Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PENGGUNAAN KAEDAH SMART FINGERS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGATI FAKTA ASAS DARAB ATAU SIFIR 6, 7, 8 DAN 9 BAGI

MURID TAHUN 3 Oleh: Siti Nuranis Binti Mohd Alias1 & Norizah Binti Ahmad2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Murid murid menghadapi masalah dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Masalah ini menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan soalan soalan yang berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir dalam topik pendaraban. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 bagi murid Tahun 3 Mutiara, Sekolah Kebangsaan Kepong, Kuala Terengganu. Kajian ini dijalankan terhadap sepuluh orang responden yang dipilih melalui soalan soalan latihan, Ujian OTI dan pemerhatian. Kajian ini berbentuk kajian tindakan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, Ujian Pra, Ujian Pasca dan temubual. Data dianalisis secara diskriptif bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Bagi menyokong dapatan data diskriptif, analisis dokumen dan temubual dijalankan. Dapatan yang diperolehi menunjukkan berlakunya peningkatan dalam kemahiran mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Dapat dirumuskan, dengan menggunakan kaedah Smart Fingers berlakunya perubahan tingkahlaku murid dimana murid boleh mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan baik. (Kata Kunci: Sifir 6, 7, 8 dan 9, Penggunaan Jari Jemari dan Jadual) PENGENALAN Menurut Janting Anak Ringkai (2005), kanak kanak lebih seronok menghafal sifir dengan teknik yang konkrit. Mereka sentiasa mencuba untuk mendapatkan hasil sifir darab menggunakan tangan khususnya sifir darab yang melibatkan angka 6 hingga 9. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu, penggunaan kaedah jari jemari dalam meninggkatkan penguasaan sifir bagi kanak kanak adalah berkesan dan murid amat berminat untuk mempelajari sifir menggunakan jari ini. Bagi menguasai topik pendaraban ini, perkara yang paling penting untuk murid kuasai ialah fakta asas darab atau sifir. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, fakta asas darab atau sifir amat diperlukan dalam menjawab soalan soalan yang berkaitan dengan pendaraban nombor bulat. Selain itu, pengkaji juga amat tidak berpuas hati dengan pencapaian murid dalam menguasai fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 terutamanya apabila mereka tidak dapat menjawab soalan soalan latihan atau ujian yang berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir yang mana disediakan oleh pengkaji sendiri. Tambahan pula apabila pengkaji ingin menguji tahap penguasaan mereka dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9, mereka secara spontan, keputusan yang diperolehi amat tidak memuaskan dan mengecewakan. Pengkaji juga mendapati bahawa ada masanya murid dapat menjawab soalan soalan berkaitan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan betul sekiranya dengan hanya merujuk kepada fakta asas darab atau sifir yang dibekalkan oleh pengkaji kepada mereka. Sekiranya mereka tidak merujuk kepada fakta asas darab atau sifir, mereka akan melakukan kesalahan seperti . Ini

menunjukkan bahawa mereka memang tidak mengingati fakta asas darab atau sifir dan seterusnya jawapan yang diberikan adalah salah. Selain itu juga, pengkaji mendapati melalui latihan - latihan atau kuiz yang dilakukan terhadap murid, terdapat seramai 10 orang murid yang menghadapi masalah dalam mengingati fakta asas darab atau sifir untuk menjawab soalan latihan dan kuiz yang diberikan. Oleh itu, fakta asas darab atau sifir yang diberikan oleh pengkaji kepada murid adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk membantu murid muridnya terutamanya mereka yang lemah dalam menguasai fakta asas darab atau sifir. Selain itu, antara kaedah lain yang
1 2

Pelajar PISMP Matematik Pendidikan Rendah Pensyarah Jabatan Matematik

digunakan oleh pengkaji bagi membantu muridnya ialah dengan cara tradisional iaitu dengan menghafal pada fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Namun, masih ramai lagi murid yang tidak dapat menguasai fakta asas darab dengan baik. Oleh yang demikian, selepas beberapa pemerhatian pengkaji mula memikirkan kaedah yang sesuai digunakan untuk membantu murid muridnya di dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 iaitu dengan menggunakan kaedah Smart Fingers iaitu merupakan kaedah mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan menggunakan gabungan jari jemari dan Jadual Rangkaian Sifir. Jari jemari merujuk kepada jari jemari individu sendiri ketika menggunakan kaedah Smart Fingers ini. Jadual Rangkaian Sifir pula ialah petak petak yang membentuk jadual yang memuatkan nombor nombor yang berkaitan dengan sifir 6, 7, 8 dan 9 yang berfungsi seperti petak 100. Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 dikalangan murid tahun 3 Mutiara. Selain itu, kajian ini membantu murid menjawab soalan berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. METODOLOGI Rekabentuk kajian ini adalah kajian tindakan berdasarkan empat langkah model kajian tindakan yang dinyatakan oleh Stephen Kemmis & Mc Taggart (1988), iaitu mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. Dalam konteks kajian ini, pengkaji telah membuat refleksi berkaitan permasalahan yang berlaku semasa P&P bagi tajuk pendaraban iaitu berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Didapati bahawa responden menghadapi masalah dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Justeru itu, pengkaji telah memperkenalkan kaedah Smart Fingers bagi mengatasi atau menyelesaikan permasalahan yang berlaku. No. 1. Gambar Ayat Sifir 6x6 Jawapan 20 + 16 = 36 (10+10) + (4x4) = 36

x 6 7

2.

7x7

40 + 9 = 49 10+10+ + (3x3) = 49 10+10 60 + 4 = 64 10+10+ + (2x2) = 64 10+10+ 10+10 80 + 1 = 81 10+10+ + (1x1) = 81 10+10+ 10+10+ 10+10 PERKARA

3.

8x8

8 9

4.

9 x9

NO 1 2 3 4 5 6 7 8 Ujian Pra Sesi I Sesi II

TARIKH 12 Julai 2011 14 Julai 2011 19 Julai 2011 21 Julai 2011 26 Julai 2011 28 Julai 2011 2 Ogos 2011 2 Ogos 2011

(Mendemonstrasi penggunaan jari jemari dan maksud yang mewakili setiap jari) (Memperkenalkan Jadual Rangkaian Sifir 6, 7, 8 dan 9)

Sesi III (Memperkenalkan Kaedah Smart Fingers) Sesi IV (Peneguhan Kaedah Smart Fingers) Sesi V (Peneguhan Kaedah Smart Fingers)

Ujian Pasca Temubual

Setelah itu, tindakan dilaksanakan kepada responden mengikut perancangan dan pemerhatian dicatatkan bagi melihat kesan daripada tindakan yang telah dilakukan. Kemudian pemerhatian tersebut dihuraikan melalui analisis dan interpretasi data. Instrument yang digunakan dalam kaijan ini adalah Analisis Dokumen, Ujian Pra, Ujian Pasca dan Temubual. Pengkaji telah memilih seramai sepuluh orang responden Murid Tahun 3 Mutiara, Sekolah Kebangsaan Kepong, Kuala Terengganu. Responden dipilih berdasarkan kepada soalan soalan latihan, markah pencapaian Ujian OTI dan pemerhatian. DAPATAN KAJIAN Menentukan tahap peningkatan kemahiran mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 bagi murid Tahun 3 Mutiara di Sekolah Kebangsaan Kepong dalam topik pendaraban dengan menggunakan kaedah Smart Fingers. Bagi mencapai objektif pertama kajian tindakan ini, data data dianalisis dengan menggunakan jadual dan Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Selepas Penggunaan Kaedah Smart Fingers Mengikut Responden. Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca ditunjukkan dalam Jadual 4 dan Rajah 12. NAMA MT(OTI 1) M R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 52 56 52 54 50 58 56 58 54 52 G C C C C C C C C C UJIAN PRA MARKAH /20 % 5 9 9 4 5 15 12 13 9 25 45 45 20 25 75 60 65 45 UJIAN PASCA MARKAH /20 % 20 20 19 20 19 20 20 20 20 100 100 95 100 95 100 100 100 100 PENINGKATAN %

75 55 50 80 70 25 40 35 55 25

C 15 75 20 100 Jadual 4: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca.

PERBANDINGAN MARKAH UJIAN PRA & PASCA


25 20 15 10 5 0 20 20 9 5 19 9 4 5 20 19
MARKAH

20 15

20 12

20 13

20 9

20 15 MARKAH UJIAN PRA MARKAH UJIAN PASCA

10

RESPONDEN Rajah 12: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Setiap Responden.

Membantu Murid Menguasai Teknik Dalam Mengingati dan Mengaplikasi Fakta Asas Darab Atau Sifir 6, 7, 8 dan 9 dalam Topik Pendaraban dengan Menggunakan Kaedah Smart Fingers. Skrip jawapan atau hasil kerja setiap responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca dianalisis bagi menentukan kesilapan yang sering dilakukan. Berikut menunjukkan hasil kerja Responden 1.

Rajah 15: Hasil Kerja Responden 1 (Ujian Pra).

Rajah 16: Hasil Kerja Responden 1 (Ujian Pasca). Melalui analisis perbandingan hasil kerja Responden 1 (R1), pengkaji mendapati R1 cenderung untuk menanda dan menulis sebarang jawapan yang dirasakan sesuai dan betul dalam Ujian Pra manakala dalam Ujian Pasca, R1 telah berjaya menggunakan kaedah Smart Fingers untuk menjawab soalan yang diberikan. Menentukan Pandangan Murid Mengenai Penggunaan Kaedah Smart Fingers Dalam Mengingati Fakta Asas Darab Atau Sifir 6, 7, 8 Dan 9. Berikut adalah tema soalan temubual yang telah ditetapkan oleh pengkaji sepanjang sesi temubual: BIL 1. 2. 3. 4. TEMA SOALAN TRANSKRIP TEMUBUAL Selepas anda mempelajari kaedah Smart Fingers adakah anda menyukai soalan berkaitan dengan mengingati sifir? Adakah anda menggunakan kaedah Smart Fingers dalam menjawab soalan berkaitan dengan mengingati sifir ini? Adakah kaedah Smart Fingers lebih mudah berbanding dengan kaedah sebelum ini? Adakah anda menyukai kaedah Smart Fingers ini?

Jadual 5: Tema Soalan Transkrip Temubual.

Berikut adalah temubual yang dijalankan. Pandangan pandangan tersebut adalah hasil daripada transkrip temubual asal. Soalan 1 Jawapan R1, R3, R4, R5, R7 dan R10 : Suka, cikgu Jawapan R2, R6 dan R8 : Mestilah, cikgu Jawapan R9 : *Responden menganggukkan kepala. Jadual 6: Jawapan Responden bagi Soalan 1. Soalan 2 Jawapan R1, R2, R3, R5, R6, R9 dan R10 : Saya guna, cikgu Jawapan R7 : Mestilah kita guna yang cikgu ajar tu Jawapan R4 dan R8 : Memanglah saya guna Jadual 7: Jawapan Responden bagi Soalan 2. Soalan 3 : Smart Fingers ni lah. Sebab tak payah hafal - hafal : Kaedah ni mudah lagi cikgu

Jawapan R1, R3, R4, R5, R7 dan R10 Jawapan R6 dan R8

Jawapan R1, R2 dan R 9 : Yang ni lah senang, cikgu Jadual 8: Jawapan Responden bagi Soalan 3. Soalan 4 Jawapan R1, R2, R4, R7, dan R9 : Sukalah, cikgu. Sebab saya faham. Jawapan R1 : Smart Fingers lah cikgu. Sebab tak payah hafal hafal. JawapanR6, R8 dan R10 : Mestilah, cikgu. Sebab tak payah kena hafal. Jawapan R3 dan R5 : *Responden menganggukkan kepala. Jadual 9: Jawapan Responden bagi Soalan 4. BIL. 1. 2. 3. 4. SOALAN Selepas anda mempelajari kaedah Smart Fingers adakah anda menyukai soalan berkaitan dengan mengingati sifir? Adakah anda menggunakan kaedah Smart Fingers dalam menjawab soalan berkaitan dengan mengingati sifir ini? Adakah kaedah Smart Fingers lebih mudah berbanding dengan kaedah sebelum ini? Adakah anda menyukai kaedah Smart Fingers ini? Jadual 10: Analisis Transkrip Temubual. Kesimpulannya, melalui analisis transkrip temubual yang telah dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa kesemua responden memberikan pandangan yang positif terhadap keempat empat tema soalan temubual yang dikemukakan tentang penggunaan kaedah Smart Fingers dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Hasil daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca berdasarkan temubual dan pemerhatian yang dijalankan terhadap setiap responden, penggunaan kaedah ini mampu untuk: YA 10 (100%) 10 (100%) 10 (100%) 10 (100%) TIDAK -

Menentukan tahap peningkatan kemahiran mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 bagi murid Tahun 3 Mutiara di Sekolah Kebangsaan Kepong dalam topik pendaraban dengan menggunakan kaedah Smart Fingers. Setelah kajian ini dijalankan, didapati terdapat peningkatan yang ketara bagi setiap responden terhadap keputusan Ujian Pasca yang diadakan selepas kaedah Smart Fingers diperkenalkan. Berdasarkan analisis data yang telah dijalankan, mendapati bahawa berlaku peningkatan sebanyak 15 markah iaitu 75% bagi responden 1, sebanyak 11 markah iaitu 55% bagi responden 2, sebanyak 10 markah juga iaitu 50% bagi responden 3, sebanyak 16 markah iaitu 80% bagi responden 4, sebanyak 14 markah iaitu 70% bagi responden 5, sebanyak 5 markah iaitu 25% bagi responden 6, sebanyak 8 markah iaitu 40% bagi responden 7, sebanyak 7 markah iaitu 35% bagi responden 8, sebanyak 11 markah iaitu 55% bagi responden 9 dan sebanyak 5 markah iaitu 25% bagi responden 10. Peningkatan ini dibantu oleh penggunaan kaedah Smart Fingers yang telah diperkenalkan kepada responden. Menurut Caine & Caine (1995), dalam artikelnya Reinventing Schools Through Brain Based Learning pembelajaran berasaskan kognitif, kurikulum tradisional dengan teknik hafalan tidak berkesan didalam kelas. Pengajaran Matematik perlu berubah gaya pembelajaran supaya murid dapat berkembang dengan cabaran baru. Oleh itu, teknik hafalan merupakan teknik yang agak tidak digemari oleh murid kerana mereka merasakan satu bebanan untuk mengingati fakta fakta asas darab atau sifir yang melibatkan nombor. Membantu murid menguasai teknik dalam mengingati dan mengaplikasi fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 dalam topik pendaraban dengan menggunakan kaedah Smart Fingers. Melalui kajian ini, pengkaji telah menganalisis bilangan responden yang menjawab soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca dengan betul dan menjawab soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca dengan salah bagi setiap item. Pengkaji juga menganalisis peningkatan responden yang dapat menjawab dengan betul. Analisis data data tersebut telah dipindahkan oleh pengkaji dalam bentuk Jadual 6. Melalui analisis perbandingan hasil kerja responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca, pengkaji mendapati terdapat perubahan tingkahlaku bagi setiap responden. Selepas melakukan pemerhatian dan menganalisis hasil kerja setiap responden dalam Ujian Pra mendapati setiap responden menggunakan kaedah dan cara masing masing untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Majoriti daripada responden melakukan kesalahan semasa menjawab soalan berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Selepas kaedah Smart Fingers diajar pada setiap responden sebanyak lima sesi, Ujian Pasca pula dilaksanakan. Berdasarkan kepada pemerhatian dan analisis hasil kerja setiap responden dalam Ujian Pasca, mendapati bahawa setiap responden menggunakan kaedah Smart Fingers dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Ini dibuktikan lagi dengan adanya jadual rangkaian sifir yang telah dibuat oleh setiap responden pada kertas soalan. Menurut Marilyn Curtain Phillips (1999) menyatakan bahawa, terdapat amalan dalam bilik darjah yang menyebabkan murid tidak berminat dengan pelajaran. Teknik pengajaran harus dikaji semula dan harus menekankan kepada teknik yang spesifik yang lebih kepada berpusatkan murid, kurang pengajaran dan lebih kepada perbincangan. Oleh itu, setiap guru perlulah berfikiran kreatif dalam menentukan teknik dan kaedah yang bersesuaian dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menentukan pandangan murid mengenai penggunaan kaedah Smart Fingers dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Sebagai pengukuhan bagi dapatan kajian dalam menentukan pandangan mengenai kaedah Smart Fingers dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9, sepuluh orang responden telah ditemubual oleh pengkaji bagi mendapatkan pandangan dan reaksi responden mengenai penggunaan kaedah Smart Fingers. Melalui transkrip temubual setiap responden yang dianalisis oleh pengkaji, majoriti responden menyatakan bahawa mereka lebih menyukai dan memahami kaedah Smart Fingers yang diperkenalkan oleh pengkaji dan merasakan kaedah ini lebih mudah untuk diaplikasi untuk membantu bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Menurut Janting Anak Ringkai (2005), kanak kanak lebih seronok menghafal sifir dengan teknik yang konkrit. Mereka sentiasa mencuba untuk mendapatkan hasil sifir darab menggunakan tangan khususnya sifir darab yang melibatkan angka 6 hingga 9. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu, penggunaan kaedah jari jemari dalam

meninggkatkan penguasaan sifir bagi kanak kanak adalah berkesan dan murid amat berminat untuk mempelajari sifir menggunakan jari ini. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan dapatan yang telah dibincangkan, penggunaan kaedah Smart Fingers dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 adalah berkesan dan sesuai untuk digunakan bagi membantu responden dalam mengatasi masalah ini. Oleh itu, berdasarkan dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan ingin dikemukakan bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah dalam topik pendaraban. Apabila diteliti dengan baik, bukan sahaja murid Tahun 3 yang mengalami masalah berkaitan dengan mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9 ini. Ini kerana ramai lagi murid yang lemah atau kurang mahir dalam mengingati sifir sifir ini terutama dikalangan murid tahun 4, 5 dan 6. Oleh itu, kaedah ini perlu diperluaskan lagi bagi membantu murid murid yang lemah ini untuk menjadi lebih celik sifir seterusnya dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah dalam menjawab soalan berkaitan dengan topik pendaraban. Selain itu, kajian ini memberi tumpuan kepada mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Oleh itu, kajian ini boleh diperluaskan kepada mengaplikasi fakta asas darab dalam pendaraban nombor yang melibatkan sifir 6, 7, 8 dan 9. Fokus utama kajian ini adalah untuk membantu murid mengingati fakta asas darab atau sifir 6, 7, 8 dan 9. Oleh yang demikian, dicadangkan supaya pencarian alternatif lain bagi membantu murid yang lemah dan kurang mahir dalam mengingati fakta asas darab atau sifir 2, 3, 4 dan 5. Ini kerana tanggapan masyarakat tentang sifir sifir ini mudah dan senang untuk diingati, namun bagi sesetengah murid perkara ini adalah masalah besar bagi mereka dan bukan semudah yang disangka. Penemuan kaedah untuk sifir 2, 3, 4 dan 5 akan berjaya memantapkan lagi kaedah sifir menggunakan jari jemari yang telah diperkenalkan ini kerana sebahagian murid masih tidak dapat mengingati fakta asas darab atau sifir itu walaupun sudah berada pada tahap dua. SENARAI RUJUKAN Kementerian Pelajaran Malaysia(2006). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia, Buku Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Putrajaya. Altrichter, H. Posch, P & Somekh, B. (1993), Teacher investigates their work: An introduction to the methods of action research. London, Routladge. Bell, A. W, J. Costello & D. Kuchemann (1984), A Rieview Of Research in Mathematical Education: Part of Research On Learning and Teaching. NFER,Nelson,England. Wilson, Alicia Roxanne McCornathy (1992). Resolving students misconception in science : text in a primary versus a supportive role. Ph.D. Desertation, Texas womans university, United States Texas. Retrieve February 26,2009, from Dissertations & Theses : Full Text database. (Publication No. AAT 9227092) National council of Teachers of mathematics (2000), Principle and Standards For school mathematics, Reston VA. NCTM National Research Council (2001). Adding it up : Helping children learn mathematics. J. Kilpatrick, J. Swafford, and B. Findell (Eds.). Mathematics and social sciences and education. Washington, DC: National Academy Press. Ohlsson, S.: 1987, sense and reference in the design of interactive illustrations for rational numbers, in R. W. Lawler and M. Yazdani (eds.) Artificial Intelligence and education: Vol. 1. Learning environments and tutoring system, Ablex, Norwood, Nj, pp. 307-344 National Assessment of Education progress, (2001). National assessment of educational progress. Retrieved February 18, 2003, from http://www.doe.k12.ga.us/sla/ret/naep.html

You might also like