Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nilai Kemanusiaan

Dalam novel ini, penulismemaparkan peristiwa yang mengandungi pelbagai nilai positif. Nilai ketabahan dikemukakan dalam novel ini. Nilai ini tercermin menlalui Julia dan papa yang tabah menghadapi realiti bahawa anak kembar siam yang dilahirkan oleh mama meninggal dunia selepas dilahirkan. Mereka juga tabah menerima kenyataan bahawa mama koma selepas melahirkan anak kembar siamnya. Nilai kasih sayang juga diutarakan oleh pengarang. Nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh papa dan mama. Julia berasa amata bahagia mempunyai keluarga yang mementingkan kasih sayang. Melalui novel ini, nilai bantu-membantu dipaparkan. Mama telah mengamalkan nilai bantu-membantu dengan menghantar Cikgu Suzie ke bengkel kereta di Kelana Jaya untuk mengambil keretanya yang rosak. Mak Cik Noraini pula banyak membantu menjaga Julia ketika mama koma dahulu. Pengarang juga menonjolkan nilai sanggup berkorban. Mama menunjukkan nilai sanggup berkorban apabila dia mengandung lagi demi membahagiakan papa. Atas permintaan papa, mama membuat keputusan untuk mengandung lagi walaupun dia sedar akan kemungkinan dirinya mengalami komplikasi semasa proses kelahiran anaknya amat tinggi.

Pengajaran
Pengajaran pertama ialah kita hendaklah sayang kepada ahli-ahli keluarga. Papa, mama dan Julia saling menyanyangi. Sifat penyayang papa menyebabkan mama dan Julia berasa bahagia. Oleh itu, kita perlu mencontohi keluarga Julia yang penuh kesih sayang itu. Pengajaran kedua yang disampaikan ialah kita hendaklah sentiasa tabah dan sabar menghadapi sebarang cabaran dan dugaan hidup. Papa tabah dan sabar mengharungi kematian anak kembarnya dan keadaan mama yang koma.Julia pula tabah menerima keputusan papa untuk berkahwin lagi. Jadi, kita mesti tabah seperti papa dan Julia yang sabar menghadapi dugaan hidup. Pengajaran yang seterusnya ialah kita mestilah berdikari dalam menjalani kehidupan harian seperti Julia yang hidup berdikari di UIA . Julia menjalani kehidupan demean penuh berdikari semasa dia menuntut ilmu di Universiti Islam Antarabangsa. Dia menguruskan kehidupannya tanpa papa dan mama di sisinya. Pengajaran lain yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah sedia berkorban kepada orang yan kita sayangi seperti mama yang sedia menghadapi komplikasi sekali dengan mengandung buat kali yang kedua atas permintaan papa. Baginya pengorbanan itu yang dilakukannya demi membahagiakan papa.

You might also like