Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Menghayati Adab Berjiran

1.1 Maksud :
Orang yang tinggal berdekatan dengan kita, atau tinggal setempat dengan kita sama ada di kiri atau kanan, hadapan atau belakang dan atas atau bawah bagi rumah flat dan kondominium.

1.2 Hak & Kewajipan Terhadap Jiran


1. Seorang Muslim hendaklah menjaga hak jirannya sama ada jiran tersebut beragama islam atau bukan islam. 2. Islam telah menentukan jenis-jenis jiran kepada tiga kategori iaitu : a) Jiran muslim yang mempunyai ikatan kekeluargaan. b) Jiran muslim yang tidak ada ikatan kekeluargaan. c) Jiran bukan islam. 3. Setiap jenis jiran mempunyai hak masing-masing yang wajib diberikan.

4. Jiran sesama muslim yang mempunyai ikatan kekeluargaan mempunyai hak keagamaan, hak sebagai keluarga (qarabah) dan hak sebagai jiran. 5. Jiran muslim yang tiada hubungan kekeluargaan mempunyai dua hak iaitu hak sebagai seorang muslim (keagamaan) dan hak sebagai jiran. 6. Jiran yang bukan muslim mempunyai satu hak iaitu hak sebagai jiran.

1.3 Cara Menyemai Semangat Kejiranan


a) Mengutamakan saudara terdekat dalam pembahagian zakat atau sedekah. b) Ziarah-menziarahi antara jiran terutamanya pada musim perayaan atau ketika sakit. c) Menolong jiran ketika senang atau susah. d) Memberi hadiah atau cenderahati pada masa-masa tertentu seperti hari lahir, mendapat cahaya mata, kenduri kahwin dan sebagainya. e) Mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan.

1.4 Hikmat Menjaga Adab Berjiran


1. Dapat menjamin sebuah kehidupan yang aman dan harmoni. 2. Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah s.w.t. 3. Umat islam dapat bersatu ke arah mencapai taraf hidup yang lebih baik dan berkualiti. 4. Kehidupan sentiasa terjamin dan mendapat pembelaan. 5. Kemungkaran di sesuatu tempat dapat ditangani dan dibasmi dengan lebih berkesan.

1.5 Implikasi Tidak Beradab Kepada Jiran


1. Tidak mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup. 2. Mendapat cemuhan dan disisih oleh masyarakat sekeliling. 3. Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat. 4. Terasing dan terpinggir daripada masyarakat. 5. Menghadapi banyak masalah apabila menerima sesuatu musibah. 6. Menjejaskan kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

You might also like