Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 28

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Soalan Dan Jawapan Bagi Subjek Teknologi Dan Masyarakat


1. Bila ada yang menyebut kata teknologi, apa yang ada dalam minda anda tentang hal berkenaan. Jelaskan dengan rinci. Secara umum teknologi adalah gabungan ilmu, skill (kemahiran) dan teknik, atau peraturan membuat dan menggunakan sesuatu untuk tujuan atau kepentingan tertentu. Apa itu teknologi? Teknologi (Latin) Texere (membentuk, menubuhkan) Hasil ciptaan manusia/masyarakat * utk hidup lebih selesa dan selamat * penciptaan dipengaruhi oleh 2 faktor: i) budaya setempat ii) alam sekitar Secara amnya - teknologi adalah cara, peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan, membuat atau membina sesuatu. Adalah corak utk satu-satu tindakan yang bertujuan mengurangkan ketidakpastian dalam hubungan sebab dan akibat dalam usaha mencapai matlamat yang diingini. (Everett M. Rogers, 1991). 2. Can you elaborate more the term of technology in english. In general technology is the relationship that society has with its tools and crafts, and to what extent society can control its environment. The Merriam-Webster dictionary offers a definition of the term: "the practical application of knowledge especially in a particular area" and "a capability given by the practical application of knowledge".[1] Ursula Franklin, in her 1989 "Real World of Technology" lecture, gave another definition of the concept; it is "practice, the way we do things around here".[2] The term is often used to imply a specific field of technology, or to refer to high technology or just consumer electronics, rather than technology as a whole.[3] Bernard Stiegler, in Technics and Time, 1, defines technology in two ways: as "the pursuit of life by means other than life", and as "organized inorganic matter."[4] Technology can be most broadly defined as the entities, both material and immaterial, created by the application of mental and physical effort in order to achieve some value. In this usage, technology refers to tools and machines that may be used to solve real-world problems. It is a far-reaching term that may include simple tools, such as a crowbar or wooden spoon, or more complex machines, such as a space station or particle accelerator. Tools and machines need not be material; virtual technology, such as computer software and business methods, fall under this definition of technology.[5] The word "technology" can also be used to refer to a collection of techniques. In this context, it is the current state of humanity's knowledge of how to combine resources to produce desired products, to solve problems, fulfill needs, or satisfy wants; it includes technical methods, skills, processes, techniques, tools and raw
1

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

materials. When combined with another term, such as "medical technology" or "space technology", it refers to the state of the respective field's knowledge and tools. "Stateof-the-art technology" refers to the high technology available to humanity in any field. Technology can be viewed as an activity that forms or changes culture.[6] Additionally, technology is the application of math, science, and the arts for the benefit of life as it is known. A modern example is the rise of communication technology, which has lessened barriers to human interaction and, as a result, has helped spawn new subcultures; the rise of cyberculture has, at its basis, the development of the Internet and the computer.[7] Not all technology enhances culture in a creative way; technology can also help facilitate political oppression and war via tools such as guns. As a cultural activity, technology predates both science and engineering, each of which formalize some aspects of technological endeavor. The word "technology" can also be used to refer to a collection of techniques. In this context, it is the current state of humanity's knowledge of how to combine resources to produce desired products, to solve problems, fulfill needs, or satisfy wants; it includes technical methods, skills, processes, techniques, tools and raw materials. When combined with another term, such as "medical technology" or "space technology", it refers to the state of the respective field's knowledge and tools. 3. Bila ada yang menyatukan kata teknologi dengan kata lain, sila anda jelaskan dengan baik : a. Teknologi informasi dan maklumat, Teknologi informasi dan maklumat merangkumi semua teknologi yang digunakan utk menghasilkan, menyimpan, bertukar-tukar dan menggunakan maklumat dalam berbagai bentuk (contoh: data perdagangan, musik, imej, video dll). Kemajuan teknologi informasi dan maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini. Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah s.w.t.: ''Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga ternyatalah bagi mereka bahawa (Islam) itu benar.'' (al-Quran Fussilat (41), ayat 53). Proses globalisasi dan pensejagatan ilmu merupakan satu proses yang dapat menyerlahkan kebenaran dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang positif sesuai dengan tuntutan agama sendiri. Berdasarkan hal ini maka orang Islam tidak seharusnya menyisihkan diri dari perkembangan dan pembangunan teknologi maklumat pada hari ini, malah kita seharusnya dapat melibatkan diri secara aktif dan menjadi penyumbang utama untuk melahirkan satu masyarakat bertamadun bercirikan kebenaran seperti yang terkandung dalam agama kita.

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

b. Teknologi pemakanan, Makanan dan kehidupan tidak boleh terpisah. Makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi bukan sahaja penting untuk pembangunan negara dengan rakyat yang sihat tetapi juga merupakan faktor persaingan dalam ekonomi global dan seterusnya memperingkatkan pendapatan negara. Teknologi juga memberi impak kepada pengeluaran dan kualiti serta daya pemasaran dalam industri makanan hari ini. Asas Sains Makanan memberi tumpuan kepada pengeluaran, pemprosesan, pengawitan, pemasaran dan pengambilan makanan. Pemakanan pula memfokus kepada proses perolehan makanan dan penggunaan atau aplikasi nutrien. Paduan kedua-dua aspek ini boleh menghasilkan produk makanan yang berkhasiat dan berkualiti secara terancang dan dinamik. Proses penyediaan makanan memerlukan peralatan dan teknik yang teratur dan tersusun.Penyediaan peralatan dan bahan makanan dalam tradisi kehidupan orang melayu dipengaruhi oleh persekitaran. Aspek ini penting dalam industri makanan yang melibatkan pemprosesan dan pengeluaran makanan serta aktiviti pengurusan yang merangkumi pengendalian pembelian dan pemasaran, peraturan dan undang-undang syarikat, pemantuan serta kawalam kos. c. Teknologi perubatan, Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam zaman pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan amalan perubatan Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan teori dan amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Di dalam dunia Islam zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota yang utama; umpamanya di Kaherah, Hospital Qalawun mempunyai kakitangankakitangan yang termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat, yang boleh merawat 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahaman penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas ini. d. Teknologi pengangkutan, dan Teknologi pengangkutan telah banyak berubah dan berlaku dengan pesat. Kewujudan teknologi membolehkan jaringan pengangkutan dipertingkatkan mutunya bukan sahaja dari segi bilangan destinasi tetapi juga masa perjalanan. Dalam teknologi pengangkutan rel, pada masa dahulu pergerakan agak lambat menggunakan kuasa wap (arang batu), kemudian bertukar kepada teknologi desel dan sekarang elektrik dan magnetik. Adanya teknologi dan disokong dengan modal yang banyak maka jaringan pengangkutan akan semakin baik.

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Pengangkutan adalah medium penting dalam mempengaruhi letakan lokasi sektor pembuatan kerana ia merupakan agen pergerakan (movement) dan pemindahan barangan dan juga manusia dari satu tempat ke tempat lain. Perkembangan pesat teknologi pengangkutan membantu mempercepatkan pergerakan seperti kapal terbang. Singapura contohnya adalah negara memproses petroleum utama di Asia Tenggara walaupun ia tidak mempunyai sumber tersebut tetapi dengan adanya kemajuan pengangkutan yang baik maka ianya tidak mustahil. e. Teknologi pengeluaran pertanian. Penggunaan kaedah kaedah atau cara menghasilkan produk atau sistem dalam sektor pertanian bermula sejak sekian lama tetapi ianya bersifat mudah dan tidak meluas Ketika itu hanya teknologi pertanian lebih kepada kelapa sawit dan getah dan koko kerana komoditi inilah yang menjadi sumber ekonomi sejak awal merdeka. Lebih awal daripada itu sesetengah pengusaha mula mencuba pelbagai spesies ikan untuk ditemak seperti ikan kap pada 1920an. Dalam tempoh lima dekad apabila Malaysia merdeka dan membina universiti serta institusi penyelidikan ramai samtis dan ahli teknologi serta pengurusan dikeluarkan dan mereka inilah yang menjadi penggerak kepada revolusi teknologi dalam pertanian. Teknologi telah berjaya membuat anjakan kepada wajah pertanian daripada kecil-kecilan kepada maju dan berskala besar. Teknologi tersebut sebenamya merangkumi pelbagai cabang sama ada mekanisasi dan automasi pada jentera teknologi maklumat dan komunikasi bioteknologi pembiakbakaan dan nanoteknologi serta teknologi maklumat.Teknologi dan inovasi tersebut dimanfaatkan dalam tiga cabang utama pertanian iaitu penanaman, penternakan ikan dan haiwan. 4. Pada rajah berikut sila jelaskan keterkaitan teknologi dengan culture, process, people and knowledge management. Budaya sesebuah masyarakat mempengaruhi cara penggunaan, pembinaan dan penguasaan terhadap teknologi bagi memenuhi keperluan serta keinginan mereka. Perubahan dalam corak kegiatan ekonomi dan persekitaran memerlukan masyarakat menyesuaikan diri dengan teknologi baru dari masa ke semasa dengan menyerap nilai-nilai baru yang sesuai bagi memajukan diri mereka. Proses ini dikenali sebagai pembudayaan teknologi yang merujuk kepada satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Pembudayaan teknologi melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi. Nelson dan Clark (1994) mencadangkan bahawa penggunaan teknologi mempunyai komponen budaya yang kuat (Anandarajan et al., 2000: 299). Perlakuan manusia dalam penggunaan teknologinya terikat dan dipengaruhi oleh nilai-nilai budayanya. Budaya merupakan kuasa sosial yang membolehkan manusia bertindak. Malinowsky dalam bukunya A Scientific Theory of Culture (1944) mendefinisikan
4

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Manusia melakukan berbagai aktiviti, peralatan serta cara-cara tertentu bagi memenuhi keperluan hidupnya. Teknologi terhasil daripada amalan individu atau kumpulan yang bertindak balas terhadap keperluan mereka. Kepelbagaian yang terdapat dalam teknologi menggambarkan perbezaan persekitaran, keperluan serta kemampuan manusia yang berkait rapat dengan soal budaya. Teknologi menyediakan sumber-sumber di mana manusia boleh menggunakannya dan seterusnya meningkatkan kesan kepada tugas yang dilakukan (Jaafar Muhammad, 1997: 4). Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat berkaitan penggunaan teknologi. Budaya tersebut menentukan cara-cara bagi memahami sesuatu perkara berbentuk teknikal, menterjemahkan matlamat serta kegunaan teknologi, mengenal pasti masalah serta peraturan-peraturan dalam tindakan dan mencari pernyelesaian bagi setiap permasalahan berkaitan dengan teknologi. Pilihan terhadap teknologi bergantung kepada sikap seseorang sama ada bersikap terbuka atau sebaliknya dalam menerima teknologi baru. Penerimaan biasanya bergantung kepada sejauh mana teknologi berkenaan sesuai dan berfaedah untuk masyarakat. Kesedaran terhadap nilai dalam barang-barang budaya dan penggunaan peralatan untuk sesuatu pengeluaran memerlukan pengetahuan serta kemahiran menggunakannya. Dalam proses penilaian teoritikal, minda manusia mengenalpasti objek dan peristiwa yang berlaku dan memahami perhubungan antara keduanya. Imaginasi manusialah yang menghasilkan proses penilaian dan seterusnya membantu manusia mencipta. Proses mental, kepercayaan dan nilai merupakan elemen-elemen penting yang terdapat dalam budaya. Dalam mengharungi perubahan teknologi yang pesat ini, kecemerlangannya bergantung kepada budaya teknologi sesebuah masyarakat itu daripada segi amalan penggunaan teknologi serta penguasaan mereka tentang pengetahuan dalam perkaraperkara berkaitan dengan teknologi. Sejarah membuktikan bahawa budaya teknologi dapat memajukan sesebuah bangsa dengan kadar yang lebih cepat. Budaya memainkan peranan yang penting dalam menyediakan nilai serta sikap yang relevan dalam mempertingkatkan kemajuan sesebuah masyarakat melalui teknologi. Pengkaji berpendapat bahawa budaya dan keadaan sesetengah negara berupaya memupuk suasana yang menggalakkan sesuatu yang baru, praktikal dan berguna misalnya, di Amerika Syarikat manakala dalam sesetengah keadaan pula, peperangan atau ancamannya serta permusuhan dalam perdagangan antara bangsa mendorong kepada ledakan penciptaan atau minat kepada teknologi baru sebagaimana yang berlaku di Jepun. Berikut adalah kupasan yang dibuat ke atas beberapa aspek penting dalam budaya teknologi beberapa bangsa berdasarkan kepada perwatakan dan sifat diri, hubungan antara manusia, pengaruh agama, budaya ilmu dan pembelajaran serta amalan penyelidikan dan inovasi. Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat dalam penggunaan teknologi. Pembudayaan teknologi merupakan satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Proses ini melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan
5

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi. Kajian-kajian lampau banyak membuktikan bahawa terdapat perkaitan positif antara budaya dengan perwatakan diri, gelagat organisasi, penguasaan ilmu, penguasaan IT, kemampuan inovasi, perlakuan yang berdaya saing dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kemajuan teknologi sesebuah bangsa ditunjangi oleh amalan serta nilai-nilai yang membentuk budaya teknologi bangsa berkenaan. Budaya ilmu dan pembelajaran, amalan penyelidikan serta inovasi perlu disemai dan diterapkan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan pencapaian dalam bidang teknologi untuk kekal berdaya saing. 5. Apa yang anda ketahui tentang teknologi melayu sejarah perkembangan dan hal-hal lain yang berkenaan dengannya. Dalam realiti kehidupan masyarakat melayu seharian, setiap orang adalah terlibat dengan teknologi, baik di peringkat yang memerlukan pengalaman seperti pembuatan, mahupun sebagai pengguna Dalam Masyarakat melayu masa lalu. orang ramai perlu mempelajari dan menguasai sebahagian dari pada teknologi tradisional, terutama dalam menghasilkan peralatan untuk kegunaan harian. Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu Candi di Lembah Bujang Kedah (abad 1 EB), mengikut reka bentuk kuil Hindu selepas abad ke-2 SEB : serambi, dewan mandapa (kedua-dua drpd kayu) dan bilik suci yg ditutupi oleh Shikkara (mungkin drpd batu) seperti di India Candi Hindu Siva di Java mengikut reka bentuk yg sama Candi Buddha Borobodur yg dibina pada abad ke-8 EB oleh Sri Vijaya diperbuat drpd batu, pintunya terdiri drpd tiang dan palang, dan candi ini terdiri drpd banyak stupa kecil yg berakhir dgn Stupa terbesar di puncaknya Rumah Melayu diperbuat drpd kayu & bumbung asal rumah Melayu ialah bumbung lipat kajang yg berbentuk mengikut suku-kaum iaitu berbentuk tanduk di Minangkabau dan perahu di Batak Bentuk bumbung dipengaruhi oleh budaya luar seperti bumbung berpeleh dari Siam, bumbung berperabung lima dari India dan bumbung limas dari Belanda Masjid Melayu asli tidak mempunyai sebarang gerbang atau kubah contohnya Masjid Kampung Laut Kelantan & Masjid Agung Demak Java Ruang solat yg luas disediakan dengan menggunakan bumbung cangkup tiga lapis yg semakin luas ke bawah
6

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Rupa bentuk bumbung ini mirip gunung Meru di kuil Hindu & ini menjadi faktor dakwah untuk menarik penganut Hindu ke Masjid utk memeluk Islam dengan mudah Pendapat lain yg mengatakan bentuk bumbung ini adalah pengaruh orang Islam dari Cina masih belum dapat dibuktikan dgn jelas Bentuk bumbung masjid Melayu berubah dengan kedatangan arkitekarkitek British dari India pada zaman penjajahan British yg mereka- bentuk masjid-masjid besar Melayu mengikut bentuk Moghul India Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 EB, akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 EB) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara Catatan Cina abad ke-8 EB menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini Padi yg berasal dari Semenanjung Malaysia ditanam di sini sejak zaman purba lagi iaitu sejak revolusi pertanian Sampel padi tertua ditemui di Thailand Model tenggala kecil di Lembah Bujang Padi merupakan salah satu perkataan Melayu Asli Dua jenis tenggala; Tenggala Perlis/Siam &Tenggala Cina Pelombongan juga dijalankan sejak Zaman purba apabila semenanjung Malaysia dikenali sebagai the Golden Chersonese oleh Ptolemy; emas, perak & timah dihasilkan Keris dibuat oleh pandai keris dgn menempa beberapa lapis besi seperti cara menempa pedang Damsyik & menghasilkan ukiran pamur seperti ukiran firind yg terdapat di atas pedang tersebut

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Bukti sejarah menunjukkan keris hanya dipakai pada abad ke-14 EB iaitu pada zaman Islam Pandai keris mengetahui besi kharsani yg dikenali dalam al-kimia di Asia Barat Ahli al-kimia digelar hakim yg bermakna bijak bestari dan istilah pandai merupakan peMelayuan hakim Berdasarkan ini, ada kemungkinan teknologi pembuatan keris datang drpd Asia Barat Teknologi senjata api juga diimpot dari Asia Barat Tome Pires, ahli sejarah Portugis, mendapati 3000 laras meriam gangsa di dalam kota Melaka dan hairan bagaimana Portugis boleh menang Meriam dicipta oleh orang Islam dan besar kemungkinan teknologi ini diimpot dari Asia Barat Meriam Melayu digelar lela dan rentaka dan bentuknya sama seperti bentuk meriam kecil Islam Istinggar (musket) juga berasal dari sana kerana cara membuatnya dengan mengimpal lilitan sekeping besi sama dengan cara pembuatan istinggar Turki dan tak sama dengan cara membuat istinggar di Barat dengan mengimpal kepingan besi lurus di sekeliling lubang Teknologi gangsa menggunakan teknik lilin lesap Penghembus angin utk rakmo (relau) digelar musang Tuangan tembaga dikemaskan dgn pelarik bindu kaki Teknologi emas & perak juga dikembangkan sejak purba kala lagi Perak lebur dituang ke dalam acuan kayu & dihiasi melalui titingan Penenun digelar kek di Kelantan & Terengganu dari Asia Barat Benang digantih dgn memintal kapas& menariknya melalui lubang utk membuat benang Benang lungsin diregang dgn menggunakan anian, karap digunakan untuk memisahkan benang lungsin selang-seli untuk memasukkan benang karap dengan menggunakan anak torak Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal Dengan Penghinduan pada abad pertama EB, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7 EB Dengan pemelukan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama alkimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP 6. Jelaskan keterkaitan dan perkembangan teknologi dengan islam.
8

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Semasa Zaman Keemasan Islam, para ahli falsafah dan ahli sains, serta juruterajurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu. Jika kita merenung kembali sejarah silam khususnya di sekitar abad Ke-5 sehingga abad Ke-15, warisan Islam telah membukitkan bahawa masyarakat Islam pada masa itu telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi khususnya bidang matematik, astronomi, perubatan, kejuruteraan, pertanian, teori dan sains gunaan. Saintis-saintis terkenal dan para ilmuwan seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Razi, AlJazari dan Al-Khawarizmi telah berjaya menghasilkan penemuan dan inovasi penting di samping menyingkap misteri ilmu sains yang telah menyumbang kepada perkembangan keagungan empayar Islam tanpa menggugat keutuhan, kesucian dan akidah Islam. Penemuan-penemuan baru masyarakat Islam amat dikagumi oleh bangsa Eropah yang kemudiannya mengasimilasi dan menjadikannya sebagai sebahagian kehidupan harian mereka seperti penggunaan kopi, sabun, peralatan bedah, vaksinasi, algebra dan penerapan ciri senibina Islam. 7. Teknologi ternyata amat dekat dengan masyarakat. Jelaskan apa maksudnya. Silah beri contoh-contoh. Dalam mengharungi perubahan teknologi yang pesat ini, kecemerlangannya bergantung kepada budaya teknologi sesebuah masyarakat itu daripada segi amalan penggunaan teknologi serta penguasaan mereka tentang pengetahuan dalam perkaraperkara berkaitan dengan teknologi. Sejarah membuktikan bahawa budaya teknologi dapat memajukan sesebuah bangsa dengan kadar yang lebih cepat. Budaya memainkan peranan yang penting dalam menyediakan nilai serta sikap yang relevan dalam mempertingkatkan kemajuan sesebuah masyarakat melalui teknologi. Pengkaji berpendapat bahawa budaya dan keadaan sesetengah negara berupaya memupuk suasana yang menggalakkan sesuatu yang baru, praktikal dan berguna misalnya, di Amerika Syarikat manakala dalam sesetengah keadaan pula, peperangan atau ancamannya serta permusuhan dalam perdagangan antara bangsa mendorong kepada ledakan penciptaan atau minat kepada teknologi baru sebagaimana yang berlaku di Jepun. Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat dalam penggunaan teknologi. Pembudayaan teknologi merupakan satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Proses ini melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi. Kajian-kajian lampau banyak membuktikan bahawa terdapat perkaitan positif antara budaya dengan perwatakan diri, gelagat organisasi, penguasaan ilmu, penguasaan IT, kemampuan inovasi, perlakuan yang berdaya saing dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.
9

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Kemajuan teknologi sesebuah bangsa ditunjangi oleh amalan serta nilai-nilai yang membentuk budaya teknologi bangsa berkenaan. Budaya ilmu dan pembelajaran, amalan penyelidikan serta inovasi perlu disemai dan diterapkan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan pencapaian dalam bidang teknologi untuk kekal berdaya saing. 8. Jelaskan pihak-pihak yang berhubung-kait dengan teknologi dalam kehidupan seharihari. DENGAN penggunaan teknologi, manusia mampu merentasi sempadan upaya deria serta kudrat diri. Dalam kata lain, teknologi membantu manusia melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih cekap, pantas dan berkesan. Kebergantungan manusia terhadap teknologi dalam kehidupan seharian dilihat semakin bertambah sejajar dengan pengenalan teknologi terbaru. Baik komputer, telefon bimbit, mahupun kereta atau sebagainya merupakan antara teknologi yang tidak dapat dipisahkan dengan suasana hidup zaman moden hari ini. Obsesi terhadap teknologi kadang kala membuatkan manusia menganggap teknologi sebagai matlamat, lalu menjuruskan mereka ke arah kehidupan yang materialistik. Pembangunan teknologi menjadi agenda teras sedangkan pembangunan insani sering terpinggir.Pemilikan teknologi dirasakan dapat membawakan perasaan lebih hebat, lebih tinggi berbanding orang lain, dan kemudiannya mencetuskan rasa ego serta rasa ingin menguasai insan lain, atau mungkin negara lain. Justeru, teknologi perlu ditatang sebagai alat untuk mencapai sesuatu yang murni, sambil memelihara kemurnian yang sedia ada. Aspek budaya, bahasa, serta agama tidak seharusnya terhanyut akibat gelombang tsunami teknologi yang begitu deras. Sebaliknya, aspek-aspek tersebut perlu menjadi penampan arus agar gelombang kemodenan yang melanda tidak menghanyutkan elemen tradisi yang tetap kekal relevan dalam kehidupan seharian. Teknologi seharusnya membantu manusia mencapai sesuatu manfaat untuk dirinya, insan lain serta makhluk lain di dunia ini. Penggunaan teknologi yang mengabaikan hak orang lain atau makhluk lain tidak akan membolehkan manusia mencapai manfaat sebenar daripada teknologi tersebut. Dari satu segi, teknologi tetap penting untuk dikuasai kerana bersama teknologi, kita mampu mencapai kemandirian ekonomi, politik, pertahanan, sumber asli dan sebagainya. Dengan adanya teknologi, pembangunan negara akan dapat bergerak seiring kepesatan keperluan penduduk yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Secara objektifnya, kita perlu mengakui bahawa kebanyakan teknologi yang diguna pakai hari ini datangnya dari Barat, bermula daripada proses penyelidikan, disusuli dengan pembuatan, dan kemudiannya pemasaran serta pengedaran. Dan kita sebagai umat Islam mungkin hanya banyak berperanan sebagai pengguna akhir kepada teknologi tersebut. Melihat kepada perkara ini, kita perlu menginsafi bahawa secara keseluruhannya umat Islam masih lagi jauh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi berbanding umat lain. Kita masih lagi tidak mampu untuk membangunkan teknologi sendiri bertitik tolak daripada keadaan akar budaya ilmu kita sendiri yang masih belum subur bertunas. Sedangkan saintis-saintis Islam terdahulu banyak menghasilkan penemuan cemerlang dan terawal dan seterusnya menjadi asas kepada perkembangan bidang sains dan teknologi dewasa kini. Kemandirian teknologi yang berpaut kepada akar budaya,

10

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

bahasa dan agama kita sendiri akan mampu mewujudkan masyarakat berteknologi yang masih utuh jati dirinya serta unik dan unggul khazanah ilmunya. 9. Jelaskan apa yang dimaksud dengan fungsi teknologi ekspresif dan simbolik. Teknologi ekspresif merupakan perkembangan teknologi yang digunakan untuk melahirkan sesuatu maksud (bagi lukisan, drama dan sebagainya). Diantara contohcontoh bagi teknologi ekspresif adalah seperti berikut : P2P (Peer to Peer) SSL (Secure Socket Layer) Eaverdropping AJAX (Asynchronous JavaScript and XML) Access Provider Faceberry, Format Baru Facebook untuk BlackBerry Teknologi simbolik merupakan teknologi yang digunakan sebagai satu jambatan laluan yang beralih daripada pemikiran konkrit kepada pemikiran yang abstrak, bagi membolehkan mereka meneroka, memerhati dan menjana pelbagai bentuk persembahan idea matematik samada secara penomboran, grafik ataupun simbolik. Contohnya, pelajar boleh menggunakan perisian pembinaan geometri (GSP) untuk menyiasat hubungan di antara lilitan dan juga diameter bulatan. Mereka boleh mengukur sebanyak mungkin objek bulat dan mencatat ukur lilit serta diameternya bagi persembahan secara penomboran . Mereka juga boleh plotkan nilai dan menganggar padanan yang sesuai secara grarik, atau menentukan padanan persamaan yang sesuai secara simbolik. 10. Jelaskan mengapa teknologi sangat pesat perkembangannya pada negara-negara atau masyarakat yang persekitarannya sangat sulit sepeti Jepun. Amalan penyelidikan dan inovasi Dalam bidang industri, Jepun mempunyai ideologi kebangsaan yang mengutamakan pembaikan diri dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan yang lebih baik. Ideologi ini menjadikan Jepun berada jauh ke hadapan dalam mengeluarkan barangan berkualiti. Barang keluaran Jepun jarang sekali rosak atau cacat kerana syarikatsyarikat Jepun telah menanam sifat menganggap masalah seperti itu sebagai sesuatu yang memalukan dan mencerminkan ketidakjujuran syarikat. Tabiat kebangsaan inilah yang menyokong ketinggian mutu barangan Jepun. Penekanan terhadap kualiti sebagai teras budaya menjadikan barangan keluaran Jepun terus berdaya saing di pasaran antara bangsa. Teknologi Jepun mendapat nama baik kerana mengeluarkan barangan bermutu dengan kos yang rendah. Lebih 20 tahun dahulu, ahli perniagaan Jepun telah menyiasat keperluan pengguna untuk memenuhi permintaan mereka dengan memasang dan membina keluaran-keluaran baru (Masanori, 1985: 47). Tradisi mempertahankan diri telah lama meresapi cara berfikir orang-orang Jepun akibat daripada pemerintahan tentera sejak berabad-abad lamanya yang menyanjung ilmu mempertahankan diri lebih daripada pencapaian intelektual. Ia telah menerapkan sistem nilai yang telah menyerapkan ke dalam kelas pemerintah dan golongan
11

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

masyarakat atasan bahawa peluh yang keluar dari dahi seseorang itu sebagai tanda kebolehan murni. Tradisi lama ini telah menyebabkan sebahagian besar siswazah baru yang memasuki syarikat Jepun telah awal-awal lagi ditugaskan ke beberapa bahagian pengeluaran dan pemasaran dengan separuh dari siswazah kejuruteraan ditugaskan di lini pengeluaran. Keutamaan ke atas semangat ini mencerminkan semangat mempertahankan diri. Rasa pencapaian kumpulan menjadi inti pati kepada semangat kumpulan yang sering dianggap sebagai satu ciri budaya Jepun. Perasaan ini merupakan kepuasan dan nikmat yang lahir dari pekerjaan yang sempurna serta kegembiraan atas kejayaan yang dicapai. Perwatakan dan sifat diri. Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perlakuan manusia. Kekuatan utama orang-orang Jepun misalnya lahir daripada persekitaran Jepun dan perwatakan orang-orangnya. Iklim Jepun yang panas dan lembap serta bentuk muka buminya yang sesuai bagi penanaman padi menyebabkan tanaman ini menguasai sejarah dan peradaban Jepun sehingga perkataan Jepun bagi padi mempunyai simbol yang sama dengan makanan (Herbig and Jacobs, 1998: 4). Penerusan dan kejayaan budaya penanaman padi telah mempengaruhi sistem sosial dan gaya hidup masyarakat Jepun seperti kesabaran, ketekunan, kerajinan, kerjasama, sifat pasif, konservatif, fatalisme, bertenaga, berani, berdikari, ketabahan, merendah diri dan berpegang kepada undang-undang. Penanaman padi memerlukan sistem pengairan yang sukar dibina dan dikekalkan atau dilindungi oleh sesebuah keluarga tertentu sahaja. Seluruh komuniti perlu bekerjasama dalam satu unit yang besar bagi meneruskan kehidupan mereka. Herbig dan Jacobs (1998) menjelaskan bahawa orang-orang Jepun telah membentuk adat saling tolong menolong, penyelarasan kolektif, berkongsi risiko. Hubungan antara manusia Ningen kankei atau hubungan manusia merupakan inti pati dalam masyarakat Jepun dan orang ramai adalah komponen kepada Ningen kankei. Kumpulan dalam masyarakat tradisi Jepun terdiri dari satu keluarga atau kampong manakala pada masa kini, kumpulan adalah kerja berkumpulan atau organisasi perniagaan tempat seseorang itu bekerja. Perhubungan ini sering melibatkan emosi yang mendalam di mana identifikasi dengan kumpulan berkenaan semakin penting dalam kehidupan seseorang. Di Jepun, kejayaan dan matlamat syarikat dicapai melalui usaha kumpulan dan bukannya individu. Kojin shugi yang merupakan perkataan Jepun bagi individualisme mempunyai pengertian negatif dan secara tradisinya sering disamakan dengan ketamakan. Individu Jepun tidak mempunyai kebebasan menyeluruh tetapi merupakan sebahagian daripada keseluruhan. Kebajikan dan keselamatan kumpulan dianggap lebih penting daripada kebaikan dan kebebasan individu (Herbig and Jacobs, 1998: 5). 11. Jelaskan apa yang dimaksud dengan teknologi binaan melayu? Beri contoh-contoh teknologi binaan berkenaan dan jelaskan perkembangannya.
12

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

12. Jelaskan perkembangan teknologi mencari makan di Malaysia? 13. Jelaskan perkembangan teknologi penyediaan makanan pada masyarakat Melayu, India dan Cina di Malaysia. 14. Jelaskan apa yang anda ketahui tentang isu sekitaran dan teknologi hijau. 15. Jelaskan takrif teknologi menurut islam Teknologi ialah satu cabang ilmu praktik (sinaah), ilmu untuk mencapai tujuan praktik yang bertunjangkan tauhid, berimbang dan berseimbang dengan alam (wazan dan tawazana), terkekang dalam lingkungan had syariah (syarii), terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan (adl) dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia ini. (Wan Ramli 1989, 1990, 1992) Takrif teknologi ini yang menggandingkan teknologi melalui epistemologi dengan fahaman agama (tauhid), terlaksana dengan adil mengikut sistem etika Islam dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai pelaksana. Syariah yang dimaksudkan bukanlah hanya hukum-hukum yang sedia ada, akan tetapi selain daripada perundangan jenayah yang jelas hukumnya seperti hudud dan qisos, syariah merupakan sistem perundangan dinamik yang mampu menyelesaikan masalah perundangan kehidupan moden yang ditimbulkan oleh perkembangan teknologi. Keimbangan (mizan) dan keseimbangan (tawazun) teknologi dengan alam sekitar memastikan dampak sebarang teknologi terhadap alam sekitar dikaji dengan terperinci supaya imbangan ekologi tidak pupus. Takrif ini memastikan perkembangan teknologi terkekang dgn perundangan, terlaksana dengan adil mengikut sistem etika & dipertanggung jawabkan kpd manusia Pentaskhiran (penggunaan) alam tabii dibenarkan dengan syarat tidak ada eksploitasi berlebihan sehingga mencabuli hak org lain dan alam sekitar Keimbangan dan keseimbangan teknologi dgn alam sekitar memastikan kesan sebarang teknologi terhadap alam sekitar tidak merosakkan imbangan ekologi 16. Jelaskan mengapa kemajuan teknologi pengawetan mayat sangat signifikan di Mesir purba 17. Apa komentar anda tentang teknologi kapal lancang dan enjin perang di Yunani?

13

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

18. Jelaskan mengapa sistem kasta di India mengekang perkembangan teknologi di negara itu? 19. Jelaskan menurut pendapat anda mengapa nabi Muhammad saw mewajibkan kita menuntut ilmu walau ke negeri Cina? Kita tahu satu daripada Hadis Nabi yang sahih ialah "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China". Di masa itu ilmu yang boleh dipelajari dari negeri Cina bukanlah yang berkenaan agama Islam. Ilmu berkenaan agama Islam pada ketika itu boleh didapati daripada Nabi sendiri, sahabat-sahabat Baginda dan orang-orang lain yang memeluk agama Islam. Tetapi di masa itu pun negara Cina terkenal dengan perkembangan pelbagai ilmu termasuk berkenaan pemerintahan negara, cara-cara peperangan, bidang pertanian, pembuatan barangan kaca, kertas dan bahan letupan. Apa yang jelas ialah agama Islam, jauh daripada melarang, menyuruh umat Islam mempelajari pelbagai ilmu dan bukan semata-mata berkenaan agama. Tidak ada disebut tentang pelajaran yang sekular yang ditegah mempelajarinya. Tidak juga disebut apakah jenis pelajaran yang memberi pahala yang banyak dan apa yang kurang. Yang disuruh ialah membaca dan mengejar ilmu. Sepatutnya ajaran Islam berkenaan menuntut ilmu, berbagai-bagai ilmu, selain daripada yang khusus berkenaan dengan agama, diberikan penekanan dan galakan yang kuat oleh masyarakat Islam, oleh pemimpin-pemimpin Islam, oleh pendidikpendidik Islam. Sepatutnya mengejar berbagai-bagai ilmu menjadi budaya umat Islam di mana-mana sahaja. Sepatutnya negara-negara Islam dan masyarakat Islam mengadakan segala kemudahan seperti sekolah, alatan pelajaran, makmal dan ujian serta institusi pelajaran tinggi untuk memudahkan tuntutan segala ilmu. Dan sepatutnya orang Islam mendahului orang-orang lain dalam semua ilmu; dalam sains, matematik, astronomi, geografi, geologi dan lain- lain. 20. Setujukah anda bahwa teknologi islam hanya mewarisi teknologi India, Rom, Cina dan Yunani? Bila tidak setuju apa pendapat anda? 21.Apa sumbangan utama sains islam kepada dunia yang berlaku sampai sekarang? Suatu kenyataan yang telah diakui oleh Barat sendiri ialah peranan yang dimainkan oleh Islam dalam memperkenalkan sains ke Eropah melalui universitiuniversitinya di Andalus, Sepanyol pada abad ke-13M. Umat Islam cukup terkedepan dalam tamadun ilmuan, kebendaan dan kemanusiaan.Semasa Eropah masih dalam suasana malap di Cordova bandar Umat Islam sudah diterangi dengan lampu-lampu awam di jalan-jalan rayanya.Pencapaian ketamadunan peringkat tinggi oleh orang Islam amat jauh dihadepan ibarat langit dengan bumi kerana Eropah terlalu jauh tertinggal dibelakang. Orang Islam merupakan pengasas sebenar dalam kaedah percubaan sains dalam pengetahuan moden. Pakar-pakar Ilmuan Islam telah memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada sumbangan sains. Sejarah telah mencatatkan pada zaman kegemilangan tamadun Islam, masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains yang merupakan salah satu faktor utama yang
14

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains moden di Eropah. Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains. "Hampir lapan ratus tahun mereka berada di bawah pemerintahan Islam, Umat Islam Sepanyol menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah. Penuntut-penuntut datang dari negeri Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja."Draper, 1979: Jil. 1) Bidang Biologi Sains biologi merupakan suatu bidang ilmu yang bersangkutan dengan bendabenda hidup. Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi biak-baka. Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M), menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika dengan nama Latin dan Berber. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya. Al-Nabati menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya. Murid beliau al-Baitar telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami'fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Di kota besar seperti Cordava, Baghdad, Kaherah dan Fez terdapat beberapa taman bunga yang cantik dan indah, menurut Sarton pencapaian umat Islam jauh lebih dari bangsa Yunani. Asma'i dari Basrah(739-783 M) telah menulis beberapa buah buku seperti "Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sya' (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan" yang terakhir mendedahkan mengenai anatomi manusia. Al-Jahiz telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan, dan menghasilkan "Kitab al-Hayawan". Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar. Al-Damiri telah menghasilkan "Hayat al-Hayawan" dan dicetak beberapa kali di Kaherah, sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar. Astronomi Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam.
15

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim alFazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi nama"Zij". Diikuti pula penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani. Antara saintis-saintis Islam yang berjaya menkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, alSuffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam. Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandarbandar Islam yang lain. Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan jarak antara sesuatu bintang diukur, pengukuran paksi bumi dan luas bumi. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di galaksi. Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia. Khalifah al-Ma'mun telah membina sebuah balai cerap di Baghdad dan juga di Gunung Gasayun di Kota Damsyik. Para sarjana astronomi daripada pusat ini telah berjaya membuat perhatian yang sistematik terhadap pergerakan planet-planet di langit dan juga telah berjaya membuktikan secara tepat unsur-unsur yang terdapat di dalam "Algmest". Iaitu tentang garis gerak yang tidak berperaturan dari garis edar matahari, perubahanperubahan yang menjadi penyebab equinoks muncul lebih cepat dan tepat. Nasiruddin al-Tusi merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China. Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya alZarqali juga adalah seorang ahli astronomi Andalus. Beliau menyusun Jadual Toledo (Table of Toledo) yang memuatkan singkatan-singkatan maklumat geografi yang berasal dari Ptolemy dan al-Khawarizmi. Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari. Terdapat beberapa karya Abu Ma'syar dan alKhawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 520H/1126M oleh Adelard of Bath dan telah dijadikan bahan rujukan asas di Timur mahupun di Barat dalam penulisan-penulisan ilmu bumi pada zaman selepasnya. Beliau telah berjaya mengambil alih peranan yang dimainkan oleh daftar-daftar astronomi yang pernah dibuat oleh orang-orang India dan Yunani. Tamadun Islam juga berkembang subur di sebelah Barat Andalus yang menjadi pusat kegiatan intelektual Islam di Barat telah menghasilkan ramai sarjana dalam pelbagai bidang. Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat. Umar Khayyam seorang sarjana yang dikenali dunia luar sebagai penyair Parsi dan
16

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

pemikir bebas, juga seorang ahli astronomi dan matematik yang menghasilkan taqwim "al-Tarikh al-Jalili". Karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke-11H/17M. Abu Jaafar al-Khasizin dari Khurasan berjaya menjelaskan ketidaksejajaran garis edar matahari di bumi ini. Demikian juga terdapat ramai lagi ahli astronomi Andalus (Sepanyol) seperti Jabir Ibn Aflah yang dikenali di barat sebagai Geber, berasal dari Seville dan merupakan penyusun "Kitab al-Hay'ah (buku astronomi). Nuruddin Abu Ishaq al-Bitruji yang dikenali di barat sebagai Alpatragus, beliau menghasilkan "Kitab al-hay'ah". Beliau termasyhur kerana berjaya mengubahsuai serta menghidupkan semula teori homosentrik (mempunyai pepusat yang sama). Islam hari ini yang juga memberi sumbangan seperti Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang telah membina balai cerap di Merang Terengganu. Persatuan Astronomi Islam yang di ketuai oleh Dr. Mohib. M. Durrani telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan berpusat di Colombia Amerika ianya dikenali sebagai ISNA (Islamic Societi of North America) 22. Apa sumbangan lain yang penting daripada sains islam kepada dunia? Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Antara sumbangan yang penting daripada sains islam kepada dunia adalah seperti berikut : Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan alGhafiqi. Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan alAsrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah. Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah. Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya alKhawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberabci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga. Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Masyar dan alKhawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of
17

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam. Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuhtumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuhtumbuhan. Ibn alBaytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuhtumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi alAdwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan. Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin. Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab. Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sastera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Masudi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah. Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera
18

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden. Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

23. Jelaskan sumbangan penting ahli al-kimia kepada dunia? Melalui bidang alkimia misalnya berbagai teknik, peralatan dan proses telah digunakan untuk membangunkan kaedah untuk mengolah bahan logam. Mereka cuba menukarkan bahan-bahan logam yang kurang berharga kepada emas dan perak dengan menggunakan ilmu alkimia tadi. Mulai awal abad ke-9, sekumpulan ahli alkimia berkembang. Mereka kemudiannya wujud sebagai kumpulan yang berasingan, lain daripada pengamalan seni merawat. Selepas itu mereka mula merahsiakan amalan mereka dan kesudahan menjadi taksub sehingga ramai yang mengesyaki usaha-usaha yang mereka lakukan. Al-Kindi misalnya (meninggal sekitar 874) meragui tuntutan ahli alkimia sedemikian dan menganggap hasil kerja mereka sebagai palsu dan memperdayakan. Namun melalui seorang tokoh bernama al-Razi (865-925) aktiviti bersangkutan alkimia mula mendapat restu semula dan menjadi petanda mercu bagi bidang tersebut. Malah al-Razi mampu menafikan keraguan yang dilemparkan oleh al-Kindi tentang alkimia. Al-Razi, merupakan seorang ahli perubatan yang disanjung tinggi dalam sejarah Islam. Beliau merupakan penulis yang berkaliber dan banyak menghasilkan karya dalam berbagai bidang. Beliau juga meletakkan alkimia pada peringkat yang lebih saintifik lagi rasional. Kebanyakan hasil penulisannya mempunyai hubungan rapat bukan sahaja dengan bidang alkimia, tetapi juga farmasi dan perubatan malah boleh dikatakan bahawa beliau banyak mempengaruhi perkembangan alkimia, farmasi dan perubatan sepanjang zaman pertengahan. Dua penulisannya tentang alkimia yang lebih mendapat perhatian adalah al-Asar dan Sirr al-Asrar. Kedua-dua buku ini dianggap karya terbaik pada zaman tersebut khususnya Sirr al-Asrar. A-Razi juga membuat beberapa pengkelasan bahawa bahan-bahan galian serta peralatan dan radas yang digunakan; begitu juga dengan arahan yang begitu terperinci. Semua ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan tatacara, bahan serta teknologi yang terlibat. Ada sumber yang mengatakan bahawa al-Razi mempunyai lebih daripada 100 penulisan, kebanyakan melibatkan sains tabii dan seni perawatan. Ini termasuk komentar abstrak dan penafian berkaitan bidang tersebut. Malah beliau berani memperbetulkan serta menegur pendapat handalan berkaitan seperti Galen, walaupun beliau banyak menghargai sumbangannya. Dalam bukunya Shukuk ala Nazariyat Jalinus beliau menyatakan kesangsiannya tentang ketepatan beberapa konsep, teori dan tatacara baik dari segi perubatan, fisiologi maupun terapeutik yang diutarakan oleh Galen. Selama ini ramai pengikut yang mengikut sahaja teori Galen secara
19

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

membuta tuli. Penulisan Masayah tentang pemakanan yang terdahulu daripadanya juga tidak terlepas daripada kritikan al-Razi. Beliau juga meneylar kepalsuan tindak tanduk sesetengah doktor dan pengamal perubatan yang sering mengaburi mata orang baik di kota ataupun di desa. Oleh itu mengikut al-Biruni, sumbangan al-Razi pada zamannya terserlah dalam bidang farmasi, farmakologi dan terapi perubatan bukan sahaja di tanah wilayah Islam, tetapi juga Barat dan Byzantium. Sumbangan terakhir beliau dan paling besar adalah ensiklopedia perubatan, al-Hawi fi al-Tibb yang memuatkan semua ilmu perubatan terdapat pada zamannya.

24. Jelaskan apa yang anda ketahui tentang perkembangan teknologi melayu purba Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu Candi di Lembah Bujang Kedah (abad 1 EB), mengikut reka bentuk kuil Hindu selepas abad ke-2 SEB : serambi, dewan mandapa (kedua-dua drpd kayu) dan bilik suci yg ditutupi oleh Shikkara (mungkin drpd batu) seperti di India Candi Hindu Siva di Java mengikut reka bentuk yg sama Candi Buddha Borobodur yg dibina pada abad ke-8 EB oleh Sri Vijaya diperbuat drpd batu, pintunya terdiri drpd tiang dan palang, dan candi ini terdiri drpd banyak stupa kecil yg berakhir dgn Stupa terbesar di puncaknya Rumah Melayu diperbuat drpd kayu & bumbung asal rumah Melayu ialah bumbung lipat kajang yg berbentuk mengikut suku-kaum iaitu berbentuk tanduk di Minangkabau dan perahu di Batak Bentuk bumbung dipengaruhi oleh budaya luar seperti bumbung berpeleh dari Siam, bumbung berperabung lima dari India dan bumbung limas dari Belanda Masjid Melayu asli tidak mempunyai sebarang gerbang atau kubah contohnya Masjid Kampung Laut Kelantan & Masjid Agung Demak Java Ruang solat yg luas disediakan dengan menggunakan bumbung cangkup tiga lapis yg semakin luas ke bawah Rupa bentuk bumbung ini mirip gunung Meru di kuil Hindu & ini menjadi faktor dakwah untuk menarik penganut Hindu ke Masjid utk memeluk Islam dengan mudah Pendapat lain yg mengatakan bentuk bumbung ini adalah pengaruh orang Islam dari Cina masih belum dapat dibuktikan dgn jelas
20

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Bentuk bumbung masjid Melayu berubah dengan kedatangan arkitek-arkitek British dari India pada zaman penjajahan British yg mereka- bentuk masjidmasjid besar Melayu mengikut bentuk Moghul India Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 EB, akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 EB) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara Catatan Cina abad ke-8 EB menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini Padi yg berasal dari Semenanjung Malaysia ditanam di sini sejak zaman purba lagi iaitu sejak revolusi pertanian Sampel padi tertua ditemui di Thailand Model tenggala kecil di Lembah Bujang Padi merupakan salah satu perkataan Melayu Asli Dua jenis tenggala; Tenggala Perlis/Siam &Tenggala Cina Pelombongan juga dijalankan sejak Zaman purba apabila semenanjung Malaysia dikenali sebagai the Golden Chersonese oleh Ptolemy; emas, perak & timah dihasilkan Keris dibuat oleh pandai keris dgn menempa beberapa lapis besi seperti cara menempa pedang Damsyik & menghasilkan ukiran pamur seperti ukiran firind yg terdapat di atas pedang tersebut Bukti sejarah menunjukkan keris hanya dipakai pada abad ke-14 EB iaitu pada zaman Islam Pandai keris mengetahui besi kharsani yg dikenali dalam al-kimia di Asia Barat Ahli al-kimia digelar hakim yg bermakna bijak bestari dan istilah pandai merupakan peMelayuan hakim Berdasarkan ini, ada kemungkinan teknologi pembuatan keris datang drpd Asia Barat Teknologi senjata api juga diimpot dari Asia Barat Tome Pires, ahli sejarah Portugis, mendapati 3000 laras meriam gangsa di dalam kota Melaka dan hairan bagaimana Portugis boleh menang
21

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Meriam dicipta oleh orang Islam dan besar kemungkinan teknologi ini diimpot dari Asia Barat Meriam Melayu digelar lela dan rentaka dan bentuknya sama seperti bentuk meriam kecil Islam Istinggar (musket) juga berasal dari sana kerana cara membuatnya dengan mengimpal lilitan sekeping besi sama dengan cara pembuatan istinggar Turki dan tak sama dengan cara membuat istinggar di Barat dengan mengimpal kepingan besi lurus di sekeliling lubang Teknologi gangsa menggunakan teknik lilin lesap Penghembus angin utk rakmo (relau) digelar musang Tuangan tembaga dikemaskan dgn pelarik bindu kaki Teknologi emas & perak juga dikembangkan sejak purba kala lagi Perak lebur dituang ke dalam acuan kayu & dihiasi melalui titingan Penenun digelar kek di Kelantan & Terengganu dari Asia Barat Benang digantih dgn memintal kapas& menariknya melalui lubang utk membuat benang Benang lungsin diregang dgn menggunakan anian, karap digunakan untuk memisahkan benang lungsin selang-seli untuk memasukkan benang karap dengan menggunakan anak torak Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal Dengan Penghinduan pada abad pertama EB, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7 EB Dengan pemelukan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP

25. Jelaskan apa-apa saja teknologi islam yang berkembang secara pesat di Spanyol? SEPANYOL terkenal sebagai negara yang mempunyai seni bina silam yang cantik di dunia. Keindahan itu boleh dilihat dan dihayati di beberapa bandar yang suatu ketika dulu pernah dikuasai oleh kerajaan Islam seperti Cordoba, Toledo dan Madrid. Ketiga-tiga bandar ini terletak dalam kawasan wilayah selatan yang lebih dikenali sebagai Al-Andalus. Al-Andalus meliputi dua pertiga muka bumi Sepanyol dan antara kawasan paling ramai dikunjungi pelancong dari seluruh dunia. Kemasyhuran wilayah ini disebabkan beberapa faktor dan paling tepat, ia berpunca daripada pengaruh Islam yang bertapak di situ hampir 500 tahun. Ia ditambah pula dengan budaya lain seperti Iberian, Greek, Phoenician, Yunani, Korthaginian, Rom, Visigoth, dan Kristian. Difahamkan, pada era pemerintahan Visigoth sekitar 414 Masihi, budaya dan kefahaman masyarakat tempatan agak berbeza dengan kerajaan. Justeru, bagi menyamakan budaya dan kefahaman itu dengan budaya tempatan, di samping mahu mengelak kemarahan rakyat, Visigoth yang ketika itu menganut fahaman Kristian Arian turut menganut fahaman Katolik. Pada ketika itu, sebahagian besar
22

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

rakyat Sepanyol menganut fahaman Khatolik. Antara budaya yang masih dipegang dan popular di kalangan rakyat Sepanyol adalah laga lembu yang mempamerkan sikap dan ketangkasan Matador dalam menumpaskan lawan. Pengaruh Islam juga meluas di Sepanyol. Hingga kini, banyak masjid dan sekolah beroperasi di beberapa wilayah dalam negara itu. Di Madrid, Pusat Kebudayaan Islam yang dibina kerajaan Sepanyol adalah antara kawasan tumpuan umat Islam. Ia adalah sebuah kompleks menempatkan masjid, perpustakaan, kelas pengajian, restoran dan kedai. Pembukaannya dirasmi Raja Sepanyol, Juan Carlos pada 24 Rabiulawal 1413 Hijrah bersamaan 21 September 1992. Bagi masyarakat Islam Madrid, fungsi masjid cukup penting dalam pembentukan ummah, lebih-lebih lagi mereka adalah rakyat minoriti di Sepanyol. Kini, Pusat Kebudayaan Islam Madrid dibuka untuk kunjungan orang ramai sejajar dengan usaha memperkenalkan Islam kepada masyarakat agama lain. Bandar lain yang banyak menyimpan sejarah dan peradaban Islam adalah Toledo yang terletak hampir 70 kilometer ke selatan Madrid. Dulu Toledo dikenali sebagai Tolatitola. Berdasarkan catatan sejarah, wilayah di Semenanjung Iberia ini ditakluk Islam selepas enam bulan Tariq Bin Ziyad menyeberangi Gibraltar. Sebelum berjaya, Tariq terpaksa berperang dengan tentera Roderick berjumlah 100,000 orang, sedangkan pada ketika itu, tentera Islam hanya berjumlah 12,000 orang. Difahamkan, pada 19 Julai 711 Masihi, kedua-dua pasukan tentera itu bertempur di Guadalete dan peperangan mengambil masa hampir seminggu. Akhirnya, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera musuh. Dalam peperangan itu juga, Roderick terbunuh, manakala sebahagian besar tentera melarikan diri. Sepanjang pemerintahan Islam di Toledo, penduduk berbilang kaum dan agama bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa sebarang gangguan. Bagaimanapun, kebebasan itu terkubur selepas wilayah berkenaan ditakluki oleh Alfonso ke-4. Selain Islam, Toledo berada dalam pemerintahan Rom pada 192 sebelum Masihi. Sementara, Visigoth menguasai Toledo pada 570 hingga 711 Masihi. Salah satu industri yang masih menjadi tradisi masyarakat Toledo adalah membuat pedang. Industri itu dipercayai beroperasi sejak zaman Rom dan Visigoth. Bagaimanapun, jika dilihat kaedah pembuatan yang digunakan, ia sebenarnya menyingkap sejarah teknologi Islam yang bertapak di situ lebih 900 tahun lalu. Antara pedang menjadi tarikan adalah Pedang Busahaja. Sejak zaman silam, pedang dipercayai digunakan untuk berperang dan menjadi simbol kekuasaan sesebuah kerajaan. Pembukaan kawasan Gibraltar dan ditambah pula kejayaan mengalahkan Roderick memberikan semangat kepada tentera Islam. Justeru, dalam beberapa siri peperangan, tentera Islam berjaya mengalahkan musuh dan membuka beberapa wilayah baru. Selepas Toledo, tentera Islam berjaya menawan Cordoba. Wilayah itu walaupun pernah dikuasai Rom dan Visigoth, namun kegemilangan bandar ini hanya dicapai ketika dikuasai Islam. Cordoba juga dijadikan pusat pemerintahan kerajaan Islam Sepanyol. Menjelang kurun ke-10, wilayah Cordoba masyhur ke seluruh dunia. Ketika ditadbir Islam, Cardoba mencapai zaman kegemilangan terutama pada era pemerintahan Abdul Rahman Al-Dakhil. Beliau membina banyak masjid dan yang terkenal adalah Masjid Cordoba. Rekaan masjid itu dipercayai idea Abdul Rahman. Pembinaannya melalui tiga fasa iaitu pada zaman pemerintahan Abdul Rahman 11, Al-Hakam 11 dan Al-Mansur. Kesenian Islam terserlah pada reka bentuk masjid dan ia diibarat sebutir permata dunia seni bina Islam. Kecantikan masjid ini amat dikagumi masyarakat Eropah yang
23

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

memperlihatkan nilai dan kehalusan seni bina menjangkaui kemampuan akal manusia. Kos pembinaan masjid ini pada peringkat awal dianggarkan mencecah 80,000 dinar. Masjid Cordoba disokong beribu-ribu tiang batu yang bertatahkan permata. Mimbar masjid pula diperbuat daripada gading dan kayu yang tinggi nilainya. Ia pula dilekatkan pada dinding menggunakan paku yang diperbuat daripada emas. Bahagian mihrab pula dilitupi kulit telur yang dipercayai dijadikan alat untuk memudahkan jemaah mendengar khutbah dengan lebih baik. Ketika pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil, masjid Cordoba dijadikan pusat perkembangan ilmu, kesenian dan kesusasteraan benua Eropah. Berikutan itu, beliau menjemput ramai ilmuwan dari kalangan ahli fikah, ulama, ahli falsafah dan penyair ke Cordoba untuk mengembangkan ilmu masing-masing. Pada era pemerintahan Abdul Rahman 11 pula, universiti didirikan bersebelahan masjid. Pada zaman pemerintahan Al-Hakam Al-Muntasir pula, Cordoba mencapai era kegemilangan dalam pelbagai bidang ilmu. Bersesuaian kedudukan Cordoba sebagai pusat perkembangan dan kecemerlangan ilmu, ramai ilmuwan terkenal muncul, antaranya Isa Bin Dinor dan Yahya Bin Yahya al-Laithi. 26. Jelaskan apa yang dimaksud dengan sains? Sains drpd perkataan Inggeris science drpd perkataan Latin scientia yg bermaksud ilmu Scientia drpd perkataan Arab ulum yg bermaksud ilmu yg mencakup ilmu wahyu /naqli/fard ain seperti ilmu tawhid, syariah & ilmu bukan wahyu/akli/fard kifayah seperti matematik, sains, perubatan dsb. Sains ialah pengetahuan bersistem yg diperolehi melalui cerapan, kajian & eksperimen Sebarang disiplin atau kegiatan intelek yg melibatkan alam jasmani & fenomenon, cerapan yg tidak berat sebelah, & uji kaji yg bersistem (New Encyclopedia Britannica) Sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, bermantik & objektif dengan kaedah khusus yg diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yg boleh dipercayai (Shaharir Mohamad Zain, 1987) 27. Beri contoh beberapa takrif sains? Ralf Ross dan Ernest Van Den Haag - Sains ialah yang empirik, yang rasional, yang umum dan bertimbun-susun dan keempat-empatnya serentak Mohammd Hatta - Pengetahuan yang teratur hasil pekerjaan sebab-munasabab dalam satu golongan yang sama tabiatnya mahupun kedudukkannya, yang tampak dari luar mahupun dari dalam. Karl Pearson (1857-1936) - Sains ialah lukisan atau keterangan yang lengkap dan konsisten tentang pengalaman dengan istilah yang sederhana sesedikik mungkin. Herbert L Searles Sains pengetahuan yang tepat, disahkan secara paling cermat dan paling umum yang diperoleh oleh manusia.

24

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Shahrir Mohd Zain - Sains berupa analisis fenomena secara bersistem, logik,dan objektif khusus yang diperantikan (alat) untuk mengwujudkan pengetahuan yang boleh dipercayai. Ensaikopedia Indonensia sains ialah suatu sistem dari pelbagai pengetahuan yang masing-masing mengenai bidang pengalaman tertentu disusun demikian rupa menurut asas-asas tertentu hingga menjadi kesatuan, suatu sistem dari pelbagai pengetahuan yang masing-masing didapatkan sebagai hasil pemeriksaan yang dilakukan secara teliti dengan memakai kaedah tertentu. Pengetahuan Sains ialah pengetahuan yang mempunyai ciri, tanda, syarat dan kumulatif (bersusun tindan;lukisan dan keterangan yang lengkap dan konsisten mengenai hal-hal yang dipelajari dalam ruang dan waktu sejauh jangkauan pemikiran dan penginderaan manusia.

28. Revolusi matematik dunia dimulakan dengan penemuan kalkulus. Jelaskan maksudnya? Revolusi matematik terpenting ialah penemuan kalkulus Newton dan Leibniz menemui kalkulus secara berasingan Sejak 1666 EB, Newton menggunakan istilah fluxion bagi terbitan x (fluent) terhadap t dgn simbol x bertitik atas untuk menentukan halaju jasad & jarak jasad bergerak pada halaju & masa tertentu, & menentukan tangen, normal & luas dengan menggunakan siri terutama siri kuasa Pada 1684 EB, Leibniz pula menggunakan istilah differential bagi terbitan y terhadap x dan simbol dy/dx utknya Mereka juga menyelesaikan salingan terbitan iaitu kamiran Meskipun demikian, peristilahan dan simbol Leibniz menjadi lebih popular kerana karyanya diterbitkan secara meluas & Newton pula enggan menerbitkan karyanya secara meluas Tokoh matematik seperti Leonard Euler, Joseph Lagrange dan Pierre Laplace mempekuatkan lagi kalkulus dan geometri analisis dengan pertemuan matematik masing-masing 29. Anda kenal nama Pascal? Jelaskan apa sumbangan Pascal terhadap revolusi fizik? 30. Apa maksudnya bahwa kemuncak revolusi sains terjadi pada zaman Isaac Newton? 31. Jelaskan apakah yang dimaksud dengan revolusi industri berhubung-kait dengan kelahiran kilang di Eropah. 32. Jelaskan mengapa terjadi penghijraan besar-besaran dari desa ke kota/bandar pada abad ke-19?
25

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

33. Jelaskan asal kata jurutera dalam bahasa Inggeris dan siapa yang dimaksud? 34. Jelaskan kesan positif dan negatif teknologi komunikasi dan maklumat? Antara kesan-kesan positif: Memudahkan komunikasi Meluaskan pandangan dan pengetahuan Memudahkan proses pendidikan Memudahkan aktiviti perdagangan Membentuk masyarakat yang peka kepada keadaan semasa. Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan. Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga atau e-commerce, cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan. Kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft
26

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Antara kesan-kesan negatif: Pengaruh budaya asing Menerapkan sifat dan amalan kebendaan Mempercepatkan proses kedewasaan kanak-kanak Menjejaskan kesihatan Salah guna oleh pihak tertentu Melebarkan jurang maklumat Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburukburukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa. Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajarpelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti
27

TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

DPLI 2008

negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak. Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

35. Jelaskan kesan positif dan negatif teknologi pengangkutan moden berbanding tradisional? 36. Jelaskan kesan positif dan negatif teknologi pengeluaran pertanian? 37. Jelaskan kesan positif dan negatif teknologi perubatan?

28

You might also like