Penghargaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Penghargaan

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik.Namun demikian,saya dapat melaksanakanya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak,Tuan Haji Ghazali Bin Ahmad yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu sekolah.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasuh kepada Encik Umar Bin Mamat,guru Geografi Tingkatan 2 Rk.Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya.Terima kasih kepada ayah dan ibu yang memberikan dorongan dan galakan kepada saya semasa menjalan kajian ini.

Selain itu,ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada ahli kumpulan saya,Azrai,Alif serta Firdaus yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini serta kepada penduduk Sungai Udang yang telah memberikan kerjasama kepada kami semasa sesi temu bual.

Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi,murid Tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan.Kajian ini dijalankan selepas waktu sekolah.Murid-murid diberi peluang untuk memilih tema kajian masing-masing.Kajian ini berdasarkan tema-tema yang diapelajari di Tingkatan 2

Saya,Azrai,Alif dan Firdaus telah memilih Taburan Dan Komposisi Penduduk di Sungai Udang Serta Kaitannya dengan Jenis Pekerjaan Penduduk.Kami menyiapkan kajian ini dalam masa lapan minggu.Kemudian,saya pun menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara berasingan atau secara individu seperti yang disyaratkan.

Objektif Kajian

(A)memerhati dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan kajian (B)mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian (C)menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di kawasan kajian.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak

Komposisi Penduduk dan Jenis Pekerjaan Di Sungai Udang ,Melaka

Nama: Murid:Nicksheareer Menyimbang Ak Saparin Kelas:2 Rancangan Khas Nama Guru:En.Umar Bin Mamat

You might also like