Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

9.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Di dalam kajian ini, masalah utama murid iaitu kurang bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti soal-jawab sewaktu sesi P&P sains telah berjaya diatasi. Walaubagaimanapun, sewaktu proses intervensi penyelidikan ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa permasalahan baru yang wujud sepanjang proses penyelidikan ini. Oleh yang demikian, pengkaji ingin memberikan beberapa cadangan baru untuk kajian masa depan. Kajian masa depan ini mungkin mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk melaksanakan penyelidikan ini. Apabila tempoh masa penyelidikan ini dipanjangkan maka data yang lebih persis dapat diperolehi sebelum dan semasa intervensi pelaksanaan sistem token ini. Selain daripada itu, apabila tempoh masa penyelidikan ini dipanjangkan, maka pengkaji boleh melihat kesan jangka panjang terhadap pelaksanaan sistem token ini. Di dalam kajian ini pula, dengan tempoh masa penyelidikan yang singkat, pengkaji percaya bahawa sistem token merupakan satu kaedah yang efektif dalam memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti soal-jawab sewaktu pengajaran sains. Jadi, dengan cadangan penambahan tempoh masa penyelidikan ini maka secara tidak langsung dapat menunjukkan keberkesanan sistem token ini pada jangka masa yang panjang. Tambahan itu, pelaksanaan sistem token ini boleh diimplementasikan untuk murid yang lemah agar dapat mengenalpasti keberkesanan sistem token terhadap mereka. Ini untuk memastikan keberkesanan sistem token ini bagi semua tahap perbezaan kognitif di kalangan murid. Di dalam kajian ini juga, pengkaji percaya bahawa sistem token merupakan satu kaedah yang efektif dalam memotivasikan murid dalam melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti sains. Jadi, bagi kajian

masa depan, pengkaji boleh mengenalpasti keberkesanan sistem token bagi peringkat murid yang lemah dari aspek tahap kognitif bagi sesuatu jenis aktiviti sains. Seterusnya, responden bagi kajian ini hanyalah sebanyak 35 orang murid di sebuahs ekolah di sekitar Pulau Pinang. Bilangan persampelan yang digunakan adalah dalam jumlah yang kecil. Generalisasi hasil dapatan hanya untuk satu kelas sahaja. Maka, dicadangkan bahawa untuk menambahkan lagi jumlah bilangan responden daripada pelbagai jenis sekolah. Jika saiz persampelan adalah besar dan juga daripada pelbagai jenis sekolah, maka hasil dapatan akan menjadi lebih persis dan jitu. Tambahan itu, generalisasi hasil dapatan tersebut boleh diaplikasikan kepada lebih banyak buah sekolah. Proses pengumpulan data bagi kajian ini sukar dijalankan dengan melakukan proses pengajaran pada masa yang sama. Dalam mempelbagaikan kaedah pengumpulan data, dicadangkan kepada pengkaji bahawa segala perjalanan aktiviti diambil gambar dan direkod dengan menggunakan kamera video. Kaedah alternatif ini sangat penting untuk memastikan agar segala jenis data dapat dikumpul dengan betul. Pada masa yang sama, pengkaji boleh merujuk kepada video yang diambil untuk maklumat yang lebih tepat. Sistem token ini boleh diaplikasikan untuk aktiviti subjek lain untuk mengenalpasti sama ada keputusan kajian yang diperolehi selari atau tidak. Ini untuk memastikan bahawa sistem token ini boleh menjadi satu alat strategik to meningkatkan tahap penglibatan murid dalam aktiviti soaljawan subjek lain sebab ianya boleh meningkatkan tahap penglibatan murid dalam aktiviti soaljawab sewaktu subjek sains.

You might also like