Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MOHD ZAKI BIN MOHD YUSOF PPISMP TESL 2 SEMESTER 3 PENGHANTAR PENDIDIKAN ESEI REFLEKTIF Alhamdulillah dengan jayanya,

saya dan ahli kumpulan saya berjaya menyiapkan Kerja Khusus Pendek ini dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah saya Pn Yuslaini Binti Yunos yang berdekasi yang tidak jemu untuk mendidik kami dan membimbing kami bagi menyiapkan kerja kurus pendek ini. Kerja Khusus pendek kali ini kami diminta untuk membuat sebuah buku skrap tentang pelbagai strategi untuk membina permuafakatan sekolah dan komuniti dimana kami perlu mencari informasi daripada pelbagai sumber seperti internet, majalah, buku atau bahan ilmiah dan lainlain lagi. Di akhir kerja ini kami akan memahami bagaimana sesuatu pihak komuniti itu sebagai aset yang sangat penting sistem pendidikan. Selain itu, ia dapat menjelaskan menjelaskan pelbagai stategi membina pemuafakatan pihak sekolah dan pihak komuniti. Kerja Khusus ini turut membantu kami para guru pelatih untuk menganalisis pelbagai faktor kepelbagaian murid dan kepentingan menyesuaikan pelaksanaan kurikulum berpusat bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yangg pelbagai.

Melalui Kerja Kursus Pendek ini, apa yang saya dan ahli kumpulan saya dapat ialah, kami dapat memantapkan lagi cara-cara kami membuat kajian pemerhatian dan mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi. Bagi menyiapkan kerja kursus ini, kami perlu melakukan pemerhatian terhadap pola atau corak pergerakan sistem pendidikan pada masa kini dan mengumpul data sebanyak yang mungkin bagi memudahkan kami untuk membuat rumusan atau memberi pandangan kami sendiri terhadap tajuk yang diberi iaitu tentang pelbagai strategi untuk membina permuafakatan sekolah dan komuniti. Kesimpulannya, saya mendapati permuafakatan komuniti dan sekolah memang sangat diperlukan dan perlu dipandang serius kerana ia akan memberi kesan yang drastic terhadap sistem pendidikan. Berdasarkan analisis dan data yang diperolehi pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan diantara komuniti dan pihak sekolah seperti aktiviti gotong-royong, menggunakan kemudahan sekolah untuk orang ramai dan lainlain lagi. Sebagai contoh padang bola sepak boleh digunakan untuk perlawanan bola sepak antara pelajar dengan pihak komuniti. Selain itu dewan sekolah mungkin boleh digunakan untuk permain badminton atau permainan gelanggang antara pihak sekolah dengan komuniti masyarakat. Hal ini kerana sesebuah institusi itu sangat memainkan peranan dalam mewujudkan persefahaman diantara pihak sekolah dan sesebuah komunuti tersebut disamping mewujudkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim diantara pihak sekolah dan pihak komuniti.

You might also like