Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

4541/3 4541/3

Kimia
Kertas 3
2005 JABATAN PELAJARAN PERAK
2 ½ jam
LEARNING TO SCORE 2005

KIMIA

Kertas 3 Set 1

Satu jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga Pemberian markah:


soalan. Jawab semua soalan.
2. Tuliskan jawapan bagi Soalan 1 dan Skor Penerangan
Soalan 2 dalam ruang yang 3 Cemerlang : Respons
disediakan dalam kertas soalan. yang paling baik
3. Tuliskan jawapan Soalan 3 pada 2 Memuaskan : respons
kertas jawapan yang disediakan yang sederhana
dengan terperinci. Anda boleh 1 Lemah : Respons yang
gunakan persamaan, gambar rajah, kurang tepat
jadual, graf dan cara lain yang 0 Tiada respons atau
sesuai untuk menjelaskan jawapan respons salah
anda.
4. Tunjukkan kerja mengira, ini
membantu anda mendapatkan
Untuk kegunaan pemeriksa
markah.
Soalan Markah Markah
5. Sekiranya anda hendak
penuh diperoleh
membatalkan sesuatu jawapan, buat
1 15
garisan di atas jawapan itu.
6. Rajah yang mengiringi soalan tidak
dilukis mengikut skala kecuali 2 18
dinyatakan sebaliknya.
7. Markah yang diperuntukkan bagi 3 Respons
setiap soalan atau ceraian soalan 15
ditunjukkan dalam kurungan. Laporan
8. Masa yang dicadangkan untuk 2
menjawab Soalan 1 dan Soalan 2 Jumlah 50
ialah 45 minit dan Soalan 3 ialah 45
minit.
9. Anda dibenarkan menggunakan
kalkulator saintifik yang tidak boleh
diprogramkan.
LEARNING TO SCORE – KIMIA SPM 2005 – Kertas 3 Set 1

1 Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan kepekatan asid hidroklorik dengan


mentitratkan asid hidroklorik dari buret ke dalam kelalang kon yang mengandungi
25.00 cm3 larutan natrium hidroksida 0.2 mol dm-3 dan beberapa titis penunjuk
fenolftalein.

Rajah 1 menunjukkan bacaan awal dan bacaan akhir buret dalam eksperimen.

20 45

21 46

Bacaan awal Bacaan


buret akhir buret

RAJAH 1

(a) Nyatakan perubahan warna larutan di dalam kelalang kon sebaik saja takat akhir
tercapai.

…………………………………………………………………………………...
Memerhati-[3 markah]
(b) Berapakah isi padu asid hidroklorik yang telah dititrat ke dalam kelalang kon
yang mengandungi larutan natrium hidroksida ?

…………………………………………………………………………………….
Mengukur dan menggunakan nombor-[3 markah]

Halaman 2
LEARNING TO SCORE – KIMIA SPM 2005 – Kertas 3 Set 1

Seorang pelajar telah menjalankan satu eksperimen untuk meneutralkan


asid hidroklorik dengan larutan natrium hidroksida. Beliau mendapati 50.00 cm3
asid hidroklorik dapat meneutralkan secara tepat 25.00 cm3 larutan natrium
hidroksida 0.2 mol dm-3.

(c) Tentukan kepekatan asid hidroklorik yang digunakan dalam eksperimen itu.

Mentafsir data-[3 markah]

(d) Antara asid etanoik, asid hidroklorik, asid nitrik, asid karbonik, dan asid sulfurik
yang manakah merupakan

(i) asid monobes :

…………………………………………………………………...........................

(ii) asid dwibes :

…………………………………………………………………………………….

Mengelas-[3 markah]

(e) Satu eksperimen telah dijalankan untuk menguji kekuatan asid hidroklorik dan
asid etanoik yang sama kepekatan. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam
Jadual 1.

Asid Nilai pH
Asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 1.0
Asid etanoik 0.1 mol dm-3 3.0

Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah berikut dalam eksperimen itu.

Pemboleh ubah yang dimanipulasikan : ……………………………………………..

Pemboleh ubah yang bergerak balas : ………………………………………………


Mengawal pemboleh ubah-[3 markah]

Halaman 3
LEARNING TO SCORE – KIMIA SPM 2005 – Kertas 3 Set 1

2.
Air klorin dan air bromin dapat menukarkan ion Ferum(II)
kepada ion Ferum(III).

Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk menukarkan ion Ferum (II)
kepada ion Ferum(III) oleh air klorin.

Penitis

Air klorin

Larutan Ferum(II) sulfat

RAJAH 2

Eksperimen dijalankan dengan menitiskan air klorin dengan menggunakan penitis


kepada larutan Ferum(II) sulfat. Air klorin ditambahkan sambil tabung uji digoncangkan
sehingga tiada lagi perubahan berlaku.

Larutan yang terhasil diuji dengan sedikit larutan natrium hidroksida.

(a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen itu.

………………………………………………………………………..……………………………

……………………………………………………………………………………..………………
Membuat hipotesis-[ 3 markah ]

Halaman 4
LEARNING TO SCORE – KIMIA SPM 2005 – Kertas 3 Set 1

(b) Senaraikan semua pembolehubah bagi eksperimen itu.

Pembolehubah yang dimanipulasikan : ……………………………………….……

Pembolehubah yang bergerakbalas : …………………………………………………….

Pembolehubah yang dimalarkan : …………………………………………….


Menyenaraikan semua pembolehubah- [ 3 markah ]

(c)

Apabila air klorin ditindakbalaskan dengan larutan Ferum(II) sulfat,


warna larutan Ferum(II) sulfat bertukar dari hijau muda kepada
perang. Mendakan perang terbentuk apabila larutan perang itu
bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida.

(i) Apakah inferens yang boleh dibuat tentang peranan air klorin dalam tindak balas
penukaran ion Ferum(II) kepada ion Ferum(III) ?

……………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………
Membuat inferens-[ 3 markah ]

(c)(ii) Kelaskan sama ada Ion Ferum(II) dan air klorin sebagai bahan yang dioksidakan atau
sebagai bahan yang diturunkan.

Bahan yang dioksidakan Bahan yang diturunkan

………………………………………… …………………………………

Mengkelas-[ 3 markah ]

(c)(iii) Apakah perkaitan di antara perubahan warna larutan ferum(II) sulfat dengan tindak
balas redoks ( pengoksidaan dan penurunan )?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………...
Mendefinisikan secara operasi-[ 3 markah ]

Halaman 5
LEARNING TO SCORE – KIMIA SPM 2005 – Kertas 3 Set 1

(d)
Selepas tindak balas penukaran ion Ferum(II) kepada ion Ferum(III) oleh air klorin
selesai, didapati hasil tindak balas yang diperolehi adalah ion Ferum(III) dan ion klorida.

(d)(i) Tuliskan persamaan ion bagi keseluruhan tindak balas itu berdasarkan maklumat di
atas.

………………………………………….…………………………………………………………
Berkomunikasi-[ 3 markah ]

(d)(ii) Ramalkan hasil yang akan diperolehi jika air klorin digantikan dengan air bromin bagi
eksperimen itu.

…………………………………………………………………………………………………..
Meramal-[ 3 markah ]

3.

Pewarna dalam makanan seperti gula-gula, jus oren dan air sirap dapat
diasingkan dengan kaedah kromatografi.

Anda dikehendaki merancang satu eksperimen bagi mengasingkan pewarna dalam


makanan dengan menggunakan kaedah kromatografi.

Penerangan anda haruslah mengandungi perkara-perkara berikut.

(a) Tujuan eksperimen


(b) Pernyataan masalah
(c) Senarai bahan dan radas
(d) Prosedur eksperimen
(e) Penjadualan data/ pemerhatian

[ 17 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Halaman 6

You might also like