Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !

un 2009
1 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
PengenaIan
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapat
pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing. Bagi kanak-kanak
berkeperluan khas, mereka juga tidak terkecuali untuk mendapat pendidikan yang
sebaik mungkin melalui program pendidikan khas yang disediakan untuk mereka. Bagi
kanak-kanak bermasalah pembelajaran mereka ditempatkan di dalam Program
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKBP) yang diintegrasikan dengan sekolah-
sekolah harian biasa.
Ramai terkeliru dengan istilah masalah pembelajaran dan kurang upaya dalam
pembelajaran kerana penggunaan istilah yang tidak betul dan bertimbal balik. Keadaan
ini disebabkan istilah 'learning disability' diterjemahkan sebagai masalah pembelajaran.
Kekeliruan wujud apabila istilah masalah pembelajaran digunakan sebagai salah satu
cabang dalam pendidikan khas, iaitu kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan
Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKBP). Masalah timbul kerana
'learning disability' merupakan salah satu kategori di dalam kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Oleh itu bagi mengelakkan kekeliruan, istilah kurang upaya dalam
pembelajaran digunakan bagi kategori 'learning disability'.
efinisi MasaIah PembeIajaran
Menurut Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia murid bermasalah
pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal)
yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat daripada pendidikan formal.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian
Pelajaran Malaysia termasuklah:
1. Sindrom Down
2. Autisme
3. Terencat akal
4. Lembam (slow learner)
5. Attention Deficit-Hyperactive Disorders (ADHD)

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
2 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
$indrom own
Definisi dan kosep
Sindrom Down merupakan kecelaruan genetik yang selalu berlaku dan menyebabkan
kerencatan akal pada kanak-kanak. Menurut National Down Syndrome Society (2003),
kejadian Sindrom Down berlaku 1 dalam 800 hingga 1000 kelahiran. Puncanya adalah
jelas iaitu individu Sindrom Down mempunyai lebihan kromosom pada pasangan
kromosom ke-21 dan dikenali trisomi 21.
Sejarah Sindrom Down bermula pada tahun 1866 apabila seorang doktor
bernama John Langdon Down menulis mengenai sekumpulan kanak-kanak yang
mempunyai ciri-ciri yang sama yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain
dan mengalami kerencatan akal. Beliau menamakan mereka sebagai kanak-kanak
Mongoloids kerana kanak-kanak ini menyerupai orang-orang di Mongolia. Disebabkan
kecaman hebat daripada penyelidik genetik, nama Mongoloids tidak lagi diguna pakai
dan digantikan dengan Sindrom Down sehinggalah sekarang ini. Sindrom Down yang
berpunca daripada pemecahan kromosom 21 dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
1. Trisomi 21 Standard
2. Trisomi 21 Mozek
3. Trisomi 21 Translokasi
Ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down
a. Fizikal
Lidah tebal dan kerap terjelir
Hidung kemek
Muka leper
Kepala kecil dan bahagian belakang kepala rata (menyebabkan kepala
kelihatan bulat)
Tapak tangan lebar dan rata
Tapak tangan hanya ada satu lipatan
Jari tangan dan kaki melengkung dan pendek

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
3 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua lebar
Leher pendek dan besar
Kelopak mata berlipat-lipat
Otot lembik (hypotomia), tindak balas adalah lemah
b. Psikologi
Sukar untuk mengingat
ngatan visual lebih baik daripada auditori
Sukar untuk menyebut perkataan
c. Emosi
Emosi tidak stabil
Tenang
Pendiam
Periang
d. Psikososial
Sukar untuk bermain dengan rakan lain
Sukar bergaul

:9isme
Definisi dan konsep
stilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna 'diri sendiri' dan isme
bermaksud 'aliran'. Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam
dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak
berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut
kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud
Autisme seperti berikut:
Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya
dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka
adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung.

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
4 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. ndividu autisme mempunyai
kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam
bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, 7ote
memo7 dan lain-lain.
Dari segi konsepnya, definisi di atas menjelaskan bahawa autisme berpunca
daripada kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-
aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
Faktor autisme
Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme
berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga
sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan
perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).
Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme.
Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu,
encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak
cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada
masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak
yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih
(Gargiulo, 2003). Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa
ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan
cortex terjadi kepada individu autisme.
Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimun dan juga
persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme,
ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor
persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan
seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari
60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan
seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
3 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino
ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing.
Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran
darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang
merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang
terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan
perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).
Ciri-ciri kanak-kanak autisme
a. Fizikal
Tiada perbezaan fizikal dengan kanak-kanak normal
b. Psikologi
Sensitif pada sentuhan
Tidak suka dipegang ataupun dipeluk
Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif
Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk
tangan, berlari atau berjalan mundar-mandir
Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya)
Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi
Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin
Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana
sahaja.
c. Emosi
Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab
Mengamuk jika kemahuan tidak dituruti atau sekiranya dilarang daripada
melakukan sesuatu yang diingininya
Merosakkan apa saja yang ada dipersekitarannya jika emosi terganggu
Menyerang sesiapa sahaja jika emosi terganggu

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
6 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
Mencederakan diri sendiri
Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain
d. Psikososial
Suka bersendirian
Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain
Tidak gemar bermain dengan rakan-rakan yang lain
Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut
Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung
Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa
yang dikatakan oleh orang lain
Sukar diajak bercakap
Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja
Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya
Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu

%erenca9 akaI
Definisi dan konsep
Kerencatan akal adalah kanak-kanak yang lewat dalam perkembangan berbanding
dengan kanak-kanak normal. Kelewatan itu bergantung pada tahap (darjah) kerencatan
yang dialami oleh seseorang ( Robert Deller, 1990). anya merupakan jenis kecacatan
yang paling biasa ditemui di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Kecacatan ini
wujud secara sendiri di dalam diri kanak-kanak atau wujud bersama dengan jenis
ketidakupayaan lain dan menjadikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini lebih
teruk dan sukar untuk dipulihkan.
Terdapat tiga kriteria utama bagi definisi terencat akal iaitu:
. Kefungsian intelek di bawah purata

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
7 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
ni ditunjukkan melalui kecerdasan intelek (Q) melebihi daripada satu sisihan
piawai di bawah min mengikut umur tertentu, iaitu lingkungan 85 atau 85
bergantung kepada jenis ujian kecerdasan yang digunakan.
. Lemah tingkah laku suaian
Tingkah laku suaian bermaksud keupayaan individu untuk mencapai kehendak
sosial dalam masyarakat bersesuaian dengan umur kronologinya. Kanak-kanak
yang mempamerkan masalah dalam penyesuaian tingkahlaku dikatakan
mengalami terencat akal. Antara kriteria dalam tingkahlaku suaian termasuklah
komunikasi, pengurusan diri, kemahiran sosial, kehidupan di rumah atau
domestik, masa lapang, kesihatan dan keselamatan, arah kendiri, akademik,
menggunakan kemudahan awam dan bekerja.
Terencat akal dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
1. Terencat akal ringan (mild mental retardation)
2. Terencat akal sederhana (moderate mental retardation)
3. Terencat akal teruk (severe mental retardation)
4. Terencat akal sangat teruk (profound mental retardation)
Ciri kanak-kanak terencat akal
a. Fizikal
Lidah tebal dan kerap terjelir
b. Psikologi
Sukar untuk memberi tumpuan dalam masa yang lama
Pencapaian dalam pembelajaran rendah dan lembap
Tidak dapat berfikir lebih jauh
Kebolehan yang terhad
Kesukaran mengurus diri
Kurang kosentrasi dan mudah lupa
Malas dan cepat bosan
Agak bergantung kepada orang lain dari segi fizikal dan keperluan lain


Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
8 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
c. Emosi
Perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian, kemurungan dan
kemahiran sosial yang rendah.
Tidak boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang sama dalam tempoh yang
panjang
Dengki khianat
Cepat marah dan meradang
Mencederakan diri sendiri atau orang lain
Berkelakuan ganjil
Tidak kenal bahaya
Selalu menangis
d. Psikososial
Pendiam dan pemalu
Selalu bercakap banyak, meninggi diri atau suka menarik perhatian
Sukar dalam hubungan sosial (kurang diterima rakan sebaya)
Berkelakuan tidak matang
Tidak dapat menyesuaikan diri dalam aktiviti sosial

embam (sIow Iearner)
Definisi dan konsep
Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan ndividu dengan Keperluan
Khas (DEA-1997, 2004) mendefinisikan kanak-kanak lembam sebagai satu atau lebih
kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman
atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran
mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira.
Ciri kanak-kanak lembam
a. Fizikal
Tiada perbezaan dengan kanak-kanak normal

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
9 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
b. Psikologi
Kurang keyakinan diri
Kurang matang
Kurang kecerdasan
Sukar proses maklumat
c. Emosi
Ketidakstabilan emosi
Pendiam dan tidak aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti
Sukar menerima arahan
d. Psikososial
Sebutan tidak difahami
Sukar berinteraksi dengan rakan lain

iperak9if ()
Definisi dan konsep
Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah
laku yang terlalu aktif dan mengganggu. Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif
mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. sitilah ini
sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak iaitu terlalu
aktif dan kekurangan tumpuan. Terdapat dua isitilah saintifik merujuk kepada hiperaktif
iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder
(ADHD). stilah yang mula-mula digunakan bagi kanak-kanak hiperaktif ialah ADD yang
hanya merujuk kepada masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat.
Namun ianya didefinisikan semula supaya merangkumi kedua-dua jenis kecelaruan dan
istilah ADHD kemudiannya diperkenalkan dan digunakan sehingga sekarang.
Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA), ADHD merupakan kecelaruan
psikologi dengan petanda-petanda yang dapat dikesan sebelum umur tujuh tahun.
ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan hiperaktif-impulsif
yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada

Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
10 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
tahap-tahap perkembangannya. Definisi ADHD yang diberikan oleh APA diketegorikan
kepada tiga iaitu:
a. - K:rang 9:mp:an
Bagi sesetengah kanak-kanak dengan ADHD, tidak memberi tumpuan
merupakan petunjuk yang utama. Mereka mungkin tidak melaksanakan tugasan
yang diberikan, mengalamun di dalam kelas, tidak teratur dan kerap terlupa.
b. - iperak9if-imp:Isif
Bagi ADHD jenis ini, petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu
pergerakkan yang sangat tinggi dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa
berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk meja dan menggoyang kerusi, selalu
berlari, sentiasa aktif.
c. - Gab:ngan
Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD mempunyai petunjuk-petunjuk pada
kedua-dua ciri di atas yang merupakan sebahagian daripada kecelaruan yang
dihadapi iaitu tidak ada tumpuan dan hiperaktif-impulsif.
Ciri kanak-kanak ADHD
a. Fizikal
Lazimnya, kanak-kanak dalam kategori hiperaktif mempunyai ciri-ciri fizikal yang
sama ataupun normal sepertimana kanak-kanak biasa. Mereka menjalani
kehidupan harian seperti kanak-kanak biasa yang lain. Cuma yang membezakan
mereka adalah dari segi tingkah laku dan emosi.

b. Emosi
Kanak-kanak ini mudah terganggu oleh rangsangan luaran. Walaupun semasa
proses pembelajaran berlaku, sekiranya terdapat perkara lain yang lebih menarik
perhatian mereka, kanak-kanak tersebut akan pergi kepada perkara yang lebih
menarik perhatian mereka. Maka, sebab itu, kanak-kanak ini bersifat aktif dan
tumpuan mereka mudah terganggu.



Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
11 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
c. Psikologi
Dari segi psikologi antara ciriciri yang dapat dilihat adalah mereka pada
kebiasaannya tidak mahu mendengar cakap ataupun arahan terutamanya
semasa proses pembelajaran di dalamm bilik darjah. Mereka mempunyai
tumpuan atau perhatian yang sangat singkat. Hal ini kerana, tangan dan kaki
mereka sentiasa gelisah atau tidak tetap duduk di kerusi.
d. Psikososial
Perkembangan bahasa yang lambat menyebabkan kanak-kanak dalam
kumpulan ini tidak disukai oleh rakan-rakannya yang lain. Oleh sebab itu, mereka
sering merasa terasing dari rakan-rakan. Selain itu, mereka juga suka
mengganggu rakan-rakan yang lain disamping kerap berlari-lari atau memanjat
dalam situasi yang tidak sesuai. Mereka sentiasa bergerak seolah-oleh
digerakkan oleh motor dalaman mereka.
Kesimp:Ian
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya
mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan
minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan
kejayaan. ni sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri
individu.
Mungkin sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak anak anda menjadi
pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan
tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang
terbatas? Namun begitu, ibu bapa seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun
mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat
mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam
bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.



Sahrln 8 SunLrak kLl (S8)endldlkan khas !un 2009
12 Clrlclrl Murld 8ermasalah embela[aran
ampiran







Kanak-kanak bermasaIah pembeIajaran

You might also like