Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KEM CINTAIILAH ALAM SEKITAR


KELAB RAKAN ALAM SEKITAR

1.0 PENGENALAN Kelab Rakan Alam Sekitar merupakan salah sebuah kelab yang bergerak aktif di SMK Sebuyau sejak ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada tahun-tahun yang sudah dan pada kali ini, pihak pengurusan kelab telah sebulat suara untuk mengadakan Kem Cintailah Alam Sekitar. Program yang bakal dilaksanakan ini merupakan idea yang berkonsepkan pemeliharaan alam sekitar yang sering diwar-warkan oleh kerajaan. 2.0 ISU DAN PERMASALAHAN Kawasan air terjun Kampung Lunying merupakan satu-satunya kawasan rekreasi terpencil yang terdapat di kawasan daerah kecil Sebuyau. Lokasi ini sering menjadi tumpuan penduduk untuk menjalankan aktiviti seperti berkelah dan mandi-manda. Saiz kawasan mandinya hanya seluas kira-kira 5 meter persegi dan dasar sungai yang paling dalam hanya pada paras bahu. Namun begitu kawasan ini tidak pernah diwartakan secara rasmi sebagai kawasan rekreasi oleh pihak kerajaan. Oleh kerana kawasan ini sering menjadi tumpuan penduduk, timbul pelbagai masalah. Pengunjung yang masuk ke kawasan ini seringkali membuang sisa sampah pepejal seperti plastik, botol, tin minuman dan bekas makanan. Kes-kes tingkahlaku tidak senonoh juga turut dilaporkan oleh beberapa orang penduduk kampung yang telah menyaksikan gejala yang tidak sihat. Sampah bukan sahaja dibuang di tepi sungai malah ke dalam sungai. Terdapat pengunjung membaling botol kaca ke dalam sungai menyebabkan dasar sungai tidak selamat kerana terdapat serpihan kaca. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan JKKK Kampung Lunying menutup kawasan ini daripada orang luar. Sehubungan dengan hal itu, Kelab Rakan Alam Sekitar SMK Sebuyau tergerak hati untuk menyumbangkan sesuatu dari aspek pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, ahli-ahli jawatankuasa kelab telah sebulat suara untuk mengadakan satu program pembersihan dan khidmat masyarakat di kawasan terbabit dengan kerjasama JKKK Kampung Lunying. 3.0 OBJEKTIF LAWATAN Antara objektif utama program ini adalah:
i.

ii.
iii.

iv.

Mendedahkan kepada para pelajar fungsi sungai dan kepentingan mempunyai bekalan air bersih kepada penduduk setempat. Menjelaskan kepada para pelajar akan pentingnya menjaga kebersihan kawasan sungai. Memaparkan keindahan flora dan fauna yang terdapat di sekitar kawasan Sebuyau. Memupuk perasaan menghargai keindahan alam sekitar yang sedia ada.

4.0 DESTINASI & TARIKH CADANGAN Tarikh : Tempat : 5.0 21 23 Oktober 2011 SMK Sebuyau [21 & 23 Oktober 2011] Kampung Lunying & Kampung Entangor [22 Oktober 2011]

KUMPULAN SASARAN 5.1 Semua ahli Kelab Rakan Alam Sekitar

5.2 5.3 6.0

Ahli-ahli Pengakap dan Kadet Polis [sekiranya kuota ahli-ahli kelab tidak mencukupi] Terbuka kepada guru-guru SMK Sebuyau yang berminat.

KAEDAH PELAKSANAAN 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 Perkhemahan 3 hari 2 malam. Aktiviti pembersihan. Ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan. Aktiviti lasak. Aktiviti kerohanian dan moral.

7.0

JAWATANKUASA PROGRAM

AHLI JAWATANKUASA INDUK: Penasihat Pengerusi 1 Pengerusi 2 Pengerusi 3 : En. Wan Mahli Bin Tuanku Said [ Pengetua SMK Sebuyau ] : En. Mamat Solleh Bin Ismail [ Pen. Kanan Pentadbiran ] : En. Hasbi Ancheh [ Pen. Kanan Hal Ehwal Murid ] : En. Allen Kee Wei Hon [ Pen. Kanan Kokurikulum ]

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA: Pengarah Program Setiausaha Bendahari AJK Keselamatan / Disiplin AJK Makanan AJK Peralatan AJK LDK AJK Kerohanian/Moral AJK Dokumentasi AJK Pengangkutan AJK Persediaan Tempat : : : : : : : : : : : Cik Mariani Bt Hasid En. Sabit Bin Bujang En. Abdul Kadir Bin Jailani En Ab Shamaluddin Bin Ab Shukor Pn. Sh. Khatijah Bt Wan Kahar En. Nicholas Gudem En. Ahmad Rajaie Bin Ameruddin En. Henry Lawrence En. Norhalis Shafiq Bin Baharudin En. Yunus Man En. Zulfadhli En. Abg Mohd Hatta Bin Bulik

8.0

ANGGARAN BELANJAWAN PERKARA UNIT / BILANGAN ITEM RM

SUMBER KEWANGAN 1. Sumbangan JAS PERBELANJAAN A. KESELAMATAN 1. Belerang / sulfur 2. Racun nyamuk B. PENGANGKUTAN 1. Van C. MAKAN & MINUM 1. Makanan 2. Air mineral D. BAHAN & PERALATAN 1. Marker 2. Kain 3. Talia rafia 4. Khemah Dome 8 paxs 8. Plastik sampah 10. Bekas air berpili 2 kg X RM 30.00 10 kotak X RM 1.60

RM 2500.00 JUMLAH RM 2500.00

RM RM RM RM RM

60.00 20.00 200.00 1000.00 80.00

50 orang X RM 4.00 X 1 trip 50 orang X RM 20.00 8 kotak X RM 10.00 3 kotak 10 meter 2 gulung 3 unit 2 pek 1 unit X X X X X X RM 15.00 RM 2.80 RM 24.50 RM 320.00 RM 4.00 RM 50.00

RM 45.00 RM 28.00 RM 49.00 RM 960.00 RM 8.00 RM 50.00 JUMLAH RM 2500.00

9.0

PENUTUP

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar khasnya dalam memberikan kesedaran yang tinggi kepada mereka untuk menghargai keindahan alam semulajadi yang terdapat di sekeliling tempat tinggal mereka. Semoga apa yang dipelajari dalam program tersebut dapat mengubah cara mereka berinteraksi dan bertindakbalas dengan diri sendiri, rakan taulan, saudara terdekat, melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Disediakan oleh; ........................................... [ MARIANI BT HASID ] Guru Penasihat, Kelab Rakan Alam Sekitar SMK Sebuyau, Disahkan oleh; .................................................................. [ WAN MAHLI BIN TUANKU SAID ] Pengetua, SMK Sebuyau, Disemak oleh; ......................................................... [ EN. ALLEN KEE WEI HOON ] Pen. Kanan Kokurikulum SMK Sebuyau,

You might also like