Profile Kawasan Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Profile Kawasan kajian

Kawasan kajian yang dipilih ialah Taman Daya Pertama, Sungai Choh. Kawasan kajian terletak dalam daerah Hulu Selangor, Negeri Selangor (rajah xx). Manakala, kawasan kajian berada di Mukim Serendah (rajah xxx). Keluasan kawasan kajian ini ialah 0.1676 ekar atau 0.06785 hektar. Kawasan ini bersempadan dengan Kampung Tradisi di bahagian Barat, Taman Hidayah di selatan, dan sekolah menengah di sebelah timur. Kawasan ini telah dimajukan oleh pemaju Benway Development Sdn. Bhd. sekitar tahun 2000 hingga 2003. Kedudukan Taman Daya Pertama ini terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Rawang. Masa perjalanan dengan menaiki kereta dari Taman Daya Pertama ke Bandar Rawang mengambil masa lebih kurang 6 minit. Pada asalnya kawasan perumahan ini merupakan kawasan lombong dan hutan. Kontur kawasan perumahan ini berbukit kurang 100 meter (rajah xxx). Kawasan kajian ini merupakan taman perumahan yang kecil iaitu hanya terdapat xxxunit rumah sahaja. Kawasan kajian ini terdapat rumah teres setingkat dan dua tingkat. Selain itu, kawasan kajian terdapa juga, Kuarters Peguruan Hulu Selangor. Kawasan perumahan ini dikelilingi oleh tumbuhan hijau dan pokok-pokok hutan ini menjadikan kawasan ini kurang pencemaran. Terdapat juga taman permainan dan rekreasi. Saya memilih kawasan Taman Daya Pertama sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini berada di persekitaran rumah saya.

Mukim-mukim Daerah Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor adalah salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Selangor. Dari sudut geografi, Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar dan merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di sebelah utara dan Negeri Pahang di sebelah Timur. Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat dalam pentadbiran Hulu Selangor ialah Majlis Daerah Hulu Selangor. Daerah ini mempunyai tiga belas mukim iaitu Mukim Hulu Bernam, Mukim Ampang Pecah, Mukim Kalumpang, Mukim Kuala Kalumpang, Mukim Serendah, Mukim Rasa, Mukim Batang Kali, Mukim Hulu Yam, Mukim Peretak, Mukim Buluh Telur, Mukim Kerling, Mukim Sungai Tinggi, dan Mukim Sungai Gumut. Kawasan kajian terletak di Mukim Serendah

Gunatanah semasa Daerah Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan" . Pada masa ini Daerah Hulu Selangor berkembang pesat dengan wujudnya pelbagai projek mega seperti Kawasan Perusahaan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, Nissan Tan Chong, Kawasan Perindustrian di Rasa, Antara Gapi, Sungai Choh, Kawasan Perumahan Baru di Sungai Buaya, Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Lebuhraya PLUS, Tren Komuter dan estet-estet seperti pisang 'Dole', kelapa sawit dan getah. Namun begitu Daerah Hulu Selangor tetap mengekalkan empat puluh peratus (40%) kawasan hijau supaya daerah ini masih segar dengan alam semula jadi dan pemangkin kehidupan kesejahteraan Tuhan, Manusia, dan Alam Sekitar. Sungai-sungai seperti Sugai Serendah, Sungai Batang Kali, Sungai Inki, Sungai Kerling, Sungai Liam dan Sungai Bernam mengalir dengan kehidupan lestari. Begitu juga dengan Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Buloh yang menampung air bersih kepada setengah penduduk di Lembah Klang. Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan bukit bukau yang menghijau dan mengkagumkan serta kehidupan liar termasuk serangga dan burung serta flora dan fauna menghiasi kehidupan tenang di Daerah Hulu Selangor.

Rajah xxx : imej satelit kawasan kajian

rajah xxx: Pelan Kontur kawasan kajian

Rajah : Pelan Susunatur Taman Daya Pertama, Sg. C

6.0

METHODOLOGI

PERINGKAT 1 :

PENGENALAN

Perkara utama pada peringkat ini adalah mengenalpasti keadaan semasa kawasan kajian. Latar belakang kawasan kajian dikaji untuk memahami suasana sebenar yang sedang berlaku di kawasan kajian. Mencapai objektif kajian. PERINGKAT 2 : PENGUMPULAN MAKLUMAT

Peringkat kedua merupakan peringkat pengumpulan data iaitu data primer dan sekunder. i) Data Primer Data primer diperolehi dari tapak kajian melalui proses pengamatan, soal selidik dan temubual yang dijalankan di kawasan kajian. ii) Data Sekunder Pengumpulan data-data sekunder ialah dengan merujuk bahan-bahan bacaan seperti artikel, akhbar, internet dan buku-buku dari agensi-agensi yang terlibat dengan kajian yang dilakukan. PERINGKAT 3 : ANALISIS DATA

Data-data yang dikumpul dianalisis dan boleh digunakan untuk membuat rumusan pada peringkat akhir. PERINGKAT 4 : RUMUSAN

Pembentukan rumusan adalah proses akhir setelah analisis data dijalankan.

PENGENALAN

PEMBENTUKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

SKOP KAJIAN

Peringkat Pertama

PENGUMPULAN MAKLUMAT

Data Primer

Data Sekunder

Temubual

Soal Selidik

Rujuk MDHS

Proses Pengamatan
Peringkat Kedua

Bahan-bahan bacaan seperti artikel, akhbar, internet dan laporan-laporan

ANALISIS DATA

Peringkat Ketiga

RUMUSAN Peringkat Keempat

Rajah xxx: menunjukkan

Rajah xxx menunjukkan kedai 2 tingkat yang terletak di jalan masuk dan keluar Taman Daya Pertama. Di kawasan kajian hanya terdapat 4 unit kedai yang bersaiz 20x70. Kedai ini hanya berfungsi pada bahagian tingkat bawah sahaja. Bagi unit kedai 1 ialah bengkel motor, unit 2 tidak berfungsi atau kedai kosong manakala, 3 ialah kedai runcit,dan akhir sekali unit 4 ialah berfungsi sebagai kedai pakaian iaitu kedai Bundle. Perniagaan ini mempengaruhi ekonomi setempat terutama bagi pendudk kawasaan kajian. Perniagaan di kawasan kajian juga memberi kesan terhadap penduduk sekeliling kawasan kajian iaitu Taman Hidayah, dan Kampung Tradisi. Deretan kedai ini terletak berhadapan dengan jalan utama dan juga menjadi tumpuan pelajar ini kerana ia terletak bersebelahan dengan sekolah. Ini dapat dilihat pada rajah XXX.

Hasil kajian Kawasan kajian iaitu Taman daya Pertama, Sungai Choh adalah suatu kawasan perumahan yang kecil iaitu hanya 0.06785 hektar dan mempunya XXXX unit rumah. Kawaaan perumahan ini didiami oleh penduduk berbilang bangsa. di taman perumahan ini juga menyediakan perniagaan dan kemudahan rekreasi iaitu kedai 2 tingkat dan taman mainan. Di kawasan kajian, kurang aktiviti ekonomi yang pesat dijalankan ini kemungkinan disebabkan bentuk muka buminya berbukit dan padat dengan kawasan sekelilingnya.

Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian ialah deretan kedai yang berhadapan dengan jalan utama. Jenis perniagaan yang dijalankan dapat dilihat pada rajah xxxx.

Statistik penduduk Hulu Selangor


Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Mukim Ampang Pecah Batang Kali Buloh Telor Kalumpang Kerling Kuala Kalumpang Peretak Rasa Serendah Sungai Gumut Sungai Tinggi Hulu Bernam Hulu Yam Jumlah Jantina Lelaki Perempuan 10600 10400 10900 10600 400 500 1700 1700 2400 1800 500 1900 51300 100 2000 12800 7900 104,300 2200 1700 700 1800 45600 100 1900 13100 7800 98,100 Jumlah 21000 21500 900 3300 4600 3400 1200 3800 9690 200 3900 25900 15700 202,400

You might also like