Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

TAJUK KAJIAN
KAJIAN RADIONUKLID TABII DAN LOGAM BERAT DALAM BUAH-BUAHAN ANTI OKSIDA DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: NURRUL HIDAYAH BINTI ABDUL RANI A 125235 DISELIA OLEH: DR FAIZAL BIN K.P. KUNCHI MOHAMED

Cadangan penyelidikan yang dikemukakan kepada Program Sains Nuklear sebagai sebahagian daripada keperluan STSN3992 Latihan Ilmiah 1 Tarikh 21 MARCH 2011

I. PENGENALAN USULAN A. Tajuk Kajian Kajian radionuklid tabii dan logam berat dalam buah-buahan anti oksida di Malaysia B. Kata Kunci Logam berat, radionuklid tabii, anggur (Vitis vinifera), kiwi (Actinidia deliciosa), delima (Punica granatum), laici (Litchi chinensis), pir (Pyrus communis), dan pisang (Musa acuminata) C. Nama Pelajar Nurrul Hidayah binti Abdul Rani D. Nama Ijazah dan Institusi Sarjanamuda Sains (Sains Nuklear), Universiti Kebangsaan Malaysia. E. Nama Penyelia Dr Faizal Bin K.P. Kunchi Mohamed F. Ringkasan Kajian ini adalah untuk menentukan radionuklid tabii dan kepekatan logam berat dalam sampel buah-buahan anti oksida (anggur, kiwi, delima, laici, pir dan pisang) yang terdapat di Malaysia. Disamping itu untuk membandingkan kandungan logam berat dan keradioaktifan tabii dalam sampel buah-buahan anti oksida dengan buahbuahan lain seperti mengkudu II. OBJEKTIF PENYELIDIKAN 1. Menentukan kandungan dan kepekatan logam berat dalam sampel buahbuahan anti oksida
2. Menentukan keradioaktifan tabii di dalam sampel buah-buahan anti oksida 3. Membandingkan perkaitan kandungan logam berat dan keradioaktifan tabii

dalam sampel buah-buahan anti oksida dengan buah-buahan yang berlainan.

III. LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN A. Permasalahan dan Rasional Penyelidikan Permasalahan dalam kajian ini adalah dengan sumber bahan kajian yang datang dari pelbagai tempat yang boleh mempengaruhi kepekatan logam berat dan keradioaktifan tabii. B. Status Semasa Bidang Kajian Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini bagi menentukan keradioaktifan tabii dan logam berat dalam buah-buahan seperti mengkudu dan terung pipit. C. Keistimewaan dan Kepentingan Penyelidikan Kajian ini dilakukan kerana buah-buahan anti oksida merupakan bahan guna utama dalam penyedian jus kesihatan yang sering dijadikan suplemen oleh masyarakat di Malaysia. Kepekatan logam berat dan radioaktif tabii di dalam buah-buahan penting kerana keupayaannya menimbulkan kesan toksik yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia D. Rujukan Muhamad Samudi, Y., Norlaili, A. K., Redzuwan, Y. & Amran, A. M. 2008. Kandungan Logam Berat Dan Radionuklid Tabii Dalam Ikan, Air, Tumbuhan Dan Sedimen Di Bekas Tasik Lombong. The Malaysian Journal of Analytical Sciences 12(1): 172-178 Sahibin, A. R., Wan Mohd. Razi, I., Zulfahmi, A. R., Kadderi, M. D., Tukimat, L., Azman, H., Sharilnizam, Y., & Low, H. K. 2009. Kandungan Logam Berat Terpilih dalam Tanih Ultrabes dan Mengkudu (Morinda Citrifolia) dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sains Malaysiana 38(5): 637-644 Sahibin, A. R., Wan Mohd. Razi, I., Zulfahmi, A. R., Tukimat, L., Muhd Barzani, G., Jumaat, H. H. & Low, H. K. 2008. Pengambilan Logam Berat oleh Terung Pipit (Solanum Torvum) dalam Tanih Ultrabes di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sains Malaysiana 37(4): 323-330

IV. BAHAN, RADAS DAN ALATAN A. Bahan dan Radas Bahan dan radas yang akan digunakan dalam penyelidikan ini adalah sampel buahbuahan (anggur, kiwi, delima, laici, pir dan pisang), bekas polietilina, bikar, silinder penyukat, rod kaca, pengayak dan pengisar B. Sistem Pengesanan dan Alatan Kajian Sistem pengesanan yang digunakan adalah ICP-MS dan GRS

V. PENDEKATAN PENYELIDIKAN A. Metodologi Penyelidikan Pengekstrakan logam berat dalam buah-buahan dilakukan secara penghadaman basah dan kandungan logam berat dalam hasil ekstrak ditentukan dengan menggunakan Spektrofotometer Penyerapan Atom Kaedah Nyalaan (ICP-MS), dan Gamma-Ray Spectrometer (GRS) B. Kegiatan Penyelidikan Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan jejak kunci penyelidikan Kegiatan Penyelidikan J 1.0 Kajian literatur 1.1 Pemahaman tajuk, rasional dan objektif 1.2 Pemahaman kaedah 1.3 Pemahaman mekanisme penghasilan K1 2.0 Kajian makmal K2 3.0 Analisis data/hasil 3.1 Pencatatan/pemerhatian data 3.2 Analisis data K3 4.0 Penulisan 4.1 Bab-bab awal 4.2 Penulisan bahan dan kaedah kajian 4.3 Perbincangan kajian 4.4 Kesimpulan/penutup 4.5 Draf lengkap/ Pemeriksaan penyelia/ Pembetulan 4.6 Penghantaran/VIVA Jejak Kunci Penyelidikan 1. K1 2. K2 3. K3 4. K4 F Tahun 2011/2012 M A S O N D J

K4

VI. HASIL PENYELIDIKAN A. Jangkaan Hasil Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap buah-buahan di Malaysia sebelum ini, jangkaan hasil radionuklid tabii yang akan diperolehi daripada buah-buahan adalah Th-232, Ra-226, K-40 dan U-238. Manakala jangkaan hasil logam berat di dalam buah-buahan adalah Mn, Fe, Zn, Cr, Co dan Ni.

PENGESAHAN PENYELIA (UNTUK DIISI OLEH PENYELIA SAHAJA) Saya mengesahkan bahawa Cadangan Penyelidikan ini dihasilkan melalui proses perbincangan saya dengan penyelidik, dan penulisan adalah hasil kerja penyelidik sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya bersetuju / tidak bersetuju* membenarkan penyelidik membentangkan Cadangan Penyelidikan beliau pada peringkat Program. Catatan tambahan (jika ada): Tandatangan dan cop pensyarah: Tarikh:

*potong yang mana tidak berkenaan.

You might also like