Kuiz Kesihatan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KUIZ KESIHATAN ZON SANDAKAN 2011 Tempat : SK MERPATI SANDAKAN Tarikh: 07 September 2011

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI SHARIF MAHADA BIN SHARIF ATTAR, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SANDAKAN, -----------------------------------------------------------------------------------------------------Nuri berkicau di hujung pekan Membuat sarang di tanah rendah Kehadiran tuan kami alukan Kecil tapak tangan nyiru kami tadah Bismillahirohmanirohim. Yang Berbahagia Tuan Haji Sharif Mahada Bin Sharif Attar, (Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa pengelola Kuiz Kesihatan Zon Sandakan, Yang Berusaha Encik Suhaimi Bin Haji Othman Pegawai Pelajaran Daerah Beluran, Yang Berusaha Pegawai Pelajaran Daerah Telupid Yang Berusaha En. Jefri Bin Yang Berusaha Puan Hajah Rina Bte Jasmi, Ketua Unit Hal Ehwal Murid PPD Sandakan, Ketua-ketua Unit, Penyelia-penyelia pelajaran, Pengetua2 Kanan Cemerlang, Pengetua2, Guru Besar2 Kanan Cemerlang, Guru Besar2, barisan Jemaah Hakim, AJK pengelola majlis, guru-guru, para peserta seterusnya hadirin dah hadirat yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia Satu Ummah SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KUIZ KESIHATAN PERINGKAT ZON SANDAKAN TAHUN 2011

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah, Memulakan acara pagi ini, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Sharif Mahada bin Sharif Attar, Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kuiz Kesihatan Peringkat Zon Sandakan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian penutupan Kuiz Kesihatan Peringkat Zon Sandakan ini. Majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tinggi bukit gilang gemilang Air laut terang terangan budi sedikit tidakkan hilang itu menjadi kenang-kenangan
Maka terasmilah sudah majlis penutupan kuiz kesihatan peringkat zon sandakan tahun 2011. Majlis merakamkan selautan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Yg Berbahagia Tuan Haji Sharif Mahada menyempurnakan acara sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pohon ciku pohon bacang Tumbuh berapit dengan pulasan Ambil sebakul simpan di para Berdegup jantung bertambah kencang Berdebar hati menanti keputusan Siapa bakal bergelar juara Sebentar lagi, degupan jantung semua peserta akan terubat kerana acara penyampaian hadiah akan dijalankan. Namun sebelum itu, kita tidak pernah lupa untuk memberikan titipan ingatan untuk yang teristimewa para panel hakim dan pihak-pihak yang membantu kelancaran majlis kita pada hari ini. Justeru majlis dengan ini menjemput Puan Hajah Rina untuk mempersilakan dan mengiringi yang berbahagia Tuan haji Sharif Mahada untuk menyempurnakan acara penyampaian cenderamata dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis mempersilakan. ----------------------------------------------------------------------------------------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

1. Penyampaian Cenderamata - Panel hakim - Juru Kuiz - Tuan Rumah peringkat Zon (SK Merpati Pn Aminah Bt. Hj. Ahmad)

2. Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang

3. Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi Sebagai tanda penghargaan setulus hati, majlis menjemput Puan Hajah Rina untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan haji Sharif Mahada, Pegawai Pelajaran daerah sandakan . Dijemput.

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat --------------------------------------------------------------------------------------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Hadirin yang dihormati. Marilah sama-sama kita memohon kepada Yang Maha Esa kerana berkat ihsan dan inayahNya jua, majlis ini dapat berjalan dengan baik dan insyaAllah dalam keadaan yang penuh keberkatan. Untuk itu, majlis menjemput Ustaz............................................................... dari .........................................................untuk mengetuai bacaan doa penutupan. Majlis mempersilakan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------Jazakallahu khoiron kasira..Mudah-mudahan bait-bait doa yang telah dibacakan tadi dimakbulkan Rabbul Jalil..InsyaAllah.

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi,maka majlis kita tiba ke penghujungnya. Kami bagi pihak Jawatankuasa Pengelola mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Y Berbahagia Tuan haji Sharif Mahada juga para tetamu kehormat, yang sudi memeriahkan majlis kami juga kerjasama dari semua pihak sehingga Majlis kita pagi ini iaitu Kuiz kesihatan peringkat Zon Sandakan dapat direalisasikan dan berjaya sampai ke kemuncaknya hari ini.

Tinggi sungguh pohon cemara Tegak merimbun di tengah kota Tersalah terkasar butir bicara Sepuluh jari maaf dipinta. Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Puan hajah Rina Mahada untuk menjemput dan seterusnya mengiringi Yang Berbahagia Tuan haji Sharif Mahada Bin Sharif Attar dan para tetamu jemputan untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan. Maka sampai di sini pertemuan kita bersama, kami sudahi dengan lafaz Wabbilahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum wbt dan jumpa lagi.

You might also like