Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

1 SIKAP PELAJAR MATRIKULASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS Nur`Ashiqin Bt Najmuddin Kolej Matrikulasi

Melaka

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini ingin melihat sama ada terdapat perbezaan sikap dari dimensi kognitif, afektif dan tingkahlaku terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris pelajar-pelajar kolej matrikulasi mengikut jantina, bangsa dan jurusan. Ianya juga ingin melihat sama ada terdapat hubungan di antara sikap dengan pencapaian pelajar. Responden kajian adalah terdiri daripada 404 orang pelajar kolej matrikulasi. Analisis statitstik yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA satu hala dan juga korelasi Spearman dalam menguji hipotesis-hipotesis yang dibentuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di antara jantina. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap dalam dimensi tingkahlaku bagi bangsa dan jurusan. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan pencapaian matematik. Implikasi kajian menunjukkan bahawa semakin positif sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris semakin tinggi pencapaian mereka.

2
1.0 PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula dilaksanakan pada sesi 2004/2005. Ini adalah sejajar dengan kehendak Kementerian Pelajaran sendiri, di mana penguasaan Bahasa Inggeris merupakan satu keperluan kerana bahasa ini digunakan oleh negara-negara maju dalam menghasilkan serta mengembangkan ilmu-ilmu baru dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, ianya dapat membantu pelajar memperolehi ilmu dengan cepat kerana segala rujukan dan istilah yang digunakan bagi ilmu sains dan teknologi adalah dalam Bahasa Inggeris. Kajian-kajian juga telah membuktikan bahawa kejayaan dalam sesuatu bidang ilmu sangat dipengaruhi oleh kemahiran dalam bahasa yang digunakan (Grundy 1993). Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran telah mewajibkan mata pelajaran matematik dan sains diajar menggunakan Bahasa Inggeris bermula pada tahun 2003 bagi tahun 1 di sekolah rendah, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah di sekolah menengah manakala bermula pada tahun 2004 bagi pelajar matrikulasi di Kolej

Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasil daripada perubahan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik ini akan menimbulkan berbagai reaksi yang berbeza terutamanya di kalangan pelajar. Bagi pelajar-pelajar matrikulasi, mereka telah melalui sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu selama 11 tahun. Oleh itu apabila berlaku perubahan bahasa beberapa faktor perlu diambil perhatian. Kajian ini akan memberi perhatian terhadap faktor sikap. Faktor sikap dikaji kerana sikap memberi kesan terhadap pembelajaran (McLeod 1991, Stage et al. 1998).

2.0

MASALAH KAJIAN

Kebanyakan orang percaya bahawa sikap mempengaruhi segala usaha dan tindakan yang dilakukan terhadap sesuatu perkara. Sikap merupakan salah satu faktor yang terpenting di dalam menentukan kejayaan. Ianya memberi kesan terhadap hubungan sesama manusia dan penerimaan kita terhadap sesuatu pengalaman baru. Jika sikap terhadap sesuatu tugas itu positif, maka sudah pasti kita akan melakukan proses tersebut dengan gembira dan ternanti-nanti akan peluang untuk melakukannya. Namun begitu, jika sebaliknya, kita akan cuba mengelak dan tidak melakukan tugas tersebut dengan bersungguh-sungguh.

3
Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa sikap mempengaruhi pencapaian pelajar. Di antaranya adalah kajian Siti Rahayah (1988) yang melibatkan 415 orang pelajar dari lima buah sekolah di dalam Daerah Hulu Langat. Kajian yang dijalankan adalah berkenaan dengan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains Paduan dan hubungan dengan pencapaian dalam peperiksaan. Hasil kajiannya mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian.

Kajian yang dijalankan oleh Abu Bakar (1991) keatas 304 murid lelaki dan perempuan di darjah dua, empat dan enam sekolah rendah kebangsaan di negeri Selangor mendapati pencapaian akademik yang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran tersebut. Lebih tinggi pencapaian seseorang itu maka sikapnya terhadap mata pelajaran tersebut juga menjadi lebih positif.

Neal et al. (1970) telah menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar gred enam dan lapan di sebuah pekan berhampiran St. Paul, Amerika Syarikat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian pelajar. Kajian tersebut juga mendapati salah satu sebab utama mengapa sikap positif terhadap mata pelajaran amat diperlukan ialah kerana sikap demikian memberi kesan motivasi kepada pelajar. Jika seseorang pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap sesuatu mata pelajaran mereka akan mempelajari mata pelajaran tersebut dengan lebih mendalam.

Matematik merupakan mata pelajaran utama dan teras yang diambil dan dipelajari oleh semua pelajar dari semua jurusan di kolej-kolej Matrikulasi. Ianya juga merupakan mata pelajaran penting dalam menentukan kemasukan pelajar dalam bidang-bidang yang dipilih di institusi-institusi pengajian tinggi kelak. Oleh itu, perubahan yang berlaku di kalangan pelajar kolej matrikulasi di sebabkan oleh perubahan bahasa pengantar dalam kurikulum matematik program matrikulasi tidak harus dipandang remeh dan perlu diteliti dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Di Amerika Syarikat, terdapat beberapa kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris dijalankan terhadap pelajar-pelajar yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Ini adalah kerana pada pandangan tenaga pengajar mereka, kurangnya kefasihan pelajar-pelajar tersebut dalam Bahasa Inggeris yang digunakan semasa pengajaran memberi kesan yang negatif kepada keupayaan pelajar terutamanya yang melibatkan

4
isi kandungan pelajaran, masalah berayat dan juga kuliah (Deborah 1989). Beberapa ahli pendidik bahasa (Spanos et al. 1988) dan pendidik matematik (Cuevas 1984 & Mestre 1981) membahaskan akan sifat bahasa matematik itu sendiri akan membebankan pelajar jika bahasa pengantar yang digunakan memberi masalah kepada pelajar.

Pertukaran bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik merupakan satu perubahan yang besar bagi pelajar-pelajar dan juga tenaga pengajar. Pertukaran bahasa ini boleh menukar minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik jika ia tidak ditangani dengan berkesan. Daripada tinjauan tersebut, penyelidik berpendapat bahawa wujud keperluan untuk mengkaji sikap pelajar dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

Mulai sesi 2003/2004, bahagian matrikulasi telah memulakan pengambilan pelajar bukan Melayu ke Kolej Matrikulasi. Memandangkan perbezaan yang ketara dalam pencapaian matematik di antara pelajar bukan Melayu dan pelajar Melayu di sekolah-sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi, penyelidik ingin melihat perbezaan sikap pelajar di antara kedua-dua kumpulan tersebut. Kajian-kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia juga melihat perbezaan di antara pelajar Melayu dan bukan Melayu. Ini adalah disebabkan pelajar bukan Melayu mempunyai budaya belajar dan latarbelakang yang berbeza dari pelajar Melayu. Oleh itu, penyelidik merasakan penting untuk melihat perbezaan sikap diantara kumpulan pelajar ini.

Pelajar-pelajar kolej matrikulasi juga dibahagikan kepada tiga jurusan iaitu jurusan sains hayat, sains fizikal dan perakaunan. Ketiga-tiga jurusan ini mengambil beberapa matapelajaran yang berbeza. Namun begitu, semua pelajar mengambil matapelajaran Matematik QM016. Oleh itu, penyelidik merasakan perlu untuk melihat perbezaan sikap di antara kumpulan jurusan pelajar tersebut supaya dapat diberikan penekanan yang berbeza mengikut kumpulan jika hasil yang diperolehi menunjukkan perbezaan.

3.0

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Sikap Rosenberg (1960). Teori Sikap Rosenberg dan Hovland (1960) menyatakan bahawa sikap adalah pengantara kepada semua jenis

5
tindakbalas terhadap sesuatu objek dan tindakbalas tersebut dapat dikategorikan kepada 3 komponen utama iaitu afektif, kognitif dan tingkahlaku. Ketiga-tiga kategori ini adalah komponen utama sesuatu sikap. Setiap kategori pula mempunyai subkategori yang tersendiri. Secara grafiknya, teori sikap Rosenberg dan Hovland dapat dijelaskan dalam Rajah 2.

RANGSANGAN Individu Situasi Isu Sosial Kumpulan Sosial Objek sikap yang lain

AFEKTIF Gerakbalas saraf simpatik Pernyataan verbal perasaan KOGNITIF Gerakbalas persepsi Pernyataan Verbal TINGKAHLAKU Tingkahlaku nyata Pernyataan verbal berhubung tingkahlaku

SIKAP

RAJAH 2 Teori Sikap Rosenberg dan Hovland Sumber : Rosenberg dan Hovland 1960

Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan sikap. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara sikap dan pencapaian (Abu Bakar 1991, Haniza 2003, Neal et al. 1970, Siti Rahayah 1988). Kerangka konseptual kajian ini terdiri dari 5 pembolehubah utama yang saling berkait antara satu sama lain iaitu sikap dan pencapaian serta jantina bangsa dan jurusan. Di dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji hubungan di antara sikap dan pencapaian. Kajian ini juga akan melihat perbezaan sikap yang wujud di antara pelajar mengikut jantina, bangsa dan jurusan. Kerangka konseptual yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti di dalam Rajah 1.

Bangsa - Melayu - Bukan Melayu Jantina - Lelaki - Perempuan Sikap Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Pencapaian Matematik QM 016

Jurusan - Sains Hayat - Sains Fizikal - Perakaunan


RAJAH 1 Kerangka Konseptual Kajian

4.0

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar program matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

(i)

Untuk menentukan tahap sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

(ii)

Untuk

melihat

hubungan

di

antara

sikap

terhadap

pengajaran

dan

pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar dalam matematik.

(iii)

Untuk melihat perbezaan sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris berdasarkan jantina, bangsa dan jurusan.

7
5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini berhasrat untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

(i)

Apakah tahap sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di Pelajaran Malaysia? Kolej Matrikulasi Kementerian

(ii)

Adakah terdapat hubungan di antara sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar?

(iii)

Adakah terdapat perbezaan dalam min sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris pelajar-pelajar kolej

matrikulasi mengikut jantina, bangsa dan jurusan?

6.0

KEPENTINGAN KAJIAN

Beberapa kajian literatur telah menunjukkan bahawa faktor sikap memberi kesan yang besar terhadap pembelajaran (McLeod 1991, Stage et al. 1998). Kajian Adnan (1995) mendapati bahawa sikap positif pelajar memberikan hubungan yang signifikan dengan pencapaian. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Siti Rahayah (1988) dan Muhamad Zaidi (1999) yang menjalankan kajian mengenai sikap dan mendapati ianya juga mempunyai hubungan dengan pencapaian. Oleh itu, penyelidik merasakan kajian mengenai sikap terhadap sesuatu mata pelajaran terutamanya apabila berlaku perubahan bahasa pengantar ini perlu dijalankan kerana dari kajian-kajian lepas di ketahui bahawa sikap dapat mempengaruhi pencapaian.

7.0

DEFINISI OPERASIONAL

Definisi operasional yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

(i)

Sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris

8
Menurut Rosenberg dan Hovland (1960), sikap seseorang dapat dilihat dalam bentuk tingkahlaku (behaviour), perasaan (afektif) dan pemikiran (kognitif). Oleh itu, selaras dengan pendapat tersebut, sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah sikap pelajar yang melibatkan afektif, kognitif dan tingkahlaku mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

(ii)

Pencapaian Matematik

Pencapaian yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah pencapaian matematik QM016, iaitu keputusan peperiksaan akhir semester pertama sesi 2004/2005 pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi. Pencapaian pelajar adalah dalam bentuk gred A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-, D+, D dan F.

(iii)

Jurusan

Jurusan dalam kajian ini bermaksud jurusan yang diikuti oleh pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi iaitu terbahagi kepada 3 kumpulan, Sains Fizikal, Sains Hayat dan Perakaunan. Semua pelajar dari ketiga-tiga jurusan tersebut mesti mengambil matematik yang merupakan mata pelajaran teras.

(iv)

Bangsa

Pelajar-pelajar kolej matrikulasi dalam kajian ini dibahagikan kepada 2 sahaja iaitu Melayu dan bukan Melayu. Pelajar-pelajar bukan Melayu terdiri dari kaum Cina, India dan kaum-kaum lain.

8.0

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Marsh (1989), sikap pelajar yang berbeza-beza antara jantina akan membentuk perbezaan dalam motivasi pencapaian dan kesediaan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam pembelajaran. Gall (1984) mendapati pelajar perempuan menunjukkan minat terhadap sains lebih awal berbanding dengan pelajar lelaki. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Johnson (1987), kesimpulan dari dapatan kajian beliau menyatakan bahawa mata pelajaran seperti fizik

9
dan matematik telah dihuraikan sebagai bercanggah dengan sifat keperempuanan. Secara signifikannya, pelajar lelaki menunjukan sikap yang lebih positif terhadap mata pelajaran yang dianggap maskulin ini, berbanding dengan pelajar perempuan yang lebih positif terhadap mata pelajaran yang berbentuk feminin seperti biologi.

Baharudin (1999) juga telah menjalankan kajian yang meninjau sikap pelajar-pelajar Tingkatan 4 aliran sains berhubung dengan jantina, kaum, pencapaian pelajar dan pekerjaan ibu bapa. Kajiannya mendapati terdapat perbezaan sikap pelajar-pelajar berdasarkan kaum. Dapatan tersebut mendapati sikap pelajar-pelajar Melayu adalah lebih positif berbanding pelajar-pelajar India dan Cina.

Ma et al. (1997) telah menjalankan kajian mengenai sikap pelajar terhadap matematik dan pencapaian dalam matematik secara meta-analisis. Beliau telah melihat 113 kajian-kajian yang lepas dan hasil dapatannya menyatakan bahawa tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan dalam bangsa, jantina dan latarbelakang pelajar.

Sandman (1981) mengkaji sikap pelajar terhadap matematik di mana sampelnya terdiri daripada 1221 orang murid dari 8 buah sekolah menengah di negeri Pulau Pinang. Analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang luas dalam sikap terhadap matematik di antara pelajar-pelajar aliran melayu dengan pelajar-pelajar aliran Inggeris. Namun begitu, perbezaan adalah kurang ketara di antara pelajar-pelajar aliran sastera dengan aliran sains.

Kajian yang dijalankan oleh Haniza (2003) terhadap 150 orang pelajar dari semester 3 dan 4 dari sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta teknikal yang bertujuan menentukan sikap dan motivasi pelajar terhadap Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan pencapaian akademik.

9.0

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan dalam menentukan sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik program matrikulasi dalam bahasa Inggeris kerana ianya membolehkan penyelidik mengkaji kumpulan yang besar

10
dengan lebih mudah (Jackson 2003). Menurut Jackson (2003), kajian secara tinjauan juga adalah sesuai untuk mengkaji tentang sikap.

9.1

Persampelan

Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi iaitu seramai 21502 orang pelajar. Kesemua pelajar ini mengambil mata pelajaran Matematik yang merupakan mata pelajaran teras di semua Kolej Matrikulasi. Pelajar-pelajar ini terbahagi kepada tiga jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan.

Sampel kajian adalah seramai 404 orang iaitu 160 orang pelajar dari jurusan sains hayat, 168 orang pelajar dari jurusan sains fizikal dan 76 orang pelajar dari jurusan perakaunan. Bilangan 404 orang di pilih berdasarkan rumus yang dibina oleh United States Office of

Education dan disusun semula oleh Krejcie dan Morgan dalam Gay dan Airasian (2003) bahawa bilangan minimum bagi saiz sampel yang dipilih untuk saiz populasi yang melebihi 20000 pelajar adalah seramai 377 orang. Oleh itu penyelidik memilih sampel seramai 404 orang iaitu melebihi sedikit dari bilangan sampel yang diperlukan.

Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah persampelan secara kluster. Persampelan kluster adalah bermakna pemilihan adalah berdasarkan kepada kumpulan dan bukan secara individu. Penyelidik menggunakan kaedah ini kerana semua pelajar kolej-kolej matrikulasi adalah dari ciri-ciri yang sama. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar yang sebaya dan dari taraf pendidikan yang hampir sama kerana pelajar-pelajar matrikulasi adalah pelajar-pelajar yang terpilih dari sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia, iaitu ada pelajar dari bandar, luar bandar, berasrama penuh, Maktab Rendah Sains MARA, sekolah teknik dan berbagai lagi. Setiap kolej juga mempunyai kemudahan yang hampir sama. Kenyataan ini disokong oleh Gay dan Airasian (2003) bahawa persampelan secara kluster boleh dilakukan apabila semua ahli mempunyai ciri yang sama. Menurut beliau lagi, kaedah ini lebih menjimatkan masa, perbelanjaan dan lebih mudah untuk mengendalikannya.

9.2 Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk soalselidik. Soalselidik yang dibentuk terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A adalah mengenai maklumat latar

11
belakang pelajar. Antara maklumat yang diperolehi adalah jantina, bangsa, jurusan dan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Matematik QM016. Bahagian B pula adalah berkenaan soalselidik sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris. Ianya dibina berdasarkan soalselidik sikap terhadap sains yang pernah digunakan oleh Lilia et al (2002) yang diubahsuai daripada Gogolin dan Swartz (1992) dan soalselidik Mathematics Attitude Scale (Fennema & Sherman 1976) Penyelidik telah mengubahsuai soalselidik tersebut agar dapat digunakan untuk mengukur sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris. Penyelidik membahagikan sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada 3 dimensi iaitu dimensi afektif, kognitif dan tingkahlaku. Instrumen terdiri daripada 19 item di mana 6 item mengukur dimensi afektif iaitu item 1, 3, 4, 13, 14, 15 dan 16, manakala 7 item mengukur dimensi kognitif iaitu item 2, 5, 8, 12, 17 dan 18. Untuk mengukur dimensi tingkahlaku pula terdapat 6 item iaitu item 6, 7, 9, 10, 11, 19. Contoh item yang digunakan untuk mengukur ketiga-tiga dimensi sikap tersebut adalah seperti di dalam Jadual 1 .

12

JADUAL 1

Contoh Item Bagi Mengukur Sikap Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Dimensi Afektif

Contoh Item Saya sangat suka mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris. Jika saya tidak dapat menyelesaikan tugasan matematik dalam bahasa Inggeris, saya akan kecewa.

Kognitif

Saya mengingati kebanyakkan konsep yang saya pelajari dalam kelas matematik menggunakan bahasa Inggeris. Saya tidak berapa pandai mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris.

Tingkahlaku

Saya fikir saya boleh buat tugasan matematik dalam bahasa Inggeris walaupun kelihatan sukar. Saya cuba sedaya upaya untuk memahami matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.

Setelah item-item soal selidik siap dibina, draf tersebut diberikan kepada 8 orang pakar yang terdiri dari 2 orang pensyarah universiti, 5 orang pensyarah matematik Kolej Matrikulasi dan seorang pegawai atasan Bahagian Matrikulasi untuk mendapatkan kesahan muka. Tujuan dibuat kesahan muka ini adalah untuk mendapatkan kesahan dari segi isi kandungan setiap item dan aspek bahasa serta kejelasan maksud setiap item tersebut. Selepas soal selidik dibaiki, satu kajian rintis dijalankan bagi mencari kesahan dan kebolehpercayaan item-item kajian.

9.3 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik pada bulan Ogos 2004. Tujuan di jalankan kajian rintis adalah untuk menguji kefahaman responden terhadap item-item yang dikemukakan dan menentukan kebolehpercayaan alat kajian. Subjek kajian rintis terdiri daripada 48 orang pelajar. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari populasi yang sama tetapi bukan responden kajian akhir. Daripada jumlah pelajar yang dipilih, 18 orang adalah pelajar lelaki manakala 30 orang adalah pelajar perempuan. Penyelidik telah mengedarkan soalselidik dan meminta semua pelajar menjawab dalam masa 20 minit. Didapati pelajar-pelajar tersebut tidak menghadapi sebarang masalah dalam memahami soalan yang dikemukakan dan dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan.

13
Kesemua jawapan yang diterima dari kajian rintis dianalisis untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan. Nilai yang diperolehi bagi kajian rintis ini adalah 0.87.

9.4

Tatacara Penganalisisan Data

Data yang dipungut melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan dua jenis analisis utama iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk memerihalkan demografi responden khususnya yang berkaitan dengan jantina, bangsa dan jurusan. Ianya juga digunakan untuk mengambarkan tahap sikap pelajar. Statistik inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian.

Bagi menguji hipotesis kedua, iaitu sama ada terdapat hubungan di antara dimensidimensi sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris dengan pencapaian matematik pelajar-pelajar kolej matrikulasi, penyelidik menggunakan analisi korelasi Spearman. Ini adalah kerana data pencapaian matematik pelajar yang diperolehi adalah dalam bentuk ordinal. Namun begitu, data bagi dimensi-dimensi sikap pula adalah dalam bentuk data nisbah. Menurut Glass dan Stanley (1970) , apabila mencari korelasi di antara data ordinal dan data nisbah maka data nisbah perlu di tukar ke dalam bentuk ordinal dan analisis yang boleh digunakan adalah analisis korelasi Spearman .

Untuk menguji hipotesis yang ketiga dan keempat iaitu sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris pelajar-pelajar kolej matrikulasi mengikut jantina dan bangsa, penyelidik menggunakan ujian-t untuk melihat perbezaan min antara pelajar lelaki dan perempuan serta bangsa Melayu dan bukan Melayu.

Untuk menguji hipotesis yang kelima iaitu sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris pelajarpelajar kolej matrikulasi mengikut jurusan, penyelidik menggunakan ANOVA satu hala iaitu untuk melihat perbezaan min kerana terdapat tiga kumpulan pembolehubah tidak bersandar iaitu jurusan sains fizikal, sains hayat dan perakaunan.

14
Untuk menukar data dimensi-dimensi sikap pelajar dari data nisbah ke data ordinal, penyelidik telah menetapkan julat skor min tertentu kepada tahap-tahap seperti yang digambarkan pada Jadual 2 JADUAL 2 Min 1.00 hingga 2.33 2.34 hingga 3.66 3.67 hingga 5.00 Interpretasi Skor Min Tahap Sikap Pelajar Interpretasi Rendah Sederhana Tinggi Nilai Data 1 2 3

Jadual 2 menunjukkan interpretasi skor min bagi menentukan tahap sikap pelajar. Interpretasi skor min ini berdasarkan interpretasi yang dibuat oleh Jamil Ahmad (1993) dan Sumarni Junin (2000). Skor min 1.00 hingga 2.33 adalah tahap rendah dan diberi nilai 1. Skor min 2.34 hingga 3.66 adalah tahap sederhana dan diberi nilai 2. Manakala skor min 3.67 hingga 5.00 adalah pada tahap tinggi dan diberi nilai 3. Setelah kedua-dua pembolehubah berada dalam bentuk data ordinal, maka ujian korelasi Spearman dijalankan.

10.0

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

10.1

Profil Responden Kajian

Kajian ini melibatkan 404 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Kolej Matrikulasi Melaka bagi melihat persepsi mereka terhadap matematik. Pada keseluruhannya, profil pelajar ditunjukkan pada Jadual 3.

15
JADUAL 3 Profil Sampel Responden Kajian

________________________________________________________________ Pembolehubah Profil kekerapan Peratus (n) % ________________________________________________________________ Jantina Bangsa Jurusan Lelaki Perempuan Melayu Bukan Melayu 173 231 277 127 42.8 57.2 68.6 31.4

Sains Fizikal 168 41.6 Sains Hayat 160 39.6 Perakaun 76 18.8 ________________________________________________________________ JUMLAH 404 ________________________________________________________________ Responden kebanyakannya terdiri daripada pelajar perempuan di mana 231 orang (57.2 %) darinya adalah perempuan dan selebihnya iaitu 173 orang (42.8 %) terdiri daripada pelajar lelaki. Manakala pelajar Melayu lebih ramai berbanding pelajar bukan Melayu di mana keseluruhan pelajar Melayu adalah 68.6 % (277 orang pelajar) berbanding pelajar bukan Melayu 31.4 % (127 orang pelajar). Jurusan sains fizikal pula adalah seramai 168 orang (41.6%), jurusan sains hayat, 160 orang (39.6 %) dan jurusan perakaunan pula adalah seramai 76 orang (18.8%).

10.2

Tahap Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Analisis ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris. Untuk menentukan tahap sikap pelajar, data dianalisis secara deskritif dengan mencari kekerapan dan peratus pelajar bagi setiap tahap. Tahap sikap pelajar ditentukan mengikut Jadual 2. Keputusan analisis ditunjukkan dalam Jadual 4.

16
Tahap Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris _________________________________________________________________ Pembolehubah Tahap Kekerapan (n) Peratus (%) _________________________________________________________________ Sikap(Afektif) Tinggi 227 56.2 Sederhana 166 41.1 Rendah 11 2.7 Sikap(Kognitif) Tinggi Sederhana Rendah 291 103 10 72.0 25.5 2.5 JADUAL 4

Tinggi 195 48.3 Sederhana 197 48.8 Rendah 12 3.0 _________________________________________________________________ Jadual 4 mengambarkan tahap sikap pelajar mengikut dimensi-dimensi sikap. Bagi sikap afektif, 56.2 % (227 orang) mempunyai tahap sikap afektif yang tinggi, 41.1 % (166 orang) bertahap sederhana dan 2.7 % (11 orang) mempunyai tahap sikap afektif yang rendah. Bagi sikap kognitif, 72.0 % (291 orang) mempunyai tahap sikap kognitif yang tinggi, 25.5 % (103 orang) bertahap sederhana dan 2.5 % (10 orang) mempunyai tahap sikap yang rendah. Manakala bagi sikap tingkahlaku pula, pelajar-pelajar yang mempunyai tahap yang tinggi adalah 48.3 % (195 orang), 48.8 % (197 orang) adalah bertahap sederhana dan 3 % (12 orang) bertahap rendah. Tahap sikap yang tinggi di kalangan pelajar matrikulasi adalah disebabkan mereka adalah pelajarpelajar yang terpilih dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dan mempunyai pencapaian yang baik dalam mata pelajaran matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sikap(Tingkahlaku)

17
10.3 Hubungan Di Antara Sikap Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian Matematik.

Korelasi (r) Dimensi Sikap Dengan Pencapaian Matematik Peperiksaan Semester Satu Sesi 2004/2005 (n = 404) _______________________________________________________ Korelasi rs Sig _______________________________________________________ Sikap (Kognitif) dengan pencapaian Sikap (Afektif) dengan pencapaian Sikap (Tingkahlaku) dengan pencapaian 0.10 0.13 0.31 0.036* 0.007** 0.000**

JADUAL 5

______________________________________________________ * Signifikan pada aras p < 0.05 ** Signifikan pada aras p < 0.01 Analisis mendapati bahawa semua dimensi sikap mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar. Bagi korelasi di antara dimensi kognitif dan pencapaian adalah signifikan pada aras p < 0.05 dengan nilai r = 0.10, manakala bagi hubungan afektif dan

tingkahlaku dengan pencapaian pula, ianya signifikan pada aras p < 0.01 dengan nilai r = 0.13 dan 0.31 masing-masing. Hasil kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh, Abu Bakar (1991), Haniza (2003), Neal et al. (1970) dan Siti Rahayah (1988) yang menunjukkan bahawa sikap dan pencapaian terhadap sesuatu mata pelajaran mempunyai hubungan yang positif.

18
10.4 Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berdasarkan Jantina JADUAL 6 Ujian-t Yang Menentukan Perbezaan Min Dimensi Sikap Mengikut Jantina

Pembolehubah

Jantina

Min

Nilai-t

Sig

Sikap (Kognitif)

Lelaki Perempuan

173 231 173 231 173 231

3.78 3.80 3.62 3.69 3.61 3.51

-0.454

0.650

Sikap (Afektif) Lelaki Perempuan Sikap (Tingkahlaku) Lelaki Perempuan

-1.156

0.249

1.666

0.096

* Signifikan pada aras p < 0.05

Analisis Jadual 6 menunjukkan tiada perbezaan min yang signifikan wujud dalam dimensi-dimensi sikap untuk pelajar lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa min sikap bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Dapatan ini berbeza dengan kajian-kajian lepas, di mana kajian mengenai sikap yang dijalankan oleh Marsh (1989) dan Johnson (1987) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap antara lelaki dan perempuan.

19
10.5 Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berdasarkan Bangsa Ujian-t Yang Menentukan Perbezaan Min Dimensi Sikap Mengikut Bangsa

JADUAL 7

Pembolehubah

Jantina

Min

Nilai-t

Sig

Sikap (Kognitif)

Melayu 277 Bukan Melayu 127 Melayu 277 Bukan Melayu 127 Melayu 277 Bukan Melayu 127

3.80 3.78 3.64 3.70 3.48 3.71

0.327

0.744

Sikap (Afektif)

-0.966

0.320

Sikap (Tingkahlaku)

-3.856

0.000**

* Signifikan pada aras p < 0.05 ** Signifikan pada aras p < 0.01 Dari analisis di dapati dimensi tingkahlaku menunjukkan perbezaan min yang signifikan pada aras p < 0.01. Ini menunjukkan sikap pelajar bukan Melayu terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris adalah lebih tinggi (min 3.71) berbanding sikap pelajar Melayu (min 3.48). Dimensi-dimensi sikap bagi afektif dan kognitif pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan. Ini mengambarkan bahawa perbezaan min sikap pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu adalah hampir sama bagi kedua-dua dimensi tersebut. Hasil kajian ini disokong oleh kajian lepas di mana terdapat perbezaan sikap jika dibandingkan di antara bangsa, seperti kajian yang dijalankan oleh Baharudin (1999) dan Abdul Hakim (2004) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap dengan bangsa.

20
10.6 Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Berdasarkan Jurusan

JADUAL 8 Min Dimensi Sikap Mengikut Jurusan ____________________________________________________________________ Sikap Sikap Sikap Jurusan n (Kognitif) (Afektif) (Tingkahlaku) _____________________________________________________________________ Sains Fizikal 168 3.83 3.64 3.57 Sains Hayat 160 3.67 3.70 3.63 Perakaunan 76 3.80 3.61 3.35 _____________________________________________________________________ Analisis menunjukkan bahawa bagi jurusan sains fizikal, min sikap dimensi kognitif adalah 3.83, min sikap dimensi afektif pula adalah 3.64 dan min sikap bagi dimensi tingkahlaku adalah 3.57. Bagi jurusan sains hayat, min sikap dimensi kognitif adalah 3.67, min sikap dimensi afektif pula adalah 3.70 dan min sikap bagi dimensi tingkahlaku adalah 3.63. Bagi jurusan perakaunan, min sikap dimensi kognitif adalah 3.80, min sikap dimensi afektif pula adalah 3.61 dan min sikap bagi dimensi tingkahlaku pula adalah 3.35.

Untuk menentukan perbezaan yang signifikan di antara skor-skor min sikap berdasarkan jurusan, data telah dianalisis menggunakan ujian ANOVA satu hala dan keputusannya ditunjukkan pada Jadual 9.

21
JADUAL 9 Ujian ANOVA Satu Hala Yang Menentukan Perbezaan Min Dimensi Sikap Pelajar Mengikut Jurusan

Pembolehubah Punca Variasi

Jumlah kuasa dua

DK

Varians

Sig.

Sikap (Kognitif)

Antara kumpulan Dalam Kumpulan Jumlah Antara kumpulan Dalam Kumpulan Jumlah

1.592 126.764 128.356 0.543 127.584 128.127

2 401 403 2 401 403

0.796 0.316

2.518

0.082

Sikap (Afektif)

0.271 0.318

0.853

0.427

Sikap Antara kumpulan 4.369 2 2.185 6.559 0.002** (Tingkahlaku) Dalam kumpulan 133.553 401 0.333 Jumlah 137.923 403 ___________________________________________________________________________ ** Signifikan pada aras p < 0.01 * Signifikan pada aras p < 0.05 Analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi dimensi tingkahlaku. Untuk menentukan jurusan yang berbeza secara signifikan, ujian Post Hoc ANOVA Scheffe telah dijalankan dan hasil ditunjukkan di Jadual 10.

JADUAL 10

Ujian Post Hoc ANOVA Scheffe Bagi Dimensi Tingkahlaku

_______________________________________________________________ Jurusan Perbezaan Min Sig

_______________________________________________________________ sains fizikal sains hayat sains fizikal perakaunan perakaunan sains hayat - 0.0610 0.2269 - 0.2879 0.633 0.018* 0.002**

_______________________________________________________________ ** Signifikan pada aras p < 0.01 * Signifikan pada aras p < 0.05 Berdasarkan Jadual 10, di dapati terdapat perbezaan min yang signifikan pada aras p < 0.05 bagi jurusan sains fizikal dan perakaunan dan signifikan pada aras p < 0.01 bagi jurusan perakaunan dan sains hayat. Ini menunjukkan bahawa min sikap bagi dimensi tingkahlaku untuk jurusan sains fizikal (min = 3.57) adalah lebih tinggi dari jurusan perakaunan

22
(min = 3.35), manakala jurusan sains hayat (min = 3.63) mempunyai min sikap bagi dimensi tingkahlaku yang lebih tinggi dari jurusan perakaunan. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara jurusan sains hayat dan sains fizikal. Ini mengambarkan bahawa min sikap bagi dimensi tingkahlaku bagi jurusan sains hayat dan sains fizikal adalah hampir sama. Keputusan kajian ini disokong oleh kajian Chakravathy (1969) dan Sandman (1981) yang menunjukkan bahawa jurusan atau aliran yang diambil oleh pelajar mempengaruhi sikap pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.

11.0

KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Daripada dapatan kajian dan perbincangan yang telah dijalankan, beberapa perkara dapat dirumuskan seperti berikut:

(i)

Pelajar matrikulasi mempunyai tahap sikap yang tinggi bagi dimensi afektif dan kognitif dan tahap sikap yang sederhana bagi dimensi tingkahlaku.

(ii)

Hubungan yang positif di antara dimensi-dimensi sikap dengan pencapaian matematik menunjukkan bahawa semakin positif sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris semakin tinggi pencapaian matematik mereka.

(iii)

Tidak terdapat perbezaan sikap pelajar kolej matrikulasi terhadap

pengajaran

dan

pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan perempuan.

(iv)

Terdapat perbezaan sikap bagi dimensi tingkahlaku di antara pelajar Melayu dan bukan Melayu kolej matrikulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Secara perbandingan, pelajar bukan Melayu didapati tingkahlaku yang positif berbanding pelajar Melayu di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris.

(v)

Terdapat perbezaan

tingkahlaku yang signifikan bagi jurusaan sains fizikal dan

perakaunan dan juga terdapat perbezaan tingkahlaku yang signifikan bagi jurusan perakaunan dan sains hayat. Ini menunjukkan bahawa jurusan sains hayat mempunyai

23
tingkahlaku yang positif berbanding jurusan perakaunan, manakala jurusan sains fizikal mempunyai dimensi tingkahlaku yang lebih positif dari jurusan perakaunan. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan tingkahlaku di antara jurusan sains hayat dan sains fizikal.

12.0

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan ini memberikan implikasi secara langsung ke atas pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris yang dijalankan di kolej-kolej matrikulasi. Daripada perbincangan dapatan kajian, beberapa implikasi dapat disintesiskan dan jika diimplimentasikan secara terancang dan teratur akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian matematik. Memupuk sikap yang positif pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris akan pasti dapat meningkatkan pencapaian matematik pelajar-pelajar kolej matrikulasi.

Kajian juga mendapati di antara ketiga-tiga jurusan yang diambil oleh pelajar, iaitu sains hayat, sains fizikal dan perakaunan, pelajar jurusan perakaunan mempunyai tahap sikap yang paling rendah. Oleh itu, pihak pensyarah terutamanya perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pelajar perakaunan agar dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris. Antara perkara yang boleh dijalankan adalah melalui kaedah Cognitively Guided Instruction (CGI) yang merupakan satu kaedah yang memerlukan pensyarah memberi fokus kepada proses pemikiran pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik dan menggunakan maklumat ini untuk membantu menyediakan rancangan pengajaran (Carpenter et al, 1990). Menurut Schwartz (1991), cara ini dapat meningkatkan penyelesaian masalah pelajar tanpa kehilangan kemahiran yang disebabkan latihtubi dan latihan. Dalam meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam matematik Shwartz (1991) menyatakan,

To use CGI effectively, it is often productive to invite them to express themselves in the language they can use comfortably. While extra time may be needed for translation so all students can understand each other, the benefit is that students are learning to

24
communicate using math language that can be transferred as students English fluency increases.

Kaedah lain yang boleh digunakan oleh pensyarah adalah pengajaran dan pembelajaran secara kooperatif. Dalam pembelajaran koperatif, pelajar dapat menggunakan bahasa Inggeris dalam menyelesaikan tugasan yang diberi melalui perbincangan sesama mereka dan kerjasama di dalam melengkapkan kerja. Ini dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan juga kemahiran berfikir pelajar (Kang & Pham 1995).

Dari segi bangsa pula, bangsa Melayu didapati mempunyai tahap sikap yang lebih rendah berbanding pelajar bukan Melayu. Aktiviti-aktiviti yang sewajarnya perlu dijalankan agar sikap yang positif dapat diterapkan kepada mereka. Aktiviti-aktiviti matematik yang menarik seperti Math Trail, penggunaan multimedia dan internet juga mampu menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

Dalam meningkatkan sikap yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris, terdapat berbagai perkara yang perlu di ambil kira oleh pelajar dan pensyarah kerana matematik mempunyai vocabulary atau perbendaharaan kata yang unik dan tersendiri oleh itu, pensyarah hendaklah mengajar perbendaharaan kata dengan jelas dan terang (Shultz, 1999). Dengan menggunakan suara yang jelas, dan mengulang konsep yang sukar dan menggunakan alat bantu mengajar, pensyarah akan dapat memudahkan pelajar memahami perkataan baru.

13.0

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan masalah-masalah yang timbul semasa kajian dijalankan dan dapatan kajian yang diperolehi, penyelidik ingin memberi beberapa cadangan yang berkaitan dengan kajian ini untuk penyelidikan pada masa akan datang. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:

(i)

Penyelidikan ini melibatkan persampelan secara kluster atau kelompok yang melibatkan hanya satu kluster sahaja iaitu Kolej Matrikulasi Melaka. Adalah lebih baik jika sekiranya penyelidikan pada masa akan datang menggunakan sampel dari semua Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang lain.

25
(ii) Data kajian mengenai sikap boleh di analisis selanjutnya dengan menggunakan ujian ANOVA untuk melihat interaksi antara bangsa, jantina dan jurusan. Dengan cara sedemikian, penganalisisan akan memberikan maklumat sama ada terdapat interaksi di antara pembolehubah-pembolehubah yang berkenaan.

(iii)

Penyelidikan tentang sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris boleh juga dilakukan secara kualitatif untuk melihat sikap pelajar yang sebenar. Penyelidikan secara kualitatif perlukan kajian yang lebih mendalam serta jangka waktu yang lebih panjang. Temuramah dengan rakan sekelas dan tenaga pengajar yang terlibat akan memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.

(iv)

Penyelidikan yang dijalankan hanya tertumpu kepada faktor sikap yang dilihat dari aspek jantina, bangsa dan jurusan yang di ambil oleh pelajar. Terdapat faktor-faktor lain yang memainkan peranan dalam menentukan sikap dan boleh di ambil kira dan dikaji dalam kajian akan datang seperti motivasi, konsep kendiri, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.

14.0

RUMUSAN

Pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di kolej matrikulasi sewaktu kajian ini dijalankan adalah merupakan tahun pertama ianya dilaksanakan. Oleh itu penyelidik mengharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pensyarah dan pihak pentadbiran Bahagian Matrikulasi agar dapat dijadikan panduan untuk menangani segala masalah yang timbul semasa melaksanakannya. Untuk meningkatkan sikap yang positif para pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris, ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

26
RUJUKAN

Abdul Hakim bin Samuri. 2004. Sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah di sekolah menengah kebangsaan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Abu Bakar Nordin. 1991. Kesan pencapaian akademik kepada sikap terhadap pelajaran. Jurnal Psikologi Malaysia. 7: 41-60 Adnan Khamis. 1995. Pertalian antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran dan kaitannya dengan pencapaian akademik. Jurnal Pendidikan. 10:17-30 Baharuddin Jabar. 1999. Sikap pelajar aliran sains tingkatan 4 terhadap mata pelajaran sejarah. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Carpenter, T.P., Fennema, E., Peterson, P.L, Chiang, C.P, & Loef, M. 1990. Using knowledge of childrens mathematical thinking in classroom teaching: An experimental study. American Educational Journal, 26(4), 499-531 Chakravarthy. 1969. A study of attitudes of Malayan students towards Mathematics. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya. Fennema, E. & Sherman, J.A. 1976. Fennema-Sherman Mathematics Attitude Scales: Instruments designed to measure attitudes towards the learning of mathematics by females and males. Madison : Wisconsin Center for Educational Research. Gall, O. 1984. Women in Science. Journal of Science Education. 67. Gay, L. R. & Airasian, P. 2003. Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. 7th Edition. New Jersey: Merill Prentice Hall. Glass, G.C. & Stanley, J.C. 1970. Statistical Methods in Education and Psychology. . New Jersey: Prentice Hall. Gogolin, L & Swartz, F. 1992. A quantitative and qualitative inquiry into the attitudes toward science of non science college students. Journal of Research in Science Teaching. 29(5) : 487 504. Grundy, P. 1993. The EAP Teacher: Prophet of Doom or Eternal Optomist? EAP Teacherss Predictions of Students success. Language Learning and Success: Studying Through English. London: MacMillan Pub. Ltd. Haniza Abdul Khalid. 2003. Sikap dan motivasi terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

27

Jackson, S.L. 2003. Research Methods and Statistics : A Critical Thinking Approach. Belmont :Wadsworth Thompson Jamil Ahmad .1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan dalam perlaksanaan Sains KBSM di sekolahsekolah menengah di negeri kedah darul aman. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia Johnson, S. 1987. Gender differences in science: parallels in interest, experience and performance. International Journal of Science Education. 9(4): 467 481 Kang, H & Pham, K.T. 1995. From 1 to Z: Integrating Math and language learning. Paper presented at the 29th annual meeting of teachers of English to speakers of other languages, Long Beach, CA. ERIC Document Reproduction Service No. ED 381 031. Lilia Halim, Kamisah Osman & Zanaton Hj Iksan. 2002. Laporan Penyelidikan Jangka Pendek. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ma, X., Ma X., Kishor, N., Kishor, N. 1997. Assessing the relationship between attitude toward mathematics and achievement in mathematics: A meta-analysis. Journal for research in mathematics education. 28 (1) :26 - 47 Marsh, G.E. & Tapia, M. 2002. Feeling Good about Mathematics : Are there sex differences?. ERIC Document Reproduction Service No ED 474 446 McLeod, D.B. 1991. Research on Affect in Reconceptualiztion. Critical Issues. 575-595 Mathematics Education: A

Muhamad Zaidi Kamarzaman. 1999. Hubungan antara sikap, minat dan motivasi pelajar tingkatan 4 dengan pencapaian mata pelajaran kimia. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Neal, D.C., Gill, V dan Tismer, W. 1970. Relationship between attitude toward school subject and school achievement. Journal of Educational Research. 6 (52):232-238 Rosenberg, M.J. & Hovland, C.I. 1960. Attitude organization and change. New Haven : Yale University Press Sandman, R . 1981. Attitudes of secondary pupils in Penang State. Jurnal Pendidikan. 15-23. Schawartz, W. 1991. Teaching Limited English Proficient Students To Understand and Use Mathematics. ERIC Digest No. 70. ERIC Document Reproduction Service No. ED 334 310

28 Shultz, S. 1999. The training for all teachers project: Math teachers are language teacher too. (atas talian) http://www.salisbury.edu/community/tat/math.htm (7
Julai 2004)

Siti Rahayah Arifffin. 1988. Kajian mengenai sikap terhadap sains dan pencapaian dalam matapelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga. Tesis M. Ed. Universiti Kebangsaan Malaysia. Stage, F.K., Muller, P.A., Kinzie, J. & Simmons,A. 1998. Creating Learning Centered Classrooms What does learning theory have to say? ASHE ERIC Higher Education Report Volume 26, #4. George Washington University. Washington DC. Sumarni Junin. 2000. Kebimbangan dan punca-punca kebimbangan dikalangan pelajar di sebuah sekolah menengah harian Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

You might also like