Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

G6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM

ANALISIS PEMBENTUKAN KURIKULUM


BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

Oleh

1. Micheal anak Ringgit, G74588


2. Canady@Kennedy ak Nunong, G74573
3. Mohd. Nur Furqan Abdullah, G74348
4. Muhd. Fariz B Ismail, G74252

MASTER (KURIKULUM & PEDAGOGI)


Program Sarjana Eksekutif, Pusat Kembangan Pendidikan UKM

SESI 2006/2007

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2007

PENSYARAH : DR. SHARIFAH NOR PUTEH


KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK 1
1. PENGENALAN 1
2. DEFINISI 2
3.1 Definasi Kurikulum Kebangsaan 2
3.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4
3. TUJUAN KURIKULUM 6
4. RASIONAL KBSR 7
5. OBJEKTIF KBSR 7
6. ALIRAN PEMIKIRAN PROGRESSIVISME 8
7. BENTUK KBSR 9
8. MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN 11
8.1 Matlamat KBSR 12
8.2 Objektif KBSR 12
8.3 Prinsip KBSR 13
8.4 Penekanan 13
8.5 Fokus 13
8.6 Struktur 13
8.7 Bidang Pelajaran 15
9. PERUNTUKAN MASA 15
10. TERAS KBSR 16
11. PENEKANAN DALAM KBSR 17
12. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 17
12.1 Aspek emosi sosial 17
12.2 Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan
Pembelajaran 17
12.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 18
13. PENILAIAN 18
14. PERSOALAN TENTANG KBSR 19
PENUTUP 22
3

ABSTRAK

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan


Kurikulum lama dan baru KBSR. Kajian ini juga merupakan analisis daripada
beberapa bahan yang sumbernya didapati daripada internet yang melibatkan
kajian tentang pendekatan yang digunakan dalam pembentukan kurikulum
bersepadu sekolah rendah. Dapatan kajian membuktikan pembentukan
kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika kementerian
dapat menyediakan garis panduan yang lebih berkesan untuk guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dituntut oleh
falsafah pendidikan negara (FPN). Justeru itu kurikulum sekolah hendaklah
disusun dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven
dan proaktif supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Reka bentuk sesuatu kurikulum semestinya mampu menjuruskan pengajaran
dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki. Perancangan yang teliti dan tepat
sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani,
emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya.

1. PENGENALAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) menegaskan pembelajaran kemahiran-kemahiran


asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Kurikulum ini mula dilaksanakan
pada tahun 1982 di 302 buah sekolah rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai
percubaan. Mulai dari tahun 1983, KBSR telah dilaksanakan di tahun satu untuk semua
sekolah rendah secara berperingkat-peringkat, pelaksanaan sepenuhnya akan dicapai
pada tahun 1988. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah mudah memperoleh
pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman kehidupan seharian secara langsung.
Oleh itu segala rancangan aktiviti pelajaran di sekolah haruslah menarik dan berkesan
untuk menambahkan pengalaman mereka dan bersesuaian dengan perkembangannya
dalam aspek intelek, rohani dan jasmani. Suasana persekolahan hendaklah mewujudkan
peluang serta menggalakkan integrasi sosial, seperti bertukar-tukar pendapat, membina
persefahaman dan kerjasama di antara satu dengan yang lain. Keadaan bilik dadah pula
hendaklah membolehkan murid-murid berfikir, menyoal dan mengeluarkan buah firikran.
4

Sehubungan dengan ini, bilik darjahlah patut menjadi tempat memberi peluang
kepada murid-murid melahirkan perasaan dan idea melalui pertuturan, tulisan,
lukisan, muzik, tarian, lakonan dan sebagainya. Semua aktiviti ini dapat memupuk
sikap kreatif di kalangan kanak-kanak serta melibatkan mereka secara aktif dalam
proses penguasaan kemahiran.

Untuk mencapai kehendak ini, segala perkaedahan, aktiviti organisasi dan


pengurusan bilik darjah, termasuk penjadualan dan bahan rujukan hendaklah
berdasarkan prinsip mudah-ubah dan penglibatan murid secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, serta sesuai dengan keadaan murid dan matlamat
pelajaran. Proses penilaian perlu disepadukan dengan segala aktiviti pembelajaran di
bilik darjah. Tujuan penilaian bukan hanya memberi maklumat taraf pencapaian
dan darjah perkembangan pembelajaran murid tetapi juga membantu guru menaksirkan
keberkesanan pengajarannya.

2. DEFINISI

2.1 Definasi Kurikulum Kebangsaan

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996


[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

‘Kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan’


Curriculum is a functioning instrument of education - Tyler ( 1949 )

Kurikulum adalah suatu pelan bagi pembelajaran’


Curriculum is a plan for learning - Taba (1962)
5

‘Kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran’Curriculum is a


particular form of specification about the practice of teaching - Stenhouse ( 1975 )

Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan
dibimbing’
The planned and guided learning experiences and intended learning outcomes - Tanner &
Tanner ( 1975 )

Kurikulum adalah suatu set keputusan umum tentang perkara yang akan diingat dan
bagaimana ianya akan diajar yang menentukan rangka di mana pengajaran dirancang dan
pembelajaran berlaku.’
The set of broad decisions about what to be taught and how it is to be taught, that determine
the general framework within, which lessons are planned and learning takes place. - Erant(
1975 )

‘Kurikulum adalah suatu set hasrat tujuan formal pendidikan/latihan yang tersusun.’
A curriculum is an organised set of formal education and/or training intentions. - Pratt
( 1980 )

‘Kurikulum adalah suatu set pelan dan pengalaman yang salingkait untuk kewajipan
seseorang pelajar di bawah bimbingan di sekolah.’
An interrelated set of plans and experiences that a student undertakes under the guidance of
the school. - Marsh & Willis ( 1995 )

Nicholls, S.H. clan Nicholls, A. (1981), mentakrifkan kurilum sebagai semua peluang
pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-murid di Sekolah.

Elizabeth Maccia dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat mentakrifkan kurikulum sebagai
suatu rekabentuk kelompok pengalaman-pengalaman pendidikan bagi murid-murid di
sekolah.

Kerr J.K mentakrifkan kurikulum sebagai semua pembelajaran yang dirancangkan dan
dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara kelompok atau individu, di dalam
atau di luar sekolah.
6

Hirst memberikan definisi kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru
untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancangkan. David
Warwick mentakrifkan kurikulum itu sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah
yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia
ada serta juga keperluan-keperluan budaya semasa. Beliau juga menerangkan bahawa
terdapat tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas, iaitu kurikulum formal atau ketara,
kurikulum ideal dan kurikulum terlindung. Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang
ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan” (the planned
learning experiences for intended learning outcomes)

2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Di Malaysia setiap kurikulum yang hendak digubal mesti mengambil kira Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang harus dijadikan paksi kepada semua kurikulum. FPK
Dinyatakan secara rasmi pada 1988 yang berbunyi:

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

2.2.1 Warganegara Malaysia yang baik


• percaya dan patuh kepada Tuhan ;
• berilmu pengetahuan ;
• berakhlak mulia ;
• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,agama dan Negara ;
• berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara ; dan
7

memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu


2.2.2 Unsur Rohani dan Emosi
• Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut:
• keyakinan terhadap Tuhan ;
• kepercayaan beragama;
• kemantapan jiwa;
• penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat ;
• berbudi pekerti mulia ;
• berbakti dan berkorban.

2.2.3 Unsur Intelek


• Unsur intelek ini mengambilkira aspek-aspek berikut:
• Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran
• Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
• Daya pemikiran yang logic dan analisis ;
• Ilmu bermanfaat.

2.2.4 Unsur Jasmani


Ciri-ciri Unsur jasmani ialah
• kecergasan fizikal dan kesihatan diri ;
• dapat menggunaka anggota dan tenaga fizikal
• sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.
8

Rajah 1 Falsafah pendidikan yang berpaksikan Ketuhanan

3. TUJUAN KURIKULUM

Setiap kurikulum mempunyai tujuan-tujuan tertentu, sama ada dinyatakan secara khusus atau
secara implisit dalam pemilihan dan susunan kandungan. Tujuannya adalah berasaskan
konsep pendidikan yang ditentukan oleh pakar-pakar yang membentuk kurikulum itu.
Tujuan-tujuan yang menekankan keperluan serta minat murid-murid akan mewujudkan
organisasi yang memusatkan aktiviti. Semasa mengelolakan tujuan-tujuanuan kurikulum,
empat prinsip berikut seharusnya ditekankan.
1. Tujuan-tujuan perlu selaras dengan tujuan-tujuan pendidikan negara. Tujuan-tujuan am
sesuatu kurikulum perlu dinyatakan.
2. Tujuan-tujuan khusus setiap mata pelajaran dan unit isi atau kandungan perlu jelas.
3. Tujuan-tujuan seharusnya boleh diubah kepada tujuan-tujuan bagi setiap pelajaran atau
aktiviti. Biasanya hanya tujuan-tujuan (2) dan (3) yang dinyatakan.
4. Tujuan-tujuan (1) Biasanya difikirkan oleh perancang pendidikan, manakala tujuan (4)
adalah bergantung pada inisiatif guru.
9

4. RASIONAL KBSR

Pendidikan kanak-kanak haruslah menyeluruh dan seimbang antara perkembangan


intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan sosial. Kurikulum
sekolah rendah dan aktiviti pelajaran hendaklah bercorak pendidikan asas.
Pendekatan ini bertujuan mendapat pengetahuan asas dan keluasan tetapi kurang
menegas pada butiran isi kandungan. Justeru itu KBSR menitikberatkan kemahiran-
kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira.

5. OBJEKTIF KBSR

Perancangan KBSR bertujuan memberi setiap orang murid peluang yang sama untuk
memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai dan amalan lazim masyarakat
yang diingini. Murid-murid diberi bimbingan dan galakan yang seluas-luasnya
untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas. Peluang yang
secukupnya disediakan juga untuk membolehkan mereka mengembangkan
bibit-bibit bakat, minat dan daya kreatif dalam bidang-bidang yang tertentu. Bahkan
objektif-objektif KBSR adalah menuju ke arah untuk membolehkan murid-murid:

1. Menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya


sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
2. Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah-sekolah rendah;
3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira;
4. Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas;
5. Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris
selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
6. Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai nilai
kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat
berlandaskan RUKUNEGARA, serta menjadikannya asas bagi amalan hidup;
7. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia
dan alam sekitar;
8. Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat
10

kerjasama dan toleransi;


9. Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk
meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan
menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai;
10. Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan
rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

6. ALIRAN PEMIKIRAN PROGRESSIVISME

6.1 Aliran pemikiran progressivisme berhubung pendidikan mula diasaskan oleh


Rousseau dalam bukunya berjudul THE EDUCATION OF EMILE yang
dihasilkan pada abad ke 18. Mengikut padangan Rousseau:
• Pendidikan bermula apabila kanak-kanak itu lahir.
• Didik kanak-kanak itu mengikut fitrahnya sebagai seorang kanak-kanak.
• Jangan melatih seseorang kanak-kanak menjadi dewasa terlalu awal
• Biar kanak-kanak itu mengalami sendiri tanpa paksaan daripada orang dewasa
• Pupuk semangat ingin tahu/curiosity pada diri kanak-kanak
• Tanya soalan-soalan yang mencungkil pemikiran/membuka minda

6.2 Idea pendidikan Rousseau mempengaruhi pemikiran tentang pendidikan tokoh-


tokoh dan ahli pendidikan Amerika seperti Dewey, Herbert Spencer, Rugg,
Kilpatrick sehingga tercetus aliran progressivism dalam sistem pendidikan di Amerika
dan negara-negara barat.

Perbandingan Pemikiran Progressivism dan Tradisional tentang


pendidikan/kurikulum

Aspek Pemikiran Progresif Pemikiran Tradisional


Matlamat/tujuan Untuk kehidupan seharian, untuk Menghasilkan para ilmuan
menjadi peker a, sebagai cerdik pandai, cendikawan
rakyat/warganegara, memupuk
perwatakan/kkarektor individu,
memenuhi masa lapang
Ilmu Pengetahuan Berhubung kehidupan seharian, Disiplin ilmu akademik
pengalaman kehidupan sebenar
11

Bentuk individu Individu perlu dipandu arah


Kebebasan fizikal/mental meneroka,
mengikut proses pendidikan
berfikir, kreatif, pentingkan tahap
yang ditetapkan, individu
perkembangan individu, setiap
Dikembangkan ke arah
individu itu unik, pembelajaran
kematangan.
mesti memberi makna , individu ada
keupayaan untuk belajar
Masyarakat/negara Pendidikan utk menyediakan masa
Pendidikan utk kesinambungan
depan negara, menyelesaikan
warisan budaya masyarakat,
masalah negara
keperluan masyarakat
menentukan latihan/pendidikan
bukan guru.
Organisasi Berasaskan minat, aptitude, Pengetahuan yang sistematik,
kemahiran social, political, diatur, pendidikan yg standard
ekonomi, keupayaan individu. /uniform, mengikut gred.

7. BENTUK KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dirancangkan untuk membolehkan murid-


murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu komunikasi, manusia dengan
alam kelilingnya dan perkembangan diri individu.

Komunikasi merupakan keperluan hidup asasi. Perhubungan di antara manusia


memerlukan perantaraan bahasa dan melibatkan aktiviti mengira. Oleh yang demikian,
bidang ini ditumpukan kepada Komponen Kemahiran Asas yang menitikberatkan
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini meliputi pertuturan,
pendengaran, pembacaan untuk kefahaman, penulisan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman, serta pengiraan dengan operasi asas dalam matematik, iaitu tambah, kurang,
darab dan bahagi.

Kanak-kanak memperoleh pengalaman asas hidup dari alam sekeliling atau


persekitarannya. Pengalaman mungkin diperolehi melalui perhubungannya dengan
manusia lain, unsur-unsur alam dan Tuhan. Maka pembelajaran tentulah menjadi lebih
bermakna apabila mengaitkannya dengan pengalaman asas yang sedia ada pada kanak-
kanak. Oleh itu, di dalam kurikulum baru ini, bidang manusia dan alam keliling
mengandungi komponen kemanusiaan dan persekitaran. Bidang ini juga merangkumi satu
12

cabang lain yang dinamakan komponen kerohanian, nilai dan sikap. Komponen ini
memberi perhatian khas kepada Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini
bertujuan mencapai pembinaan sikap, watak dan peribadi yang sempurna.

Rajah 2, menunjukkan proses pembentukan kurikulum baru sekolah rendah.

Bidang perkembangan diri individu meliputi semua aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, moral, nilai estetika dan sosial. Sebahagian besar daripada aspek-aspek.
Kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika dapat menjadi garis panduan
guru melaksanakan pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran sebagaimana yang dituntut
oleh falsafah pendidikan negara (FPN). Justeru itu kurikulum sekolah hendaklah disusun
dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven dan proaktif supaya
dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk sesuatu kurikulum
semestinya mampu menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki.
Perancangan yang teliti dan tepat sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari
segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya.
13

8. MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN

Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi


pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia.
14

8.1 Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi


murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.

8.2 Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk


membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya
dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia
dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-
ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
15

xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan


akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
menjadikannya asas bagi amalan hidup.

8.3 Prinsip KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.

8.4 Penekanan
8.4.1 Fokus Tahap I
i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-
Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

8.5 Fokus Tahap II


i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-
Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
16

8.6 Struktur KBSR


Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum

Sumber : Buku Pendidikan Di Malaysia oleh : Prof. Madya Dr. Shahril @ Charil Hj Marzuki
Universiti Malaya
17

8.7 Bidang Pelajaran


Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

8.7.1 Bidang Komunikasi


1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.

8.7.2 Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya


1. Pendidikan Islam;
2. Pendidikan Moral;
3. Sains; dan
4. Kajian Tempatan.

8.7.3 Bidang Perkembangan Diri Individu


1. Kemahiran Hidup;
2. Pendidikan Muzik;
3. Pendidikan Seni;
4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

9. PERUNTUKAN MASA

Mata Pelajaran Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan


Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2
Perkara 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu 450 450 450 300 300 300 270 270 270 150 150 150
Bahasa Inggeris 240 240 240 210 210 210 60 90 90 90
Bahasa 450 450 450 300 300 300
Cina/Tamil
Sains 150 150 150 150 150 150
18

Matematik 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210
Pend. 180 180 180 180 180 180 150 150 150 150 150 150
Islam/Moral
Pendidikan Seni 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
Pendidikan 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
Muzik
Kemahiran 60 60 60 60 60 60
Hidup
Kajian 120 120 120 120 120 120
Tempatan
Pend. Jas. & 90 90 90 60 60 60 90 90 90 60 60 60
Kes.
Perhimpunan 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30
Pilihan Guru 30 30 30 30 30 30
Besar
JUMLAH 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
350 350 350 440 440 440 350 350 350 440 440 440

10. TERAS KBSR

i. Penggabungjalinan;
ii. Penyerapan;
iii. Penilaian;
iv. Pengkayaan; dan
v. Pemulihan.

11. PENEKANAN DALAM KBSR

Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-


i. Kemahiran asas;
ii. Kemahiran berfikir;
iii. Nilai Merentas Kurikulum;
iv. Bahasa merentas kurikulum;
v. Patriotisme merentas kurikulum;
19

vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;


vii. Penilaian berterusan;
viii. Pemulihan dan pengayaan;
ix. Prinsip mudah ubah; dan
x. Sains dan teknologi merentas kurikulum

12. STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid,


seseorang guru seharusnya;
• mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;
• Kemudahan fizikal kelas
• ruang pembelajaran yang selesa;
• sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;
• ruang pameran hasil kerja;
• bahan rujukan untuk penggunaan murid;
• bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

12.1 Aspek emosi sosial


• penggunaan bahasa yang mesra;
• keupayaan guru memahami muridnya;
• penggunaan teknik yang pelbagai.

12.2 Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.
• Melibatkan murid secara aktif;
• Menjalankan penilaian yang berterusan;
• Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;
• Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;
• Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam
situasi yang berlainan;
20

• Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat


keputusan secara rasional;
• Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan
membina sifat berani, yakin dan daya juang;
• Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;
• Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

12.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan
menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara
aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun
individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-
hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;


• Simulasi
• Lakonan
• Permainan
• Tunjuk ajar
• Lawatan
• Bercerita
• Projek
• Sumbangsaran
• Main peranan
• Pidato

13. PENILAIAN

i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)


ii. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
iii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
21

CARTA ALIR INPUT


PROSES
PENGGUBALAN
PERANCANGAN & PENYELIDIKAN
KURIKULUM
PEMBANGUNAN & PENGEMBANGAN

MESYUARAT JAWATANKUASA
KURIKULUM PUSAT

YA KEPUTUSAN TIDAK

UJI RINTIS / PELAKSANAAN


TERHAD

MESYUARAT JAWATANKUASA
KURIKULUM PUSAT

YA KEPUTUSAN TIDAK

PENYEBARAN/ PELAKSANAAN

Rajah Perancangan Dasar dan Penilaian Kurikulum

14. PERSOALAN TENTANG KBSR

14.1 Apakah KBSR?


KBSR merujuk kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

14.1 Mengapa Kurikulum Bersepadu?


KBSR digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan
perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan
yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan.

14.2 Mengapa wujudnya FPK?


14.3 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pengajaran telah
diterbitkan pada tahun 1979. Dalam laporan ini isu-isu yang menyentuh prinsip, nilai
dan tuju hala pendidikan telah dibincangkan. Bagi menterjemahkan keperihatinan
Jawatan Kuasa Kabinet mengenai pembangunan kemanusiaan maka Kementerian
Pendidikan mewujudkan FPK.
22

14.3 Adakah FPK berkesan dalam meningkatkan mutu pendidikan negara?


FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan
berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi
kemakmuran negara kita Malaysia. Andai semua pihak yang bertanggungjawab
memainkan peranan masing-masing FPK pasti memberi kesan yang diharapkan. Bagi
melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua
generasi kehidupan.

14.4 Belajar di sekolah-sekolah kerajaan adalah membosankan?


Bosan terhadap sesuatu perkara bergantung kepada banyak faktor. Di antara faktor
tersebut ialah minat, sikap dan keazaman seorang pelajar dalam menghadapi cabaran
belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan berbagai cara dan
idea bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam pendidikan. Di antaranya adalah
seperti pembelajaran Masteri, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Self
Acces Learning dan lain-lain lagi. Namun begitu segala usaha ini tidak akan berkesan
jika individu pelajar tersebut tidak mahu berubah.

14.5 Adakah KBSR dan KBSM masih relevan?


Kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan adalah relevan dan dapat
memenuhi hasrat serta aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Dari masa ke semasa
pelbagai idea dan konsep diperkenalkan ke arah meningkatkan mutu pendidikan,
proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kehendak dan “trend” dunia.

14.6 Apakah penekanan KBSR?


Dalam pelaksanaan KBSR, penekanan diberi kepada kemahiran asas; kemahiran
berfikir; nilai merentas kurikulum; bahasa merentas kurikulum; patriotisme merentas
kurikulum; strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid; penilaian
berterusan; pemulihan dan pengayaan; prinsip mudah ubah; dan sains dan teknologi
merentas kurikulum. Adakah usaha Kementerian Pendidikan memperkembangkan
potensi individu pelajar (perkembangan JERI) jasmani, emosi, rohani dan intelek
yang menjadi intipati Falsafah
23

14.7 Pendidikan hanyalah indah khabar dari rupa dan setakat melepaskan batuk di tangga
sahaja?
Adakah Kementerian Pendidikan telah menyediakan satu kurikulum dan kokurikulum
yang lengkap hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai satu garis panduan
untuk semua kelas pendidikan supaya tiada percanggahan dari segi objektif dan
matlamat dalam melahirkan identiti bangsa Melayu yang mempunyai keperibadian
Islam yang luhur? Peraturan ini melengkapi sekolah yang dimiliki oleh kerajaan dan
juga swasta.

14.8 Apakah usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kurikulum pendidikan yang
sedia ada supaya lebih sempurna dari segi keperluan rohani dan jasmani?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang meliputi semua tahap persekolahan.
Pengoperasian FPK ke arah pembentukan rakyat Malaysia yang berilmu,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, produktif dan sedia berbakti,
dijelmakan melalui pendekatan bersepadu.Penyataan FPK menegaskan bahawa sistem
pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan individu secara
menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepada
Rukunegara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan agar kurikulum
persekolahan disemak semula. Penyemakan semula kurikulum persekolahan tersebut
berbentuk penyesuaian ke atas kurikulum yang sedia ada supaya kurikulum relevan
dengan keadaan semasa dan seterusnya dengan kehidupan alaf baru.Aspek-aspek
pembangunan insan, pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran berfikir dan celik IT
diberi penekanan.Di dalam penyemakan kurikulum persekolahan, mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Jasmani diberi penekanan
kepada aspek-aspek penyuburan rohani dan jasmani.

14.9 Mengapakah PKSR/PKSM dilaksanakan?


Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan Melalui PKSR/PKSM guru dapat:. mengetahui keberkesananpengajarannya
merancang dan mengubah suai pengajarannya menjalankan tindakan susulan.

14.10 Apakah yang dinilai dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan
Penilaian kendalian Sekolah Menengah (PKSM)?
24

• Pengetahuan

• kemahiran berfikir

• kemahiran berbahasa

• kemahiran mengira

• kemahiran belajar

• kemahiran amali

• kemahiran manipulatif

• bersosial

• daya kreatif

• kemahiran proses sains

• pelakuan dan amalan nilai murni

• sikap

• kesihatan dan kecergasan

• kemahiran kinestatik

• bahan dan minat

PENUTUP

Kurikulum adalah ilmu teras dalam bidang pendidikan. Ia penting dalam mencorak
masyarakat akan datang. Oleh itu, kebanyakan negara maju berusaha membangunkan
kurikulum sejajar dengan keperluan dan matlamat pembangunan negaranya. Penekanan
utama adalah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira. Berjaya atau tidak
satu-satu kurikulum adalah bergantung pada peranan seseorang guru dalam melaksanakanya.
Guru yang memahami falsafah, matlamat, objektif serta rasional pembentukan satu-satu
25

kurikulum akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menjamin kejayaannya.
Oleh itu, Sumbangan guru dengan pelbagai bentuk dalam pembentukan kurikulum amatlah
digalakkan. Walaupun KBSR yang menjadi teras dalam analisis ini, namum kurikulum yang
lain perlu juga dihuraikan secara ringkas untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas
terutama tentang sejarah pembentukan sesuatu kurikulum itu dari dahulu sehingga sekarang.
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, kanak-kanak Melayu ketika itu terutama
kanak-kanak lelaki pergi ke sekolah pondok. Kurikulum yang mereka pelajari pada waktu itu
memang semata-mata berkaitan dengan agama. Kanak-kanak Melayu datang ke sekolah
pondok untuk mengkaji ayat-ayat Quran daripada imam atau tok guru. Semasa penjajah
British pada pertengahan kurun ke-19 sekolah-sekolah vernakular Melayu mulai
diperkenalkan terutama di Negeri-Negeri Selat. Bahasa Melayu mulai diajar di sekolah itu
pada sebelah pagi. Walaupun agama Islam itu bukan agama penjajah mereka tetap mahu
agama itu diajar tetapi pada sebelah petang. Penjajah mulai memperkenalkan kurikulum yang
sesuai untuk diikuti oleh kanak-kanak perempuan Melayu yang tidak digalakkan pergi ke
sekolah pada ketika itu oleh ibubapa mereka. Awal merdeka, fokus negara adalah untuk
membentuk sebuah negara bangsa yang aman dan makmur, waktu ini sistem pendidikan
negara memang jauh sudah baik. Kurikulum pada waktu itu memberi tumpuan yang utama
kepada kepada perpaduan rakyat yang menjadi asas kepada sebuah negara Malaysia. Semua
mata pelajaran dikehendaki menyerapkan unsur perpaduan. Pada tahun 1982 KBSR mulai
diperkenalkan yang menjadi intipati huraian ini. KBSM yang diperkenalkan pada tahun 1988
adalah kesinambungan dari peringkat sekolah. Pada hari ini Pelan Induk Pendidikan 2006-
2010 adalah dianggap sebagai kemuncak untuk memperkasakan semua kurikulum dalam
system pendidikan Negara. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah
kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan
empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni
dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama
Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus. Dengan adanya kajian
seumpama ini saya berharap rakan pendidik yang lain boleh menggunakan bahan ini sebagai
rujukan masing-masing.
26

RUJUKAN

http://72.14.235.104/search?q=cache:yiDRpwEmCO8J:www.moe.gov.my/

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/

Panduan Kurikulum Prasekolah Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd Sharani Ahmad,
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd(2003)

http://apps2.emoe.gov.my/

http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksriaman/

http://www.usm.my/

KURIKULUM DAN PEDAGOGI , Prof. T. Subahan Mohd Meerah, Prof. Madya Datin Dr.
Zahara Aziz (UKM) 2007

http://www.e-learning2u.com/index.html

Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997, Akta Pendidikan 1996,


KPM

Buku Pendidikan Di Malaysia, Prof. Madya Dr. Shahril @ Charil Hj Marzuki, 2006
Universiti Malaya

http://www.moe.gov.my/ - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2007, KPM

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, http://www.pmo.gov.my/

http://pustaka.upsi.edu.my/elmu-equip/

You might also like