ialah: Murid-murid mengikuti pelajaran bahasa Melayu dalam tulisan Jawi pada sesi pagi. Murid-murid mengikuti pelajaran bahasa Arab dan al-Quran di sebelah petang.
10
11
12
13
14
peperiksaan Cambride Overseas School Certificate. Mata pelajaran yang dipelajari ialah Sains, Ilmu Alam, Pendidikan Jasmani, Lukisan, Bahasa Inggeris, Sejarah Eropah, Matematik, dan Sastera Inggeris. Sekolah Inggeris yang mengikut kurikulum sekolah di England mempunyai 3 peringkat; 1) Kelas bawah 1, 2, dan Darjah 1. 2) Rendah pertengahan dari darjah 2 hingga 5. 3) Menengah dari darjah 6 hingga Kelas Sijil Sekolah (school Certificate) Selepas tahun 1900, sekolah Inggeris semakin menarik minat masyarakat seluruh negara. Pendidikan Inggeris untuk golongan bangsawan Melayu telah diusahakan oleh pihak Inggeris dengan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905 berkonsepkan kurikulum pendidikan Inggeris bercorak Grammar di England. Walaubagaimanapun sebahagian besar anak-anak Melayu yang mempunyai cita-cita tinggi tidaklah bernasib baik untuk memasuki sekolah Inggeris seumpama itu sehingglah pada tahun 1930-an pihak British telah memperkenalkan Special Malay Class.
15
16
Sekolah Sekolah Vernakular Melayu Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Tamil Sekolah Inggeris (kerajaan dan Bantuan Separa) Sekolah Inggeris ( Persendirian) Jumlah
muda telah berusaha membina sekolah-sekolah Agama Madrasah yang bersifat moden di
merata-rata tempat di Tanah Melayu. Tujuan penubuhan sekolah Agama Madrasah adalah untuk bersaing dengan sekolah-sekolah Inggeris dan vernakular Melayu. Dua orang tokoh Kaum Muda ialah Sheikh tahir Jalaludin dan Sayid Sheikh Ahmad Al-Hadi.
17
Sebelum kedatangan kuasa penjajah, pendidikan di tanah melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Sistem pendidikan agama yang disebut sekolah pondok ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang dibina disekelilingnya. Madrasah yang mula ditubuhkan oleh Kaum Muda ialah madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di singapura, sekolah Al-Hadi di Melaka pada tahun 1917 dan Madrasah Al-Mashor di Pulau Pinang pada tahun 1919. Penubuhan sekolah-sekolah agama Madrasah berlaku dengan begitu pesat dalam tahun-tahun 1920-an hingga 1940-an. Dia antara yang termashur ialah: Madrasah Muhammadiah di KB. Kelantan (1915) Madrasah Tarbiatul Dinniah di Melaka (1939) Madrasah Al-Haji Taib di Muar, Johor (1920) Madrasah Al-Islah di Temerloh Pahang (1936) i. Madrasah Muhammadiah diasaskan pada tahun 1377H/1957M oleh Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Sulaiman. Madrasah ini terletak lebih kurang 60 KM dari Kota Bharu dan 2 KM dari Bandar Kuala Krai. Matlamat penubuhannya adalah untuk membentuk satu generasi yang berpengetahuan Islam dan yang faham dengan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan sebagai khalifahNya di bumi ini.
18
Perkembangan
penubuhan
yang
pesat
madrasah-madrasah
telah
memberikan
keyakinan kepada masyarakat Melayu bahawa kedudukan agama Islam Masih mantap walaupun menghadapi persaingan daripada sekolah-sekolah Inggeris dan vernakular Melayu. Walaubagaimanapun hasrat Kaum Muda untuk membina masyarakat Islam yang moden, rasional dan progresif tidak tercapai kerana kurikulum di madrasah-madrasah kurang memberi tumpuan kepada mata pelajaran Matematik, Sains dan bahasa Inggeris yang mana mata pelajaran ini penting bagi mobiliti sosial.
19
20
Nota Prof. 2008. Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah.
Abdullah Sani Yahaya. 2003. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Pahang. Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd. Dr Saedah Hj. Siraj, Shahril@Charil Marzuki. 1993. Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sufean Hussin. 1996. Pendidikan Di Malaysia; Sejarah, Sistem Dan Falsafah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Yusof Ahmad. 2002. Falsafah Dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Sufean Hussin. 2002. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia; Teori Dan Analisis. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Omar Mohd Hashim. 1991. Pendidikan; Persoalan, Penyelesaian Dan Harapan. Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Edgar Faure. 1998Pendidikan Seumur Hidup. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sulaiman Hamzah, Karimah Zainab. 1980. Aliran Pendidikan. Kelantan. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
21
22