Memo Notis Pra

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MEMO

KEPADA : PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU PROSES PRAPENDAFTARAN KURSUS SEMESTER DISEMBER 2010/2011 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

PERKARA :

TARIKH : 06 OKTOBER 2010 _____________________________________________________________________________ Adalah dimaklumkan, mulai semester ini, pelajar boleh mula melakukan prapendaftaran kursus secara online mulai 10 Oktober 2010 hingga 23 Oktober 2010 (minggu 12 dan minggu 13). Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendaftaran kursus masingmasing di mana sistem tidak lagi akan menjana pendaftaran kursus pelajar mengikut skema kursus pelajar. Prapendaftaran boleh dilakukan di alamat http://mynemo.umt.edu.my/epelajar .Pelajar boleh membuat prapendaftaran di dalam kampus atau di luar kampus UMT. Sekiranya pelajar tidak mempunyai komputer sendiri pelajar boleh menggunakan kemudahan di makmal-makmal komputer UMT yang menyediakan kemudahan komputer untuk pelajar. Semua pelajar yang telah membuat prapendaftaran adalah dianggap telah mendaftar semester berkenaan kecuali atas sebab-sebab tertentu. Mana-mana pelajar yang tidak, gagal atau cuai membuat prapendaftaran dalam tempoh prapendaftaran, atau gagal membuat prapendaftaran lewat, atau gagal membuat tambah / gugur kursus mengikut cara dan tempoh yang ditetapkan, adalah secara automatik namanya akan digugurkan daripada senarai daftar Universiti. Pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada semester hadapan diminta membuat prapendaftaran kursus berkenaan. Pelajar yang lewat membuat prapendaftaran akan dikenakan denda RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga puluh). Sila ke Bahagian Akademik setelah membuat pembayaran tersebut. Pengecualian denda boleh diberikan bagi kes-kes tangguh pengajian, menjalani Latihan Industri, masalah kesihatan atau alasan lain berdasarkan persetujuan Dekan fakulti pelajar yang berkenaan. Sekian, harap maklum. Terima kasih Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Bahagian Akademik Aras Bawah, Bangunan Canseleri dan Pentadbiran Universiti Malaysia Terengganu

No. Telefon : 09-6684219/4532 No. Faks : 09-6684143

You might also like