Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 1

solat malam untuk hapus dosa

rasulullah bersabda yang bermaksud : �ramadan, bulan diwajibkan allah puasa dan
aku memberi contoh kepada kamu supaya solat malam. siapa berpuasa dan solat malam
benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada allah akan keluar dosa
bagaikan keadaannya ketika dilahirkan dari perut ibu.�

sesungguhnya antara amalan yang dituntut pada ramadan ialah qiamullail iaitu
bangun beribadat pada waktu malam untuk menghambakan diri kepada allah serta
mengharapkan keredaan-nya.

qiamullail juga adalah amalan nabi dan rasul, orang salih serta alim ulama.

ibadat ini boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah. antara pengisiannya


termasuk solat tahajud, bertasbih, bertahmid, berzikir dan membaca al-quran.

waktu yang dianjurkan qiamullail ialah sepertiga akhir malam.

rasulullah sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh seperti digambarkan


dalam hadis daripada aisyah yang bermaksud: �bahawa rasulullah bangun sebahagian
daripada malam untuk mengerjakan solat hingga bengkak kedua-dua kakinya.

�lalu aku berkata kepada baginda : �mengapa rasulullah melakukan semua ini,
bukankah dosa baginda sudah diampunkan allah sama ada yang terdahulu atau
terkemudian?'

rasulullah menjawab: �salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?�

dalam menjelaskan kelebihan sembahyang malam, allah berfirman yang bermaksud: �dan
pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat
tambahan bagimu. mudah-mudahan tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.� (surah al-
isra, ayat 79)

firman allah dalam surah as-sajdah ayat ke-16 dan 17, bermaksud: �lambung mereka
jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada tuhannya dengan rasa takut dan
harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan
kepada mereka.

�seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-
macam nikmat) apa yang menyedapkan pandangan mata, sebagai balasan terhadap apa
yang mereka kerjakan.�

You might also like