Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBME2103: PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SEMESTER SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. 2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.
3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu. 5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan selepas

tarikh tidak akan diterima.


7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan

SOALAN TUGASAN Anda mendapati bahawa ramai kalangan murid di sekolah anda yang tidak menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru mata pelajaran mereka. Dengan memilih sekurangkurangnya sepuluh orang murid yang terlibat daripada pelbagai tahun, buat satu kajian kes yang berkaitan untuk meneliti permasalahan ini. Selain daripada tajuk-tajuk lazim, kajian anda hendaklah meliputi perkara-perkara berikut: (a) Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini. (b) Reaksi responden kepada masalah. (c) Cadangan penyelesaian masalah. ( 30 markah )

Panduan Pelajar: Kajian kes anda perlulah meliputi perkara-perkara berikut: a. b. c. d. Penjelasan konsep tentang kajian kes dan hubungkaitnya dengan masalah yang anda kaji. Kenyataan pemilihan individu yang terlibat serta data yang boleh diperoleh melalui kajian lapangan dan dokumen. Kenyataan mata pelajaran yang terlibat. Pembacaan terhadap kajian lepas atau buku-buku yang berkaitan. Anda juga boleh menggunakan laman internet. Penggunaan Wikepedia sebagai sumber rujukan tidak digalakkan. e. Ditulis dalam bentuk penulisan ilmiah. Sila gunakan sistem APA untuk menulis sumber rujukan atau sebarang petikan yang boleh membantu penylesaian kajian kes anda. f. g. Menggunakan jadual atau carta jika perlu bagi meyakinkan lagi pembaca tentang statistik yang berkaitan. Susunan penulisan yang dicadangkan ialah: (1) (2) (3) Pengenalan terhadap kajian dan perkaitan dengan konsep kajian kes. Matlamat dan objektif kajian. Penjelasan tentang permasalahan kajian dengan memasukkan soalan-soalan yang perlu diselesaikan pada akhir kajian. Ia termasuk siapa, di mana, dan bagaimana permasalahan berlaku. (4) (5) (6) (7) (8) Penjelasan tentang individu atau responden kajian. Profil individu jika perlu boleh dilampirkan. Kaedah kajian dilakukan. Hasilan kajian. Rumusan atau cadangan. Senarai rujukan.

Panduan Tutor: a. b. c. Tutor diharapkan dapat membimbing pelajar untuk menyelesaikan tugasan ini berdasarkan kriteria yang diberikan dalam panduan untuk pelajar di atas. Tutor diharapkan akan dapat membimbing pelajar memahami konsep kajian kes dan melaksanakannya berpandukan permasalahan yang wujud. Tutor juga diharapkan akan dapat membimbing pelajar secara berterusan. Gunakan masa 5 10 minit di akhir pertemuan tutorial untuk membincangkan setiap isu dan permasalahan yang berbangkit. d. e. f. Tutor juga diharapkan akan dapat membimbing pelajar membina soal selidik ataupun soalan temu bual yang relevan dengan permasalahan kajian. Membiasakan pelajar membina draf kajian sebelum kajian akhir secara muktamad dihantar untuk penilaian. Tutor diharapkan akan dapat menanda dan memberikan markah yang setimpal dengan usaha serta hasilan penulisan pelajar.

You might also like