Pam Empar

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kesemua pam di atas digunakan untuk sistem penyamanan udara .

Pam empar adalah yang paling popular kerana binaannya yang mudah , dan mudah dipasangkan tanpa memerlukan ruang yang besar. PRINSIP PAM AIR EMPAR. Struktur pam air empar Cawan utama digunakan untuk mengisikan air ke dalam talal. Pendesak digunakan untuk mengawal kadar aliran air yang melalui paip buangan. Kerangka diperbuat daripada loyang dan digunakan untuk menukarkan kelajauan motor yang tinggi pada pendesak kepada tekanan air yang tinggi. Jenis-jenis Pam Air. A) pam empar pam volut dan pam turbin B) Pam alir paksi pam pendorong C) Pam salingan pam omboh dan pam pelocok D) Pam putar pam ram dan pam gear E) Pam khas pam jet dan pam Wesuce. OPERASI WATER PUMP EMPAR. Air dari takungan bahagian bawah menara pendinginan akan masuk melalui turas agar segala kekotoran tidak memasuki bahagian dalam pam . Injap sehala yang terletak selepas turas berfungsi untuk mengelakkan air berpatah balik ke belakang . Air yang sudah dituras akan memasuki pendesak melalui paip sedutan . Pendesak yang berputar dalam keadaan kelajuan yang tinggi akan mengemparkan air yang dibawa masuk itu ke dalam tatal. Emparan yang terlalu kuat menyebabkan tekanan air yang rendah bertukar menjadi tekanan yang tinggi dan dibuangkan ke dalam paip buangan lalu masuk ke dalam pemeluwap . Jika semasa permulaan pergerakan pam , air tidak dapat disedut msuk dan diemparkan , tuangkan sedikit air ke dalam cawan utama bagi menolong pendesak mengemparkan dan menyedut air masuk dari paip sedutan. KEUPAYAAN PAM AIR. Keupayaan pam air bergantung pada kuasa kuda air dan kuasa kuda aci. Kuasa kuda air Kuasa kuda air boleh dihitung dengan menggunakan formula berikut: KKA = r . Q . H 75 x 60 dengan r = Graviti cecair ( kg /m ) Q = Kuantiti air ( m / minit ) H = Turas air ( m ) Contoh pengiraan Kuasa Kuda Air. KKA = r . Q . H 75 x 60 KKA = 1000 x 20 x 2 75 x 60 KKA = 8.8 hp Kuasa kuda aci atau brek Kuasa kuda aci atau brek ialah tenaga yang digunakan untuk menolak pam dan boleh dihitung dengan menggunakan formula berikut : KKB = KKA Eo

Dengan

100 KKA = Kuasa kuda air Eo = Keupayaan keseluruhan dalam %

Contoh Jika kuasa air bagi sebuah pam air ilah 3.12 kk dan pemampat beroperasi keseluruhannya pada kadar 80% , kira kuasa kuda brek. KKB = KKA Eo 100 = 3.12 80 100 = 3.12 0.8 KKB = 3.9 kk Keupayaan keseluruhan pam air (Eo ) adalah keupayaan bagi pam air itu semasa beroperasi. Keupayaan pam air boleh dihitung dengan formula berikut:Eo = KKA X 100 KKB Contoh Sekiranya sebuah pam air empar berfungsi dengna kuasa kuda air berjumlah 4.38 dan kuasa kuda breknya 5.2 kk, kira keupayaan pam air itu. Eo = KKA X 100 KKB = 4.38 x 100 5.2 = 0.84 x 100 Eo = 84%

You might also like