Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Latar Belakang BPSH

Sejarah Bahagian ini bermula sebagai Bahagian Sekolah yang ditubuhkan semenjak 1950an dengan fungsinya untuk menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah & menengah untuk mencapai dasar pendidikan. Untuk menangani pertambahan sekolah dan kompleksiti pendidikan, Bahagian Sekolah telah distruktur semula pada tahun 1995 dengan jawatan Pengarah dinaik taraf menjadi JUSA C dan dua Timbalan Pengarah DG54. Pada tahun 2004, sekali lagi penstrukturan berlaku di mana tiga timbalan pengarah diwujudkan dengan gred DG54 dengan fungsi yang masih sama iaitu menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah dan menengah untuk mencapai dasar pendidikan bagi semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Pada 1 Mac 2008, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah diwujudkan melalui penstruturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Dianggotai seramai 150 orang dengan 82 pegawai dan 68 anggota sokongan. Diketuai oleh seorang Pengarah (JUSA B), dibantu tiga Timbalan Pengarah (DG54) dan disusun kepada 7 sektor dengan 18 unit. Fungsinya untuk menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah dan menengah untuk mencapai dasar pendidikan bagi sekolah harian rendah dan menengah di Malaysia. Mulai 16 Januari 2010 pula, Sektor Permata telah diwujudkan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian menjadikan pertambahan kepada 8 sektor dan 20 unit dengan kekuatan seramai 92 pegawai dan 70 anggota sokongan. Pada sekitar bulan Oktober 2010, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah melaksanakan pertambahan unit dan menjadikan sebanyak 23 unit diwujudkan. Unit yang baru diwujudkan ialah Unit Inovasi, Unit Pengurusan Aset dan Unit Pengurusan Sekolah Amanah. Melalui peruntukan perjawatan B41, kini Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dianggotai seramai 89 orang pegawai dan 66 orang anggota kumpulan sokongan.

Visi
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian peneraju pengurusan pendidikan berkualiti menjelang 2012

Misi
Menyelaras, memudahcara, menyelia dan menguatkuasa pengoperasian dasar pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan Jabatan Pelajaran Negeri melaksanakan dasar-dasar pendidikan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai pengurusan pendidikan berkualiti

Nilai
Mesra . Prihatin. Tepat 1

Objektif
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan terutama dalam hal ehwal persekolahan, guru dan murid Memastikan cadangan-cadangan dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan Meningkatkan kualiti pendidikan supaya aspek aksesibiliti atau kemudahcapaian peluangpeluang pendidikan, aspek ekuiti atau kesamarataan peluang pendidikan dan aspek kualiti pendidikan dapat diperoleh oleh semua lapisan masyarakat Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020 Mewujudkan permuafakatan di semua sekolah rendah dan menengah Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan Meningkatkan tahap kebajikan guru Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar Memperluaskan khidmat kesejahteraan diri murid kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan

Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan selurus warga sekolah Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%. Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa 2

Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penyerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah

Piagam Pelanggan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi mewujudkan pendidikan yang berkesan dengan :

1. Pengurusan Penempatan Guru Memastikan proses penempatan guru diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas bekalan guru diterima daripada BPSM 2. Pengurusan Pertukaran Guru Memastikan proses pertukaran guru diurus 2 kali setahun bagi pertukaran Januari dan Jun dalam tempoh seperti berikut: 45 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh permohonan diluluskan bagi pertukaran Januari 30 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh permohonan diluluskan bagi pertukaran Jun

3. Pengurusan Murid Memastikan 100% murid persekolahan bermula warganegara mendapat tempat belajar setiap sesi

Memaklumkan keputusan permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima 4. Pengurusan Permohonan Agensi Luar Mengemukakan status kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja 5. Pengurusan Semakan Kertas Makluman / Cadangan Mengemukakan Kertas Makluman / Cadangan kepada urus setia dalam tempoh 7 hari bekerja 6. Ulasan Memorandum / Kertas Cadangan

Mengemukakan ulasan Memorandum/Kertas Cadangan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja 7. Pengurusan Aduan Pelanggan Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh-tempoh berikut: Menyelesaikan aduan dalam tempoh 14 hari bekerja Menjawab sebarang pertanyaan dalam tempoh 3 hari bekerja 8. Pengurusan Keurusetiaan Mengemukakan draf minit mesyuarat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas mesyuarat Mengedarkan minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat

9. Pengurusan Pembayaran kepada Pembekal


Memastikan urusan pembayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap)

Fungsi

Bertanggungjawab terhadap semua dasar, program dan aktiviti pendidikan bertepatan dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti dalam pendidikan Mengawal dan menilai pelaksanaan program-program pendidikan bagi peringkat prasekolah, rendah dan menengah (sekolah harian) Menganjur dan merancang pelaksanaan program dan akitiviti Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi luar

You might also like