Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

1.

Pengenalan Sekolah Rendah Agama (SRA) Masjid Negara, Kuala Lumpur merupakan salah satu

SRA yang terdapat di Kuala Lumpur. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang diletakkan dibawah pengelolaan dan pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada peringkat awal, sekolah ini diletakkan dibawah pengelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang ketika itu dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun 1990 an, pentadbiran dan pengelolaan semua SRA termasuk sekolah ini diambil alih sepenuhnya oleh JAWI. Walaupun sekolah ini telah diambil alih oleh JAWI, tetapi ia masih beroperasi di Masjid Negara. SRA Masjid Negara ini ditubuhkan untuk memberikan didikan agama bagi penduduk dan anak-anak kakitangan awam yang bekerja di sekitar Masjid Negara dan kawasan yang berhampiran dengannya. Sekolah ini diketuai oleh seorang Guru Besar dan dibantu oleh 13 orang tenaga pengajar. Jumlah pelajar sehingga akhir tahun 2009 melebihi 300 orang. Sesi persekolahan bagi sekolah ini iaitu pagi dan petang. Sesi pagi melibatkan pelajar Tadika Islam sehingga darjah tiga manakala sesi petang melibatkan pelajar darjah empat sehingga darjah enam. Kajian Pencapaian Akademik dan Kokurikulum Pelajar Sekolah Agama merupakan tajuk kajian kami. Kami memilih sekolah ini kerana kami berpendapat bahawa masyarakat pada hari ini menganggap sekolah agama hanya sekadar mengajar agama dan tidak aktif dalam

kokurikulum, tetapi pandangan dan andaian berikut tidak tepat sama sekali. Sekolah agama sememangnya cemerlang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum. Ternyata pemilihan sekolah agama sebagai tempat kami menjalankan kajian membuahkan hasil dan berjaya membetulkan persepsi masyarakat terhadap sekolah agama.

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

2.0

Pernyataan masalah

Matlamat pendidikan negara yang tercatat dalam Kementerian Pelajaran Malaysia adalah melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Kementerian turut berhasrat melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Seterusnya adalah menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Persepsi masyarakat yang mengatakan sekolah agama tidak mampu melahirkan pelajar yang berjaya dalam semua bidang adalah tidak benar sama sekali

Bersumberkan matlamat ini, pengkaji ingin mengkaji struktur pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum di sekolah khususya sekolah agama. Di dalam kajian ini penyelidik cuba mendapat informasi dari Guru Besar dengan memfokuskan kepada ciri-ciri seperti berikut:

Pencapaian akademik Pencapaian kokurikulum

3.0

Kaedah Kajian Kumpulan pengkaji telah menjalankan kajian di Sekolah Rendah Agama Masjid Negara.

Jadi, pengkaji telah memilih kaedah jenis kuantitatif sebagai kaedah yang akan dijalankan terhadap Sekolah Rendah Agama Masjid Negara . Pengkaji telah menyediakan 10 soalan kesemuanya. Soalan-soalan yang terdapat di dalam Borang Kaji Selidik itu mempunyai 2 bahagian iaitu Bahagian A yang berbentuk demografi iaitu soalan yang berkaitan dengan fakta ataupun maklumat seperti contoh umur, jantina, jenis pekerjaan, dan sebagainya. Manakala Bahagian B pula adalah berkaitan dengan permasalahan kajian yang kami lakukan iaitu mengkaji Pencapaian Akademik dan Kokurikulum di Sekolah Rendah Agama .

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

Kesemua 10 soalan yang telah pengkaji lakukan adalah berbentuk soalan tertutup (closeended) iaitu pilihan jawapan disediakan mengikut kehendak soalan. Seterusnya, kaedah yang pengkaji gunakan ialah kaedah temubual. Oleh itu, pengkaji telah menemuramah Guru Besar di sekolah tersebut. Tujuan pengkaji memilih beliau adalah kerana beliau merupakan ketua pentadbiran yang tertinggi didalam sekolah tersebut. Maka, sudah pasti responden mengetahui tentang selok-belok pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut. Pengkaji telah menemuramah responden dengan menggunakan soalan-soalan yang terkandung dalam borang kaji selidik. Segala maklumat yang telah diperolehi oleh pengkaji daripada responden dicatatkan didalam borang kaji selidik dan kemudiannya maklumat-maklumat tersebut diproses. Antara prosesnya adalah menganalisis maklumat, mewakili dan menginterpretasi data dan seterusnya boleh membuat keputusan ataupun kesimpulan mengenai permasalahan kajian yang pengkaji telah lakukan. Jadi, kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji hanya akan lengkap sekiranya kesemua proses yang dinyatakan di atas telah dilaksanakan. Ini kerana setiap langkah- langkah tersebut adalah penting dan amat mempengaruhi kaedah kajian yang pengkaji laksanakan.

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

4.0

Hasil Kajian

Bahagian A - Demografi 1. Bilangan pelajar:

Bil Pelajar(orang)
250 200 150 100 50 0 144 Lelaki Perempuan 219

Jantina

Bilangan pelajar lelaki ialah seramai 219 orang manakala pelajar perempuan ialah seramai 144 orang. Jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 365 orang.

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

2. Bilangan guru:

14 Bilangan Guru(orang) 12 10 8 6 4 2 0 2007 2008 2009 2010

Lelaki Perempuan

Tahun

Pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010, bilangan guru lelaki ialah seorang sahaja. Pada tahun 2007 dan 2008, bilangan guru perempuan ialah seramai 10 orang.Pada tahun 2009 dan 2010, bilangan guru perempuan ialah seramai 12 orang, meningkat sebanyak 2 orang guru.

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

3. Tahap pendidikan guru yang mengajar:

Peratus %
100% 90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% 2010 Lain-lain Diploma Pendidikan

Tahun

Tahap pendidikan bagi guru yang mengajar menunjukkan 85% daripada mereka adalah berkelulusan Diploma Pendidikan manakala yang selebihnya iaitu sebanyak 15% berkelulusan lain-lain seperti ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan sebagainya.

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

4. Bilangan kemasukan pelajar mengikut tahun:

Bil Pelajar(Orang)
250

200

150 Lelaki 100 Perempuan

50

0 2006 2007 2008 2009 2010

Tahun

Pada tahun 2006, bilangan kemasukan bagi pelajar lelaki ialah seramai 83 orang manakala bagi pelajar perempuan seramai 47 orang. Pada tahun 2007, bilangan kemasukan bagi pelajar lelaki ialah seramai 72 orang manakala bagi pelajar perempuan seramai 82 orang.Pada tahun 2008, bilangan kemasukan bagi pelajar lelaki ialah seramai 65 orang manakala bagi pelajar perempuan seramai 162 orang. Pada tahun 2009, bilangan kemasukan bagi pelajar lelaki ialah seramai 129 orang manakala bagi pelajar perempuan seramai 124. Pada tahun 2010, bilangan kemasukanbagi pelajar lelaki ialah seramai 219 orang manakala bagi pelajar perempuan seramai 144 orang. Secara keseluruhan, graf menunjukkan skala meningkat.

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

Bahagian B Pencapaian Akademik dan Kokurikulum 5. Jenis kegiatan akademik yang disertai:

Bil Pelajar(Orang)
12 10 8 6 4 2 0 Tilawah AlQuran Hafazan Syarahan Nasyid Lain-lain

Tilawah Al-Quran Hafazan Syarahan Nasyid Lain-lain

Kegiatan Akademik

Bilangan pelajar yang terlibat dengan Tilawah Al-Quran ialah seramai 5 orang. Manakala pelajar yang terlibat dengan Hafazan ialah seramai 3 orang. Bagi Nasyid, bilangan pelajar yang terlibat ialah seramai 10 orang dan seramai 7 orang pelajar terlibat dengan lain-lain kegiatan akademik seperti Pidato dan Choral Speaking ( Bahasa Arab).

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

6. Peratusan pelajar yang lulus dan gagal:

100%

Peratus Pelajar

90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% 2007 2008 2009 Lulus Gagal

Tahun

Pada tahun 2007, peratusan pelajar yang lulus ialah sebanyak 83% manakala yang gagal ialah sebanyak 17%. Pada tahun 2008, peratusan pelajar yang lulus ialah sebanyak 84% yang gagal ialah sebanyak 16%. Pada tahun 2009, peratusan pelajar yang lulus ialah sebanyak 87% manakala yang gagal ialah sebanyak 13%. 7. Tahap aktiviti akademik sekolah:

Tahap aktiviti akademik sekolah

Zon

Wilayah

Negeri

Kebangsaan

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

8. Tahap pencapaian kurikulum:

Bil Pelajar (Orang)


6 5 4 7A 3 2 1 0 2007 2008 2009 8A 9A

Tahun

Pada tahun 2007, bilangan pelajar yang mendapat 7A dan 8A ialah seorang, dua orang telah mendapat keputusan 9A. Pada tahun 2008, hanya seorang pelajar yang mendapat keputusan 8A dan 3 orang mendapat 9A. Pada tahun 2009 pula, seramai 4 orang pelajar yang mendapat keputusan 7A, 2 orang mendapat keputusan 8A dan 5 orang mendapat keputusan 9A.

10

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

9. Jenis sukan yang diwakili pelajar:

Jenis Sukan

Bola Sepak

Bola Jaring

Bola Baling

Lain-lain

10. Tahap pencapaian kokurikulum pelajar:

Tahap pencapaian kokurikulum pelajar

Zon

Wilayah

Negeri

Kebangsaan

11

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

5.0

Analisis Kajian

Analisis 1: Perbandingan di antara Jenis Kegiatan Ko-Akademik dengan Kemasukan Pelajar Jenis kegiatan ko-akademik yang disertai Tilawah Al-Quran Hafazan Syarahan Nasyid Lain-lain Pelajar Lelaki 2 3 2 4 Pelajar Perempuan 3 2 1 3

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, pada tahun 2010, jumlah pelajar yang belajar di sekolah berkenaan adalah seramai 365 orang. Seramai 219 orang pelajar atau 60 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan bilangan pelajar lelaki, manakala 40 peratus lagi adalah bilangan pelajar perempuan iaitu seramai 144 orang. Jumlah pelajar ini mempengaruhi penglibatan mereka dalam kegiatan akademik yang mereka sertai. Kami telah mengemukakan soalan kepada responden mengenai jenis kegiatan akademik yang disertai oleh pelajar di sekolah berkenaan. Data yang kami perolehi menunjukkan bahawa seramai 5 orang pelajar terlibat dalam pertandingan tilawah Al-Quran, 2 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Bagi pertandingan hafazan,seramai 3 orang sahaja yang terlibat, dan ketiga-tiga mereka adalah pelajar lelaki. Bagi pertandingan syarahan, seramai 4 orang pelajar yang terlibat dan 2 daripadanya adalah pelajar lelaki dan selebihnya adalah

12

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

pelajar perempuan. Bagi kegiatan nasyid hanya seorang sahaja yang terlibat, iaitu pelajar perempuan. Manakala, seramai 7 orang terlibat dengan lain-lain kegiatan. 4 orang darinya terdiri daripada pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Oleh yang demikian,

berdasarkan jadual yang pengkaji analisis menunjukkan bahawa bilangan pelajar turut mempengaruhi kegiatan akademik pelajar. Analisis 2: Jumlah Guru Mempengaruhi dalam Pencapaian Pelajar

100%

Peratus Pelajar

90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% 2007 2008 2009 Lulus Gagal

Tahun

Selain itu, mengikut data hasil kajian yang kami perolehi, bilangan guru yang mengajar di sekolah ini adalah seramai 13 orang, terdiri daripada seorang guru lelaki dan 12 orang guru wanita. Data yang kami perolehi menunjukkan majoriti guru yang

bertugas di sekolah ini mempunyai taraf pendidikan dalam Diploma Pendidikan. Selain

13

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

itu, terdapat juga taraf pendidikan selain Diploma Pendidikan. Tahap pendidikan guru di sekolah ini turut menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada pencapaian pelajar. Soalan nombor 6 bahagian B menunjukkan peratusan pelajar yang lulus dan gagal. Mengikut data yang kami perolehi, pada tahun 2007 hanya 17 peratus dari jumlah keseluruhan pelajar pada tahun itu gagal dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA), manakala 83 peratus lagi lulus peperiksaan tersebut. Pada tahun 2008 pula, peratusan pelajar yang gagal menurun sebanyak 1 peratus, iaitu kepada 16 peratus. Peratus jumlah pelajar yang berjaya lulus menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus. Manakala pada tahun 2009, peratusan pelajar yang gagal menunjukan penurunan sebanyak 3 peratus kepada 13 peratus berbanding pada tahun 2008. Peratusan pelajar yang lulus pula menunjukkan peningkatan kepada 87 peratus. Kadar peratusan pelajar yang gagal telah menurun sebanyak 4% dari tahun 2007 hingga tahun 2009, keadaan ini disebabkan oleh pertambahan 2 orang guru pada tahun 2007 menjadi tenaga pengajar di SRA iaitu meningkat dari 11 orang guru kepada 13 orang guru di mana guru dapat memberi lebih perhatian terhadap prestasi dan pembangunan pelajar.

14

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

Analisis 3: Kemasukan Pelajar Mempengaruhi Pencapaian Kurikulum Pelajar


6 5 4 3 2 1 0 2007 2008 2009 9A 8A 7A

Jika dilihat pada bilangan kemasukan pelajar yang bermula pada tahun 2006 sehingga 2010, jumlah kemasukan pelajar menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2006, seramai 130 orang pelajar yang memasuki sekolah berkenaan. Sebanyak 63.8 peratus atau 83 orang daripada jumlah pelajar pada tahun berkenaan adalah pelajar lelaki, selebihnya yang berjumlah 47 orang adalah bilangan pelajar perempuan. Pada tahun 2007, seramai 154 orang telah mendaftar di sekolah berkenaan. Seramai 72 orang merupakan pelajar lelaki dan 82 orang adalah pelajar perempuan. Pada tahun 2008, jumlah pelajar yang mendaftar adalah seramai 227 orang. Pelajar lelaki hanya mencatatkan 65 orang atau 28.6 peratus dari jumlah pelajar yang mendaftar pada tahun tersebut. Manakala, pelajar perempuan yang mendaftar pada tahun tersebut adalah seramai 162 orang. Pada tahun seterusnya, jumlah pelajar yang mendaftar terus meningkat kepada 253 orang. Seramai 129 orang daripada yang mendaftar adalah pelajar lelaki, manakala pelajar perempuan

15

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

adalah seramai 124 orang sahaja. Pada tahun 2010 pula, jumlah pelajar yang mendaftar terus meningkat kepada 365 orang. Seramai 219 orang adalah pelajar lelaki dan bakinya iaitu sebanyak 144 orang adalah pelajar perempuan. Pertambahan pelajar yang mendaftar mempengaruhi tahap pencapaian sekolah berkenaan. Keadaan ini juga disebabkan terdapat sesetengah pelajar-pelajar baru yang mendaftar telah dikenalpasti mempunyai tahap kecerdikan yang tinggi dan ia mempengaruhi pelajar-pelajar lain dalam meningkatkan prestasi pelajaran disamping dibantu oleh guru-guru. Mengikut data yang kami perolehi dari hasil kajian kami, pada tahun 2007 seramai 2 orang pelajar telah berjaya mendapat 9 A, seorang berjaya mendapat 8 A dan seorang berjaya mendapat 7 A dalam ujian penilaian sekolah rendah agama (UPSRA). Bagi tahun 2008 pula, seramai 3 orang pelajar berjaya mendapat keputusan 9A, seorang berjaya mendapat 8 A dan seorang mendapat keputusan 7A. Namun pada tahun 2009, jumlah pelajar yang mendapat 9A meningkat kepada 5 orang, manakala yang mendapat 8 A adalah seramai 2 orang dan terdapat 4 orang pelajar yang mendapat 7 A. 6.0 Kesimpulan

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa kajian yang dijalankan terhadap pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar sekolah agama adalah di tahap yang baik dan memuaskan. Ini kerana kebanyakkan daripada mereka yang bersekolah di sekolah ini mempunyai tahap pemikiran atau IQ yang baik dan mampu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Persepsi masyarakat yang mengatakan sekolah agama tidak mampu melahirkan pelajar yang berjaya dalam semua bidang adalah tidak benar sama sekali kerana mereka juga telibat dalam aktiviti kokurikulum seperti di sekolah kebangsaan. Walaupun mereka melaksanakan aktiviti kokurikulum tetapi perlaksanaan tersebut tidak sama dengan sekolah kebangsaan kerana sekolah-

16

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

sekolah agama terletak dibawah pentadbiran Jabatan Agama Islam negeri-negeri tidak seperti sekolah kebangsaan yang berada di bawah naungan Kementerian Pelajaran di mana aktiviti kokurikulum mereka adalah seragam dan tidak seperti sekolah agama di mana aktiviti kokurikulum mereka ditentukan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Oleh itu, SRA JAWI hanya melaksanakan kegiatan kokurikulum antara SRA yang berada di bawah kelolaan JAWI. Oleh itu, persepsi negatif masyarakat terhadap sekolah agama perlulah dihapuskan dan masyarakat perlu berfikiran positif dalam menilai sekolah agama.

17

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

LAMPIRAN

18

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

Borang Kaji Selidik Pencapaian Akademik dan Kokurikulum Sekolah Rendah Agama
Assalamualaikum/Salam sejahtera, Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang pencapaian akademik dan kokurikulum di sekolah berkenaan. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu kumpulan penyelidik Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik iniadalah amat dihargai.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG

1. Bilangan pelajar: Lelaki Perempuan

2. Bilangan guru: 2007 2008 2009 2010 L L L L P P P P

19

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

3. Tahap pendidikan guru yang mengajar STPM /STAM Diploma Ijazah sarjana muda Ijazah sarjana

4. Bilangan kemasukan pelajar mengikut tahun: 2006 2007 2008 2009 2010 L L L L L P P P P P

20

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

BAHAGIAN B: PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

5. Jenis Kegiatan Akademik yang disertai Tilawah al-Quran Hafazan Syarahan Lain-lain

6. Peratusan Pelajar yang lulus dan gagal 2007 2008 2009

7. Tahap Pencapaian Akademik Sekolah Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa

21

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

8. Tahap Pencapaian Kurikulum Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa

9. Jenis Sukan yang diwakili pelajar 2006 2007 2008 2009

10. Tahap Pencapaian Kokurikulum Pelajar

Zon
Wilayah Negeri Kebangsaan

22

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

23

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

24

KAEDAH KUANTITATIF (LNU1023)

You might also like