Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ganjaran ikhlas berpuasa

balasan bagi orang yang berpuasa dengan penuh takwa dan ikhlas bagi mendapatkan
keredaan allah sangat besar.

selain, diberikan ganjaran pahala berlipat ganda, allah turut berjanji balasan
syurga untuk mereka.

daripada sahl bin sa�ad, bahawa nabi muhammad bersabda bermaksud: �sesungguhnya di
syurga ada pintu yang bernama ar-rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari
kiamat. tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa,
dipanggil oleh penjaganya: �di manakah orang yang telah berpuasa?�

�dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika
semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya
melainkan mereka yang berpuasa saja.�

sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar.

oleh itu, kedudukannya di sisi allah sangat mulia hinggakan allah menyediakan
pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-rayyan.

malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk
dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang
dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

daripada abu said al-khudri, katanya, rasulullah bersabda: �tidak seorang pun
daripada hamba allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana allah, melainkan akan
allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun
lamanya.�

orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana allah, kemudian memelihara puasanya
daripada amalan ditegah, allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada
api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

You might also like