Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

SULIT* 910/2 Bahasa Malaysia 2 2009 3 jam

910/2

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

PENILAIAN PENGESANAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2009 ----------------------------------------------------------------------------------------BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 (ESEI) Tiga jam
_____________________________________________________________________ Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA

DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan satu soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak STPM 910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [ Lihat sebelah] SULIT*

Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. (50 markah)

1. Kad kredit merupakan satu keperluan hidup dalam arus globalisasi ini.Penggunaan kad kredit menyempurnakan kehidupan manusia dalam menjalani kehidupan seharian.Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan penggunaan kad kredit kepada masyarakat Malaysia pada hari ini. 2. Belakangan ini, kemasukan pekerja asing ke Malaysia secara besar-besaran hangat diperkatakan.Huraikan faktor-faktor yang mendorong mereka bekerja di Malaysia dan kesan-kesannya kepada negara. 3. Saban hari kita dikejutkan dengan kejadian bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.Bencana alam menyebabkan kemusnahan yang amat dahsyat kepada kehidupan manusia dan hidupan lain.Bincangkan kesan-kesan bencana alam dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Sistem meritokrasi yang diperkenal oleh kerajaan telah mengubah sistem pendidikan tinggi di negara kita.Sistem ini membawa banyak kebaikan.Nyatakan kebaikan-kebaikan sistem ini.

4.

910/2 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT Bahagian B

Lihat sebelah SULIT

5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya.Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. (20)

Kehadiran penyakit berjangkit sejak akhir-akhir ini memang sangat membimbangkan,terutama dalam kalangan pendatang tanpa izin (PATI).Walaupun Kementerian Kesihatan menegaskan keadaan masih terkawal namun orang ramai tetap bimbang.Kemunculan penyakit leptospirosis amat mengejutkan masyarakat Malaysia. Penyakit ini mula dikesan di Depoh Tahanan Juru,Pulau Pinang apabila 35 pendatang tanpa izin disahkan mengidap penyakit dan dua kematian telah direkodkan memerlukan perhatian serius daripada pelbagai pihak.Leptospirosis berlaku di seluruh dunia, tetapi lebih kerap di negara beriklim tropika dan sederhana. Leptospirosis berpunca daripada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Leptospira yang terdapat pada air kencing haiwan seperti tikus,lembu,kambing,khinzir, anjing dan sebagainya.Menurut pakar perubatan penyakit ini tidak berjangkit daripada manusia ke manusia.Manusia boleh dijangkiti melalui haiwan.Kuman leptospirosis memasuki badan seseorang melalui luka badan, terminum air atau termakan tanah yang telah dicemari dengan kuman leptospira.Sebagai contoh,semasa musim banjir,air kotor yang diredah semasa berjalan yang telah dicemari kuman leptospira boleh memasuki badan seseorang itu jika ia ada luka kecil di kaki atau di mana-mana bahagian badan.Penyakit ini juga boleh terjadi kepada mereka yang bekerja di ladang-ladang ternakan atau sawah kerana kuman itu boleh hidup di tanah atau air kotor. Gejala-gejala penyakit ini ialah demam,sakit-sakit badan,sakit kepala,sakit perut,muntah,cirit- birit dan sakit kuning atau jaundice.Dalam kes yang serius,penyakit ini boleh membawa maut kerana kegagalan buah pinggang dan hati berfungsi,pendarahan paru-paru dan meningitis atau infeksi di bahagian otak.Walau bagaimanapun pakar perubatan mengakui bahawa penyakit ini jarang menular.Penularan penyakit ini bergantung pada tahap kebersihan sesuatu kawasan itu.Rakyat di negara-negara tropika seperti Malaysia terdedah kepada wabak penyakit ini disebabkan oleh cuaca.Di kawasan-kawasan setinggan atau di tapak-tapak pembinaan yang sistem saliran kurang memuaskan boleh menjadi lubuk penyakit ini.Selain itu, mereka yang tinggal di tempat-tempat kotor atau sering berkunjung di tempat air kotor seperti tasik atau sungai yang tercemar turut berisiko tinggi.

910/2 sebelah Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat SULIT

SULIT Sebagai langkah pencegahan, orang ramai perlu mengelakkan menggunakan air semula jadi seperti sungai dan tasik yang tercemar.Antara langkah yang boleh

dilakukan ialah mandi dengan air bersih selepas melakukan sebarang aktiviti.Selain itu,masyarakat perlu menjaga kebersihan rumah agar dapat mengurangkan populasi tikus.Seterusnya, pesakit perlu mendapat rawatan dengan kadar segera di hospital untuk mengelakkan komplikasi.Pesakit akan diberi suntikan antibiotik Penicillin atau Ceftriaxone. Kesihatan aset penting kepada setiap insan,keluarga, dan negara.Malangnya kes-kes penyakit berjangkit seperti Leptospirosis masih mengancam nyawa manusia.Kebanyakan penyakit berjangkit berpunca daripada kekotoran dan pencemaran alam sekitar.Untuk mengatasi masalah ini pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai pihak terutama kerajaan.Kita harus berganding bahu dengan semua pihak bagi mengatasi masalah ini.Amalan hidup yang sihat dapat menyelamatkan kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencanaKebersihan Cegah Penyebaran Wabak, Mingguan Malaysia,Mei 2009,halaman 2-3)

910/2 sebelah SULIT

Lihat Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT Bahagian C Jawab satu soalan sahaja.

6.Alih bentuk bahasa puisi yang berikut kepada bentuk prosa biasa. markah) Buat Saudaraku di Palestin Di sini, aku tatap deritamu ruang matamu kulihat berkaca di sisi jendela kedamaian ini aku mengecapi hidup anugerah keamanan daripada Yang Maha Esa Namun kau saudaraku, bukan seperti aku hidupmu di sana penuh derita mungkin kau jua tidak pernah kenal erti ketawa mengecap rasa senang dan aman persis kicauan burung kau tak pernah merasa tenang kerana waktumu singkat deritamu berat yang ada hanyalah jutaan impian agar dihembus hilang segala lelah kekejaman perang aku kesal,kerana aku di sini dilimpahi kemewahan kuteguk segala kemanisan hidup dan kau pula, hanya mampu menelan debu-debu pasir meneguk angin kering yang entah bila mampu memujuk kelaparan Namun saudaraku janganlah dikau gundah kerana aku senantiasa di sisi mendoakanmu agar hidupmu sejahtera dan pergilah derita.

(15

(Dipetik dan diubahsuai Atiqah Samat, Fokus,2005 halaman 24)

910/2 sebelah Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kerta sini tamat. SULIT

Lihat

7.Alih bentuk bahasa di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. (15 markah) Mak, mak! Emak di kebun ke? Jerit Saleha. Eh,engkau ni Saleha! Suka benar mengejutkan emak, nasib baiklah parang ni tak terkena emak! Eh!mak cabut ubi ke? Bolehlah Leha goreng dan buat bekal balik asrama nanti ya,mak! Ah, dah betullah telah emak tadi.Emak cabut ubi ini pun memang nak goreng untuk bekal kau! Untung benarlah Leha dapat orang macam emak ni,emak selalu ingatkan Leha,ayah mana mak? Ke dusunlah pagi-pagi begini, tengok-tengok kalau ada durian yang gugur Inilah yang eloknya, boleh Saleha bawa ya,mak! Suka hati engkaulah Saleha,selagi kau larat membawanya, mak tak larang. (Dipetik dan diubahsuai daripada Orang Kampus,Dewan Bahasa dan Pustaka,1988,halaman 130)

910/2 sebelah Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT SULIT Bahagian D

Lihat

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. (15 markah)

Dadah adalah bahan kimia psikoaktif yang menjejaskan sistem saraf pusat dan mengakibatkan penagih bergantung secara fizikal dan psikologi kepadanya.Terdapat pelbagai jenis-jenis dadah yang menyebabkan ketagihan seperti candu,kokain,heroin,dan ganja.Penyalah gunaan dadah akan merosakkan kesihatan badan dan mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat dan negara. Ketagihan dadah menjejaskan kesihatan penagih.Disamping itu,fikiran dan perasaan penagih akan bercelaru dan hilang pertimbangan yang waras.Selain itu, sosok tubuh penagih akan menjadi kurus dan tidak bermaya serta berwajah pucat dan cengkung kerana mereka kehilangan selera makan.

KERTAS SOALAN TAMAT

910/2 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

SULIT TERHAD

Skima Jawapan soalan percubaan BM STPM

Bahagian A Soalan 1 Kesan-kesan penggunaan kad kredit Kebaikan - Penggunaannya lebih mudah kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk berbelanja. - Penggunaannya lebih selamat daripada penggunaan wang tunai yang terdedah kepada kecurian. - Pemegangnya menikmati pelbagai kemudahan istimewa seperti kemudahan pembayaran bil,premium insurans dan sebagainya. - Pemegangnya mendapat perlindungan insurans kemalangan diri. Keburukan - Penggunaan yang kurang bijak akan mendatangkan masalah kewangan sehingga diisytiharkan muflis. - Pengeluaran kad kredit yang tidak dikawal akan menyebabkan inflasi - Pengguna boros berbelanja - Pengguna menanggung hutang yang berganda. Soalan 2 Faktor-faktor - Peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia terutama dalam sektor perkilangan,perladangan dan pembantu rumah. - Kestabilan politik dan ekonomi turut menarik minat mereka untuk bekerja di negara kita. - Keadaan ekonomi dan politik di negara asal yang sentiasa bergolak mendorong mereka berhijrah untuk mencari rezeki di negara asing Kesan-kesan - Membantu negara membangun dengan lebih pesat dan cepat - Memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu sepserti perladangan,pertanian,perkilangan dan pembantu rumah. - Peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial. - Penyakit berjangkit turut meningkat

Soalan 3 Kesan-kesan

Kehilangan nyawa orang yang tersayang. Kemusnahan harta benda termsauk rumah dan ternakan. Kemusnahan kemudahan awam Meninggalkan trauma kepada mangsa Mengakibatkan kerugian

Langkah-langkah - Kempen kesedaran menghargai alam sekitar. - Memperketat penguatkuasaan undang-undang - Kerjasama daripada pihak-pihak korporat Soalan 4 Kebaikan Pemilihan pelajar yang benar-benar berkualiti. Melahirkan pelajar yang berdaya saing. Pelajar akan berusaha gigih untuk mencapai keputusan akademik yang lebih baik Mewujudkan semangat integrasi antara kaum. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Soalan 5 Isi Utama Kemunculan penyakit berjangkit dalamn kalangan PATI sejak akhir-akhir ini sangat membimbangkan semua pihak.Penyakit leptospirosis amat mengejutkan masyarakat Malaysia.Penyakit ini kerap berlaku di negara beriklam tropika dan sederhana. Isi Sampingan/Sokongan

1. Leptospirosis berpunca daripada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai leptospira yang terdapat dalam air kencing haiwan seperti tikus,lembu,kambing, Lembu,kerbau, anjing dan sebagainya.Penyakit ini tidak berjangkit daripada manusia ke manusia tetapi melalui haiwan.

2. Kuman leptospira boleh menjangkiti manusia melalui luka di badan, terminum air kotor atau termakan tanah yang telah dicemari kuman tersebut.Individu yang bekerja di ladang ternakan dan sawah terdedah kepada penyakit ini. 3. Seseorang yang telah dijangkiti oleh penyakit ini akan mengalami demam,sakit-sakit badan,sakit kepala,sakit perut,muntah,cirit birit dan sakit kuning.Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. 4. Penularan penyakit ini bergantung kepada tahap kebersihan sesuatu kawasan.Negara-negara tropika terdedah kepada penyakit ini kerana faktor cuaca.Selain itu, penduduk yang tinggal di tempat-tempat kotor berisiko tinggi dijangkiti oleh penyakit ini. 5. Orang ramai perlu mengelakkan menggunakan air semula jadi seperti sungai dan tasik yang tercemar dan perlu mandi selepas melakukan pelbagai aktiviti.Seterusnya masyarakat perlu menjaga kebersihan rumah. 6. Pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera di hospital untuk mengelakkan komplikasi.Pesakit akan diberi suntikan antibiotik Penicillin atau Cetriaxone untuk merawat pesakit. Penutup Penyakit berjangkit berpunca daripada kekotoran dan pencemaran alam sekitar.Pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai pihak terutama kerajaan untuk mengatasi masalah ini.Semua pihak perlu berganding bahu untuk mengatasi masalah ini

Bahagian C Soalan 6 Penyajak melihat penderitaan pada ruang mata saudaranya yang berada di bumi Palestin.Hal ini berbeza dengan kedamaian dan kebahagian anugerah Yang Maha Esa yang dikecapi oleh penyajak di buminya.Seterusnya, penyajak menyedari bahawa kehidupan saudaranya di bumi Palestin penuh dengan penderitaan.Penyajak juga mengetahui bahawa saudaranya itu tidak pernah mengenal erti kebahagiaan,kesenangan,keamanan, dan ketenangan di bumi Palestin.Penderitaan yang ditanggung oleh saudaranya di Palestin amat berat.Saudara penyajak hanya mempunyai impian agar kekejaman perang akan berakhir. Penyajak kesal kerana kehidupan saudaranya di Palestin yang sengsara dan kelaparan sedangkan penyajak hidup dalam kemewahan.Namun begitu penyajak berharap agar saudaranya tidak berasa sedih kerana dia sentiasa mendoakan agar kehidupan saudaranya di Palestin akan sejahtera dan segala deritanya hilang.

Soalan 7 Dengan suara yang agak kuat Saleha memanggil emaknya dan ingin kepastian sama ada emaknya berada di kebun atau tidak.Mak Munah menegur Saleha dan mengatakan bahawa Saleha suka benar mengejutkannya.Mak Munah menerangkan bahawa dia bernasib baik kerana parang yang berada di tangannya itu tidak terkenanya. Saleha ingin mengetahui sama ada emaknya mencabut ubi atau tidak dan dia manyatakan bahawa dia boleh menggorengnya untuk dibawa bekalan apabila balik ke asrama..Mak Munah mengatakan bahawa telahannya memang benar dan dia mencabut ubi itu pun kerana hendak digoreng untuk bekalan Saleha. Seterusnya Saleha memuji emaknya dengan menyatakan bahawa dia sungguh beruntung mendapat orang seperti emaknya itu kerana emaknya selalu ingat kepadanya.Kemudian Saleha menanyakan tempat ayahnya berada.Mak Munah memberitahu bahawa ayahnya ke dusun pada awal pagi itu untuk melihat kemungkinan ada durian yang gugur.Saleha menyatakan bahawa itulah yang eloknya kerana dia dapat membawa buah durian balik ke asramanya.Mak Munah memberitahu Saleha bahawa terpulang kepada Saleha selagi dia mampu berbuat demikian.Mak Munah tidak melarangnya.

Bahagian D Bil Kesalahan 1. adalah.. Analisis Kesalahan kata pemeri adalah.Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa nama. Pembetulan ialah

2.

Pelbagai jenisjenis

Frasa nama pelbagai jenis-jenis salah kerana apabila kata bilangan yang menunjukkan makna jamak digunakan,maka kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak boleh diulang.

Pelbagaijenis

3.

Penyalah gunaan...

Kesalahan ejaan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan perlu dicantumkan.

Penyalahgunaan

4.

Disamping itu

Kata sendi di harus ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya.

Di samping itu,

5.

dan hilang

Ayat tergantung kerana ayat ini tidak mempunyai subjek.

dan mereka hilang susuk..

6.

sosok

Kesalahan ejaan sosok kerana sosok bermakna lubang,bakal atau permulaan.Ejaan yang sebenarnya susuk.

You might also like