Peperiksaan Percubaan Pertama BM 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

1 SULIT *

Tarikh : 22.08.2011 Hari : Isnin Masa : 7.00 10.00 pagi Tempoh : 3 jam

2011

BAHASA MALAYSIA
KERTAS 2
(ESEI) (Tiga jam)

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BIDANG BAHASA PANITIA BAHASA MALAYSIA SMK SACRED HEART SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak. STPM 910/2 *Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT

2
SULIT * Bahagian A Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [ 50 m ]

1.

Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang disusuli dengan

pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan di seluruh negara. Jelaskan rasionalnya kerajaan mengadakan dasar ini dan apakah kebaikannya.

2.

Tindakan kerajaan mengumumkan mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran

wajib lulus seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 ada rasionalnya. Pada pendapat anda, apakah kepentingan mata pelajaran Sejarah dan nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan pelajaran Sejarah tidak diminati oleh kebanyakan pelajar di sekolah?

3.

Sejak akhir-akhir ini, kita selalu dikejutkan dengan kemalangan maut yang melibatkan bas

ekspress. Sikap pemandu bas ekspress yang tidak bertanggungjawab dikatakan sebagai punca kemalangan yang melibatkan bas ekspress semakin menjadi-jadi. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

4.

Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat kita amat membimbangkan. Jika tidak

dikawal, keadaan ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Selaku setiausaha sebuah pertubuhan berkaitan dengan Bahasa Melayu, anda diminta menyediakan laporan tentang punca-punca dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu.

910/2 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

3
SULIT Bahagian B

5.

Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa

menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Pelbagai komen dibuat mengenai kekalahan Malaysia kepada Singapura dengan agregat enam gol berbalas empat dalam keputusan terakhir perlawanan bola sepak pra-Piala Dunia baru-baru ini. Walau apa pun komen yang diberikan, kita mesti menerima hakikat bahawa dalam konteks pembangunan bola sepak di Malaysia, ternyata perjalanannya masih 'jauh'. Perspektif kita mengenai bola sepak mesti berubah sejajar dengan perkembangannya antarabangsa. Bola sepak telah menjadi satu industri, kerjaya, alat diplomasi dan elemen nasionalisme. Di negara-negara yang terkenal dengan bola sepak seperti Brazil, Argentina, England, Jerman dan Perancis, bola sepak ialah segala-galanya. Di negara-negara 'baru' dalam dunia bola sepak seperti Korea Selatan, Jepun, serta beberapa negara Afrika, sukan bola sepak sentiasa berada di hati rakyatnya. Pemain-pemain bola sepak di negara-negara ini tidak takut mencuba nasib bermain di negara Barat dan Amerika Selatan untuk mencari skil, pengalaman dan ketahanan diri serta mental. Akhirnya, mereka berjaya mengukir nama sebagai seorang pemain bola sepak dunia. Jelas sekali, sokongan kerajaan dan swasta semata-mata tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai pemain bola sepak yang baik. Pemain bola sepak sendiri mesti ada kemahuan untuk berjaya dan berani mencuba nasib di luar negara.

Sejarah bola sepak negara kita telah membuktikan bahawa Malaysia penah memberikan saingan hebat kepada pasukan terkuat dunia sama ada dalam perlawanan rasmi mahupun persahabatan. Malaysia juga pernah melahirkan ramai pemain bola sepak yang terkenal dan digeruni lawan seperti Abdul Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, dan yang terbaru, Safee Sali. Liga Malaysia boleh dikatakan agak setanding dengan liga bola sepak di negara lain di sekitar rantau Asia Tenggara kerana banyak melahirkan pemain-pemain baru yang boleh dipanggil untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa. Antara sedikit bukti kejayaan Liga Malaysia ialah pembentukan pasukan bola sepak kebangsaan dan olimpik yang ada pada hari ini. Pasukan kebangsaan di bawah pimpinan Datuk K. Rajagobal berjaya menjuarai Piala AFC-Suzuki baru-baru ini menewaskan Indonesia. Sokongan dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk pembangunan bola sepak sangatlah banyak tetapi kurang dimanfaatkan.

910/2 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

4
SULIT Persatuan bola sepak negeri yang dikatakan mempunyai program pembangunan bola sepak mereka sendiri sebenarnya gagal dalam usaha untuk melahirkan ramai pemain muda yang berkaliber. Konflik sering berlaku antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri mengenai pelepasan pemainnya untuk beraksi mewakili pasukan kebangsaan. Ramai pemain yang cemerlang ketika beraksi dengan pasukan negeri sebaliknya menjadi 'primadona' di padang ketika mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa. Pemain bola sepak negeri semacam tidak begitu bangga untuk bermain dengan pasukan kebangsaan, dan ramai daripada mereka hanyalah 'jaguh kampung' semata-mata. Usaha untuk menghantar pemain hanya sekadar berlatih dengan kelab-kelab di EPL akan merugikan FAM. FAM dan persatuan bola sepak negeri serta kelab tempatan boleh mewujudkan satu 'perkongsian pintar' membekalkan pemain bola sepak berkualiti dan berkaliber ke luar negara. Politik dalaman persatuan bola sepak negeri serta dalam FAM sendiri perlu dikurangkan.

Apa yang penting bukannya kejayaan individu yang memimpin persatuan tetapi kejayaan sukan bola sepak negara. Kita sangat menyanjung tinggi sikap penyerang kebangsaan Safee Sali yang sanggup berkelana ke Indonesia bermain dengan kelab Pelita Jaya FC yang mungkin namanya tidaklah sehebat kelab-kelab di EPL dan Eropah. Malaysia juga boleh belajar daripada bekas pemain bola sepak Malaysia yang telah berjaya sebagai jurulatih di luar negara seperti Lim Teong Kim yang kini melatih pasukan remaja Bayern Munich di Jerman. Untuk berjaya dalam sukan bola sepak, semua pihak di Malaysia termasuk pemain mesti mengubah sikap dan mentaliti mereka. Tidak guna berangan untuk bermain dengan pasukan hebat di Eropah kalau standard pasukan dan diri sendiri sebenarnya 'jaguh kampung' sahaja.

(Disesuaikan daripada Pembangunan Bola Sepak di Malaysia : Perjalanan yang masih jauh dalam Utusan Malaysia, 2 Ogos 2011)

910/2 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat Sebelah

5
Bahagian C 6. Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada dalam bentuk prosa biasa [ 15 ]

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


JAWATAN KOSONG
Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap seperti yang berikut : JAWATAN GRED KLASIFIKASI PERKHIDMATAN Perkhidmatan Pendidikan KUMPULAN PERKHIDMATAN Pengurusan dan Profesional JADUAL GAJI P1T1 RM1695.85 P1T27 RM4645.85 ELAUN

Pegawai Peperiksaan

DG41

IKTA : RM300.00 ITP : RM250.00 BSH : RM300.00

IKTA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam A. SYARAT LANTIKAN i.

ITP : Imbuhan Tetap Perumahan

BSH : Bantuan Sara Hidup

Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau kelayakan perguruan lain yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang membuat pengkhususan dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Ekonomi. (Gaji permulaan : P1T4 RM1,967.20); DAN Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Borang Permohonan MPM 1 boleh diperoleh daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagan Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan atau mencetak sendiri daripada laman web www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat. Semua permohonan hendaklah disertai dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan sijil lain yang berkaitan serta sesalinan kad pengenalan yang telah disahkan. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini. Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada : Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Bangunan MPM, Persiaran 1 Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves Selangor Darul Eshan. (u.p : Bahagian Pengurusan Personal dan pentadbiran)

ii.

B. CARA MEMOHON i.

ii. iii.

iv.

v.

910/2 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

6
7. Alih bentuk teks prosa puisi di bawah ini kepada bentuk bahasa Melayu prosa moden. [15]

PAHLAWAN KEMERDEKAAN (kepada pahlawan Pahang) Pahlawan! Jika hilangmu tanpa pusara jika pusaramu tanpa nama jika namamu tanpa bunga penjajah mengatakan kau derhaka maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam Inggeris datang meredah Pahang bersama peluru bersama senapang membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semnatan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakt mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara bukan bintang tersemat di dada semangatmu api negara berdaulat namamu terukir di jantung rakyat. Tongkat Warrant

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

7
Bahagian D 8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik-baik sahaja dia mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Konsep ini mencerminkan kesungguhan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha menyatupadukan penduduk negara ini. Konsep 1 Malaysia menekankan isu perpaduan nasional dan pembangunan yang berterusan berdasarkan kerja sama antara semua kaum dan sumbangan mereka kepada negara bagi mencapai aspirasi nasional. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak puas hati kerana semua rakyat-rakyat ialah bangsa Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Dalam konsep 1 Malaysia, slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kesinambungan daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

KERTAS SOALAN TAMAT

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

You might also like