Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENGERTIAN Pembelajaran Luar Bilik Darjah(PLBD) Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD

seperti berikut: Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. OBJEKTIF PLBD PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah: Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas; Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan; Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual; Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar; Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan; Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat. Menerapkan nilai-nilai murni. Sebelum PLBD Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran) Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi Membuat tempahan tempat dan pengangkutan Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid

Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll) Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan Memahami peraturan dan aturcara lawatan Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Memahami keperluan-keperluan keselamatan Semasa PLBD Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga Memberi bantuan bila diperlukan Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat Membuat pemerhatian secara langsung Mengumpul dan merekod maklumat Mematuhi peraturan-peraturan lawatan Berkerjasama dalam kumpulan Selepas PLBD Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid Membimbing murid membuat rumusan Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti). Menyusun maklumat yang dikumpul Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain Menyediakan laporan Menghantar / membentang hasil / laporan Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)

KERTAS KERJA P&P DI LUAR BILIK DARJAH KHIDMAT MASYARAKAT

PENGENALAN :

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF :

1)

Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.

2) 3)

Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

KUMPULAN SASARAN : Semua pelajar Tahun 5

TEMPOH PERLAKSANAAN : Jun hingga Oktober.

PENGISIAN : Program 1 Tema Nama Projek : Hidup Bermasyarakat : SEKOLAHKU SYURGAKU : Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah mengikut tempat yang di tetapkan bagi setiap kelas dan laporan gotong royong. Kumpulan Sasaran Tarikh Pelaksanaan Masa SASARAN : Semua murid tahun 5 : 24 Jun 2011, 22 Julai 2011 dan 30 September 2011 : 4.30 hingga 6.30 petang : Murid tahun 5 dan Guru mata pelajaran Sivik

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN Rujuk lampiran A

TEMPAT YANG DITETAPKAN UNTUK SETIAP KELAS Rujuk lampiran B

Lampiran A

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN PERKARA Minuman Pelajar Plastik hitam Sarung tangan *Cat ( merah jambu dan biru ) *Berus cat *Pelarut cat *Penggelek cat *Bekas penggelek cat BIL 260 3 plastik 10 kotak 6 tin 10 batang 2 tin 4 batang 2 bekas SEUNIT (RM) 0.50 10.00 6.00 40.00 4.00 18.00 10.00 10.00 JUMLAH (RM) RM 130.00 RM 30.00

RM 60.00 RM 240.00

RM 40.00 RM 36.00 RM 40.00 RM 20.00

**Poster (3x4 fully colourful printed whiteboard chart with 9 keping aluminium frames & safety corner caps) Jumlah * Untuk mengecat tandas pelajar ** Untuk dipamerkan di Dewan Tun Mutahir

280

RM 2520

RM 3116.00

Lampiran B

KELAS 2I 2A 2J 2C 2R 2V 2B 2D 2H

TEMPAT GOTONG-ROYONG Blok A Blok B Blok C Blok D Blok Bengkel-Bengkel Kawasan Letak Kereta Guru-Guru Dan Gelanggang Bola Keranjang Kawasan Kantin Dan Teratak Ilmu Menceriakan Dewan Mengecat Tandas Pelajar

You might also like