Awang Had Salleh

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Awang Had Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Prof. Emeritus Dr Awang Had Salleh.

Prof. Dr Awang Had Salleh (lahir 24 Jun 1934) [1] ialah ahli akademik dan sasterawan Malaysia. Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagaiNaib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, danbudaya.[1] Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Biografi ringkas 2 Kronologi 3 Jawatan-jawatan lain yang disandang 4 Anugerah 5 Rujukan

[sunting]Biografi

ringkas

Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Awang menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung, sebuah sekolah rendah di tempat asalnya. Pendidikannya kemudian tergendala, akibatPerang Dunia II. Walaupun demikian, beliau memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh

negeri Kedah pada tahun 1949,[2] lalu menyertai Sekolah Melayu Seberang Perak. Pada 1951, Awang menyambung pendidikannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak seterusnya sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas) daripadaUniversiti Malaya pada 1964, diselang seberapa tahun sebagai guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star lalu sebagai Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC) yang juga di Alor Star. Pada sesi akademik 1963/1964, beliau turut bergerak aktif sebagai Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Pada 1964, Awang menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur lalu menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1974. Selain itu, beliau juga menerbitkan novel sulungnya, Biru Warna, pada 1966. Ringkasan penerbit novel itu berbunyi sebahagiannya seperti yang berikut: "Keindahan rasa selalunya bermain dalam cahaya biru. Dan di tangan seorang seniman, cahaya itu digarapnya menjadi nada untuk muzik, menjadi bahasa untuk sastera, dan menjadi garis untuk lukisan. Dan Awang Had Salleh bukan saja mencipta "Biru Warna", sebuah novel, tetapi juga lukisan dan lagu dengan nama yang sama." Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California pada tahun 1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom (lihat bahagian kronologi untuk perincian). Pada 1975, Awang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

[sunting]Kronologi
1934: Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang 1949 (umur 15): Mencapai keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah 1950 (umur 16): Menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Kedah dan kemudiannya, guru

di Sekolah Melayu Derga, Kedah.

1951-1954 (umur 17-20): Menyertai Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim 1954-1957 (umur 20-23): Menyertai Maktab Bahasa Bukit Senyum, Johor Bahru 1957-1959 (umur 23-25): Menjadi guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star,

Kedah

1959-1961 (umur 25-27): Menjadi Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC), Alor Star,

Kedah

1961-1964 (umur 27-30): Menyertai Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera

(Bahagian Atas)

1964-1974 (umur 30-40): Menjadi pensyarah Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala

Lumpur.

1966 (umur 32): Dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru

Warna diterbitkan

1967 (umur 33): Memperolehi ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya 1969 (umur 35): Memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan

dan Sosiologi dari Stanford University, California serta dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan dari Lancaster University, United Kingdom

1974-1975 (umur 40-41): Menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti

Malaya

1975 (umur 41): Drama, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan. Awang juga dikurniakan pingat dan

darjah kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.).

1975-1978 (umur 41-44): Menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya 1978 (umur 44): Dikurniakan Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) 1978-1980 (umur 44-46): Menjadi Pengarah Institut Teknologi Mara (sekarang Universiti Institut

Teknologi Mara) (UiTM)

1980-1984 (umur 46-50): Menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Naib Canselor

pertama Universiti Utara Malaysia

Sri

1982 (umur 48): Dikurniakan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan

1983 (umur 49): Dikurniakan Fellow Kehormat oleh Association of Business Executives (UK)

1990-1992 (umur 56-58): Menjadi Ketua Eksekutif/Perunding Akademi Filem Malaysia 1996-kini (umur 62-): Menjadi Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

[sunting]Jawatan-jawatan

lain yang disandang

Penasihat Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO Pengerusi Lembaga Tadbir Institut Teknologi Kreatif Limkokwing Penasihat Kehormat Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Pengerusi Penasihat Akademik Informatics Malaysia Pengerusi Entertainment Village (M) Sdn. Bhd.(E-Village)

[sunting]Anugerah
Sri Pingat dan darjah kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) (1975) Pingat dan darjah kebesaran Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) (1978) Pingat dan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (1982) yang membawa gelaran Tan

Fellow Kehormat oleh Association of Business Executives (UK) (1983) Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Brock University Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Emeritus daripada Universiti Utara Malaysia; dan Distinguished Fellow of ISIS Malaysia.

[sunting]Rujukan

1. 2.

1.0 1.1 MyKedah2: Tan Sri Prof. Emeritus Dr Awang Had Salleh Awang Had Salleh. Biru Warna (1974), halaman ringkasan penerbit. Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Pendidikan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dankebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

[sunting]Secara

Logis

Pendidikan berawal sejak dalam kandungan sampai mati.Pendidikan sangat penting di masa yang akan datang dan membantu dalam mencari pekerjaan. Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum kelahiran. Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan seharian adalah lebih bererti daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark Twain: "Saya tidak pernah mengizinkan persekolahan menjejaskan pendidikan saya."

Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat mendalam -- sering kali lebih mendalam dari yang disedari mereka -- walaupun pengajaran ahli keluarga berlaku secara tidak rasmi. Kini, komputer banyak memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, sama ada sebagai alat bantu mengajar (Internet dan CD-ROM) atau pun melalui pendidikan atas talian (pendidikan jarak jauh).

[sunting]Lihat

juga

Sistem Pendidikan Malaysia Sistem Pendidikan Indonesia Sistem Pendidikan Brunei Pendidikan Luar (Outdoor Education) Pendidikan khas (Poliku)

[sunting]Pautan

luar

Sekolah-sekolah di Malaysia Daftar pendidikan tinggi di Malaysia.

Pendidikan di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pendidikan Malaysia)

Pendidikan di Malaysia
Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Tinggi

Muhyiddin Yassin Mohamed Khaled Nordin

Belanjawan pendidikan negara (2006)

Belanjawan:

RM30 bilion (ASD10 bilion)1

Perincian umum

Bahasa asas:

Melayu, Inggeris, Cina Mandarin, Tamil

System Type:

Kebangsaan

Ditubuhkan

1956

Celik huruf (2009)

Jumlah:

95% (semua usia 15 tahun ke atas)

Lelaki:

95% jumlah, 98% 15-24 tahun

Wanita:

95% jumlah, 98% 15-24 tahun

Pendaftaran

Jumlah:

5,407,865 dengan 405,716 guru (nisbah 13:1), termasuk 163,746 prasekolah

Rendah:

2,899,228 (kadar tekal sampai darjah terakhir sekolah rendah, Darjah 6 adalah 99%)

Menengah:

2,344,891 (66% pelajar lelaki & 72% pelajar wanita meningkat ke Tingkatan 1 dari Darjah 6)

"Budget 2010", mstar

Kotak ini: papar

bincang

sunting

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Ciri-ciri

2 Pendidikan prasekolah 3 Pendidikan rendah 4 Pendidikan menengah 5 Pendidikan pra-universiti 6 Pengajian tinggi 7 Jenis sekolah 7.1 Sekolah

Kebangsaan

o o

7.2 Sekolah Kluster 7.3 Sekolah Jenis

Kebangsaan

o
Wawasan

7.4 Sekolah

o
Islam

7.5 Sekolah Agama

o
Mubaligh

7.6 Sekolah

o o

7.7 Sekolah Bestari 7.8 Sekolah Teknik

dan Vokasional

7.9 Sekolah

Berasrama Penuh 8 Ujian awam kebangsaan 9 Lihat juga 10 Rujukan

[sunting]Ciri-ciri
Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:

Prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pengajian tinggi

Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains. dan matematik.

[sunting]Pendidikan

prasekolah

Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

[sunting]Pendidikan

rendah

Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

[sunting]Pendidikan

menengah

Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai

Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan. Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap." Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975. Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UECSML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris. Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk

menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML. UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

[sunting]Pendidikan

pra-universiti

Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa. Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursuskursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).

Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain. Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

[sunting]Pengajian

tinggi

Maklumat selanjutnya: senarai universiti di Malaysia Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM atau matrikulasi. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Kriteria pemilihan tidak jelas kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan dengan tegas diwujudkan. Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed. Walaupun kerajaan mengumumkan pengurangan pergantungan kuota kaum pada tahun 2002 untuk lebih memihak kepada meritokrasi, kadang-kadang terdengar kes pelajar bukan bumiputera yang berkeputusan baik tidak diterima untuk memasuki kursus tertentu. Sebelum tahun 2004, semua pensyarah di universiti umum perlu memiliki ijazah sarjana atau doktor. Pada Oktober 2004, keperluan ini dibatalkan. Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa pakar industri yang dapat menambah nilai kursus dapat memohon menjadi pensyarah walaupun tidak mempunyai ijazah sarjana atau doktor. Untuk mengelakkan tuduhan perubahan ini disebabkan kekurangan pensyarah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, "Kita tidak kekurangan pensyarah. Tindakan ini akan menambah nilai kepada kursus dan meningkatkan nama universiti-universiti kita. Katakan Bill Gates dan Steven Spielberg yang terkenal dan cemerlang dalam bidang mereka mahu menjadi profesor. Kita sudah tentu berasa gembira untuk mengupah mereka." Beliau seterusnya memberi contoh arkitek-arkitek yang diakui berbakat tidak memiliki ijazah sarjana. Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara". Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia. Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri

Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia. Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar[1]

[sunting]Jenis

sekolah
Kebangsaan

[sunting]Sekolah

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

[sunting]Sekolah

Kluster

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

[sunting]Sekolah

Jenis Kebangsaan

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

[sunting]Sekolah

Wawasan

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

[sunting]Sekolah

Agama Islam

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-

kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

[sunting]Sekolah

Mubaligh Bestari Teknik dan Vokasional

Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.[2]

[sunting]Sekolah

Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

[sunting]Sekolah

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

[sunting]Sekolah

Berasrama Penuh

Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

[sunting]Ujian

awam kebangsaan

Terdapat empat ujian awam kebangsaan:

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah. Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan semasa tahun 3 sekolah menengah. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan semasa tahun 5 sekolah menengah. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan semasa tahun 6 sekolah menengah.

[sunting]Lihat

juga

Kementerian Pelajaran Malaysia Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Pendidikan seks di Malaysia

[sunting]Rujukan

1.

"Hasan Basari, Abd. Samad (2002) Sistem penilaian prestasi pelajar." Universiti

Teknologi Malaysia Institutional Repository, Univesiti Teknologi Malaysia

2.

Kenyataan Mukhriz Wujud Sekolah Satu Aliran Tiada Unsur Perkauman, Kata

Hishammuddin, Bernama

You might also like