Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pencapaian PBB dalam Menegakkan Keadilan dan Keamanan Dunia.

Persatuan Badan-Badan Bersatu (PBB) memainkan peranan penting dalam menegakkan keadilan dan keaman dunia. Hal ini demikian kerana PBB ditubuhkan dbagi mengelakkan pertikaian yang hebat antara Negara di dunia. PBB berfungsi mementingkan hak asasi setiap manusia di seluruh dunia. Bagi membuktikan PBB berbeza denga Liga Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB Berjaya membawa kejayaan dalaam menyelesaikan isu antarabangsa yang susah untuk ditangani. Pencapaian PBB yang boleh dikatagorikan sebanyak 6 kategori iaitu dari segi keamanan, kebajikan, senjat, perebutan pulau, Pelarian, imej ,dan penegakkan hak asasi. Pertama, dari segi isu keamanan, PBB bertindak menjaga keamanan dunia menerusi cara pendamaian iaitu mengurangkan perledakan peperangan. PBB menggunakan cara sekatan ekonomi dan rundingan diplomatik untuk menyelesaikan konflik sesame Negara. Sebagai usaha PBB, PBB telah menghantar pasukan pengaman ke Negara-negara berperang bagi menyelamatkan mangsa-mangsa peperangan. Contohnya, Perang Teluk pada bulan Ogos 1990, pada hari penawanan Kuwait oleh Iraq, Majlis Keselamatan meletakkan sekatan mandatori dan mengadakan langkah diplomatik untuk mengelakkan perang. Tentera

multinasional melancarkan serangan udara diikuti serangan dari darat pada 24 Februari 1991, memandangkan Iraq enggan mematuhi Operation Disert Storm dan akhirnya Iraq meninggalkan Kuwait. Pada ketika ini 34 negara menentang Iraq dan Amerika Syarikat yang paling banyak menyumbangkan tenteranya di Kuwait. Selain itu, Krisis di Congo pada tahun 1960, selepas Congo merdeka, persengketaan kaum meletus. Ketua Congo meminta bantuan tentera PBB dan dalam masa 48 jam kontinjen daripada lebih 30 buah negara tiba dengan pakar awam PBB. Majliss Keselamatan membenarkan penggunaan tentera Belgium berundur dari seluruh

wilayah. Operasi PBB di Congo tamat pada bulan Jun 1964 dan menjadi satu operasi terbesar dalam sejarah PBB. Pencapain kedua PBB ialah dari segi kebajikan. PBB bertindak untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa peperangan. Antara agensi yang peka terhadap isu kesengsaraan manusia ialah FAO, UNICEF, dan WHO. Bantuan yang disumbangkan adalah dalam bentuk wang, makanan, ataupun perkhidamatan

kebajikan, dengan taraf sosial masyarakat di negara perang terkawal agar tidak diabaikan. Contohnya, di Somalia, apabila berlaku kemelut politik pada tahun 1990an menyebabkan ribuan orang terkorban dan lebih daripada sejuta melarikan diri.PBB terlibat sepenuhnya dalam kegiatan kemanusiaan dengan usaha PAO, UNDP, UNICEFF, UNHCR, WPF, dan WHO. Selain Itu juga, Isu-isu persaingan dalam perkembangan senjata selalu hebat dikecami oleh pihak PBB. PBB berusaha untuk mengawal perkembangan senjata moden yang bakal mengancam keselamatan dunia, terutama senjata nuklear dan senjata kimia yang akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap mangsa. Contohnya, Krisis Peluru Berpandu di Cuba tahun 1969, hububngan Cuba dengan PBB bertambah buruk. Cuba meminta bantuan Soviet Union apabila konflik antara kedua-dua kuasa Soviet Union dan Amerika Syarikat hampir meletus. Setiausaha Agong PBB, Sithu U-thant campur tangan. Soviet Union bersetuju mengundurkan peluru berpandunya, manakala Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran peluru bepandu nya dari Turki. Selain itu Majlis Keselamatan PBB campur tangan dalam konflik peperangan Iran-Iraq muncul pada bulan September 1980. Pakr PBB mengesahkan bahawa senjata kimia yang digunakan dalam perang dikecam Majlis keselamatan. Hasil campur tangan ini menyebabkan Persetujuan gencatan senjata dicapai. Seterusnya di Kemboja, selepas gencatan senjata tanpa batasan, PBB

menubuhkan United Nation Advance Mission Cambodia (UNAMIC) untuk menjaga gencatan senjata dan mengawal orang ramai daripada bahaya periuk api. Selai itu juga, PBB berusaha menyelesaikan isu persengketaan antara India dengan Pakistan untuk merebut wilayah Kashmir masih berlaku.Perlumbaan senjata antara India dengan Pakistan membinbangkan semua pihak . Kedua-dua negara telah melaksanakan ujian nuklear pada bulan Mei 1998. Kuasa-kuasa veto dari PBB dari PBB, terutama Amerika Syarikat mengugut untuk mengadakan sekatan ekonomi terhadap Pakistan. Dana kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga mengugut untuk menghentikan bantuan bernilai berpuluh bilion dolar yang diberikan kepada Pakistan selama ini. Pencapaian PBB seterusnya ialah menyelesaikan masalah perebutan pulau. PBB bertindak menyelesaikan masalah dunia. Isu-isu perebutan pulau cuba dibendung oleh PBB agar ketegangan sesama negara tidak meruncing sehinnga mencetuskan peperangan. Contohnya, perebutan pulau yang membabitkan Kepulauan Spartley dituntut oleh China, Taiwan, Vietnam, Filipina, Brunei, dan Malaysia. Kepulauan ini dikatakan kaya dengan gas asli dengan minyak serta strategik di laluan perkapalan. China dan Vietnam pernah bertemput pada tahun 1998 atas isu Spartley. Perebutan ini menyebabkan negara-negara terbabit melengkapkan ketumbuhan ketenteraan dn kelengkapan yang serba moden. PBB bercadanguntuk menyelesaikan masalah prebutan dengan melaksanakan masalah perebutan dengan melaksanakn Undang-undang laut yang diluluskan oleh Perhimpunan agung pada bulan november 1994. Pencapaian yang seterusnya ialah isu pelarian. PBB juga berunding dengan negara anggota agar isu pelarian di atasi. Rundingan diplomatik dijalankan agar pelarian di tempatkan di negara-negara tertentu di samping mengiktirfkan pelarian

sebagai rakyat negara berkenanaan. Contohnya, pada bulan Mac 1992, PBB melancarkan program penempatan semula 375 000 pelarian dan menubuhkan United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC). Pencapaian yang berikutnya ialah PBB telah menegakkan satu imej yang disanjung tinggi di mata dunia. Objektif PBB yang utama ialah menegakkan keamanan dan keadilan selalu diteladani oleh negara lain. PBB sebagai badan antarabangsa berjaya mempengaruhi negara-negara lain untuk menjadi anggota PBB untuk meenjaga kepentingan bersama. Contohnya, Jerman dan Jepun yang dirujuk sebagai negara musuh pada tahun 1945 mempunyai perlembagaan yang mengahalang penghantaraan tentera ke luar negara. Selepas Jepun dan Jerman menjadi anggota PBB (masing-masing pada tahun 1956 dan 1973), kedua-dua negara telah meminda perlembagaan dan mula mengambil peranan dalam misi pengaman. Jepun telah menghantar tentera pinjaman ke Kemboja serta kejuteraan ke Iraq dan Afganistan. Akhir sekali, matlamat PBB memperjuangkan Hak Asasi manusia yang Kor

terabai.Walau bagaimanapun, perjuangan PBB dalam hak asasi menemui halangan memandangkan pada peringkat awal, perkara-perkara hak asasi manusia di

anggap sebagai hak dan hal ehwal dalam negara-negara berkenaan. Pengabaian hak asasi adalah seperti dikriminasi terhadap kaum, diskrimitnasi terhadap wanita, penderaan dan pencabulan hak kanak-kanak. Perjuangan hak asasi ini mempunyai masalah dalam persaknaannya iaitu Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat diterima pada tahun1948 di Paris, tetapi banyak negara mengatakan piawaiannya tidak mempunyai kuasa undang-undang terhadap mereka. Walaubagaimanapun, PBB masih mencapai kejayaan apabila Persuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia di Vienna ( Austria ) pada tahun 1993. Persidangan di atas telah mengenal hak asasi

yang telah diabaikan pada masa lalu mendapat perhatian pada masa hadapan. Contohnya, hak asasi telah ditegakkan dalam skop yang lebih luas di Kemboja, Haiti dan Rwanda.

You might also like