Soalan Percubaan STPM BM 2 2010 Set B

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

SULIT* 910/2 Bahasa Malaysia 2010 3 jam

910/2

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

PENILAIAN PENGESANAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010 ----------------------------------------------------------------------------------------BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 (ESEI) Tiga jam
_____________________________________________________________________ Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA

DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan satu soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak STPM 910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [ Lihat sebelah] SULIT*

2 SULIT* Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [ 50 ]

1.

Sukan memberi impak yang besar kepada individu,masyarakat, dan negara.Sukan bukan sahaja menyihatkan badan malah bernilai komersial. Bincangkan kepentingan sukan kepada pembangunan negara dan strategi-strategi untuk meningkatkan mutu sukan negara.

2. Isu pencemaran alam sekitar bukanlah perkara baharu di negara kita.Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar diminta menyediakan laporan tentang punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tuliskan laporan itu selengkapnya. 3. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (TM) telah mengubah cara manusia berkerja dan kualiti barangan yang dihasilkan. Oleh itu, kebergantungan manusia terhadap TM tidak boleh dinafikan lagi. Namun, masyarakat di negara ini masih jauh ketinggalan dalam bidang TM. Pada pendapat anda, apakah langkah yang berkesan untuk menjadikan rakyat di Malaysia lebih mendekati TM?

4.

Kemajuan dalam bidang bioteknologi membawa banyak manfaat kepada kepada kehidupan masyarakat di Malaysia. Huraikan kepentingan bioteknologi kepada negara dan masyarakat.

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah] SULIT*

3 SULIT* Bahagian B 5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya.Rumusan hendaklah dibuat dalam tiga perenggan, dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah kata.
[20] Siapakah jiran? Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar kawasan rumah kita.Ruang lingkup jiran adalah sehingga empat puluh buah rumah sama ada di kiri, kanan,depan mahupun belakang.Hidup berjiran memerlukan kita memiliki semangat kejiranan yang tinggi bagi menjamin keharmonian sesebuah masyarakat. Aktiviti gotong -royong terutamanya semasa majlis kenduri,majlis tahlil, khatam alQuran, dan majlis cukur jambul dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat.Gotong-royong menyediakan juadah atau diistilahkan sebagai rewang oleh sesetengah masyarakat dapat memupuk semangat saling membantu.Semasa aktiviti ini diadakan,jiran tetangga yang bertandang dapat berkongsi cerita dan dapat mengeratkan tali silaturahim sesama jiran. Antara langkah lain yang boleh diambil untuk memantapkan semangat kejiranan adalah dengan mengadakan majlis rumah terbuka tidak kiralah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina,Deepavali mahupun majlis sambutan hari lahir.Aktiviti rumah terbuka ini mampu meningkatkan semangat kejiranan kerana dengan menghadiri majlismajlis tersebut,kita dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan atau menjayakan sesuatu acara. Malahan juga, dengan memenuhi undangan ke majlis rumah terbuka ini, kita dapat menunjukkan rasa prihatin terhadap jiran tetangga.Tidaklah nanti kita digelar kera sumbang ataupun dikritik kerana bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masingmasing.Aktiviti seumpama ini membolehkan kita untuk bertanya khabar jiran dan mengetahui perkembangan mereka,seterusnya membolehkan semangat kejiranan ditingkatkan. Selain itu,semangat kejiranan dapat ditingkatkan dengan menghulurkan tangan bagi meringankan beban jiran yang memerlukan bantuan kita.Bantuan yang dihulur sama ada dalam bentuk wang ringgit atau kata-kata semangat pastinya dapat mengurangkan beban mereka.Sebagai contoh,seandainya jiran kita yang ditimpa bencana seperti rumah terbakar dan kehilangan orang tersayang,kita sebagai jiran yang prihatin perlu memberi bantuan sekurang-kurangnya menziarahi mereka atau menyediakan tempat tinggal sementara kepada mereka. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memupuk semangat kejiranan dengan menubuhkan persatuan penduduk atau Rukun Tetangga di kawasan tempat tinggal kita.Persatuan ini boleh mengadakan aktiviti seperti home guard.Konsepnya,setiap penghuni di kawasan kejiranan yang mendaftar sebagai ahli perlu bergilir-gilir setiap malam mengawal kawasan tempat tinggal bagi mencegah jenayah seperti kecurian. Dengan adanya aktiviti ini,setiap anggota masyarakat di kawasan tersebut memiliki rasa saling melindungi antara satu sama lain.Perasaan ini membantu meningkatkan semangat kejiranan.Bak kata pepatah,ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah] SULIT*

SULIT*

Konklusinya, semangat kejiranan yang tinggi perlu ada dalam sanubari setiap penduduk di sesebuah kawasan tempat tinggal bagi menjamin kesepakatan dan perpaduan anggota masyarakat dalam negara kita.Pemimpin negara sering kali menekankan peri pentingnya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Fokus, Mei 2009)

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah] SULIT*

5 SULIT* 6.
Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan

memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. [15] Su,Su hari dah siang ni, kau tak sekolah?bentak ibu sambil menggoyangkan badan Sulaiha.Alamak,dah pukul tujuh,matilah Su.Tentu cikgu marah,balas Sulaiha sambil menggosok-gosok matanya. Itulah mak kata jangan menonton televisyen tu lewat sangat.Nilah akibatnya orang tak makan saman. Su nak pontenglah hari ni.Su takut kalau kena denda. Janganlah nak mengada-ngada,cepat siap.Sempat lagi,balas ibu Sulaiha. Tak apalah mak.Sehari ponteng bukannya apa.Lagipun hari ini ada raptai Hari Guru. Mak kata siap,siaplah.Jangan pula suka membantah. Tapi mak hantar ya,Su dah terlewat ni. Yalah, pergi siap cepat!

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah] SULIT*

6 SULIT*
7. Alih bentuk bahasa puisi yang berikut kepada bentuk prosa biasa. [15]

Syair Singapura Terbakar Serta terpandang api menjulang, Rasa arwahku bagaikan hilang, Dijilatnya rumah serta barang-barang, Seperti anak ayam disambar helang. Seberang-menyeberang rumah habis rata, Apinya cemerlang tidak dapat buka mata, Bunyinya gempar terlalu gempita, Lemahlah tulang sendi anggota. Pakaianku menyalalah seperti kertas, Limau manis pun meletup seperti petas, Orang menolong pun terlalu pantas, Merebut barang-barang terlalu lekas, Ringgit pun hancur seperti timah, Habis meleleh ke bawah rumah, Tiadalah tentu barang yang dijamah, Pencuri pun mengangkut sama termengah-mengah. Abdullah Munsyi

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah] SULIT*

7
SULIT* Bahagian D 8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan kesalahan dan kemudian buat pembetulan. . [15] Lazimnya cuti sekolah disambut dengan gembira oleh para pelajar, Terutama murid-murid sekolah rendah.Dia terlepas daripada belenggu persekolahan buat seketika.Apa yang wajar pelajar lakukan ketika bercuti? Sesetengah pelajar yang mempunyai kesedaran akan menyusun kegiatan untuk mengisi masa cuti dengan teratur,terutama yang akan menghadapi peperiksaan.Ada juga ibu bapa yang menyediakan rancangan khusus untuk diikuti oleh anak-anak mereka sepanjang musim cuti.Tetapi sebahagian besar pelajar tidak membuat demikian.Perkara ini tentulah merisaukan ibu bapa.Mereka bimbang anak-anak mereka akan terbabit dalam kegiatan yang tidak sihat.

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah] SULIT*

SKEMA
BAHAGIAN A : KARANGAN 1. Sukan memberi impak yang besar kepada individu,masyarakat dan negara.Sukan bukan sahaja menyihatkan badan malah bernilai komersial. Bincangkan kepentingan sukan kepada pembangunan negara dan strategistrategi untuk meningkatkan mutu sukan negara. Pendahuluan Sukan menjamin kesihatan tubuh badan dan mental. Sukan termasuklah acara olahraga dan permainan. Sejak zaman dahulu sukan sentiasa mendapat perhatian dunia. Isi-isi Kepentingan sukan Sukan melahirkan individu yang cergas dan cerdas.-aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan. -senaman menguatkan otot-otot tubuh dan sendisendi badan.-aktiviti sukan membantu proses perpeluhan.-dapat menghindari penyakit kronik. Sukan memupuk perpaduan.-atlet berlatih bersama-sama tidak kira keturunan,agama dan negara.-pergaulan melahirkan persefahaman yang erat. -ketika pertandingan,mereka bersatu hati untuk mencapai kejayaan.-peminat atau penyokong bersatu hati menyokong pemain negara. Sukan mengangkat martabat negara.-pencapaian cemerlang dalam bidang sukan menyebabkan nama Malaysia terkenal di peringkat antarabangsa. -pada tahun 2008,kita memenangi pingat perak dalam acara badminton di Sukan Olimpik.-Datuk Nicol Ann David juara dunia dalam acara skuasy. Sukan menawarkan peluang perniagaan.-kemajuan dalam bidang sukan meningkatkan permintaan terhadap peralatan sukan.-kemudahan sukan juga diperlukan.-peluang-peluang perkerjaan diwujudkan. Strategi-strategi meningkatkan mutu sukan. Menyediakan kemudahan latihan yang lengkap.-alatan dan kemudahan seperti stadium,gimnasium dan lain-lain disediakan oleh kerajaan.-alatan moden juga disediakan.-jurulatih yang berpengalaman dan berkaliber disediakan untuk atlet.-pendedahan kepada persaingan antarabangsa. Pemberian insentif yang menarik.-insentif dalam bentuk wang dan penghargaan diberi kepada atlet yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. -insentif membolehkan atlet merancang masa depan dengan lebih baik. -atlet bermotivasi untuk meningkatkan prestasi. Perancangan yang rapi oleh persatuan sukan.-persatuan-persatuan sukan mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat baru.-sekolah sukan menyediakan tempat latihan yang sesuai untuk atlet muda.-persatuan merancang programprogram atau pertandingan-pertandingan yang perlu untuk meningkatkan prestasi atlet mereka. Kesimpulan. Peningkatan mutu sukan bergantung kepada banyak faktor. Kerajaan berusaha ke arah memajukan bidang sukan. Masyarakat boleh membantu dalam pelbagai cara.

9 2. Isu pencemaran alam sekitar bukanlah perkara baharu di negara kita.Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar diminta menyediakan laporan tentang punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar dan langkahlangkah untuk mengatasinya. Tuliskan laporan itu selengkapnya. Pendahuluan Format laporan-tajuk-nama,tandatangan dan jawatan pelapor-tarikh Isu alam sekitar merupakan isu hangat. Pencemaran alam menjejaskan kehidupan manusia. Perubahan cuaca dunia berkait rapat dengan pencemaran alam sekitar.

Isi-Isi Punca-punca Aktiviti penyahhutanan -memusnahkan hutan secara besar-besaran -memusnahkan habitat kepelbagaian flora dan fauna.-berlaku perubahan dan peningkatan suhu -berlaku hakisan tanah,banjir lumpur dan lain-lain. Pembebasan gas dan bahan bakar.-pihak industri membebaskan asap yang mengandungi bahan pencemar seperti karbon dioksida dan lain-lain. -menyebabkan jerebu dan hujan asid. Aktiviti pertanian. -kawasan diteroka untuk membuka ladang. -kawasan terdedah kepada hakisan,banjir dan perubahan suhu persekitaran. -amalan pembakaran terbuka menyebabkan jerebu. Langkah-langkah Mengawal aktiviti pembalakan.-hukuman berat hendaklah dikenakan terhadap pembalak yang tidak mengikut arahan. -kerajaan mestilah mengawal pembalakan haram.-pembalakan haram menyebabkan sistem ekologi terjejas. Menangani masalah pembuangan sisa-sisa kilang. -masalah ini menyebabkan pencemaran sungai dan seterusnya menjejaskan sumber air.-menggantung lesen kilang-kilang yang tidak mematuhi Akta Alam Sekitar.-hukuman denda perlu ditingkatkan.-tindakan tegas pihak berkuasa tempatan amatlah penting. Mengadakan pemeriksaan mengejut ke kawasan-kawasan yang berpotensi. -menangkap pengusaha kilang yang melanggar undang-undang. -menangkap orang ramai yang mencemarkan alam sekitar. -usaha ini dapat menakutkan pihak pengusaha kilang dan orang ramai. Pendidikan alam sekitar perlu diajarkan di sekolah. -memperkenal subjek pendidikan alam sekitar di sekolah untuk mendidik pelajar memiliki nilai sayang kepada alam sekitar. -pelajar didedahkan kepada cara-cara menjaga dan menghargai alam sekitar. Kesimpulan Generasi akan datang harus menikmati pembangunan tanpa pencemaran. Usaha menjaga alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak.

10 3. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (TM) telah mengubah cara manusia berkerja dan kualiti barangan yang dihasilkan. Oleh itu, kebergantungan manusia terhadap TM tidak boleh dinafikan lagi. Namun, masyarakat di negara ini masih jauh ketinggalan dalam bidang TM. Pada pendapat anda, apakah langkah yang berkesan untuk menjadikan masyarakat rakyat di Malaysia lebih mendekati TM? Pendahuluan TM merupakan salah satu tujahan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Senario teknologi maklumat (TM) di Malaysia pada masa inidirealisasikan menerusi projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC).

Isi-isi Langkah menjadikan masyarakat Malaysia mendekati teknologi maklumat Meningkatkan pengetahuan TM menerusi pendidikanmemperbanyakkan serta memperluas konsep Sekolah Bestari, elearning, dsb. Menambah dan menggiatkan kempen celik komputer-menjelaskan kepentingan dan kebaikan TM kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka. Contohnya, TM diperkenalkan juga dalam kalangan para petani seperti laman web TaniNet. Menerusi skim pembelian mudah komputer-Menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau menerusi skim pinjaman tertentu, mengadakan pelbagai pameran dan jualan komputer secara besarbesaran bagi membolehkan pengguna memilih komputer dengan mudah. Contohnya, pameran di PWTC oleh Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM). Menampilkan dan memantapkan kerajaan elektronik di semua agensi kerajaan-menjalankan segala urusan dengan lebih mudah menerusi komputer-internet. Mengadakan lebih banyak prasarana komputer seperti mengadakan pusat komputer bergerak galakan pengusaha kafe siber.

Kesimpulan TM penting kepada masyarakat, khususnya golongan muda. Langkah-langkah yang lebih berkesan perlu dilaksanakan agar matlamat menjadikan seluruh rakyat Malaysia celik komputer tercapai menjelang tahun 2020.

11 4. Kemajuan dalam bidang bioteknologi membawa banyak manafaat kepada kepada kehidupan masyarakat di Malaysia. Huraikan kepentingan bioteknologi kepada negara dan masyarakat.

Pendahuluan Kini, bidang bioteknologi kian berkembang di Malaysia. Terutama dalam bidang pertanian dan penternakan. Bioteknologi merangkumi aplikasi kegunaan mikroorganisma seperti kulat, bakteria, dan lain-lain. Isi-Isi Kepentingan bioteknologi. Bioteknologi industri makanan banyak membantu manusia. -dalam industri roti dan kek,yis memyebabkan roti naik dengan cepat. -hasil tenusu diawet dengan bakteria menjadi mentega,keju, dan yogurt. -keadaan ini dapat menambah bilangan makanan yang tahan lebih lama. Bioteknologi membolehkan penghasilan pelbagai jenis ubat untuk melawan penyakit. -pengekstrakan insulin daripada haiwan dapat mengatasi masalah kencing manis. -kulat penisilin dan antibiotik digunakan untuk membunuh kuman. -ubat leukumia juga dihasilkan. Bioteknologi dapat mengatasi masalah pencemaran. -bahan kumbahan boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada rakyat. -mikrob terpilih digunakan untuk menguraikan najis sepenuhnya. -kemajuan ini membantu mengurus air kumbahan. Bioteknologi genetik juga memajukan bidang pertanian. -baka-baka haiwan ternakan terbaik telah dihasilkan. -menggunakan kaedah kultur tisu mempercepat pembiakan. -mutasi aruhan menghasilkan pada padi yang berhasil tinggi. Industri pembuatan dimajukan. -dalam industri tekstil,enzim dapat memelihara ketahanan benang. -enzim juga digunakan untuk melenturkan kulit. -sabun detergen dapat menyingkirkan kotaran degil.

Kesimpulan Bioteknologi telah banyak membantu kehidupan manusia. Kemajuan dalam bidang pertanian di Malaysia bukti nyata kepentingan bioteknologi

12 BAHAGIAN B SKEMA RUMUSAN

IU

:Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar kawasan rumah kita.Ruang lingkup jiran adalah sehingga empat puluh buah rumah sama ada di kiri,kanan,depan mahupun belakang. :Aktiviti gotong-royong terutamanya semasa majlis dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. :Langkah lain adalah dengan mengadakan majlis rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina dan Deepavali. :Majlis ini dapat menunjukkan rasa prihatin terhadap jiran tetangga.Seterusnya kita boleh bertanyakan khabar dan mengetahui perkembangan jiran. :Semangat kejiranan boleh dipupuk dengan menghulurkan tangan bagi meringankan beban yang dihadapai oleh jiran seperti kematian dan kebakaran. :Selain itu, menubuhkan persatuan penduduk dan Rukun Tetangga di kawasan tempat tinggal.Jiran tetangga bertanggungjawab menjaga kawasan mNasing-masing. :Aktiviti ini dapat mewujudkan rasa saling melindungi antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat kejiranan. :Semangat kejiranan penting dalam hidup bermasyarakat bagi menjamin kesepakatan dan perpaduan.

IS1

IS2

IS3

IS4

IS5

IS6

13 BAHAGIAN C SKEMA ALIH TEKS SOALAN 6 Ibu menggoyangkan badan Sulaiha dan menggerakkannya suaya bangun seraya memberitahunya bahawa hari sudah siang. Ibu bertanya sama ada Sulaiha akan pergi ke sekolah atau tidak.Sulaiha agak terperanjat apabila mendapati jam sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Sambil menggosokkan matanya dia mengatakan bahawa dia akan dimarahi oleh gurunya. Ibu menyindir Sulaiha kerana tidak mendengar nasihatnya supaya tidak menonton televisyen hingga lewat malam. Menurut ibunya lagi, itulah akibatnya jika orang tidak mendengar nasihat. Sulaiha menyatakan bahawa dia hendak ponteng sekolah pada hari itu kerana takut didenda. Ibu meminta Sulaiha tidak mengada-ngada dan menyuruhnya segera bersiap kerana dia masih sempat untuk pergi ke sekolah.Sulaiha menerangkan bahawa sehari tidak ke sekolah tentu tidak membawa apa-apa kesan dan lebih-lebih lagi pada hari itu ada raptai Hari Guru.Ibu mengerah Sulaiha supaya bersiap juga dan tidak membantah arahannya.Sulaiha meminta ibunya menghantarkannya ke sekolah kerana dia sudah terlewat. Ibu bersetuju menghantarnya dan menyuruh Sulaiha bersiap dengan segera.

SOALAN 7 Apabila melihat api yang menjulang memusnahkan semua rumah dan harta benda,penulis berasakan rohnya bagaikan hilang seperti anak ayam disambar helang.Semua rumah yang berada di sekitarnya habis musnah dijilat api.Pancaran api yang terang-benderang sehingga menyilaukan mata.Bunyi kebakaran itu sungguh kuat dan menggerunkan.Hal ini menyebabkan seluruh anggota tubuh penulis lemah longlai.Pakaian penulis terbakar seperti kertas,manakala limau manis meletus seperti mercun.Orang ramai telah memberikan pertolongan untuk menyelamatkan barangbarang secepat yang mungkin.Wang ringgit hancur lebur seperti timah sehingga meleleh ke bawah rumah.Barang-barang yang musnah tidak dapat ditentukan manakala pencuri pula mengambil kesempatan untuk mencuri barang yang terselamat.

14 BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA SOALAN 8 Bil Kesalahan 1. Dia terlepas daripada... Analisis Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri ketigadia.Seharusnya ganti nama diri ketiga mereka digunakan untuk merujuk kepada murid-murid. Pembetulan Mereka terlepas daripada...

2.

Apa yang wajar...

Kesalahan penggunaan kata tanya apa.Penggunaan kata tanya apa yang dikedepankan dalam ayat perlu menerima partikel kah.

Apakah yang wajar...

3.

...pelajar lakukan ketika ...

Kesalahan penggunaan ayat pasif ganti diri ketiga.Seharusnya struktur ayat pasif ganti diri ketiga menggunakan pola di+kata kerja+kata ganti diri ketiga.

...dilakukan oleh pelajar ketika...

4.

...terutama, yang akan...

Kesalahan penggunaan ayat yang tergantung kerana tidak dimasukkan subjek.Seharusnya subjek mereka digunakan sebagai inti frasa.

...terutama mereka yang akan...

5.

Tetapi sebahagian...

Kesalahan penggunaan kata hubung tetapi yang digunakan pada awal ayat.Ayat ini memerlukan penanda wacana.

Akan tetapi sebahagian...

6.

...pelajar tidak membuat demikian.

Kesalahan penggunaan kata kerja transitif membuat yang perlu diikuti dengan kata nama sebagai objek.Perkataan demikian bukan kata nama.

...pelajar tidak berbuat demikian.

15

You might also like