Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sekolah luar bandar mampu melahirkan golongan pelajar yang cemerlang seperti mana di sekolah bandar

Remaja ialah pewaris bangsa dan di tangan merekalah terletaknya nasib negara kita pada masa akan datang.Kegagalan melahirkan golongan remaja yang berwawasan, bertanggungjawab,dan berketerampilan akan membantutkan usaha untuk meneruskan kecemerlangan negara.Tidak dinafikan bahawa sekolah luar bandar mampu melahirkan generasi yang cemerlang tetapi masyarakat kini tidak memandang potensi sebenar dalam diri mereka.

Pada realitinya,kawasan bandar yang hiruk-pikuk menghalang tumpuan dan tidak dapat memberikan suasana yang tenang bagi sesi pembelajaran di sekolah dengan sempurna berbanding suasana di luar bandar yang kondusif serta pembelajaran yang lebih berkualiti.Natijahnya,akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang justeru membangunkan ikhtisas negara.

Umum mengetahui bahawa kemudahan prasarana dan pembelajaran di bandar lebih lengkap berbanding luar bandar.Walau bagaimanapun,hal ini tidak menghalang semangat pelajar untuk menambah ilmu di dada.Selain itu,faktor kemiskinan juga tidak menghalang pelajar untuk meneruskan semangat juang untuk belajar.

Difahamkan bahawa kawasan luar bandar tidak mempunyai pusat-pusat tuisyen saperti di bandar.Oleh sebab itu,tenaga pengajar mempunyai insiatif untuk membuat kelas tambahan selepas sesi persekolahan dalam misi untuk membantu golongan pelajar yang lemah.Pada pendapat saya,pelajar tidak perlu ke tempat tuisyen untuk memperoleh markah yang baik malah pelajar mampu belajar sendiri dengan kefahaman yang diberi di sekolah oleh guru.

Kesimpulannya,sekolah luar bandar mampu melahirkan golongan pelajar yang cemerlang seperti mana di sekolah bandar.Pihak kementerian pelajaran pula tidak seharusnya memandang rendah terhadap potensi mereka untuk berjaya.

You might also like