Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

PENGHARGAAN

Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Kajian Pengangkutan Dari Aspek Kenderaan Dan Kekerapan Laluan Di Kampung Bukit Naning. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek . Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua SM Sains Kota Tinggi, Tuan Haji Hassan Bin Topit kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Mohd Khairri kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan 10% daripada markah peperiksaaan Akhir Tahun nanti. Kami semua telag diberikan tajuk Kajian Pengangkutan Dari Aspek Kenderaan Dan Kekerapan Laluan. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai laluan pengangkutan. Oleh sebab itu, guru saya telah member tajuk ini kerana di kawasan saya mempunyai kemudahan jalan raya iaitu jalan pengangkutan dan ini telah memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Masa yang diberikan untuk enjalankan kerja kursus ini ialah bermula 28 Mei 2011 sehingga 12 Jun 2011. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan: 1) Mendalami berapa jenis kenderaan yang berlalu lalang di kampung saya. - Saya boleh menyenaraikan kenderaan yang selalu dating ke kampung saya. Contohnya lori, bas, kereta, motorsikal, basikal dan sebagainya. 2) Menyenaraikan berapa kerap jenis sesuatu kenderaan itu lalu lalang di sekitar kampung saya. - Saya ambil contoh kenderaan seperti bas. Berapa kerap bas lalu di kawasan saya akan saya kaji dan huraikan di dalam folio ini. 3) Menghuraikan kepentingan pengangkutan tersebut berlalu lalang di kawasan kampung saya - Banyak kepentingan yang dapat diperoleh apabila banyak pengangkutan lalu lalang di kampung saya. Kepentingan ini boleh digunakan untuk masa lain kelak. 4) Mencadangkan langkah mengatasi kesan kemasukan kenderaan ke lokasi kajian - Kadang kadang ada kesan negatif yang berlaku apabila sesetengah jenis kenderaan itu masuk ke kampung. Dengan langkah yang akan saya huraikan, saya harap kenderaan tersebut dapat dikurangkan.

KAWASAN KAJIAN
4

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.

Kawasan kajian yang saya akan lakukan pada kali ini ialah di Kampong Bukit Naning. Kampung ini adalah kampung yang paling berhampiran dengan Kampung Parit Kaman iaitu kampung saya. Kampung Bukit Naning terletak 5 Kilometer daripada rumah saya. Kampong Bukit Naning sebenarnya ialah ketua kepada beberapa kampung. Dalamnya mempunyai beberapa pecahan kampung. Contohnya Kampung Parit Haji Zain dan Kampung Parit Kaman. Kawasan kajian ini banyak kemudahan. Contohnya terdapat balai polis, gerai makan, sekolah, masjid dan kawasan perumahan. Kawasan inilah yang selalu menghubungkan kawasan jalan raya. Kawasan ini telah memudahkan saya untuk menjalankan kajian tersebut. Peta lakar Kampong Bukit Naning

KAEDAH KAJIAN
Kaedah bagi menjalankan sesebuah kajian penting kerana setiap kaedah memberikan hasil yang berlainan.Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini. Kaedah pertama yang saya telah saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah pemerhatian. Saya memerhatikan jenis-jenis kenderaan yang dipandu oleh penduduk-penduduk di Kampong Bukit Naning dan orang luar. Saya memerhatikan kadar kenderaan yang melalui kawasan Kampong Bukit Naning dan berjaya mengumpulkan beberapa maklumat berkenaan kadar kenderaan yang lalu. Kaedah kedua yang saya gunakan ialah kaedah temu bual. Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk Kampong Bukit Naning yang sudi di temu bual oleh saya. Melalui kaedah ini saya dapat mengetahui tentang lebih mendalam tentang tujuan pengangkutan digunakan. Kaedah yang ketiga ialah melalui internet. Melalui internet saya dapat melihat beberapa peta yang menunjukkan kawasan kampung saya itu.Saya juga dapat memperolehi maklumat tentang kedudukan kampung saya. Kaedah yang keempat ialah melalui rujukan. Saya telah merujuk beberapa rujukan seperti failfail dan dokumen-dokumen yang terdapat di pustakaan desa Kampong Bukit Naning. Kaedah yang terakhir ialah melalui soal selidik. Saya telah membuat soal selidik di kawasan perumahan saya serta penduduk-penduduk kampung berdekatan.

DAPATAN KAJIAN

JENIS JENIS PENGANGKUTAN


Terdapat enam jenis pengangkutan yang ada di Kampong Bukit Naning. 1. KERETA

Terdapat pelbagai jenis kereta yang melalui jalan Kampong Bukit Naning. Antaranya ialah Kereta Wira, Kereta Saga, Kereta Iswara dan banyak lagi. Biasanya kenderaan ini dipandu oleh orang yang berkehidupan sederhana. Biasanya mereka menggunakan kenderaan ini untuk pekerjaan, makan angin, ke masjid dan sebagainya. Ada juga sesetengah penduduk yang menggunakan kereta lama untuk tujuan pertanian. 2. MOTORSIKAL

Kenderaan ringan ini juga biasa digunakan di Kampung Bukit Naning. Selalunya kenderaan ini digunakan untuk membawa anak ke sekolah, menjual ais krim , menjual barang-barang dan pelbagai lagi. Ada juga petani yang ingin ke kebun menggunakan motorsikal lama kerana lebih

mudah dan ringan berbanding kenderaan lain. Pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah yang belum mempunyai lesen selalu menggunakan kenderaan ini untuk bersuka ria. Terdapat anggota polis menggunakan kenderaan ini untuk membuat rondaan di kampung ini. 3. LORI

Kenderaan ini hanya lalu lalang di kawasan kampung ini. Jarang penduduk yang mempunyai kenderaan ini. Kenderaan ini digunakan untuk mengangkut kayu balak, barang-barang untuk berpindah dan tong gas minyak. Kenderaan ini biasa digunakan oleh orang luar kawasan kampung ini kerana biasanya lori ini dating dari kilang-kilang tertentu. Kadang-kadang ada lori yang digunakan untuk menjual barang-barang tertentu contohnya lori yang menjual tilam. Mereka akan lalu dari kampung ke kampung untuk menjual tilam tersebut. Terdapat juga lori yang mengangkut besi besi lama dari rumah ke rumah. Lori ini akan dating ke rumah penduduk yang ingin menjual besi ataupun botol plastik kepada pemandu tersebut. 4. BAS

10

Bas digunakan untuk mengangkut sekumpulan penduduk kampung atau orang luar untuk dibawa ke mana mana tempat. Terdapat beberapa penduduk sahaja yang berkerjaya sebagai pemandu bas untuk menghantar bas sekolah di kawasan ini. Bas pelancongan pula hanya lalu di kawasan ini kerana bas ini membawa pelancong untuk melancong ke tempat lain. Kawasan ini bukanlah tempat pelancongan. Bas ekspres pula kadang-kadang berhenti di kawasan ini kerana bas ini menghantar penduduk ke pelbagai tempat.

5. VAN

Van ialah kenderaan yang jarang sekali lalu di kawasan ini kerana jarang penduduk yang mempunyai kenderaan ini. Biasanya van hanya berlalu lalang di kawasan ini. Contoh van yang lalu lalang ialah van kematian orang cina, van menghantar penduduk kampung ke tempat kerja dan sebagainya. Juga terdapat van ambulans dari Bandar lalu lalang untuk menghantar pesakit ke hospital. 6. JENTERA

11

Jentera biasanya digunakan untuk membaiki jalan di kampung ini. Kenderaan ini akan dating apabila khidmat jalan raya diperlukan. Terdapat juga jentera yang digunakan untuk mengangkut tanah yang dikorek untuk membuat tangki paip atau longkang baru.

12

JENIS KENDERAAN DAN KEKERAPAN KENDERAANNYA LALU DI KAWASAN BUKIT NANING DALAM MASA 4:30 PETANG SEHINGGA 6:00 PETANG DALAM MASA TIGA HARI
35

30

25

20 HARI PERTAMA HARI KEDUA 15 HARI KETIGA

10

0 BAS KERETA VAN MOTORSIKAL JENTERA LORI

13

KENDERAAN/HARI BAS KERETA VAN MOTORSIKAL JENTERA LORI

HARI PERTAMA 2 32 5 13 1 11

HARI KEDUA 4 28 8 23 2 8

HARI KETIGA 6 31 7 19 1 9

Pada hari pertama saya menjalankan kajian, bas yang berlalu lalang di sekitar kampung ini ialah hanya 2 kali sahaja. Kemungkinan tidak ramai yang tidak menggunakan pengangkutan ini. Kereta pula sebanyak 32 kali. Van pula hanya 5 kali sahaja. Manakala motorsikal lalu sebanyak 13 kali. Jentera ialah kenderaan yang paling sikit lalu iaitu hanya sekali sahaja. Lori berlalu lalang sebanyak 11 kali. Pada hari kedua pula, bas bertambah 2 kali ganda berbanding hari pertama. Kerta pula berkurangan menjadi 28 kali berlalu lalang. Motorsikal pula semakin banyak hingga mencecah 23 kali berlalu lalang. Ini kerana terdapat sekumpulan polis membuat rondaan di kampung ini. Jentera pula berlalu sebanyak 2 kali sahaja. Manakala lori pula lalu lalang di sekitar 8 kali sahaja. Pada hari terakhir saya menjalankan kajian, Bas semakin seningkat sebanyak 6 kali . Manakala kereta semakin meningkat daripada kekurangan semasa hari kedua sebanyak 31 kali. Van pula hanya berkurangan sebanyak 1 kali , jadi ia menjadi 7 kali berlalu lalang. Manakala motorsikal semakin berkurangan menjadi 19 kali. Jentera hanya sekali dan lori lalu sebanyak 9 kali. Kajian ini dilakukan pada 4:30 hingga 6:00 petang sepanjang ketiga-tiga hari tersebut.

14

TUJUAN PENGANGKUTAN DIGUNAKAN DI KAMPONG BUKIT NANING


1) MEMBOLEHKAN KITA DATANG KE DESTINASI YANG INGIN DITUJU Contohnya kita boleh menggunakan motorsikal untuk menghantar anak anak ke sekolah, ke gerai untuk membeli makanan dan banyak lagi. Kereta pula boleh membawa kita ke destinasi yang lebih jauh berbanding motorsikal. Contohnya, jika kita hendak ke Bandar Muar, kita tidak mungkin akan berjalan kaki ke sana kerana jarak antara Muar dan Kampong Bukit Naning agak jauh. Jadi, kita perlu mempunyai kenderaan untuk ke sana. Masa dari Bukit Naning ke Muar apabila menaiki kereta ialah 45 minit. 2) PERNIAGAAN Kita juga boleh menggunakan kenderaan untuk menjual barang-barang seperti makanan, barang-barang untuk dikitar semula dan banyak lagi. Biasanya sesebuah kedai atau kilang akan menggunakan kenderaan untuk menghantar atau menempah barang barang untuk dijual. Contohnya, kedai runcit memerlukan 15

barang-barang runcit untuk dijual. Barang-barang yang dijual perlu ditempah dahulu daripada kilang kilang. Apabila sudah membuat tempahan, kenderaan seperti lori atau van akan hantar ke kedai tersebut. Tanpa kenderaan, kemungkinan sesuatu perniagaan akan mundur dan kurang mendapat sambutan. 3) KEMUDAHAN AWAM Biasanya kenderaan ringan seperti kereta dan motorsikal membolehkan kita untuk menghantar anak anak ke sekolah atau ke gerai. Kenderaan yang lain seperti bas sekolah boleh juga menghantar sekumpulan pelajar ke sekolah. Van sekolah biasanya digunakan untuk guru atau pekerja sekolah dating ke sekolah untuk bekerja. 4)

MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA

Hal ini kerana pengangkutan ini lebih cepat sampai ke destinasi. Bayangkanlah kita terpaksa menaiki basikal atau berjalan kaki untuk ke Bandar Muar, ia akan menjadi perkara yang menyusahkan tanpa kenderaan. Jika kita mahu ke perpustakaan awam , kita boleh menjimatkan masa dengan menaiki kenderaan seperti kereta atau motorsikal.
5) KEPENTINGAN JALAN RAYA Jika tiada jentera di kampung ini, sudah pastinya jalan yang rosak tidak dapat dibetulkan. Jalan yang rosak semestinya akan semakin rosak. Jentera amat penting kerana jentera biasanya digunakan untuk pembinaan jalan baru atau membaiki jalan rosak. Selain itu, jika tiada kenderaan lalu lalang di kawasan ini, sia-sia sahaja pembinaan jalan raya di kampung ini.

KESAN KEMASUKAN KENDERAAN DI KAMPONG PARIT KAMAN


1- MENGENALI JENIS KENDERAAN BARU Apabila terdapat beberapa jenis kenderaan baru yang dating lalu lalang di kampung ini, ia akan dapat menarik perhatian penduduk kampung untuk membelinya. Penduduk kampung juga tidak akan ketinggalan zaman untuk memandu kenderaan baru. Penduduk kampung juga boleh mendalami lagi jenis jenis kenderaan dan fungsi fungsi dalamannya.

16

2- PERNIAGAAN BERJALAN DENGAN LANCAR Sesuatu perniagaan amat penting memerlukan kenderaan. Apabila kenderaan tertentu seperti lori atau van yang menghantar makanan sampai ke kedai kedai, perniagaan akan berjalan dengan lancer. Peniaga juga akan mendapat banyak keuntungan melaluinya. 3- PENCEMARAN BERLAKU Kadang kadang kenderaan berat yang lalu lalang di kawasan ini hanya membawa keburukan. Asap tebal dan hitam dari kenderaan tersebut akan membawa pencemaran udara. Penduduk yang berhampiran dengan kenderaan itu boleh mendapat penyakit seperti batuk batuk. 4- SAMPAH MERATA RATA Tidak mustahil pemandu dari sesebuah kenderaan akan membuang sampah merata rata di jalan raya. Sampah yang bertaburan di jalan raya juga boleh membawa bahaya. Contohnya, jika pemandu A menbuang bahan yang tajam, tidak mustahil pemandu B di belakangnya bole terkena bahan yang tajam itu. Tidak mustahil jugalah tayar kenderaan itu boleh bocor. 5- JALAN RAYA MENJADI SIBUK Jika banyak kenderaan berat yang keluar masuk kawasan ini, kenderaan lain terpaksa memperlahan kenderaannya supaya tidak terlanggar dengan kenderaan berat. Kenderaan berat pula tidak boleh membawa laju kerana banyak risiko jika kenderaan ini memandu dengan laju. 6- KEMALANGAN BERLAKU Tidak mustahil kemalangan boleh berlaku kerana pemandu kadang kadang cuai apabila memandu.

LANGKAH MENGATASI KESAN KEMASUKAN KENDERAAN KE KAMPONG BUKIT NANING


17

1- BINA JALAN BARU Pihak kerajaan boleh membina dua jalan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Contohnya, pihak kerajaan telah mengeluarkan banyak kos untuk membuat dua jalan di depan Kampung Parit Kaman dan Kampung Parit Haji Zain untuk mengelakkan kesesakan di situ. 2- KERETA YANG SUDAH TAMAT TEMPOH LESEN AKAN DISAMAN Apabila polis tidak mengendah tentang lesen kenderaan, maka pemandu pula mengambil kesempatan untuk menbiarkan lesennya yang sudah tamat tempoh. Mereka tidak membaharui lessen tersebut. Jadi, pihak berkuasa perlu memeriksa kenderaan yang sudah tamat tempoh lessen dan member saman pada yang tamat tempoh. 3- KENDERAAN BERAT TIDAK DIGALAKKAN MASUK KE KAWASAN INI Hal ini kerana jika muatannya tidak boleh menampung berat jambatan yang terletak di kampung ini, jambatan boleh runtuh pada bila bila masa. Jadi, kenderaan berat sewajarnya lalu ke laluan yang lain seperti laluan Pagoh. 4- KENDERAAN PERLU MEMANDU DENGAN CERMAT DI KAWASAN INI Ini dapat mengelakkan kemalangan yang selalu berlaku di kawasan ini. Tiada siapa mahu kemalangan berlaku, lebih lebih lagi melibatkan orang. Kenderaan pula tidak boleh memandu laju kerana kawasan kampung tidak sesuai memandu laju. Jika, tiba tiba ada penduduk kawasan ini melintas, kereta terlanggar, maka berlakulah kemalangan . Untuk mengelakkan kemalangan pemandu perlu sama sama memandu dengan cermat.

18

RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan di Kampong Bukit Naning menunjukkan bahawa Kampong Bukit Naning mempunyai banyak kenderaan lalu lalang. Kenderaan yang banyak melalui di Kampong Bukit Naning ialah kereta kerana pengangkutan itu biasa digunakan di kawasan ini. Kampong Bukit Naning mempunyai banyak kemudahan asas untuk penduduknya. Dengan itu, banyaklah kesan kemasukan pengangkutan di sini. Oleh itu, saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Saya juga berasa bangga kerana dapat menjadi penduduk di Kampong Bukit Naning. Keadaan yang aman dan damai menyebabkan saya rasa selesa tinggal di sini.

19

LAMPIRAN

20

RUJUKAN

Dalam proses menyiapkan kerja kursus geografi ini, saya telah mengunakan beberapa rujukan bagi memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus saya ini. Rujukan saya yang pertama ialah buku ilmiah.Saya telah merujuk buku teks Geografi Tingkatan 1 dan buku teks Geografi Tingkatan 2 untuk menyiapkan kerja kursus ini. Daripada buku teks ini saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengangkutan di Malaysia Rujukan saya yang kedua ialah orang sumber.Saya telah menemu ramah seorang responden yang sudi di temu ramah oleh saya Ismail Bin Syafiee yang juga merupakan penduduk Kampong Bukit Naning.Melaluinya saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kenderaan yang dinaiki serta penduduk lain. Rujukan saya yang ketiga ialah internet saya telah merujuk beberapa laman web untuk mencari peta yang menunjukkan kawasan Kampong Bukit Naning serta daerah
21

Muar. Antara laman web yang saya guna ialah http ://www.google.com.my, http://www.yahoo.com dan http://ms.wikipedia.com. Rujukan saya yang terakhir ialah fail-fail dokumen. Fail-fail dokumen ini saya dapati daripada perpustakaan desa. Dokumen-dokumen ini menceritakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Kampong Bukit Naning.

22

You might also like