INSURANS

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

INSURANS
Muqaddimah :
Tanggungjawab melaksanakan perintah Allah S.W.T adalah satu perjanjian manusia dengan Allah. Firman Allah yang bermaksud : " Tidakkah Aku Tuhanmu? Lalu manusia menjawab : Ya, sesungguhnya Engkau Tuhan kami." Dalam setiap urusan hidup hendaklah bebas dari kemurkaan Allah S.W.T. Keperihatinan ini menyebabkan aktiviti muamalat, ibadat, jihad dan segala tanggungjawab yang ditakrifkan kepada manusia sentiasa berubah sesuai dengan peredaran zaman. Dewasa ini terdapat pelbagai bentuk muamalat manusia yang mencabar kewibawaan ilmuan para ulama' dan fuqaha'. Bentuk-bentuk muamalat baru seperti gerak kerja bank, bursa saham dan sebagainya yang tidak pernah muncul di zaman dulu. Pada 1983, Bank Islam ditubuhkan. Sistem yang dijalankan ialah Skim Perbankkan Tanpa Faedah pada tahun 1993 (S.P.T.F) berjaya dihalalkan. Persoalan kita sekarang, bagaimanakah tinjauan pandangan dari perspektif syariah dan fiqh Islam mengenai insuran?

Definisi Insuran :
Insuran ialah suatu jaminan atau pampasan kewangan apabila berlaku sesuatu. Menurut Kamus Dewan 'Insuran' ialah Perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk menggantikan kerugian seseorang dengan bayaran premium tertentu. Insuran juga merupakan salah satu bentuk muamalat yang baru muncul di zaman ini lantaran gerak kerja manusia yang tidak terbatas dan sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Syarat-syarat Utama Kontrak Insuran :
1

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Wujudnya pihak yang dipanggil pengambil insuran atau orang yang Wujudnya pihak pemberi insuran atau orang yang menginsurankan iaitu Syarikat insuran atau pihak kedua akan membayar sejumlah wang kepada

diinsurankan atau pemegang polisi. syarikat insuran. pihak pertama (pengambil insuran) sebagai jaminan apabila berlaku musibah mengikut perjanjian. Wujudnya 'kemungkinan' berlaku bencana atau musibah yang dipanggil "Bencana yang diinsurankan."

Perlu ada kadar atau jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insuran kepada pengambil insuran. Jenis-jenis yang diinsurankan. Biasanya yang diinsurankan terbahagi kepada dua iaitu : a) Insuran Diri -Insuran nyawa : Syarikat insuran akan membayar pampasan kepada waris atau individu itu sendiri atau kedua-dua sekali pada tarikh yang ditentukan. -Insuran kemalangan : Penerima akan mendapat bayaran ganti rugi apabila berlaku kemalangan dan tidak berdaya melakukan kerja. b) Insuran Kerosakan atau Bencana -Insuran barang-barang : Seperti rumah, kenderaan dan tanaman apabila berlaku kerosakan, pekerjaan. -Insuran tentang tanggungjawab :
2

kemalangan

dan

tidak

brdaya

melakukan

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Seperti syarikat insuran menginsurankan semula syarikatnya kerana tidak mampu membayar insuran orang lain. Syarikat ini dipanggil "Syarikat Penginsuranan Semula atau Reinsurans Companies."

Jenis-Jenis Insuran
Secara terperinci jenis-jenis insuran ada 3 iaitu : 1) Insuran Sosial () -untuk menangani orang tua, pencen, cedera atau sakit semasa bekerja dan lain-lain. 2) Insuran Tabadul / Mutual Insuran () -diinsurankan oleh persatuan-persatuan kerjasama untuk saling menjamin atau membantu dikalangan ahli dalam menghadapi risiko atau musibah. -setiap anggota memegang dua peranan iaitu pemberi dan penerima. 3) Insuran dengan premium tetap () -berbentuk perniagaan -pengambil insuran berjanji akan membayar satu jumlah wang tertentu yang dipanggil premium pada setiap tempoh seperti sebulan, setahun dan sebagainya. Sebagai syarat untuk memperolehi bayaran insuran yang dijanjikan oleh syarikat apabila berlaku musibah. Pendapat Ulama Mengenai Insuran Ulama' dan Fuqaha' telah membuat perbahasan dan menentukan mauqif syara' mengenai insuran. Mereka yang membahaskan insuran terbahagi kepada dua golongan iaitu : 1) Pendapat yang menghalalkan semua jenis insuran. 2) Pendapat yang mengharamkan insuran yang berbentuk perniagaan sahaja. Di antara hujah-hujah atau dalil-dalil yang mengharuskan insuran yang berbentuk
3

-biasanya diwujudkan oleh kerajaan dengan perantaraan institusi yang khusus.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

insuran ialah : 1) 2) 3) 4) Insuran adalah aqad yang baru dan belum disentuh oleh nas yang khusus ( Aqad yang membawa kepada kemaslahatan dan tidak ada kemudaratan. Maka Ia telah menjadi satu kebiasaan (uruf) yang umum dan diperlukan untuk Iltizam dan aqad insuran lebih kuat daripada iltizam kerana janji ()

) nyata atau thabitlah hukum Allah. kemaslahatan dan peribadi. 'Uruf' termasuk dalam dalil-dalil syara' yang diiktiraf.

Mazhab Maliki berpendapat " " wajib dipenuhi. 5) Manusia berhajat kepada insuran dan hajat ini hampir dan hampir dengan insuran.

Sebab-sebab pengharaman insuran perniagaan : 1) Terdapat unsur gharar yang teruk : a) Gharar pada penghasilan tukaran -ketika aqad pengambil insuran tidak pasti samada dia akan memperolehi insuran atau tidak kerana insuran akan diberikan sekiranya berlaku kemalangan dan kemalangan ini tidak pasti berlaku. b) Gharar pada kadar atau jumlah -ketika aqad pengambil tidak mengetahui kadar bayaran akan diterima kerana kadar tersebut akan diketahui setelah berlaku kemalangan. c) Gharar pada waktu -tidak tahu bilakah tukaran berlaku membatalkan aqad. Para ulama' mensyaratkan dalam jualan bertangguh hendaklah diketahui waktu penyerahan. Hadith Rasulullah s.a.w :


2) Terdapat unsur perjudian -pengambil insuran mengharapkan dengan mengeluarkan wang yang sedikit akan mendapat pulangan yang banyak.
4

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

-kadang-kadang pengambil insuran meninggal dunia sebelum sempat membayar ansuran caruman yang dijanjikan. Mereka akan diberikan pampasan yang tidak jelas asal-usulnya. Firman Allah S.W.T :

Sabda Rasulullah S.A.W :

: : 2 : 3
3) Unsur riba -mengandungi dan -termasuk dalam pertukaran wang di antara wang premium dan wang insuran. 4) Mengambil harta orang lain dengan cara yang batil -mengandungi unsur pengambilan harta orang lain tanpa ada tukaran dalam


Firman Allah S.W.T :

aqad tukaran perniagaan.

Surah Al-Maidah : 95 Riwayat Ahmad & Muslim 3 Riwayat Bukhari & Muslim 4 Surah An-Nisa : 29
1 2

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Pihak yang diinsurankan tidak akan berhasil mendapat pulangan yuran yang Pengambil insuran akan kehilangan sebahagian wang sekiranya ingin Pengurangan jumlah wang yang dibayar balik bagi pihak yang diinsurankan

telah dibayar jika tidak berlaku bencana. membatalkan perjanjian.. sekiranya ingin membatalkan perjanjian, sesudah berjalan bagi satu tempoh tertentu. Kadang-kadang pihak syarikat akan menuntut bayaran yuran tambahan Wang yuran akan terlibat dengan penyalahgunaan, iaitu pulangan ketika berlaku bencana yang berlebihan. keuntungan perniagaan akan diperolehi kepada pemegang saham bukannya pembayar premium. yuran. Bayaran riba atau bunga akan dikenakan apabila terlambat membayar

Wang yang dibayarkan kepada syarikat insuran akan dilaburkan kepada

pelaburan yang berasaskan riba dan kiraan yuran akan dilakukan dengan menggunakan jadual pembayaran yang mengandungi faedah yang kompleks. Ciri-Ciri Insuran Yang Diharuskan Oleh Syara Mengikut ulama', harta yang dikumpulkan daripada pengambil insuran peserta hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut : 1) 2) 3) 4) Harta atau wang yang dikumpul daripada peserta untuk menjelaskan bahagian Syarikat insuran hendaklah menguruskan wang yang dikumpul mengikut kehendak Tabarru' atau derma tergolong di dalam hibah atau hadiah dan penarikan semula Tidak harus bagi penderma memberi dengan niat untuk mendapat imbalan yang atau

yang wajib keatasnya hendaklah dalam bentuk derma atau sukarela. syara' dan tidak terlibat dengan riba. adalah makruh (ada yang berpendapat haram). setimpal dengan jumlah tertentu. Sepatutnya bayaran yang diterima mengikut kadar kerugian, bergantung kepada kesanggupan persatuan. Kesimpulannya, insuran jenis social dan social tabadul diharuskan kerana tidak bertujuan mencari keuntungan, bersalahan dengan insuran yang bertujuan perniagaan.
6

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Kerjasama dari dua jenis insuran ini dikira tabarru', bantu membantu atau tolong menolong di antara ahli. Penutup : Semoga perbahasan yang agak ringkas ini sedikit sebanyak mengerakkan ilmu yang sedikit segera bercambah, yang beku terus mencair dan yang kaku lantas pantas membelek, menadah, mengkoreksi mutiara ilmu yang tersedia ada. Perbahasan mengenai hokum hakam muamalat ini tidak terhenti di sini sahaja. Bidangnya masih luas.Akhirnya, marilah sama-sama kita mengkaji ilmu ini agar dapat dicanai dalam usaha membentuk du'at yang mempunyai persediaan thaqofah yang jitu lagi mantap sesuai dengan tuntutan zaman. Sabda Rasulullah S.A.W :


Maksudnya : Tiada sesuatu yang dipandang sebagai ibadat di sisi Allah, yang lebih utama daripada pengetahuan di dalam agama. Maksud Istilah-Istilah Yang Terdapat Di Dalam Kertas Kerja 1) Syarikat : -Persekutuan, perkumpulan, gabungan. -Badan atau institusi perusahaan atau perniagaan yang dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang, perkongsian (di dalam perniagaan) firma. -Persekutuan negara-negara yang menjadi sahabat (di dalam peperangan) sekutu. 2) Pampasan : -Wang (barangan dan lain-lain) yang dibayar sebagai gantirugi. 3) Jaminan -Akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu (akibat dan lain-lain) -Cagaran, tanggungan -Janji 4) Pelaburan :
7

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

-Jumlah wang atau modal dan sebagainya yang dilaburkan ke dalam sesuatu usahaniaga dan sebagainya, penanam modal. 5) Premium : -Sejumlah wang yang dibayar secara tetap kepada syarikat insuran bagi sesuatu polisi insuran -Bayaran tambahan yang diberikan, terutamanya kepada seorang pekerja sebagai ganjaran usahanya. 6) Amaun : -Banyaknya jumlah. 7) Koperatif : -Syarikat kerjasama. 8)Kapitalis : -Orang (golongan yang mempunyai untuk pelaburan di dalam perniagaan, perusahaan dan sebagainya). 9)Kompleks : -Rumit,sulit (tidak mudah atau jelas) mengandungi pelbagai unsure cirri dan sebagainya. -Kumpulan butir,unsure,gabungan pelbagai bahagian yang menciptakan mewujudkan sesuatu yang sempurna atau lengkap. Sumber-Sumber Rujukan Asas : 1.Kitab Hazal Halal Wa Hazal Haram. 2.Kitab Hukum Islam Fit Ta'min - Abdullah Nasih Ulwan. 3.Majalah Ummi. 4.Majalah Al Islam. 5.Kertas kerja Al Fadhil Ustaz Adnan Fadhil. 6.Buku Ekonomi Islam. 7.Buku Pengetahuan Islam (STPM). Sumber - Sumber Rujukan Sampingan :
8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1.Muktamar Ekonomi Islam Sedunia - Makkah (Safar 136 Hijrah) 2.Muktamar Ulama' Islam Kali ke-3 - Kaherah (Oktober 1996) 3.Konvensyen Feqh Islam Kali Pertama - Markaz Rabitah Alam Islami, Makkah (10 Syaaban 1398) 4.Konvensyen Penyelidikan Islam - Universiti Al Azhar (Mei 1965) 5.Minggu Feqh Islam Kali ke-2 - Damsyik (1961).
HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000

You might also like