Syeikh Zun Nun Al-Misri R

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Syeikh Zun Nun Al-Misri R.

Biodata beliau
 Nama penuh beliau adalah Abu Faidh Zin-nun al-Misri.
 Berasal dari Naubah, yang terletak di antara Sudan dan Mesir.
 Merupakan kemuncak ahli sufi pada abad yang ke 3H.
 Banyak menambah jalan untuk menuju Allah S.W.T.
 Tujuannya supaya “mencintai Tuhan, membenci yang sedikit, mematuhi garis perintah
yang diturunkan dan takut akan berpaling jalan”.

Ajaran beliau
 Bertujuan untuk mengunci kemegahan dunia, berjalan di atas garis panduan yang telah
ditentukan di dalam kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A,W. Ditakuti seseorang insan
itu akan berpaling dari ajakan ketentuan itu kerana mengikut hawa nafsu dan syahwat.
 Beliau pernah berkata: “ Tanda cinta kepada Tuhan ialah menuruti jejak (Sayyidina)
Muhammad S.A.W.” Kecintaan kepada Tuhan sama ada dalam akhlak atau perbuatannya
menurut itu kerana mengikut titah perintah serta menjauhi laranganNya dalam garis
panduan yang telah ditetapkan.

Antara kisahnya yang menarik


 Pada suatu hari beliau telah bermuzakarah dengan Abu Jaafar mengenai ketaatan
makhluk kepada wali.
 Lalu beliau berkata: “Sebahagian ketaatan adalah apabila aku berkata kepada katil ini
supaya mengelilingi empat penjuru bilik kemudian kembali ke tempat asalnya
sebagaimana yang telah diperintahkan”.
 Ketika peristiwa ini berlaku, terdapat seorang pemuda yang melihatnya tiba-tiba
menangis lalu mati.

Meninggal dunia
 Di Giza pada tahun 245H.
 Ketika membawa jenazahnya ke tanah perkuburan terpaksa menggunakan sampan kerana
dikhuatiri jambatan akan runtuh kerana terlalu ramai yang mengiring beliau.Mereka
dapat melihat bagaimana burung-burung hijau mengibarkan sayapnya di atas jenazahnya
hingga ke kubur.
 Jenazahnya dikebumikan di Basatin.

You might also like